BAI’AT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

UNIVERSITI ISLAM MADINAH NABAWIAH

Fitnah Pertama:

Pada bulan Zulhijjah tahun 35 Hijrah, di hari-hari Umat Islam sedang mengerjakan ibadat Haji, Umat Islam dikejutkan dengan peristiwa yang amat dahsyat dan menggerunkan mereka, peristiwa yang akan menjadi sebab berubahnya perjalanan tarikh Umat Islam, peristiwa yang akan terus menjadi noda hitam yang besar di tengah-tengah lembaran putih sejarah Umat Islam; Pembunuh Amirul Mukminin Khalifah al-Rasyid ke-3, Saidina Usman bin ‘Affan r.a.

Walaupun Usman r.a bukanlah Khalifah Islam pertama yang mati terbunuh kerana Khalifah sebelum beliau, Umar bin al-Khattab r.a juga syahid terbunuh, namun bezanya pembunuhan al-Faruq adalah di tangan seorang kafir majusi Abu Lu’Lu’ah Fairuz sedangkan pembunuhan Usman r.a adalah di tangan mereka yang bernama: Muslimin.

Buat pertama kalinya Umat Islam menyaksikan acara Demonstrasi Aman yang dianjurkan oleh lelaki Munafiq Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ namun, demonstrasi yang dikatakan oleh ketua-ketuanya sebagai Aman dan tidak berniat jahat selain hendak mendapatkan penjelasan daripada Khalifah akan beberapa keliruan dan salah faham berakhir dengan tumpahnya darah kekasih ALLAH dan Rasul-Nya, Saidina Usman bin ‘Affan r.a.

Peristiwa yang dahsyat ini menyebabkan jawatan terpenting Umat Islam, Khalifah menjadi kosong dari penyandang dan ini mendedahkan Umat Islam kepada bahaya kerana Khalifah adalah puncak dan pasak kepada Jamaah Kaum Muslimin, maka segeralah para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim mencari akan calon yang paling layak menggantikan tempat Usman r.a sebagaimana juga mereka bersegera bermesyuarat mencari Khalifah Rasulillah s.a.w selepas kewafatan baginda.

Calon yang paling layak setelah Usman r.a tanpa sebarang syak lagi adalah salah seorang Ahli Majlis Syura dan merupakan salah seorang calon Khalifah selepas kewafatan Umar r.a sebelum terpilihnya Usman r.a, menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w, Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah Dalam Masalah Khilafah:

Ahlus Sunnah wal Jamaah –ridwanullahi ‘alaihim- telah bersepakat bahawa Khalifah yang keempat dalam senarai Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w utk kita berpegang dengan Sunnah mereka setelah Sunnah baginda adalah Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu.

Kata Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahumallah:

“Aku bertanya kepada ayahku (Imam Ahmad) berkenaan susunan keutamaan antara Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali? Maka jawab ayahku: Abu Bakar, Umar, Usman, adapun Ali maka beliau adalah Khalifah yang keempat” [Al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad, juz 2, m.s 218]

Kata Imam al-Tahawi r.h dalam Matan Akidah beliau:

وَنُثْبِتُ الْخِلَافَةَ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ أَوَّلًا لِأَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه تفضيلا له وتقديما على جميع الأمة ثُمَّ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ثم لعثمان رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ثُمَّ لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه وهم الخلفاء الراشدون والأئمة المهديون

Maksudnya: “dan kami (Ahlus Sunnah wal Jamaah) menetapkan Khilafah selepas Rasulullah s.a.w yang pertamanya kepada Abu Bakar al-Siddiq r.a sebagai satu keutaman dan pendahuluan atas sekalian umat kemudian kepada Umar bin Al-Khattab r.a kemudian kepada Usman r.a kemudian kepada Ali bin Abi Talib r.a dan mereka inilah para Khalifah al-Rasyidin dan Imam-imam Al-Mahdiyun (yang mendapat petunjuk)”.

Dalil Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam masalah ini adalah hadis berikut:

Daripada Safinah Maula Rasulillah s.a.w-radiallahu ‘anhu- kata beliau:

Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

الخِلافَةُ ثَلاثونَ عَامًا، ثمّ يكونُ بَعْدَ ذلِكَ الملكُ

Maksudnya: “Khilafah (selepasku) adalah selama 30 tahun kemudian akan bertukar kepada (sistem) beraja” [HR Abu Daud, Al-Tarmizi, Al-Nasai]

Kemudian berkata Safinah r.a: “Peganglah (hitunglah); Khilafah Abu Bakar dua tahun, Umar 10 tahun, Usman 12 tahun, dan Ali 6 tahun”.

Kata Imam Al-Ajurry r.h: “Ketahuilah –semoga ALLAH merahmati kami dan kamu- bahawa tiada lagi seseorang selepas (kewafatan) Usman r.a seorang pun yang lebih berhak menyandang jawatan Khalifah selain Ali bin Abi Talib r.a”. [Al-Syari'ah, m.s 512].

Khilafah Ali radiallahu ‘anhu:

Kedudukan Ali r.a sebagai Khalifah kaum Muslimin tsabit dan berlaku melalui pembai’atan para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in setelah syahidnya Saidina Amirul Mukminin Usman bin ‘Affan r.a sebagaimana dalam hadis berikut:

عَنْ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ قَالَ: كُنْتُ مَعَ عَلِيٍّ، وَعُثْمَانُ مَحْصُورٌ، قَالَ: فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ: إِنَّ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَقْتُولٌ، ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: إِنَّ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَقْتُولٌ السَّاعَةَ، قَالَ: فَقَامَ عَلِيٌّ، قَالَ مُحَمَّدٌ: فَأَخَذْتُ بِوَسَطِهِ تَخَوُّفًا عَلَيْهِ، فَقَالَ: خَلِّ لَا أُمَّ لَكَ، قَالَ: فَأَتَى عَلِيٌّ الدَّارَ، وَقَدْ قُتِلَ الرَّجُلُ، فَأَتَى دَارَهُ فَدَخَلَهَا، وَأَغْلَقَ عَلَيْهِ بَابَهُ، فَأَتَاهُ النَّاسُ فَضَرَبُوا عَلَيْهِ الْبَابَ، فَدَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا: إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ قَدْ قُتِلَ وَلَا بُدَّ لِلنَّاسِ مِنْ خَلِيفَةٍ، وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَا مِنْكَ، فَقَالَ لَهُمْ عَلِيٌّ: ” لَا تُرِيدُونِي، فَإِنِّي لَكُمْ وَزِيرٌ خَيْرٌ مِنِّي لَكُمْ أَمِيرٌ، فَقَالُوا: لَا وَاللَّهِ مَا نَعْلَمُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَا مِنْكَ، قَالَ: فَإِنْ أَبَيْتُمْ عَلَيَّ فَإِنَّ بَيْعَتِي لَا تَكُونُ سِرًّا، وَلَكِنْ أَخْرُجُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَمَنْ شَاءَ أَنْ يُبَايِعَنِي بَايَعَنِي، قَالَ: فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَبَايَعَهُ النَّاسُ

Maksudnya: Daripada Muhammad bin al-Hanafiah (Muhammad bin ‘Ali bin Abi Talib r.a) berkata: Aku berada bersama ‘Ali pada waktu Usman dikepung lalu datang kepada beliau (Ali) seorang lelaki berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin (Usman r.a) akan dibunuh”. Kemudian datang pula seorang lagi memberitahu: “Sesungguhnya Amirul Mukminin akan dibunuh sekarang”. Lalu Ali r.a bangun (untuk pergi mempertahankan Usman r.a) kata Muhammad bin al-Hanafiah: Maka aku menghalangnya kerana takut akan keselamatan dirinya. Lalu kata beliau (‘Ali): “Lepaskan, tiada ibu bagimu!”. Kata Muhammad: Lalu beliau mendatangi rumah Usman r.a dan mendapati beliau sudah pun dibunuh lalu beliau kembali ke rumahnya dan menutup pintu lalu manusia datang kepadanya mengetuk pintu dan masuk menemuinya lalu berkata: “Sesungguhnya lelaki ini (yakni Usman bin ‘Affan r.a) sudah dibunuh sedangkan manusia memerlukan Khalifah sedangkan kami tidak tahu ada seorang pun yang lebih berhak akannya selain daripada kamu”. Lalu Ali r.a berkata kepada mereka: “Janganlah kamu mengkehendaki aku, sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir (pembantu Khalifah) lebih baik daripada aku menjadi Ketua”. Lalu kata mereka: “Tidak Demi ALLAH, kami tidak ketahui seorang pun yang lebih berhak akannya daripada kamu”. Kata Ali r.a: “Jika kamu tetap enggan melainkan aku maka hendaklah pembai’atan aku tidak dilakukan secara rahsia tetapi aku akan keluar ke Masjid (Masjid Nabawi) maka barangsiapa yang hendak membai’at aku dia bai’atlah”. Kata Muhammad: “Maka beliau keluar ke Masjid dan manusia pun membai’at beliau”.

Yang dimaksudkan dengan “manusia” yang datang ke rumah Ali r.a hendak membai’at beliau adalah para Sahabat Rasulullah s.a.w sebagaimana dalam lafaz yag lain:

فَأَتَاهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ قَدْ قُتِلَ وَلَا بُدَّ لِلنَّاسِ مِنْ إِمَامٍ، وَلَا نَجِدُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَذَا الْأَمْرِ مِنْكَ، أَقْدَمَ مَشَاهِدًا وَلَا أَقْرَبَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: ” maka datang kepada beliau para Sahabat Rasulillah s.a.w lalu mereka berkata: “Sesungguhnya lelaki ini (Amirul Mukminin Usman r.a) telah dibunuh sedangkan manusia memerlukan Imam (pemimpin) sedangkan kami tidak menemui seorang pun yang lebih berhak memegang urusan ini (khilafah) daripada kamu, orang yang terawal menyaksikan dan paling dekat dengan Rasulullah s.a.w…”

Hadis ini atau riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad r.h dalam kitab beliau: Fadail al-Sahabah no.969 dan al-Khallal dalam al-Sunnah, no. 620, 622, dan 623, Al-Ajurry dalam al-Syari’ah, no; 1215 dan ianya riwayat bermartabat Hasan atau Sahih.

Dalam riwayat di sisi Al-Tabari terdapat tambahan kata-kata Ibn ‘Abbas r.huma:

فَلَقَدْ كَرِهْتُ أَنْ يَأْتِيَ الْمَسْجِدَ مَخَافَةَ أَنْ يَشْغَبَ عَلَيْهِ، وَأَبَى هُوَ إِلا الْمَسْجِدَ، فَلَمَّا دَخَلَ دَخَلَ الْمُهَاجِرُونَ وَالأَنْصَارِ فَبَايَعُوهُ، ثُمَّ بَايَعَهُ النَّاسُ.

Maksudnya: “Adalah aku tidak suka untuk beliau datang ke masjid kerana aku takut akan berlaku huru-hara, tetapi beliau tetap hendak ke Masjid, maka apabila beliau telah masuk, Muhajirun dan Ansar juga masuk lalu mereka (al-Muhajirun dan al-Ansar) membaiat beliau kemudian diikuti orang ramai”. [Tarikh al-Tabari, 4/427].

Riwayat yang sahih ini menunjukkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib r.a dibai’at dengan persetujuan Ahli al-Hilli wal ‘Aqdi daripada kalangan Sahabat ridwanullahi ‘alaihim.

Dalam riwayat lain pula:

عَنْ أَبِي بَشِيرٍ الْعَابِدِيِّ، قَالَ: كُنْتُ بِالْمَدِينَةِ حِينَ قُتِلَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَاجْتَمَعَ الْمُهَاجِرُونَ وَالأَنْصَارُ، فِيهِمْ طَلْحَةُ وَالزُّبَيْرُ، فَأَتَوْا عَلِيًّا فَقَالُوا: يَا أَبَا حَسَنٍ، هَلُمَّ نُبَايِعُكَ، فَقَالَ: لا حَاجَةَ لِي فِي أَمْرِكُمْ، أَنَا مَعَكُمْ فَمَنِ اخْتَرْتُمْ فَقَدْ رَضِيتُ بِهِ، فَاخْتَارُوا وَاللَّهِ فَقَالُوا: مَا نَخْتَارُ غَيْرَكَ، قَالَ: فَاخْتَلَفُوا إِلَيْهِ بَعْدَ مَا قُتِلَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِرَارًا، ثُمَّ أَتَوْهُ فِي آخِرِ ذَلِكَ، فَقَالُوا لَهُ: إِنَّهُ لا يَصْلُحُ النَّاسُ إِلا بِإِمْرَةٍ، وَقَدْ طَالَ الأَمْرُ، فَقَالَ لَهُمْ: إِنَّكُمْ قَدِ اخْتَلَفْتُمْ إِلَيَّ وَأَتَيْتُمْ، وَإِنِّي قَائِلٌ لَكُمْ قَوْلا إِنْ قَبِلْتُمُوهُ قَبِلْتُ أَمْرَكُمْ، وَإِلا فَلا حَاجَةَ لِي فِيهِ قَالُوا: مَا قُلْتَ مِنْ شَيْءٍ قَبِلْنَاهُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.

Maksudnya: Daripada Abu Basyir al-‘Abidi kata beliau: “Aku berada di Madinah ketika terbunuhnya Usman r.a maka berhimpunlah al-Muhajirun dan al-Ansar termasuk dalam kalangan mereka Talhah dan Al-Zubair lalu mereka datang kepada Ali r.a lalu mereka berkata: “Ke marilah kami bai’at kamu (sebagai Khalifah)”. Lalu beliau (Ali) berkata: “Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih maka aku meredainya maka pilihlah (selain aku) demi ALLAH”. Lalu mereka (para Sahabat) berkata: “Kami tidak akan memilih selain kamu”. Kata Abu Basyir: “Mereka datang kepada Ali berkali-kali sehingga yang kali terakhirnya mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Ali kepada mereka: “Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”. Mereka berkata: “Apa sahaja yang kamu katakana kami akan terima insya-ALLAH”.

فَجَاءَ فَصَعِدَ الْمِنْبَرَ، فَاجْتَمَعَ النَّاسُ إِلَيْهِ، فقال: انى قد كُنْتُ كَارِهًا لأَمْرِكُمْ، فَأَبَيْتُمْ إِلا أَنْ أَكُونَ عَلَيْكُمْ، أَلا وَإِنَّهُ لَيْسَ لِي أَمْرٌ دُونَكُمْ، إِلا أَنَّ مَفَاتِيحَ مَالِكُمْ مَعِي، أَلا وَإِنَّهُ لَيْسَ لِي أَنْ آخُذَ مِنْهُ دِرْهَمًا دُونَكُمْ، رَضِيتُمْ؟ قَالُوا:

نَعَمْ، قَالَ: اللَّهُمَّ اشْهَدْ عَلَيْهِمْ، ثُمَّ بَايَعَهُمْ عَلَى ذَلِكَ.

قَالَ أَبُو بَشِيرٍ: وانا يومئذ عند منبر رسول الله ص قَائِمٌ أَسْمَعُ مَا يَقُولُ.

Maksudnya: Maka beliau (Ali r.a) menaiki minbar lalu manusia berkumpul kepada beliau lalu beliau berkata: “Sesungguhnya aku membenci urusan kamu (untuk menjadi pemimpin kamu), namun kamu tetap enggan melainkan untuk aku memimpin kamu, sesungguhnya tiada bagi aku urusan tanpa persetujuan daripada kamu melainkan kuncui-kunci harta kamu berada denganku, sesungguhnya aku tidak akan mengambilnya walaupun se-dirham tanpa pengetahuan kamu, adakah kamu reda akan ini?” Jawab mereka: “Ya”. Kata Ali: “Ya ALLAH Engkau saksikanlah atas mereka”. kemudian beliau menerima bai’at mereka atas dasar itu.

Kata Abu Basyir: “Sedangkan aku ketika itu berada di sisi Minbar Rasulullah s.a.w berdiri mendengar apa yang beliau katakana”. [Tarikh al-Tabari, 4/427-428].

Riwayat ini menjelaskan lagi dan merincikan lagi peristiwa pembai’atan Ali r.a dan isi kandungannya tidak lah lari daripada cerita asas yang terkandung dalam riwayat Sahih daripada Imam Ahmad r.h, maka riwayat seperti ini dalam penilaian ilmu sejarah adalah diterima dan matannya sahih, tiada padanya cerita-cerita yang mencemarkan nama baik Sahabat atau menggambarkan mereka dengan tingkah laku yang tidak layak dengan kedudukan mereka dan tsabitlah melalui riwayat-riwayat ini semuanya bahawa pembai’atan ‘Ali r.a adalah dengan keredaan dan kesepakatan para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in termasuk Talhah bin Ubaidullah r.a dan Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a.

عَنْ عَوْفٍ، قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ الْحَسَنِ، فَكَانَ ثَمَّ رَجُلٌ انْتَقَصَ أَبَا مُوسَى بِاتِّبَاعِهِ عَلِيًّا، فَغَضِبَ الْحَسَنُ ثُمَّ قَالَ: «سُبْحَانَ اللَّهِ، قُتِلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ عُثْمَانُ، فَاجْتَمَعَ النَّاسُ عَلَى خَيْرِهِمْ فَبَايَعُوهُ، أَفَيُلَامُ أَبُو مُوسَى وَأَتْبَاعُهُ»

Maksudnya: “Daripada ‘Auf (‘Auf al-A’rabi) kata beliau: “Aku berada di sisi al-Hasan (al-Basri) r.h dan ada di sana seorang lelaki yang mencela Abu Musa (al-Asy’ari) r.a kerana mengikut Ali r.a lalu al-Hasan menjadi marah kemudian berkata: “Maha Suci ALLAH! Amirul Mukminin Usman dibunuh kemudian manusia (yakni para Sahabat r.hum) berhimpun kepada yang terbaik dalam kalangan mereka lalu mereka membai’atnya, apakah patut dicela Abu Musa dan para pengikutnya?!!”. [HR al-Khallal dalam al-Sunnah]

Dalam riwayat yang lain daripada ‘Auf kata beliau:

كُنْتُ عِنْدَ الْحَسَنِ، فَذَكَرُوا أَصْحَابَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Adalah aku berada di sisi al-Hasan lalu mereka menyebut tentang para Sahabat Rasulullah s.a.w…”[Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad daripada Ayahnya dalam Fadail al-Sahabah].

Hasan al-Basri r.h adalah saksi peristiwa pembunuhan Usman r.a dan beliau berada di Madinah semasa kejadian dan semasa pembai’atan Ali r.a dan beliau adalah antara murid Ali r.a. Maka dengan pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa semua Sahabat yang berada di Madinah membai’at Ali r.a dengan keredaan dan pilihan mereka.

Bai’at Paksa?

Dakwaan bahawa pembai’atan Ali bin Abi Talib r.a dilakukan dengan pemaksaan daripada para pemberontak dan pembunuh Usman bin ‘Affan r.a adalah tidak benar bahkan terdapat riwayat-riwayat yang sahih menunjukkan bahawa para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim tidak tunduk kepada desakan pemberontak; daripada Sallam bin Miskin r.h kata beliau:

سَمِعْتُ الْحَسَنَ قَالَ: لَمَّا كَانَ مِنْ عُثْمَانَ مَا كَانَ، وَاخْتِلَاطِ النَّاسِ أَتَوْا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ فَقَالُوا: أَنْتَ سَيِّدُنَا، وَابْنُ سَيِّدِنَا، اخْرُجْ يُبَايِعْكَ النَّاسُ، وَكُلُّهُمْ بِكَ رَاضٍ، فَقَالَ: «لَا وَاللَّهِ لَا يُهْرَاقُ فِي سَبَبِي مِحْجَمَةٌ مِنْ دَمٍ، مَا كَانَ فِيَّ رُوحٌ» ، ثُمَّ عَادُوا إِلَيْهِ فَخَوَّفُوهُ فَقَالُوا: لَتُخْرُجَنَّ أَوْ لَتُقْتَلَنَّ عَلَى فِرَاشِكَ، فَقَالَ: مِثْلَهَا، فَأَطْمَعُ وَأُخِيفُ، قَالَ: فَوَاللَّهِ مَا اسْتَقَلُّوا مِنْهُ بِشَيْءٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Maksudnya: “Aku mendengar al-Hasan (al-Basri) r.h berkata: “Apabila berlaku kepada Usman apa yang berlaku dan manusia menjadi celaru mereka mendatangi Abdullah bin Umar lalu mereka berkata: “Engkau adalah penghulu kami anak kepada penghulu kami, keluarlah supaya manusia boleh membai’at kamu dan mereka semua pasti akan reda dengan kamu (sebagai Khalifah)”. Maka jawab beliau: “Tidak, demi ALLAH, tidak akan tumpah darah walaupun sebesar jarum bekam disebabkan aku selama mana aku masih bernyawa”. Kemudian mereka kembali kepadanya dan menggertaknya lalu berkata: “Hendaklah kamu keluar atau kamu akan dibunuh di atas hamparanmu”. Lalu beliau berkata seperti sebelumnya maka dia diberi tawaran dan diugut. Kata Al-Hasan al-Basri: “Maka demi ALLAH tidak mereka dapat berbuat apa dengan beliau sehinggalah beliau kembali bertemu dengan ALLAH”. [Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Fadail al-Sahabah dan al-Khallal dalam al-Sunnah dan sanadnya Sahih].

عَنْ قَيْسِ بْنِ عَبَّادٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ الْجَمَلِ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِنْ دَمِ عُثْمَانَ، وَلَقَدْ طَاشَ عَقْلِي يَوْمَ قُتِلَ عُثْمَانُ، وَأَنْكَرَتْ نَفْسِي وجَاءُونِي لِلْبَيْعَةِ، فَقُلْتُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ أَنْ أُبَايِعَ قَوْمًا قَتَلُوا رَجُلًا قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلَا أَسْتَحْيِي مِمَّنْ تَسْتَحْيِي مِنْهُ الْمَلَائِكَةُ» ، وَإِنِّي لَأَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ أَنْ أُبَايِعَ وَعُثْمَانُ قَتِيلٌ عَلَى الْأَرْضِ لَمْ يُدْفَنْ بَعْدُ، فَانْصَرَفُوا، فَلَمَّا دُفِنَ رَجَعَ النَّاسُ فَسَأَلُونِي الْبَيْعَةَ، فَقُلْتُ: اللَّهُمَّ إِنِّي مُشْفِقٌ مِمَّا أَقْدَمُ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَاءَتْ عَزِيمَةٌ فَبَايَعْتُ فَلَقَدْ قَالُوا: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ، فَكَأَنَّمَا صُدِعَ قَلْبِي، وَقُلْتُ: اللَّهُمَّ خُذْ مِنِّي لِعُثْمَانَ حَتَّى تَرْضَى

Maksudnya: Daripada Qais bin ‘Ubadah kata beliau: Aku mendengar Ali r.a berkata pada hari Peristiwa Jamal: “YA ALLAH sesungguhnya aku berlepas diri kepada-Mu daripada terlibat dalam pembunuhan Usman; sesungguhnya akal ku hilang pada hari Usman dibunuh dan aku (seolah-olah) tidak mengenali diriku lagi, lalu mereka datang kepada ku untuk berbai’ah lalu aku berkata: Demi ALLAH sesungguhnya aku malu untuk berbai’at dengan kaum yang telah membunuh seorang lelaki yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda berkenaanya: “Adalah wajar aku berasa malu dengan orang yang Malaikat berasa malu dengannya”. Sesungguhnya aku malu untuk dibai’ah sedangkan Usman terbunuh belum dikebumikan lagi”. Maka mereka pun berlalu pergi. Apabila telah dikebumikan Usman mereka datang kembali dan meminta untuk aku dibai’ah, maka aku berkata: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berasa amat berat untuk melakukan perkara ini”. Kemudian datang rasa kekuatan (pada diriku) maka aku pun berbai’ah. Maka apabila mereka berkata kepadaku: “Wahai Amirul Mukminin!” maka jangtungku seolah-olah disentap dan aku berkata: “Ya ALLAH, Engkau tuntutlah pembalasa bagi pihak ku untuk Usman sehingga Engkau reda”. [Al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 4527, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, kata Imam al-Zahabi r.h: Hadis ini di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim]

عن ابن المسيب، قال: لما قتل عثمان جاء الناس كلهم إلى علي يهرعون أصحاب محمد وغيرهم، كلهم يقول: أمير المؤمنين علي، حتى دخلوا عليه داره، فقالوا: نبايعك فمد يدك، فأنت أحق بها، فقال علي: ليس ذاك إليكم، وإنما ذاك إلى أهل بدر، فمن رضي به أهل بدر فهو خليفة، فلم يبق أحد إلا أتى عليا، فقالوا: ما نرى أحدا أحق بها منك، فمد يدك نبايعك، فقال: أين طلحة والزبير؟ فكان أول من بايعه طلحة بلسانه، وسعد بيده، فلما رأى علي ذلك خرج إلى المسجد، فصعد المنبر، فكان أول من صعد إليه، فبايعه طلحة، وبايعه الزبير، وأصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ورضي عنهم أجمعين

Maksudnya: Daripada Ibn al-Musayyib (Sa’id bin al-Musayyib) r.h kata beliau: “Apabila dibunuhnya Usman r.a maka bergegaslah manusia mendatangi Ali r.a, terdiri daripada para Sahabat Muhammad s.a.w dan selain mereka, kesemua mereka berkata: “Amirul Mukminin Ali”. Sehinggalah mereka masuk ke rumah beliau mereka berkata: “Hulurkan tangan kamu untuk kami bai’at, engkau adalah orang yang paling berhak akannya”. Lalu berkata Ali: “Sesungguhnya urusan ini bukan milik kamu tetapi ia urusan Ahli Badar, barangsiapa yang diredai oleh Ahli Badar maka dialah yang berhak menjadi Khalifah”. Maka tidak tinggal seorang pun (daripada Ahli Badar) melainkan mereka datang kepada Ali r.a seraya berkata: “Kami tidak tahu ada sesiapa lagi yang lebih layak selain daripada kamu maka hulurkan tangan kamu untuk kami bai’ah”. Lalu beliau (Ali) berkata: “Di manakah Talhah dan al-Zubair?” maka orang pertama yang membai’at beliau adalah Talhah dengan lisan beliau diikuti Sa’ad (ibn Abi Waqqas r.a) dengan tangannya. Apabila Ali r.a melihat yang demikian (terdapatnya kesepakatan Ahli Badar) beliau keluar menuju ke Masjid lalu menaiki Minbar maka orang pertama yang menaiki minbar dan membai’at beliau adalah Talhah dan turut membai’at beliau Al-Zubair dan seluruh Sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam wa radiya ‘anhum ajma’ien”. [Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn al-Atsir dalam Usudul Ghabah dengan Sanad yang tidak kurang dari Hasan, no. 1146].

Riwayat-riwayat yang sahih ini menunjukkan bahawa para Sahabat; al-Muhajirun dan al-Ansar ridwanullahi ‘alaihim tidaklah tunduk dengan desakan-desakan daripada pemberontak untuk memilih calon Khalifah, bahkan mereka tidak gentar dengan ugutan bunuh daripada pemberontak.

Saidina Ali r.a sendiri tidak menerima pembai’atan daripada pemberontak bahkan beliau menerimanya setelah disetujui oleh para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang berada di Madinah.

Demikian juga pembai’atan Ali r.a adalah setelah dipersetujui oleh para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim terutama Ahli Badar dan Ali r.a tidak tunduk pada asakan pemberontak dan beliau bertegas hak memilih pemimpin bukanlah milik semua tetapi ia milik Ahli al-Hilli wal ‘Aqdi yang pada masa itu adalah al-Muhajirun wal Ansar yang diketuai oleh Ahli Badar.

Riwayat-riwayat sejarah yang menunjukkan bahawa ada Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in yang tidak berbai’at dengan Amirul Mukminin Ali r.a adalah lemah daripada riwayat Saif bin ‘Umar al-Tamimi dan beliau ini seorang yang da’if dalam Hadis, Sandaran dalam Sejarah sebagaimana dinyatakan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Taqrib al-Tahzib.

Maka riwayat-riwayat Saif boleh diterima dalam sejarah jika ada sokongan dan sandaran, adapun dalam keadaan riwayat-riwayat beliau berlawanan dengan riwayat Ahlul Hadis yang tsiqah dan sahih maka riwayat Ahlul Hadis hendaklah didahulukan daripada riwayat Akhbari (Ahli Riwayat Sejarah) sebagaimana yang diketahui dalam kaedah mentarjihkan riwayat-riwayat sejarah.

Ada juga riwayat-riwayat daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya yang menyatakan ada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak berbai’at kepada Ali r.a namun sebagaimana diketahui Lut bin Yahya adalah seorang Syi’ah Rafidah yang fanatic dengan mazhabnya, tidak diterima sama sekali riwayat-riwayat daripadanya yang mempunyai unsur-unsur celaan kepada para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim.

Talhah dan al-Zubair r.huma:

Demikian juga riwayat yang menunjukkan bahawa Talhah bin Ubaidillah r.a dan Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a dipaksa oleh pemberontak untuk berbai’at kepada Ali r.a dan mereka tidak lah reda menerima perlantikan Ali r.a adalah jelas berlawanan dengan riwayat-riwayat Sahih yang menunjukkan mereka berdua membai’at Ali r.a dengan kerelaan dan sedar akan kelayakan Ali r.a sebagai Khalifah.

 عَنْ عَوْفٍ، قَالَ: أَمَّا أَنَا فَأَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ يَقُولُ: إِنَّ عَلِيًّا جَاءَ فَقَالَ لِطَلْحَةَ: ابْسُطْ يَدَكَ يَا طَلْحَةَ لأُبَايِعَكَ، فقال طلحه: أنت أحق، وأنت أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ، فَابْسُطْ يَدَكَ، قَالَ: فَبَسَطَ عَلِيٌّ يَدَهُ فَبَايَعَهُ.

Maksudnya: Daripada ‘Auf (al-A’rabi) r.h kata beliau: “Adapun aku maka aku bersaksi bahawa aku mendengar Muhammad bin Sirin berkata: “Sesungguhnya Ali telah datang dan berkata kepada Talhah: “Hulurkan tanganmu wahai Talhah untuk aku membai’atmu”. Maka berkata Talhah: “Engkau lebih berhak, engkaulah Amirul Mukminin, maka hlurkan tanganmu”. Kata beliau (Ibn Sirin): “Maka Ali menghulurkan tangan beliau maka beliau (Talhah) membaiatnya”. [Ibn Jarir al-Tabari dalam al-Tarikh dan Al-Balazuri dalam Ansab al-Asyraf dengan sanad yang sahih].

Walaupun riwayat ini mursal daripada Imam Muhammad bin Sirin r.h, namun sudah tentu ianya sahih selari dengan peristiwa pembai’atan yang diriwayatkan dalam riwayat-riwayat yang sahih dan ia menjelaskan dan memperincikan lagi perjalanan peristiwa bai’at di mana Ali r.a cuba mengelak menjadi Khalifah maka apabila datang Ahli Badar beliau memanggil Talhah dan al-Zubair r.huma kemudian Ali r.a mencadangkan Talhah sebagai Khalifah namun Talhah menolak dan menegaskan Ali r.a adalah yang paling berhak lalu Talhah membaiat beliau dan ini menjelaskan dan menyokong Talhah adalah orang pertama yang membai’at Ali r.a sebagaimana dalam riwayat Ibn al-Atsir yang telah lalu.

Demikian juga telah tsabit dengan riwayat yang sahih Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a membai’at Amirul Mukminin Ali r.a:

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: رَأَيْتُ الزُّبَيْرَ بَايَعَ عَلِيًّا فِي حَشٍّ مِنْ أَحْشَاشِ الْمَدِينَةِ

Maksudnya: Daripada Al-Hasan (Al-Basri) r.h kata beliau: “Aku melihat Al-Zubair membai’at Ali r.a di sebuah kebun daripada kebun-kebun Madinah” [Al-Balazuri, Ansab al-Asyraf, no. 274, sanadnya Sahih].

Riwayat-riwayat sejarah yang menyatakan bahawa Al-Zubair r.a dan Talhah r.a membai’at Ali r.a dengan dipaksa dalam keadaan pedang terhunus adalah tidak benar namun telah tsabit riwayat juga menunjukkan bahawa mereka berbai’at dalam keadaan terpaksa dan terdapat ugutan antaranya:

Daripada Abu Nadhrah r.h:

أَنَّ رَبِيعَةَ، كَلَّمَتْ طَلْحَةَ فِي مَسْجِدِ بَنِي مَسْلَمَةَ فَقَالُوا: كُنَّا فِي نَحْرِ الْعَدُوِّ حَتَّى جَاءَتْنَا بَيْعَتُكَ هَذَا الرَّجُلَ , ثُمَّ أَنْتَ الْآنَ تُقَاتِلُهُ أَوْ كَمَا قَالُوا , قَالَ: فَقَالَ: إِنِّي أُدْخِلْتُ الْحُشَّ وَوُضِعَ عَلَى عُنُقِي اللُّجُّ , وَقِيلَ: بَايِعْ وَإِلَّا قَاتَلْنَاكَ , قَالَ: فَبَايَعْتُ وَعَرَفْتُ أَنَّهَا بَيْعَةُ ضَلَالَةٍ

Maksudnya: “Bahawa Rabi’ah (bin Abdullah bin al-Hadir al-Taimi –beliau adalah Tabiin Besar dilahirkan di zaman Nabi s.a.w-) bercakap dengan Talhah di Masjid Bani Maslamah lalu mereka berkata: “Adalah kita ini sudah memegang leher para musuh sehinggalah datang berita bai’at kamu terhadap lelaki ini (Ali r.a) kemudian kamu sekarang memeranginya (melawan arahan beliau)” atau seumpama yang mereka ucapkan. Maka berkata Talhah: “Sesungguhnya aku dimasukkan di sebuah kebun kemudian diletakkan pedang di leherku dan dikatakan kepadaku: “Bai’atlah jika tidak kami akan membunuh kamu”. Kata beliau: “Maka aku berbai’at sedangkan aku tahu ianya bai’at yang tidak benar” [Al-Musannaf, Ibn Abi Syaibah, 37775].

عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي قَالَ: بَلَغَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ طَلْحَةَ، يَقُولُ: إِنَّمَا بَايَعْتُ وَاللُّجُّ عَلَى قَفَايَ , قَالَ: فَأَرْسَلَ ابْنَ عَبَّاسٍ فَسَأَلَهُمْ , قَالَ: فَقَالَ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ أَمَّا وَاللُّجُّ عَلَى قَفَاهُ فَلَا أَعْلَمُ وَلَكِنْ قَدْ بَايَعَ وَهُوَ كَارِهٌ

Maksudnya: Daripada Sa’ad bin Ibrahim kata beliau: Aku mendengar daripada ayahku (Ibrahim bin Abdul Rahman bin ‘Auf) berkata: “Telah sampai kepada Ali bin Abu Talib bahawa Talhah berkata: “Sesungguhnya aku berbai’at dalam keadaan pedang berada di tengkuk ku”. Maka Ali mengutuskan Ibn ‘Abbas r.a bertanya mereka, maka berkata Usamah bin Zaid: “Adapun berkenaan pedang berada di kepalanya maka aku tidak tahu namun beliau telah berbai’at dalam keadaan beliau tidak suka” [Al-Musannaf, 37773]

Riwayat-riwayat ini adalah Sahih dan riwayat yang pertama disahihkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari [13/54] dan riwayat kedua juga sanadnya sahih.

Namun, ada pertentangan dengan riwayat Sahih yang lain yang menyatakan mereka mencadangkan supaya Ali r.a dibai’at sebagai Khalifah sebaik sahaja mereka melihat tiada harapan lagi untuk menyelamatkan Usman r.a.

Al-Ahnaf bin Qais r.a menceritakana bahawa beliau bertanya kepada Talhah dan al-Zubair r.huma siapakah yang patut dibai’at jika Usman r.a terbunuh? Maka mereka kedua-duanya menjawab: Ali r.a.

قَالَ الْأَحْنَفُ فَلَقِيتُ طَلْحَةَ وَالزُّبَيْرَ فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَرَى هَذَا الرَّجُلَ يَعْنِي عُثْمَانَ إِلَّا مَقْتُولًا فَمَنْ تَأْمُرَانِي بِهِ قَالَا عَلِيٌّ

Maksudnya: “Berkata al-Ahnaf: Maka aku bertemu dengan Talhah dan al-Zubair maka aku berkata: Sesungguhnya aku tidak ketahui melainkan lelaki ini –yakni Usman r.a- melainkan akan dibunuh (oleh pemberontak) maka siapakah yang kamu berdua perintahkan aku dengannya (untuk dibai’at)?” Jawab kedua mereka: “Ali”. [Fathul Bari, 13/34 dan kata Ibn Hajar r.h: "maka Al-Tabari mengeluarkan dengan sanad yg SAHIH…"]

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan lafaz:

قَالَ الْأَحْنَفُ: فَانْطَلَقْتُ فَأَتَيْتُ طَلْحَةَ , وَالزُّبَيْرَ فَقُلْتُ: مَا تَأْمُرَانِي بِهِ وَمَنْ تَرْضَيَانِهِ لِي , فَإِنِّي لَا أَرَى هَذَا إِلَّا مَقْتُولًا , قَالَا: نَأْمُرُكَ بِعَلِيٍّ , قَالَ: قُلْتُ: تَأْمُرَانِي بِهِ وَتَرْضَيَانِهِ لِي؟ قَالَا: نَعَمْ

Maksudnya: “Berkata Al-Ahnaf: “Maka aku pergi kepada Talhah dan al-Zubair lalu aku berkata: “Apakah yang kamu berdua perintahkan aku dengannya dan kamu redai untuk aku (lakukan)? Sesungguhnya aku tidak melihat melainkan dia (Usman r.a) akan dibunuh”. Kata mereka berdua: “kami memerintahkan kamu dengan Ali (yakni sebagai Khalifah mengganti Usman r.a)”. Aku (al-Ahnaf) berkata: “Kamu berdua menyuruh aku dengan beliau dan kamu reda beliau untuk ku?” Jawab kedua mereka: “Ya”. [Musannaf, no. 37798].

Demikian juga daripada Zaid bin Wahb menceritakan bahawa Ali r.a berkata kepada Talhah dan al-Zubair r.huma pada hari Jamal:

وَقَالَ عَلِيٌّ , لِطَلْحَةَ , وَالزُّبَيْرِ: أَلَمْ تُبَايِعَانِي؟ فَقَالَا: نَطْلُبُ دَمَ عُثْمَانَ ; فَقَالَ عَلِيٌّ: لَيْسَ عِنْدِي دَمُ عُثْمَانَ

Maksudnya: “dan berkata Ali kepada Talhah dan al-Zubair: Bukankah kamu berdua membai’at aku? Maka jawab mereka berdua: “Kami menuntut pembalasan bagi pihak Usman”. Jawab Ali: “Tidak ada di sisi aku apa yang hendak kamu tuntut berkenaan darah Usman”. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no. 37833].

Perbualan ini menjelaskan bahawa tindakan Talhah dan al-Zubair r.huma keluar dalam peristiwa Jamal adalah untuk menuntut penegakan Qisas bagi pembunuh Usman r.a bukan untuk merebut Khilafah dan mencabar Khilafah Ali r.a bahkan mereka tidak ingkar pernayataan Ali r.a bahawa mereka telah membai’at Ali r.a.

Melihat kepada riwayat-riwayat yang bercanggah ini kita dapat simpulkan bahawa Talhah dan al-Zubair r.huma sebenarnya membai’at Ali r.a dalam keadaan “paksa rela”; yakni: mereka tidak ingkar Ali r.a sebagai orang yang berhak menjadi Khalifah selepas Usman r.a dan mereka tidak syak sama sekali Ali r.a adalah orang yang patut dibai’at, maka mereka tidak sama sekali dipaksa mana-mana pihak untuk memilih Ali r.a sebagai Khalifah bahkan memang mereka bersama-sama dengan Ahli Badar yang lain bersetuju Ali r.a adalah Khalifah yang berhak dilantik.

Namun, mereka berdua mempunyai pandangan yang sama dengan Saidina Mu’awiyah r.a bahawa urusan bai’ah Khalifah yang baharu mestilah dilaksanakan setelah para pemberontak ditawan dan Madinah dibebaskan dari cengkaman mereka serta pembunuh Usman r.a ditangkap.

Berdasarkan riwayat-riwayat Sahih yang lalu kita dapat melihat dengan jelas bahawa para pemberontak memaksa para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim untuk memilih Khalifah dengan segera dan mengugut Ibn Umar r.huma dengan ugutan bunuh jika beliau enggan menjadi Khalifah maka tidak jauh jika kita katakana Talhah dan al-Zubair r.huma juga diugut sedemikian rupa oleh para pemberontak.

Untuk mengelak mafsadah yang lebih besar sebelum para pemberontak itu bertindak di luar jangkauan melantik orang yang menjadi boneka mereka sebagai Khalifah dan menyebabkan urusan Khilafah terkeluar dari tangan Sahabat ridwanullahi ‘alaihim dan jatuh ke tangan pemberontak, maka mereka bergegas membai’at Ali r.a walaupun menurut pandangan Talhah dan al-Zubair r.huma sepatutnya pembersihan Madinah dari pemberontak dan pembalasan terhadap pembunuh Usman r.a mestilah didahulukan daripada membai’at Khalifah yang baharu.

Maka inilah yang Talhah r.a maksudkan sebagai mereka membai’at dalam keadaan pedang dihunus di leher mereka dan tengkuk mereka, dalam keadaan mereka masih dalam cengkaman pemberontak menyebabkan mereka terpaksa berundur dari pandangan asal mereka iaitu: Qisas sebelum Bai’at.

Menerusi penghimpunan dua riwayat ini, terjawablah kemusykilan perlawanan antara riwayat-riwayat berkenaan sikap Talhah bin Ubaidillah al-Taimi r.a dan al-Zubair bin al-‘Awwam r.a dalam menghadapi perlantikan Ali bin Abi Talib r.a sebagai Khalifah.

Sikap Mu’awiyah bin Abi Sufian r.huma:

Adapun sikap Mu’awiyah r.a, juga sama dengan pendirian Talhah dan al-Zubair r.huma iaitu: Qisas sebelum Bai’at kerana menurut pandangan Mu’awiyah r.a, selagi mana di dalam kalangan pengikut Ali r.a terdapat mereka yang tertuduh membunuh Usman r.a maka tindakan membai’at Ali r.a dan tunduk kepada kekhilafahan beliau bermaksud tunduk dan menyerah kepada pembunuh Usman r.a.

Hal ini jelas sebagaimana dalam riwayat yang Sahih menyatakan:

عَنْ أَبِي مُسْلِمٍ الْخَوْلَانِيِّ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ أَنْتَ تُنَازِعُ عَلِيًّا فِي الْخِلَافَةِ أَوْ أَنْتَ مِثْلُهُ قَالَ لَا وَإِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّهُ أَفْضَلُ مِنِّي وَأَحَقُّ بِالْأَمْرِ وَلَكِنْ أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّ عُثْمَانَ قُتِلَ مَظْلُومًا وَأَنا بن عَمِّهِ وَوَلِيُّهُ أَطْلُبُ بِدَمِهِ فَأْتُوا عَلِيًّا فَقُولُوا لَهُ يَدْفَعُ لَنَا قَتَلَةَ عُثْمَانَ فَأَتَوْهُ فَكَلَّمُوهُ فَقَالَ يَدْخُلُ فِي الْبَيْعَةِ وَيُحَاكِمُهُمْ إِلَيَّ فَامْتَنَعَ مُعَاوِيَةُ

Maksudnya: Daripada Abu Muslim al-Khaulani r.h bahawa beliau berkata kepada Mu’awiyah r.a: “Adakah anda mencabar Ali dalam masalah Khilafah atau anda ini seumpama dengan beliau?” Kata beliau (Mu’awiyah r.a): “Tidak, sesungguhnya aku mengetahui bahawa beliau (Ali r.a) lebih afdal daripada aku dan lebih berhak dengan perkara ini (Khilafah) tetapi apakah kamu tidak tahu bahawa Usman telah dibunuh secara zalim sedangkan aku adalah sepupu beliau dan wali yang berhak menuntut balas atas darahnya (qisas) maka pergi kepada Ali dan katakana kepadanya: “hendaklah dia memberi kepada kami para pembunuh Usman”. Maka mereka datang kepada beliau (Ali) dan bercakap kepadanya lalu kata beliau: “Hendaklah dia (Mu’awiyah r.a) memberi bai’at dan menyerahkan penghakiman mereka (pembunuh Usman) kepada aku”. Maka Mu’awiyah enggan.” [Fathul Bari, 13/86 dan kata Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: Sanadnya Jayyid].

Dalam riwayat Ibn ‘Asakir dinyatakan Mu’awiyah r.a berkata:

فائتوه فقولوا له فليدفع إلي قتلة عثمان وأسلم له

Maksudnya: “Pergilah kepada beliau (Ali r.a) dan katakana kepadanya: “Serahkan kepada aku pembunuh Usman maka aku akan menyerah (membai’at) kepadanya”. [Tarikh Dimasyq; Terjemah Mu'awiyah bin Abu Sufyian r.huma].

Riwayat ini menunjukkan bahawa Mu’awiyah r.a tidak sama sekali menafikan bahawa Ali r.a adalah orang yang berhak menjadi Khalifah bahkan Mu’awiyah r.a sedia berbai’at kepada Ali r.a bila-bila masa asalkan setelah qisas dijalankan terlebih dahulu yakni setelah para pembunuh Usman r.a dikenal pasti dan ditangkap.

Kesimpulan:

Hasil meneliti riwayat-riwayat pembai’atan Ali bin Abi Talib r.a ini kita dapat menyimpulkan beberapa perkara penting berkaitan masalah ini dan menyingkap beberapa syubhat kaum sesat seperti Syi’ah Rafidah:

Pertama: Ali bin Abi Talib r.a Tidak memiliki Wasiat daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi Khalifah selepas kewafatan baginda s.a.w seperti yang didakwa Rafidah.

Hal ini terpapar jelas melalui sikap Ali bin Abi Talib r.a yang berkali-kali menolak permintaan supaya menjadi Khalifah bahkan beliau berkata: “Aku menjadi wazir itu lebih baik daripada aku menjadi Amir”.

Jika benar Ali r.a mempunyai wasiat tentulah sebaik sahaja para pemberontak mengepung Usman r.a kemdian membunuhnya Ali r.a akan segera menuntut hak beliau dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Khalifah tambahan pula para pemberontak Mesir memang sedia menyatakan mereka mahukan Ali r.a sebagai Khalifah.

Namun, hakikat semuanya adalah Ali r.a tidak memiliki Wasiat tersebut, ia hanyalah wahyu Syaitan kepada Abdullah bin Saba’ untuk menyesatkan manusia.

Kedua: Ali r.a bebas dari pembunuhan Usman r.a dan beliau tidak berkonspirasi dalam perbuatan zalim tersebut. Bahkan Ali r.a membenci kaum pemberontak yang membunuh Usman r.a walaupun mereka itu menyangka mereka adalah orang yang berwala’ kepada ‘Ali r.a.

Ini terpapar jelas melalui sikap Ali r.a yang enggan menerima Bai’ah daripada pemberontak sebaliknya berkeras dan menegaskan bahawa hak Bai’ah adalah milik para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Ketiga: Batilnya sistem Demokrasi.

Ini sebagaimana jelas melalui sikap Ali r.a yang menyatakan hak melantik pemimpin bukan hak sama rata manusia tetapi hak Ahli Majlis Syura yang terdiri daripada pemuka Umat dan Ulama’ mereka yang ketika itu merupakan para Sahabat Rasulillah s.a.w –ridwanullahi ‘alaihim- yang diketuai Ahli Badar.

Keempat: Kesahihan Khilafah Ali bin Abi Talib r.a dan beliau merupakan Khalifah al-Rasyidin yang keempat dengan sepakat Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Ijmak ini berlaku semenjak zaman Ali r.a lagi kerana setiap Sahabat radiallahu ‘anhum sama ada yang membai’at Ali r.a mahupun yang mengambil sikap berkecuali sewaktu peperangan Jamal dan Siffin ataupun Mu’awiyah r.a yang mengambil sikap enggan membai’at, kesemua mereka ini sepakat dan setuju bahawa Ali r.a adalah yang berhak memengangnya setelah kewafatan Usman r.a.

Kelima: Batilnya dakwaan bahawa Ali r.a dilantik menjadi Khalifah bukan atas keredaan kaum Muslimin atau perlantikan beliau adalah berdasarkan tangan-tangan luar daripada pemberontak. Bahkan jelas menurut riwayat-riwayat yang sahih Para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang memilih beliau dengan Ijmak.

Tekanan hanya berlaku dari segi pemaksaan kaum pemberontak untuk para Sahabat segera membai’at pemimpin dan situasi Bai’at yang berlangsung dalam keadaan Ibu Negara (Madinah) masih tegang dengan pembunuhan Khalifah.

Keenam: Pertelingkahan anatara Sahabat ridwanullahi ‘alaihim bukanlah atas dasar merebut jawatan dan habuan dunia tetapi salah faham dan perbezaan ijtihad dalam keadaan fitnah. Maka wajib atas kita menahan lisan daripada mencela mereka dan mengkritik mereka, bahkan wajib memohon keredaan ALLAH untuk mereka, ridwanullahi ‘alaihim ajma’ien.

Wallahul Muwaffiq.

21 Safar 1433 H/ 15 Jan 2012 M

Al-Madinah Al-Nabawiah, Kerajaan Arab Sa’udi.

Rujukan:

  • ‘Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Dhiya’ al-‘Umari
  • Tarikh al-Khulafa’ al-Rasyidun, Dr. Muhammad Ibrahim Abal Khail
  • Tahqiq Mawaqif al-Sahabah, Dr. Muhammad Amkhozun.
  • Tahqiq Mawaqif al-Sahabiyain Talhah wa Al-Zubair fil Fitnah al-Kubra, Dr. Khalid Kabir ‘Ilal
  • Sahih wa Da’ief Tarikh al-Tabari, Muhammad Tahir al-Barzanji.
  • Asmal Matolib fi Sirah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, Dr. Ali al-Salabi.

BENARKAH SAHABAT BERSENGKETA?

OLEH: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI

Telah masyhur dalam sejarah Islam bahawa selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w dan selepas terbunuhnya Khalifah al-Rasyidin yang ketiga; Usman bin Affan r.h, umat Islam berada dalam keadaan perpecahan dan perbezaan pendapat yang membawa kepada pertumpahan darah.

Sering diwar-warkan di merata ceruk bahawa persengketaan yang berlaku dalam peperangan Jamal dan Siffin adalah persengketaan antara Sahabat-sahabat Rasulullah r.hum dan mereka ini berperang sesama sendiri.

Namun, berapakah jumlah Sahabat yang berperang sesama sendiri ini? Adakah semua Sahabat yang hidup ketika itu terlibat dalam persengekataan sesama sendiri ini? Syiah Rafidah mendakwa semua Sahabat menjadi kafir kecuali beberapa kerat kerana mereka semua terlibat dalam pertumpahan darah ini. Benarkah sedemikian rupa?

Jawapan yang tepat dan tidak teragak-agak adalah dakwaan dan tohmahan jijik Rafidah ini adalah dusta sama sekali kerana para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim majoriti mereka langsung tidak terlibat dalam pertempuran sesama sendiri ini.

Imam Muhammad bin Sirin r.h, salah seorang Tabiin yang menyaksikan persengketaan ini dengan dua matanya berkata:

هاجت الفتنة، وأصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عشرة آلاف، فما حضرها منهم مائة، بل لم يبلغوا ثلاثين

Maksudnya: “Berlaku fitnah sedangkan jumlah para Sahabat Rasulullah s.a.w semuanya (yang masih hidup) ketika itu 10,000 (sepuluh ribu) orang, tidak ikut serta dalam fitnah itu daripada mereka kecuali 100 (seratus) orang bahkan mungkin tidak sampai 30 (tiga puluh) orang sekalipun”. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].

Hal ini juga dapat dilihat dalam kitab-kitab sejarah Islam yang muktabar seperti al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Kasir dan Tarikh al-Islam Imam al-Zahabi. Al-Imam Ibn Kasir r.h ketika menyenarikan nama-nama pembesar Sahabat yang terbunuh semasa peperangan Jamal menyebut hanya dua orang iaitu Talhah r.a dan al-Zubair r.a sedangkan kata Ibn Kasir r.h jumlah keseluruhan yang terbunuh dalam peperangan Jamal adalah 10,000 orang.

Bandingkan jumlah korban keseluruhan dengan jumlah Sahabat yang terkorban dalam peperangan Jamal ini, menunjukkan betapa sedikitnya Sahabat yang terlibat dalam peperangan ini.

Bahkan lebih menarik, Al-Zubair r.a tidaklah dibunuh di medan peperangan namun seorang Rafidah yang terlibat dalam pembunuhan Usman r.a mengekori beliau semasa beliau meninggalkan medan peperangan lalu si celaka ini membunuh beliau secara tipu muslihat ketika beliau sedang tidur reda Allah sebanyak-banyaknya atas beliau-Hawari Rasulillah s.a.w-.

Ketika berlaku peperangan Jamal ini, Saidina Al-Zubair r.a sebuah hadis Nabi s.a.w kepada beliau ketika Nabi s.a.w menemui beliau sedang duduk bersama Ali r.a lantas Nabi s.a.w bersabda: “Adakah kamu mencintainya wahai Zubair?” Jawab Zubair: “Apakah yang menghalangi aku untuk mencintainya?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Maka bagaimana pula keadaan kamu nanti ketika kamu memeranginya sedangkan kamu berlaku zalim kepadanya?”

Apabila beliau teringat akan hadis ini, maka Saidina Zubair r.a segera beredar daripada pertempuran dan bersumpah tidak akan memerangi Ali r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/268-269].

Demikian juga telah tsabit semua Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang terlibat dalam peperangan Jamal ini menyesal dan mengaku mereka bersalah dalam tindakan mereka dan terjadi perdamaian antara mereka sebaik sahaja selesai peperangan.

Imam al-Sya’bi r.h begitu mengingkari ramainya Sahabat yang terlibat dalam peperangan Jamal sehingga beliau berkata:

لم يشهدها إلا علي، وعمار، وطلحة، والزبير من الصحابة

Maksudnya: “Tidak turut serta dalamnya (perang Jamal) melainkan Ali, Ammar, Talhah, dan al-Zubair daripada Sahabat”. [Tarikh al-Islam, 3/484]

Malah riwayat-riwayat sejarah lainnya menyatakan para Sahabat yang turut serta bersama Ali r.a dalam peperangan Jamal ini tidak lebih daripada 1000 sahabat sahaja sedangkan seperti kata Ibn Sirin r.h jumlah Sahabat yang masih hidup ketika itu adalah 10,000 orang. Bayangkan terdapat 9000 lagi sahabat ridwanullahi ‘alaihim tidak menyertai fitnah yang terjadi ini. [Ibid]

Sudahlah bilangan Sahabat yang turut serta ini sedikit, peperangan yang berlaku pula bukan berpunca daripada mereka ridwanullahi ‘alaihim sebagaimana yang ditegaskan para sejarawan Islam. Berkata Imam al-Zahabi r.h menyatakan pendapat para Ahli Sejarah:

اصطف الفريقان، وليس لطلحة ولا لعلي رأسي الفريقين قصد في القتال، بل ليتكلموا في اجتماع الكلمة، فترامى أوباش الطائفتين بالنبل، وشبت نار الحرب، وثارت النفوس

Maksudnya: “Kedua-dua pasukan berada dalam barisan dan tiada niat dalam diri Talhan dan Ali, ketua kedua-dua pasukan untuk berperang bahkan untuk berbincang untuk menyatukan suara lalu sekelompok orang daripada kedua-dua pihak mula melontarkan lembing maka menyala lah api peperangan dan berkobarlah jiwa…”.[Tarikh al-Islam, 3/486].

Jelas kalimah أوباش  menunjukkan yang memulakan peperangan adalah kaum yang tidak diketahui dan bukanlah daripada kalangan Sahabat sendiri bahkan mereka itu sangat berusaha untuk menyatukan kaum muslimin, bahkan Aisyah r.ha Ummul Mukmini sendiri ketika memujuk Kaab bin Sur keluar bersamanya ke Jamal berkata: “Sesungguhnya tujuanku hanyalah untuk memperbaiki antara manusia”.[Ibid]

Bahkan Kaab bin Sur al-Azdi r.h (Abu Nuaim r.h memasukkan beliau dalam kalangan Sahabat) keluar sebagai pemegang tali unta Ummul Mukminin membawa Mushaf dan perisai sahaja dan sepanjang peperangan beliau mengajak manusia supaya berdamai namun dia terbunuh terkena panah sesat (dan kita tidak meragui kemungkinan besar kaum Sabaiah –Rafidah- yang memanah beliau kerana tidak mahu peperangan dihentikan).

Demikian juga Muslim al-Juhani r.h daripada pihak Ali r.a diarahkan oleh Ali r.a untuk mengarak Mushaf dan menyeru supaya mereka berhenti berperang dan kembali kepada hukum al-Quran namun dia juga dibunuh bahkan dikatakan orang pertama yang terbunuh.[ibid, m.s 490].

Lihat, para Sahabat dalam peperangan Jamal ini sentiasa berusaha untuk menghentikan peperangan yang bukan mereka mulakan. Maka Laknat Allah atas tangan-tangan tersembunyi di sebalik kejadian ini yang tidak lain tidak bukan pengikut Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah.

Berpindah pula kepada fitnah yang kedua iaitu peristiwa Siffin yang berlaku antara Saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.

Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Menceritakan kepada kami Umayyah bin Khalid, dikatakan kepada Syu’bah: Ibn Abi Syaibah telah meriwayatkan daripada al-Hakam daripada Abdul Rahman bin Abi Laila berkata: “Turut serta dalam peperangan Siffin daripada Ahli Badar 70 (tujuh puluh) orang”. Berkata Syu’bah: “Abu Syaibah salah, kami telah berdiskusi dengan al-Hakam berkenaan perkara ini dan kami tidak dapati Ahli Badar yang menyertai Siffin kecuali Khuzaimah bin Tsabit[1]”. Dikatakan juga turut serta dalam Siffin daripada Ahli Badar, Sahl bin Hunaif r.a dan Abu Ayyub al-Ansari r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].

Al-Zahabi r.h menukil daripada Khalifah bahawa Sahabat Ahli Badar yang menyertai Siffin bersama Ali r.a adalah: ‘Ammar bin Yasir, Khawat bin Jabir, Sahl bin Hunaif, Abu Saad al-Sa’idi, Abul Yusr, Abu Rifa’ah al-Ansari dan Abu Ayyub al-Ansari.

Sahabat yang bukan Ahli Badar pula adalah: Khuzaimah bin Tsabit[2], Qais bin Saad bin Ubadah, Abu Qatadah, Sahl bin Saad al-Sa’idi, Qurzah bin Kaab, Jabir bin Abdullah, Ibn Abbas, al-Hasan, al-Husein, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Uqbah bin ‘Amir, Abu ‘Ayyash al-Razki, ‘Adi bin Hatim, al-Asy’as bin Qais, Sulaiman bin Surad, Jundub bin Abdullah, dan Jariah bin Qudamah”.

Lihat jumlah Sahabat yang menyertai peperangan Siffin ini boleh dibilang dengan jari sahaja wahai kaum Muslimin sekalian, masih terdapat beribu-ribu Sahabat lain lagi yang tidak turut serta dalam peperangan ini.

Adapun riwayat daripada Abdul Rahman bin Abza r.a:

شهدنا مع علي ثمانمائة ممن بايع بيعة الرضوان، قتل منهم ثلاثة وستون رجلاً، منهم عمار

Maksudnya: “Kami menyertai Ali bersama 800 orang yang berbaiat dalam Baiat al-Ridwan, terbunuh antara mereka 360 lelaki antaranya Ammar”. [Tarikh al-Islam, 3/545].

Riwayat ini munkar kerana perawinya: Yazid bin Abdul Rahman adalah Abu Khalid al-Dalani kerana dia sahaja bernama Yazid bin Abdul Rahman yang mempunyai riwayat yang diriwayatkan oleh Abdul Salam bin Harb.

Yazid ini dihukum Layyin oleh Ibn Adi dalam al-Kamil fid Dhu’afa’ dan cukuplah menjelaskan kedaifannya dengan disenaraikan dalam al-Kamil, kitab yang khusus menceritakan perawi yang daif sahaja dan Syuraik berkata: “Dia seorang Murjiah, kami berlindung dengan Allah daripadanya”. [Lihat al-Kamil, 7/277-278 dan al-Tarikh al-Kabir , al-Bukhari, 8/346-347].

Maka jelas kepada kita jumlah Sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin tidak sampai beberapa kerat sahaja, maka di manakah kesahihan tohmahan Rafidah bahawa ‘SEMUA SAHABAT KECUALI BEBERAPA KERAT’ kafir mereka kerana berperang sesama sendiri??

Kemudian, adakah mereka yang terlibat dalam peperangan Kafir? Demi Allah, sama sekali tidak kerana Nabi s.a.w telah menamakan mereka sebagai MUSLIMIN sebagaimana dalam sabda baginda:

إنَّ ابني هذا سَيِّدٌ ، ولعَلَّ اللهَ أَنْ يُصلِحَ به بَيْنَ فِئتَينِ عَظِيمَتَينِ من المسلمين

Maksudnya: “Sesungguhnya anak ku ini (yakni al-Hasan bin Ali r.hma) adalah Sayyid (penghulu), mudah-mudahan Allah akan membaikkan dengannya dua puak yang besar daripada Muslimin”. [al-Bukhari].

Hadis ini mengisyaratkan islah yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan r.a dengan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah r.a yang dengan itu kaum muslimin berkumpul semula di bawah satu Khilafah dan dinamakan tahun itu sebagai ‘Tahun Jamaah’.

Jelas dan terang lagi bersuluh Nabi s.a.w menamakan kedua-dua kumpulan yang menyokong Ali r.a dan Muawiyah r.a sebagai MUSLIMIN, maka siapakah Rafidah sehingga berani-berani sahaja mengkafirkan para Sahabat Nabi s.a.w. Sungguh rahmat dan reda Allah tidak putus-putus mencurah ke atas para Sahabat Rasulullah s.a.w dan tidak putus-putus pula laknatNya atas kaum Rafidah yang zalim dan fasiq ini.


[1] Kedudukan Khuzaimah bin Tsabit r.a sebagai Ahli Badar terdapat pertikaian.

[2] Atas pendapat beliau bukan Badri

KERANA CINTA…AKU TOLAK MAULID!!

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Apabila tibanya bulan Rabiul Awwal terutama 12 Rabiul Awwal, kebanyakan negara Islam dan umatnya akan menyambut perayaan yang mereka warp-warkan sebagai lambang kecintaan mereka kepada Rasul mereka, Muhammad s.a.w iaitulah perayaan Maulid Nabi atau Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Pada hari tersebut ramailah manusia yang bernama muslim akan berarak, berselawat, bahkan ada yang menyanyi dan menari dengan nama cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Namun, apakah erti sebenarnya cinta kepada Rasulullah s.a.w? Bagaimanakah pula hukumnya mereka yang tidak menyambut maulid ini?Adakah mereka kafir atau fasiq kerana tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w ? Maka dalam rangka merungkai persoalan ini kita perlu memahami beberapa perkara berikut:

Pertama: Cinta Rasulullah s.a.w adalah Iman

Sabda Rasulullah s.a.w:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ وَأَهْلِهِ ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya: “Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain sekaliannya”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, kecintaan kepada Rasulullah s.a.w bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan tetapi perlu direalisasikan dengan benar dalam hati dan dizahirkan melalui anggota.

Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dinyatakan para Ulama ada cinta ikhtiari yang diusahakan oleh seorang mukmin melalui mengikut jejak langkah dan sunnah baginda bukan semata-mata cinta tabii kerana jika dapat lihat bagaimana Abu Talib, antara manusia yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w namun dia termasuk ahli neraka. Kenapa? Kerana dia hanya cintakan Rasulullah s.a.w sebagai anak saudaranya dan keluarganya bukan sebagai Rasul (utusan) daripada Allah dan mengikut ajarannya.

Kedua: Cinta Nabi itu Ibadah dan Sahabat adalah Ikutan Terbaik Padanya

Apabila kita telah memahami cinta Nabi itu Iman dan bukan sekadar cinta tabii, maka kita dengan sendirinya faham cinta Nabi itu Ibadah khusus yang diberi ganjaran pahala padanya dan syarak telah menentukan caranya.

Kita perlu juga faham, dalam melaksanakan ibadah, para Sahabat adalah golongan yang paling layak untuk diikuti atas sabda Nabi s.a.w:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah (yang hidup) dalam kurunku, kemudian yang datang selepas mereka, kemudian yang datang selepas mereka, kemudian akan ada kaum yang kesaksian mereka mendahului sumpah mereka, dan sumpah mereka mendahului kesaksian mereka”. [al-Bukhari & Muslim].

Ulama Hadis menyatakan yang dimaksudkan dengan kurun Nabi s.a.w adalah para Sahabat baginda, kemudian yang mengikut mereka adalah Tabiin dan kemudian Tabi Tabiin dan tiga kurun ini dikenali sebagai al-Salaf al-Soleh (Para Pendahulu Yang Baik) sebagaimana dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w bersabda:

يَأْتِي زَمَانٌ يَغْزُو فِئَامٌ مِنْ النَّاسِ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ عَلَيْهِ ثُمَّ يَأْتِي زَمَانٌ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ ثُمَّ يَأْتِي زَمَانٌ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ صَاحِبَ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ

Maksudnya: “Akan datang zaman di mana satu kelompok (tentera) berjihad lalu dikatakan kepada mereka: ‘Adakah antara kamu orang yang bersahabat dengan Nabi s.a.w?’ Maka dijawab: Ya; maka diberi kemenangan kepada mereka. Kemudian datang pula zaman di mana (mereka berjihad) lalu dikatakan: ‘Adakah dalam kalangan kamu orang bersahabat dengan sahbat Nabi s.a.w?’ dijawab: Ada. Maka diberi kemenangan kepada mereka. Kemudian datang pula zaman dikatakan kepada mereka: ‘Adakah dalam kalangan kamu orang bersahabat dengan sahabat kepada sahabat Nabi s.a.w?’ maka dijawab: Ada. Maka diberi mereka kemenangan”. [al-Bukhari & Muslim].

Kita diwajibkan untuk mengikut jejak langkah mereka sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya: “Umatku akan berpecah kepada 73 golongan yang semuanya dalam neraka kecuali satu”. Sahabat bertanya: “Siapakah mereka (yang satu terselamat)?” Jawab baginda: “Golongan yang mengikut aku dan para Sahabatku”. [al-Tarmizi, hasan].

Disebabkan Sahabat adalah manusia yang sangat cintakan Nabi s.a.w maka segala tindakan Sahabat adalah lambang kecintaan yang paling sempurna terhadap Rasulullah s.a.w kemudian diikuti Tabiin kemudian Tabi Tabiin.

Amalan yang ikhlas namun tidak terdapat contoh daripada tiga kurun ini dalam urusan akidah dan ibadah serta hukum hakam dianggap bukanlah amalan yang benar dan tidak diterima syariat. Analogi mudahnya, seorang yang sangat rajin beribadah dan mengharap pahala berganda daripada Allah s.w.t lalu dia melakukan solat subuh 4 rakaat dengan sengaja, maka dengan ijmak umat solatnya batal dan tidak sah. Keikhlasan yang ada padanya tidak cukup menjadi alasan untuk dia menambah atau mengurang apa yang telah Allah s.w.t tetapkan.

Ketiga: Sikap Ghuluw Adalah Dilarang

Ghuluw atau melampau dalam melakukan sesuatu urusan agama sehingga terkeluar daripada landasan syariat adalah dilarang. Emosi dan perasaan tidak menjadi salah satu sumber agama Islam. Sebab itu kita jelaskan cinta kepada Rasulullah s.a.w bukanlah cinta emosi seperti anak yang cintakan ibunya atau suami yang cintakan isterinya tetapi ia adalah cinta yang diusahakan menurut lunas-lunas syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu mengagung-agungkan aku seperti mana kaum Nasrani mengagung-agungkan Ibn Maryam (Nabi Isa a.s), sesungguhnya aku adalah hambaNya maka katalah: Hamba Allah dan RasulNya”. [al-Bukhari & Ahmad].

Maka perbuatan kaum Nasrani yang menjadikan Isa a.s sebagai salah satu Unsur Tuhan bukanlah mereka lakukan kerana benci kepada Isa a.s tetapi kerana terlalu sayangkan baginda namun perbuatan melampau mereka ini menjadikan mereka musyrik dan kafir-nauzubillah min zalik- maka kita dilarang bersikap ghuluw atau melampau dalam mencintai Rasulullah s.a.w sehingga kita melakukan perkara yang pada emosi kita adalah tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tetapi pada pandangan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sebagai terkeluar daripada batas syariat.

Antara contoh sikap melampau umat terdahulu yang dilarang syarak sebagaimana firman Allah s.w.t:

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya: “kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka-rekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka”. [al-Hadid: 27].

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menerangkan kepada kita sistem Rahib atau Paderi yang diadakan dalam agama Nasrani bukanlah berasal daripada syariat Nabi Isa a.s tetapi bidaah atau rekaan pengikut selepas baginda atas emosi mereka yang terlalu cintakan Allah s.w.t dan ingin beribadat, namun akhirnya kerana ibadat tersebut bukanlah daripada Allah s.w.t maka mereka gagal mengikut sistem ciptaan mereka sendiri dan menyalah gunakannya.

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan Allah s.w.t mencela kaum Nasrani dalam ayat ini atas dua perkara:

Pertama: Mereka membuat rekaan dan ciptaan dalam urusan ibadat

Kedua: Mereka menyalahgunakan bidaah tersebut yang pada asalnya menurut dakwaan mereka untuk beribadah kepada Allah s.w.t. [Ibn Kasir, 8/29].

Keempat: Apa Yang Nabi s.a.w Tinggalkan Adalah Sunnah Juga Ditinggalkan

Perkara yang perlu kita ketahui juga, sunnah bukan sahaja berlaku dalam perkara yang Nabi s.a.w lakukan, bahkan apa yang baginda dan para Sahabat r.a tinggalkan.  Dalam Usul Fiqah dinyatakan:

ترك النبي صلى الله عليه وسلم لفعل ما مع وجود المقتضي له وانتفاء المانع يدل على أن ترك ذلك الفعل سنة وفعله بدعة

Maksudnya: “Perbuatan Nabi s.a.w meninggalkan sesuatu perbuatan dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bidaah”. [Min Usul al-Fiqh Inda Ahli al-Hadis, 1/82].

Maka, perbuatan yang ada keperluan di zaman Nabi s.a.w seperti azan untuk solat hari raya misalnya ada keperluan untuk dilakukan bagi menyeru manusia ke musolla dan tiada pula yang mengahalang Nabi s.a.w melakukannya namun Nabi s.a.w tidak melakukannya maka difahami azan untuk solat eid tidak disyariatkan bahkan melakukannya adalah dilarang oleh sebab Ulama telah ijmak tidak disyariatkan azan untuk solat eid dan meninggalkan azan sewaktu solat eid itu adalah sunnah yang disebut sebagai Sunnah Tarkiyah.

Perbuatan yang Nabi s.a.w tinggalkan kerana tiada keperluan di zaman baginda seperti mengumpul al-Qur’an dalam mushaf atau kerana ada halangan seperti solat terawih berjemaah kerana ditakuti diwajibkan oleh Allah s.w.t lalu umat akhir zaman akan lemah melakukannya, maka perbuatan ini apabila wujud keperluan selepas zaman baginda atau hilang penghalangnya maka boleh dilakukan dan tidak menjadi bidaah.

Kelima: Perayaan Adalah Tauqifi dan Dilarang Tasyabuh

Perayaan dalam Islam adalah terhad kepada apa yang dinaskan oleh syarak sebagaimana dalam hadis:

عن أنس قال قدم رسول الله صلى الله عليه و سلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ” ما هذان اليومان ” ؟ قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ” إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر “

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a katanya: ‘Rasulullah s.a.w tiba di Madinah dan bagi penduduknya mempunyai dua hari yang mereka berlibur (bersuka ria) padanya’. Sabda Nabi s.a.w: “Apakah dua hari ini?” Jawab mereka: ‘Adalah kami di zaman Jahiliah bersuka ria padanya’. Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu perayaan al-Adha (Korban) dan al-Fitri (Raya Puasa)”. [Abu Daud, Ahmad].

Hadis ini menunjukkan bahawa perayaan dalam Islam adalah hak syariat, tidak boleh seseorang menjadikan apa-apa hari sebagai sambutan yang berulang-ulang terhadap sesuatu perkara melainkan ada nas syarak dan syarak pula telah menghadkan perayaan itu kepada dua sahaja dalam setahun iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa.

Demikian juga Nabi s.a.w melarang kita meniru gaya hidup kaum kafir sama ada ibadat mahupun adat. Sabda Nabi s.a.w:

من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut”. [Abu Daud, Jayyid].

Para Ulama telah ijmak dilarang kaum muslimin meniru gaya hidup kaum kafir dan terutama dalam perayaan mereka. Sebagaimana kami jelaskan dalam risalah sebelum ini, dilarang keras kita menyertai kaum kafir dalam perayaan mereka walaupun sekadar mengucap selamat.

Kedudukan Maulid Nabi s.a.w:

Apabila kita melihat kepada kaedah-kaedah yang kita nyatakan di atas, maka kita dapati perayaan Maulid Nabi s.a.w adalah dilarang dalam syariat dan bukanlah lambang kecintaan kepada Nabi s.a.w yang sebenar.  Ini kerana Maulid Nabi s.a.w bukanlah berasal daripada Umat Islam tetapi ciptaan kaum Ismailiah yang menjajah Mesir suatu ketika dahulu yang dikenali juga sebagai kerajaan Fatimiah. Ulama telah bersepakat Syiah Ismailiah terkeluar daripada Islam yakni kafir.

Demikian juga perayaan Maulid Nabi s.a.w merupakan penambahan terhadap perayaan yang telah ditetapkan dan ini termasuk ghuluw dalam ibadah kerana mereka cipta perayaan tanpa nas yang jelas.

Dakwaan bahaya menyambut perayaan Maulid sebagai tanda kecintaan kepada Nabi s.a.w adalah batil kerana cirip-ciri syar’i cinta kepada Rasulullah s.a.w itu adalah mengikut sunnah baginda bukan menambah dan mereka cipta ibadah yang tidak ada asal daripada syariat. Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami yang tidak ada asal daripadanya maka amalan itu tertolak”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, ketahuilah bahawa kami, Ahli Sunnah wal Jamaah yang menolak amalan sambutan Maulid Rasulullah s.a.w ini adalah kerana kami terlalu cintakan baginda dan sunnah baginda bukanlah kerana kami benci atau tidak suka tetapi memang kami terlalu benci terhadap amalan yang menyalahi sunnah baginda dan al-Salaf al-Soleh. Wallahua’lam.

KEDUDUKAN PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

Takrif Sahabat:

Sahabat adalah jamak (plural) daripada kalimah ‘sahib’ (صاحب) yang bermaksud: ‘Kawan rapat, teman baik, dan pengikut setia’.

Dalam istilah usuluddin apabila dikatakan Sahabat Rasulullah s.a.w bermaksud:

هو: الذي لقي الرسول وهو مؤمن به ومات على ذلك

Maksudnya: “Adalah orang yang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan beriman dengan baginda serta mati sebagai seorang muslim”. [Syarah Tahawiah, Soleh al-Fauzan, 1/203].

Maka syarat untuk seseorang diiktiraf sebagai sahabat adalah melihat baginda secara lansung bukan dalam mimpi dan beriman dengan baginda lalu terus dalam iman itu sehinggalah dia meninggal.

Oleh itu, tidak termasuk sahabat seperti al-Najasyi yang hanya beriman tetapi tidak melihat baginda bahkan dia termasuk al-Tabiin, demikian juga tidak termasuk sama sekali Abu Talib, Abu Jahal, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai bin Salul dan seumpama mereka yang berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi tidak beriman dengan baginda.

Kedudukan Sahabat radiallahu’anhum:

Sahabt Rasulullah s.a.w termasuk dalam golongan pertama dalam martabat al-Wala’ yang wajib diberi kesetiaan penuh kepada mereka. Tidak boleh ada walau sebesar zarah sekalipun dalam hati seorang mukmin perasaan benci atau tidak suka kepada Sahabat Rasulullah s.a.w bahkan hendaklah hatinya dipenuhi kecintaan 100% terhadap mereka.

Dalilnya banyak sekali antaranya firman Allah s.w.t:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya” [al-Fath:18].

Ayat ini menjelaskan kedudukan para Sahabat Nabi s.a.w yang telah berbaiat setia dalam peristiwa Hudaibiah sekaligus menunjukkan kepada kita wajibnya kita memerangi kelompok Syiah Rafidah kerana Rasulullah s.a.w telah berbaiat (janji setia) dengan Sahabat baginda untuk memerangi orang kafir Quraish yang disangka menahan Saidina Usman bin Affan r.a maka lebih utama lagi kita memerangi orang yang benar-benar menahan dan mengepung Usman bin Affan r.a seperti Rafidah dan mencaci beliau sepanjang masa.

Firman Allah s.w.t:

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (8) وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (9) وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (10)

Maksudnya: “(pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu”. [al-Hasyr: 8-10].

Dalam ayat ini Allah s.w.t memuji dan menetapkan bahawa para Sahabat Rasulullah s.a.w daripada Muhajirin dan Ansar berhak mendapat bahagian harta Fai (yang diperoleh daripada kafir harbi tanpa peperangan) dan menetapkan bahawa kedua-dua golongan ini benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan ikhlas dan termasuk hamba Allah yang dikasi oleh-Nya. Demikian juga Allah memuji pada ayat ke-10 mereka yang mengikut jejak Muhajirin dan Ansar dan mendoakan kebaikan bagi mereka.

Berdasarkan ayat ini, Imam Malik rahimahullah menetapkan bahawa kaum Rafidah adalah kafir dan tidak berhak mendapat fai. Maka dalam ayat ke-10 ini juga menetapkan kemuliaan Ulama al-Salaf al-Soleh selepas Sahabat iaitu al-Tabiin dan al-Tabi Tabiin.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 100:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: “dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”

Ayat ini menetapkan bahawa para Sahabat dan pengikut mereka daripada Ahli Sunnah wal Jamaah akan selamat di akhirat nanti dan mereka dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t, adapun mereka yang menyimpang seperti Rafidah, Asyairah, dan lainnya adalah golongan tercela. Ini sesuai pula dengan sabda Nabi s.a.w:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya: “dan umatku (Umat Islam) akan berpecah kepada 73 golongan yang semuanya menuju ke neraka kecuali satu sahaja”; Sahabat bertanya: ‘Siapakah dia wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Golongan yang mengikutku dan para sahabatku”. [al-Tarmizi, hasan].

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana jika kamu salah seorang kamu bersedekah emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama (pahalanya) dengan sedekah sahabatku sebanyak secupak dan tidak pula setengahnya”. [al-Bukhari & Muslim].

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Sahabat itu adalah golongan yang dimuliakan dan dipuji mereka itu serta tidak layak sama sekali untuk dicerca dan dihina walaupun ada antara mereka yang melakukan dosa besar seperti Maiz r.a dan Hatib bin Abi Balta’ah r.a bahkan dosa mereka semuanya terampun dengan segera. Sabda Nabi s.a.w apabila Umar r.a ingin menghukum Hatib bin Abu Balta’ah atas kesalahan beliau cuba membocorkan rahsia kedatangn Rasulullah s.a.w ke Mekah dalam peristiwa Fathu Makkah:

إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَكُونَ قَدْ اطَّلَعَ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ فَقَالَ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya dia (Hatib) telah menyertai peperangan Badar dan apa yang dapat memberi tahumu jika mudah-mudahan Allah s.w.t telah melihat Ahli Badar dan berkata: “Buatlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunkan kamu”. [al-Bukhari & Muslim].

Ini menunjukkan kesalahan Sahabat sama ada dosa besar atau kecil adalah diampunkan serta merta dan mereka pasti masuk ke syurga tanpa syak walau sedikit pun. Sesiapa yang mengkafirkan salah seorang sahabat maka dia kufur dengan serta merta seperti Rafidah.

Atas dalil-dalil ulama Ahli Sunnah wal Jamaah telah berijmak bahawa wajibnya ke atas kaum muslimin mencintai para Sahabat Nabi s.a.w tanpa memilih bulu dan atas dasar dalil al-Quran, al-Sunnah, dan Ijmak ini Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan salah satu prisnip Iman mereka adalah:

ونحب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا نفرط في حب أحد منهم، ولا نتبرأ من أحد منهم. ونبغض من يبغضهم، وبغير الخير يذكرهم. ولا نذكرهم إلا بخير. وحبهم دين وإيمان وإحسان، وبغضهم كفر ونفاق وطغيان

Maksudnya: “dan kami (ASWJ) mencintai para Sahabat Rasulullah s.a.w dan kami tidak berlebih-lebihan dalam mencintai mereka dan tidak pula kami berlepas diri walau dari seorang daripada mereka dan kami membenci orang yang membenci mereka dan kami tidak menyebut mereka kecuali dengan kebaikan dan mencintai mereka adalah Islam, Iman, dan Ihsan serta membenci mereka adalah kafir, munafiq, dan taghut”. [Aqidah al-Tahawiah].

Oleh itu, Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan keimanan kita kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya termasuk juga dalamnya mencintai para Sahabat Nabi radiallahu’anhum serta menurut ,manhaj mereka dalam segenap aspek kehidupan sama ada akidah, ibdah, akhlak, muamalah, politik, dan sosial.

Martabat Para Sahabat:

Ahli Sunnah wal Jamaah telah Ijmak bahawa yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar al-Siddiq r.a kemudian Umar r.a berdalilkan hadis:

اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي: أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: “Ikutlah dua orang selepasku: Abu Bakar dan Umar”. [Riwyat Ashab al-Sunan].

Hadis ini juga menunjukkan Khalifah selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian diikuti Umar r.a. Kemudian diikuti Usman r.a dan Ali r.a dan terdapat ikhtilaf dalam menetapkan antara Usman dan Ali siapakah yang lebih utama setelah mereka bersepakat Khalifah selepas Umar adalah Usman kemudian Ali. Pendapat Jumhur adalah Usman lebih utama kemudian Ali berdalilkan hadis daripada Ibn Umar r.a katanya:

كُنَّا نُخَيِّرُ بَيْنَ النَّاسِ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنُخَيِّرُ أَبَا بَكْرٍ ثُمَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ثُمَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ

Makudnya: “Adalah kami (yakni para Sahabat) mengatur manusia yang paling baik di zaman Rasulullah s.a.w maka kami letakkan yang paling baik adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman bin Affan radiallahu’anhum”. [al-Bukhari & Muslim].

Juga berdalikan sabda Nabi s.a.w:

أبو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة في الجنة و الزبير في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة و سعد في الجنة و سعيد في الجنة و أبو عبيدة بن الجراح في الجنة

Maksudnya: “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad dalam syurga, Said dalam syurga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarah dalam syurga”. [al-Tarmizi, sahih].

10 orang sahabat ini dinamakan al-Asyarah al-Mubasyarah bil Jannah (10 orang yang dijamin syurga) dan mereka adalah seafdal-afdal sahabat menurut turutan yang Nabi s.a.w aturkan.

Kemudian diikuti oleh Ahli Badar atas ijmak Sahabat memuliakan Ahli Badar dan hadis terdahulu yang menunjukkan Allah s.w.t mengampunkan Ahli Badar, kemudian Ahli Baiat al-Ridwan kemudian orang yang beriman dan berjihad sebelum Hudaibiah kemudian mereka yang beriman dan berjihad selepas Hudaibiah, kemudian golongan Muhajirin kemudian Ansar secara umum. [Syarah Tahawiah, Syeikh al-Fauzan, 203].

Sahabat Tidak Maksum:

Ahli Sunnah wal Jamaah hanya berkeyakinan Sahabat adalah afdal daripada manusia lain namun mereka tidak maksum bahkan ada antara mereka yang melakukan dosa besar seperti Maiz r.a yang berzina dan Hatib bin Abi Balta’ah r.a yang terdahulu sebutnya namun mereka semua diampunkan Allah s.w.t atas kelebihan yang besar yang mereka lakukan daripada Iman dan Jihad bersama Rasulullah s.a.w. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh Tahawi bahawa kita tidak melampau dalam mencintai Sahabat bermakan kita tidak mengangkat sahabat lebih atas daripada darjat kemanusiaan seperti Syiah Rafidah yang menangkat Ali r.a sebagai Tuhan atau tempat masuknya roh Tuhan-nauzubillah min zalik-.

Kesimpulan:

Oleh itu, kita dapati Ahli Sunnah wal Jamaah adalah golongan yang paling adil dalam menilai para sahabat Nabi s.a.w bahkan mereka termasuk pengikut setia para Sahabat r.a.

Diharap risalah ini dapat membetulkan fahaman kita terhadap para Sahabat r.a terutama dalam keadaan negara kita Malaysia ini dilanda gelombang Tasyayyu’ (Syiah)-semoga Allah memusnahkan Rafidah- dan memupuk semangat mencontohi Sahabat dalam diri kita.

 

 

HAMAS TOLAK KEPUTUSAN ALLAH S.W.T?

Bermula pada tengah malam semalam (Sabtu, 17 Januari 2009), pihak Yahudi Laknatullah ‘alaihim mengisytiharkan mereka hendak mengadakan gencatan senjata.

Gencatan senjata ini dilihat banyak pihak sebagai Unilateral atau sebelah pihak. Oleh itu, pihak Hamas mengisytiharkan akan meneruskan peperangan walaupun angka mangsa kekejaman Yahudi ini mencecah 1200 lebih kematian yang kebanyakannya rakyat awam.

Kita tidak menafikan kesungguhan Hamas mempertahankan tanah air Umat Islam dan kita berterima kasih kepada mereka. Kita tidak boleh kata yang Palestin adalah tanah air orang Arab atau orang Palestin kerana Palestin adalah tanah wakaf bagi seluruh umat Islam.

Saya tidak menghalang jika ada pihak yang hendak menghadiahkan bunga kepada Hamas atas kejayaan mereka mempertahankan Gaza dan usaha yang mereka lakukan dan saya juga ingin mengingatkan supaya kita jangan juga lupa kepada pasukan lain yang menolong Hamas seperti Briged Syuhada al-Aqsa iaitu sayap tentera Fatah yang berjuang bersama-sama mempertahankan Gaza walaupun Hamas sering bahkan terus menuduh Fatah bekerjasama dengan Yahudi.

Namun, sebagaimana yang kita tahu, Hamas mendakwa peperangan yang dilakukan terhadap Yahudi adalah Jihad Islam yang disebut Rasulullah s.a.w :

ذروة سنام الاسلام الجهاد

Maksudnya: “Puncak Islam yang paling tinggi adalah Jihad” [Ahmad, Tabrani]

Jadi kita memahami daripada perkataan Hamas, peperangan yang mereka hendak laksanakan itu adalah Jihad Syar’i yang merupakan ibadat dalam Islam.

Semua kita telah maklum, setiap ibadat mempunyai syarat, rukun, dan aturan yang perlu diikuti. Maka demikian juga Jihad fi Sabilillah, mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap muslim yang berjihad. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangalah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka golongan yang melampaui batas”.

Maksud ‘melampaui batas’ adalah melanggar aturan Jihad seperti membunuh wanita yang tidak mengangkat senjata, kanak-kanak, orang tua, mencacatkan mayat dan seumpamanya. [Tafsir al-Muyassar, 1/204].

Antara aturan Jihad juga adalah firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. [al-Anfal: 61].

Imam al-Tabari r.h dalam menyatakan tafsir ayat ini berkata:

وإن مالوا إلى مسالمتك ومتاركتك الحربَ، إما بالدخول في الإسلام، وإما بإعطاء الجزية، وإما بموادعة، ونحو ذلك من أسباب السلم والصلح فمل إليها، وابذل لهم ما مالوا إليه من ذلك وسألوكه

Maksudnya: “dan jika mereka cenderung untuk berdamai dan menghentikan perang sama ada dengan memeluk Islam atau membayar jizyah atau mengadakan perjanjian damai (gencatan senjata) dan seumpamanya daripada sebab-sebab perdamaian maka terimalah dan berusahalah melaksanakan permintaan mereka” [al-Tabari, 14/40]

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan ayat ini adalah muhkamat bukan ayat mansukh sebagaimana pendapat sebahagian mufassirin. [4/83].

Berkata pula Imam al-Tabari r.h :

فأما ما قاله قتادة ومن قال مثل قوله، من أن هذه الآية منسوخة، فقولٌ لا دلالة عليه من كتاب ولا سنة ولا فطرة عقل.

Maksudnya: “Adapun pendapat Qatadah dan yang sependapat dengannya bahawa ayat ini mansukh maka ianya pendapat yang tidak berdalilkan sama sekali daripada al-Qur’an, al-Sunnah, dan fitrah akal”. [al-Tabari, 14/42].

Ulama yang mengatakan ayat ini mansukh kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan ayat Qital (ayat yang memerintahkan memerangi kaum kafir secara keseluruhan) dalam surah al-Taubah. Namun, syarat ayat nasikh adalah tidak dapat sama sekali dipadankan dengan hukum ayat mansukh. Adapun ayat ini masih dapat dipadankan dengan ayat Qital kerana Allah s.w.t menyatakan perintah ini dalam keadaan yang memerlukan maslahah damai. Selain itu, amalan Salaf Soleh mengadakan perjanjian damai dengan beberapa buah negara kafir juga menjadi dalil ayat ini Muhkam.

Oleh itu, jelas Allah s.w.t memerintahkan supaya apabila kaum kafir meminta perdamaian sama ada yang memulakan peperangan itu pihak mereka atau pihak kita, hendaklah kita menerimanya demi maslahah. Jika kita melihat keadaan Gaza sekarang, maslahah yang paling utama adalah berdamai kerana memberi laluan penduduk Gaza yang cedera menerima rawatan, memberi ruang pasukan bantuan ubatan dan makanan membawa bantuan mereka dan menjaga nyawa yang masih berbaki. Imam Abu Bakar Ibn al-‘Arabi r.h berkata:

وَإِنْ كَانَ لِلْمُسْلِمِينَ مَصْلَحَةٌ فِي الصُّلْحِ لِانْتِفَاعٍ يُجْلَبُ بِهِ ، أَوْ ضُرٍّ يَنْدَفِعُ بِسَبَبِهِ فَلَا بَأْسَ أَنْ يَبْتَدِئَ الْمُسْلِمُونَ بِهِ إذَا احْتَاجُوا إلَيْهِ ، وَأَنْ يُجِيبُوا إذَا دُعُوا إلَيْهِ وَقَدْ صَالَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَهْلَ خَيْبَرَ عَلَى شُرُوطٍ نَقَضُوهَا ، فَنَقَضَ صُلْحَهُمْ ، وَقَدْ وَادَعَ الضَّمْرِيُّ ، وَقَدْ صَالَحَ أُكَيْدِرَ دَوْمَةَ ، وَأَهْلَ نَجْرَانَ وَقَدْ هَادَنَ قُرَيْشًا لِعَشَرَةِ أَعْوَامٍ حَتَّى نَقَضُوا عَهْدَهُ ، وَمَا زَالَتْ الْخُلَفَاءُ وَالصَّحَابَةُ عَلَى هَذِهِ السَّبِيلِ الَّتِي شَرَعْنَاهَا سَالِكَةً ، وَبِالْوُجُوهِ الَّتِي شَرَحْنَاهَا عَامِلَةً

Maksudnya: “dan jika bagi kaum muslimin maslahah dalam berdamai kerana ada manfaat yang diperoleh atau dapat menolak mudarat yang besar maka tidak ada salahnya mereka memulakan perjanjian damai (kaum muslimin memohon damai) dan tidak salah juga untuk kaum muslimin menerima pelawaan damai kaum kafir dan Nabi s.a.w telah berdamai dengan Ahli Khaibar (kaum Yahudi) atas syarat-syarat yang mereka mungkiri kemudiannya dan baginda melakukan gencatan senjata dengan al-Damari, Ukaidar Daumah, Ahli Najran (Nasrani) dan berdamai dengan kaum musyrikin Quraish selama sepuluh tahun sehingga mereka (musyrikin) memungkiri janji mereka dan sentiasa pula selepas itu para Khalifah dan Sahabat melakukan hal yang sama (dalam Jihad mereka) yang kita disuruh mengikut mereka pula. Atas pemahaman beginilah pada pandangan kami perlu dilaksanakan”. [Ahkam al-Qur'an, 4/161 dan 162].

Adapun firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 35:

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ

Maksudnya: “(apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (Wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya…”

Berkata al-Jassas r.h :

فَنَهَى عَنْ الْمُسَالَمَةِ عِنْدَ الْقُوَّةِ عَلَى قَهْرِ الْعَدُوِّ وَقَتْلِهِمْ ؛ وَكَذَلِكَ قَالَ أَصْحَابُنَا : إذَا قَدَرَ بَعْضُ أَهْلِ الثُّغُورِ عَلَى قِتَالِ الْعَدُوِّ وَمُقَاوَمَتِهِمْ لَمْ تَجُزْ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ وَلَا يَجُوزُ لَهُمْ إقْرَارُهُمْ عَلَى الْكُفْرِ إلَّا بِالْجِزْيَةِ ، وَإِنْ ضَعُفُوا عَنْ قِتَالِهِمْ جَازَ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ كَمَا سَالَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرًا مِنْ أَصْنَافِ الْكُفَّارِ وَهَادَنَهُمْ عَلَى وَضْعِ الْحَرْبِ بَيْنَهُمْ مِنْ غَيْرِ جِزْيَةٍ أَخَذَهَا مِنْهُمْ

Ertinya: “Maka Allah s.w.t melarang mereka (yakni kaum muslimin) daripada menyerah (berdamai) dalam keadaan mereka kuat untuk mengalahkan musuh dan membunuh mereka; demikianlah pendapat para Ashab kami : Jika mampu bagi Ahli Sugur (tentera sempadan) memerangi musuh tidak boleh mereka meminta damai dan membiarkan kaum musyrikin dalam kekufuran mereka kecuali dengan jizyah, dan jika mereka lemah harus bagi mereka berdamai sepertimana Nabi s.a.w berdamai dengan berbagai-bagai kaum kuffar dan mengadakan gencatan senjata tanpa mengambil jizyah..” [Ahkam al-Qur'an li al-Jassas, 6/419]

Jika kita meniliti keadaan Gaza sekarang, semua orang yang berakal akan berkata kaum muslimin berada dalam keadaan lemah dan mereka perlu berehat mengumpul kekuatan. Jumlah kematian 1200 lebih, jumlah tercedera 4000 menghampiri 5000 orang, inilah hakikat yang perlu disedari oleh Hamas dan pergerakan Jihad Palestin.

Mereka jangan tertipu dengan jolokan Syria dan Iran yang munafiq itu, mereka memang suka jika melihat kaum muslimin menerima musibah yang teruk begini. Bahkan ketika Iran dan Syria bersekongkol dengan Parti Amal Syiah menyerang khemah pelarian Palestin di Lubnan pada tahun 1985, jumlah rakyat Palestin yang mereka bunuh dicatatkan 3100 orang. Lihatlah pada tahun 2006, Iran sendiri apabila mendapati rakyat Syiah Lubnan banyak terkorban dalam peperangan Hizbullah-Yahudi pada tahun itu, mengarahkan Hizbullah berdamai dengan Yahudi.

Hamas sepatutnya peka membaca sejarah dan politik kaum Syiah yang sentiasa berharap supaya kaum muslimin ditimpa musibah.

Jangalah kerana hendak mentaati Iran dan Syria, Hamas menderhaka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Ingatlah, Rasulullah s.a.w dan para Khalifah baginda yang lebih mulia dan lebih hebat daripada Hamas sendiri pernah berdamai dengan kaum kafir dalam usaha mencapai maslahah kaum muslimin.

Mungkin ada antara kita bertanya, bagaimana pula jika permintaan damai itu hanya tipu muslihat kaum musyrikin? Saya enggan menjawab solan ini kerana Allah s.w.t telah pun menjawabnya dalam ayat ke-62 surah al-Anfal:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman”.

Ayat ini adalah sambungan daripada ayat ke-61 surah al-Anfal yang memerintahkah kita berdamai jika kaum kafir meminta perdamaian yang kita sebutkan tadi.

Tafsir ayat ini adalah:

وإن أراد الذين عاهدوك المكر بك فإن الله سيكفيك خداعهم; إنه هو الذي أنزل عليك نصره وقوَّاك بالمؤمنين من المهاجرين والأنصار

Maksudnya: “dan jika mereka yang berdamai dengan kamu (Muhammad s.a.w) ini cuba mengkhianati kamu maka Allah akan mencukupkan bagimu penipuan mereka itu (Allah akan membantu) sesunggunhnya Dialah yang telah menguatkan kamu dengan kaum mukminin daripada al-Muhajirin dan al-Ansar” [Tafsir al-Muyassar, 3/230]

Berkata Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah, Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia tahun 1430H/2009M:

ودلت آية : وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ على حكم من أحكام الصلح ، وهو أنهم إن صالحوا على سبيل المخادعة ، وجب قبول ذلك الصلح لأن الحكم يبنى على الظاهر ، كما يبنى الإيمان على الظاهر.

 “Ayat ini (ayat 62 surah al-Anfal) satu hukum daripada hukum-hukum perdamaian iaitulah jika kaum kafir itu berniat untuk menipu kamu sekalipun dalam permintaan mereka untuk berdamai maka tetap wajib bagi kamu untuk menerima perdamaian mereka kerana hukum di bina atas zahir seperti Iman dibina (hukumnya) atas zahir keadaan”. [Tafsir al-Munir, 10/61]

Jelas daripada penjelasan para Ulama ini, wajib hukumnya menerima perdamaian jika kaum kafir meminta damai walaupun ada kemungkinan mereka hanya hendak menipu. Ini kerana, menurut kaedah Fiqah Ahli Sunnah wal Jamaah; setiap perintah itu membawa hukum wajib sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

Oleh itu,saya menyeru pihak rapat dengan Hamas dan para pejuang di Gaza di Malaysia seperti ISMA dan JIM untuk menasihati mereka supaya menerima perdamaian yang dinyatakan oleh musuh Allah yang paling ketat, Yahudi Laknatullah ‘alaihim. Ingatlah, jika anda menerimanya, tiada kehinaan sedikit pun bagi pihak anda bahkan Allah s.w.t berjanji akan membantu anda. Taatilah perintah Allah s.w.t dan ikutilah Sunnah Rasul-Nya s.a.w serta ikutlah jejak langkah para al-Salaf al-Soleh dalam usaha mereka berjihad di jalan Allah. Wallahua’lam.

 

DITULIS OLEH;

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,

KULIAH USULUDIN & DAKWAH,

AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITI, SHAH ALAM.

KENYATAAN MAKKAH AL-MUKARRAMAH BERKENAAN GAZA

Para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di Makkah al-Mukarramah mengeluarkan kenyataan khas berkenaan isu Gaza sebagai berikut :

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:

Sesungguhnya jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi yang ganas terhadap saudara-saudara kita di Gaza, Palestin dan siri-siri keganasan Yahudi yang berterusan semenjak mereka menjajah bumi Palestin diikuti pula dengan sekatan yang zalim menghampiri dua tahun diadakan yang menyekat semua  bentuk bantuan makanan, ubat-ubatan, elektrik, dan semua keperluan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang menyebabkan kematian banyak nyawa yang tidak bersalah menampakkan kepada hakikat tabiat sebenar Yahudi yang bersifat pembenci dan penjenayah serta membenarkan firman Allah s.w.t :

كيف وإن يظهروا عليكم لا يرقبوا فيكم إلاًّ ولا ذمة

Maksudnya: “Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya..” [al-Taubah : 8].

Oleh itu, melihat kepada adanya tarikan kuat kepada khutbah-khutbah dan perasaan tanggungjawab selaku Ulama Negeri al-Haram, Makkah al-Mukarramah, dalam kewajipan syar’i mereka terhadap saudara-saudara kita di Gaza serta menjalankan kewajipan yang diperintahkan Allah kepada para Ulama untuk menyampaikan ilmu, kami ingin menjelaskan hakikat-hakikat berikut :

Pertama : Tindakan Pasukan Pertahanan Islam yang gagah berani yang terdiri daripada Kerjaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat, Harakat Perjuangan HAMAS, dan pergerakan-pergerakan pertahanan Islam yang ada di bumi Palestin yang dijarah melawan Yahudi adalah Jihad Syar’i yang tidak dragui lagi dan membantu mereka sama ada dengan memberi senjata, wang, doa dan semacamnya adalah wajib menurut kemampuan setiap individu. Kewajipan yang besar dalam membentu mereka terletak di atas bahu kerajaan-kerajaan Islam dan segala penghinaan dan komplot untuk membinasakan pejuang-pejuang ini adalah kerugian yang amat besar.

Kedua : Wajib atas setiap kerajaan Islam dan Arab bersegera membantu kerajaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat di bumi Gaza dan seluruh pergerakan pejuang Islam yang ada sama ada secara Politik, Ekonomi, dan Ketenteraan. Demikian juga wajib untuk berusaha menghilangkan segala kekejaman yang berlaku serta terutama pula tanggungjawab ini terhadap kerajaan Mesir untuk bertanggungjawab kepada saudara-saudara kita di Gaza dan membuka sempadan Rafah apabila diperlukan dengan cara berterusan (tanpa sekatan imigresen dan sebagainya).

Ketiga : Hendaklah kerajaan-kerajaan Arab dan Islam bersegera membatalkan semua perjanjian damai dengan kerajaan Yahudi Israeli kerana semua perjanjian ini tidak memberikan sebarang hasil. Kerajaan-kerajaan Islam juga perlu sedar bahawa perjanjian damai adalah fatamorgana sahaja yang tidak mampu membebaskan bumi Palestin dan yang hanya mampu membebaskan bumi Palestin adalah Jihad di Jalan Allah melalui membantu pergerakan perjuangan Islam Palestin terutama HAMAS.

Keempat : Kami berpesan kepada saudara-saudara seperjuangan daripada para Ulama dan Pendakwah untuk menegakkan kalimah haq dalam masalah saudara-saudara kita di Gaza dan sentiasa berqunut (qunut nazilah) sehingga Allah menghilangkan kesusahan mereka serta menjelaskan kepada kaum muslimin sekaliannya pendirian syarak dalam isu-isu musibah seperti ini dan amat baik untuk dikhusukan tajuk ini dalam khutbah Jumaat yang mendatang.

Kelima : Wajib ke atas sekalian kaum muslimin menolong saudara-saudara mereka di Gaza secara kewangan dan doa. Selain itu, mereka juga hendaklah memelihara maruah saudara mereka dan tidak menyebarkan medium-medium yang memburukkan mereka yang disebarkan oleh media-media yang diragui. Telah sahih sebuah hadis Nabi s.a.w :

ما من امرئٍ يخذل مسلمًا في موطن يُنتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا خذله الله في موطنٍ يحب فيه نصرته، وما من امرئٍ ينصر مسلمًا في موطن ينتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا نصره الله في موطنٍ يحب فيه نصرته

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim menghina saudaranya yang muslim ketika saudaranya itu dihina dan dicemar kehormatannya (oleh musuh) melainkan Allah akan menghinakannya ketika dia pula memerlukan pertolongan, dan tidak menolong seorang muslim saudaranya ketika saudaranya dihina dan dicemar kehormatannya melainkan Allah akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan”.

Keenam : Kami berpendapat hendaklah saudara-saudara kami di Gaza bersabar dan tetap dalam perjuangan dan kami berpesan kepada mereka supaya memohon pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya kerana firman Allah s.w.t :

إن الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan berbuat ihsan”.

Kami memohon kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesusahan dan keresahan yang menimpa saudara-saudara kami di Gaza dan semoga Allah memenangkan mereka atas musuh Allah dan musuh mereka, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

 

(Kenyataan ini telah ditandatangai 24 orang Ulama Makkah antaranya Dr. Sulaiman al-Tuwaijiri, Dr. Muhammad bin Samil al-Salami, Ahmad bin Abdullah al-Zahrani yang kesemua ini bekas dekan Universiti Ummul Qura, juga turut serta Syeikh Muhammad bin Saad al-Qahtani, Ahmad al-Ghamidi, dan Khalid al-Syamrani yang kesemuanya bekas pensyarah Universiti Ummul Qura.)

 

Sumber : http://www.dd-sunnah.net/records/view/id/1632/

SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI HARAM!!!

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .

 

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers