MENGEKANG BAHAYA SYIAH

Februari 25, 2009

BENTUK-BENTUK PERSAMAN ANTARA RAFIDAH DAN IKHWANUL MUSLIMUN

Difailkan di bawah: Akidah Rafidah — Label:, , , , , , , , , , , , , — mashoori @ 8:14 am

BENTUK PERSAMAAN

RAFIDAH

IKHWAN

Menghalang di Jalan Allah

Menyekat manusia daripada mengikut Manhaj Ahli al-Sunnah wal Jamaah

Menyekat para pemuda terutamanya daripada Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah

Melebihkan Kaum Kafir dan Fasiq Atas  Mukmin

Bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah

Bekerjasama dengan kaum Sekular, Sosialis, dan Kafir melawan kerajaan Islam

Hanya Yang Mengikut Mereka Sahaja Betul

Hanya Syiah Rafidah sahaja Islam, adapun selain mereka adalah kafir dan najis

Sesiapa yang berjuang atas nama parti mereka maka orang itu seorang mujahid fi sabilillah walaupun seorang penyembah kubur.

Mensucikan Ulama Mereka

Imam-imam mereka maksum dan tidak ada kesalahan langsung

Hanya fatwa Ulama Ikhwan sahaja yang rajih adapun selain mereka adalah ulama kuno

Taqiyah (Bermuka-muka)

Bermuka-muka di sisi Rafidah adalah 9/10 daripada agama. Mereka menampakkan seolah-olah membela Islam tetapi mencela Sahabat-sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi ‘alaihim.

Menampakkan mereka berjuang untuk Islam tetapi matlamat utama hanyalah dunia dan kekuasaan

Melampau Dalam Cinta dan Benci

Melbihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w

Cinta sesama mereka tetapi benci kepada Ahli Sunnah wal Jamaah

Memperlekeh al-Sunnah

Merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim

Memperlekehkan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dan menggelar Manhaj Salafi sebagai Kuno.

Kuasa Pemerintahan Hanya Utk Mereka

Hanya Imam yang 12 sahaja berhak menjadi pemerintah atau wakilnya

Hanya Ikhwani sahaja yang berhak memerintah walaupun seorang kafir seperti pengiktirafan mereka terhadap Hasan Turabi yang kufur.

Menipu Dalam Dakwah

Menyeru kepada penyembahan kubur dan mencela sahabat dan ummuhatul mukminin

Menyeru kepada demokrasi, pilihanraya, hizbiyyah, dan aqlaniah

Meninggalkan Kitab Allah

Hanya berpegang kepada perkataan Imam dan Marji’ mereka

Hanya percaya kepada pemipin dan ulama mereka walaupun fatwa yang syaz.

Menghalalkan Darah Muslim

Selain Rafidah halal darahnya

Menghalalkan pemberontakan terhadap pemimpin Islam

Kerjasama dengan Musuh

Kerjasama dengan kaum Yahudi, Nasrani, dan Musyrikin seperti kerjasama mereka dengan Amerika Syarikat memerangi Afghanistan dan Iraq

Parti al-Zaatari misalnya bekerjasama dengan sosialis di Yemen

Bidaah

Syiah Rafidah adalah salah satu daripada Usul (akar) bidaah

Mengadakan pelbagai bidaah seperti baiat sirri, doa dan zikir dengan cara yang tidak warid dan sebagainya.

Dayus

Mengahalalkan Mutaan dan sewa faraj wanita

Menghalalkan ikhtilat seperti bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi, wanita bernyanyi, dan musafir tanpa mahram

Mendahulukan Akal atas Syarak

Menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai rujukan sehingga mereka berkata Husein lebih utama dari Nabi s.a.w kerana ibu Nabi s.a.w kafir manakala ibu Husein muslimah iaitu Fatimah

Menolak hadis-hadis yang melarang wanita berpolitik dan menjadi pemimpin dengan syubhat-syubhat akal.

Melakukan Kerosakan

Merosakkan Akidah Umat dengan syirik

Merosakkan akidah umat dengan syirik dan bidaah

Tidak Mencegah Munkar dan Menyuruh kepada Makruf

Tidak menyeru kepada Tauhid bahkan menghalalkan syirik dan zina dengan nama mutaah

Tidak melarang syirik bahkan melantik seorang kuburi sebagai mursyid am

Helah dalam Menghalalkan yang Haram

Menghalalkan zina dengan nama mutaah

Menghalalkan muzik dengan nama nasyid Islam, demokrasi dengan nama syura, dan syirik dengan nama tarbiah ruhiah

Penipuan

Melakukan hadis palsu atas nama Rasulullah s.a.w dan Ahli Bait Nabi s.a.w

Menipu dengan nama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti baru-baru ini menipu tandatangan Syeikh Jamal al-Murakibi untuk mengkafirkan Husni Mubarak

Kurang Adab dengan Rasulullah s.a.w

Tidak kisah melanggar sunnah

Tidak kisah melanggar sunnah

 

SUMBER: AWJUH SYABAH BAINA AL-RAFIDAH WA IKHWAN AL-MUFLISIN, ABU BAKAR MUHAMMAD SAULAN

Februari 22, 2009

PAKATAN IRAN-SYRIA MEMBUNUH PEMIMPIN SUNNAH LUBNAN

Difailkan di bawah: Kekejaman dan Jenayah Rafidah — Label:, , , , , , , , , , , — mashoori @ 4:58 am

Pada 20 Februari 2009, laman web al-Difa’ ‘an al-Sunnah memetik berita daripada laman web Islammemo yang menyatakan bahawa terdapat pakatan antara Hizbullah pimpinan Hasan Nasrallah al-Rafidi (Semoga Allah menghukumnya dengan setimpal), Agen Perisikan Pasukan Revolusi Iran, dan Perisikan Syria di Lubnan telah membentuk kumpulan rahsia untuk menghapuskan pemimpin Sunnah di Lubnan sekurang-kurangnya dengan menangkap dan memenjarakan mereka.

Berita yang memetik sumber daripada Akhbar Siyasi Kuwait menyatakan dalam tempoh 4 bulan yang lalu, pasukan ini telah dibentuk dan mensasarkan kumpulan pengikut Manhaj Salafi di Beirut, Tarablus, Saida, dan kawasan lemba barat. Mereka akan menjejak pergerakan pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah ini dan berusaha sedapat mungkin melenyapkan pemimpin dan tokoh penting pergerakan ini dengan sekurang-kurangnya menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Lubnan (yang merupakan kerajaan Arab Nasrani).

Selain itu, sumber berita menyatakan juga, pemimpin yang utama dalam pergerakan Manhaj Salafi akan diserahkan kepada pihak berkuasa Tehran (Syiah Imamiah) dan Damsyik (Syiah Nusairiah) untuk dijalankan siasatan lebih mendalam.

Pihak berita menyandarkan sumber berita kepada pihak Diplomasi Teluk di Baljik yang mengambil sumber risikan Eropah menyatakan lebih 200 orang perisik Pasukan Revolusi Iran yang bergerak di Iraq, Bahrain, dan UAE telah masuk ke Lubnan melalui Syria pada penghujung bulan Julai tahun lalu dan membentuk pasukan risikan ini yang melibatkan Hizbullah, Amal (Pasukan Syiah yang membunuh pelarian Palestin dalam War of Camps), dan agen-agen risikan Iran dan Syria.

Sumber risikan Eropah turut menyatakan walaupun dikatakan pasukan risikan ini hanya bertujuan menyelidik dan mengintip pergerakan pejuang Sunnah di Lubnan dan Palestin serta sumber kewangan dan senjata mereka tetapi dipercayai terdapat juga cubaan membunuh dan menghapuskan langsung pergerakan pejuang sunnah.

Disamping itu, Ketua Ulama  Salafi Lubnan, Syeikh Syahal menyatakan tindakan Syria yang akhir-akhir ini cuba menuduh pergerakan Salafi dengan amalan-amalan militan dan serangan-serangan di Nahrul Barid dan beberapa kawasan Damsyik merupakan cubaan Syrian menutup kejahatannya di Lubnan terutama penglibatannya dalam pembunuhan Rafiq Hariri, Bekas Perdana Menteri Muslim Lubnan.

Selain itu, Syahal juga melihat tindakan Syria ini adalah cubaan mereka untuk kembali berpengaruh dalam politik Lubnan. Syahal juga tidak menolak kemungkinan amalan membunuh serta beliau menyeru kepada Ahli Sunnah untuk berhati-hati dalam berhadapan dengan rancangan keji pihak Syiah Imamiah dan Nusairiah ini yang terkenal sepanjang sejarah Islam sebagai duri dalam daging.

 

Sumber:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/745/

Februari 14, 2009

KERANA CINTA…AKU TOLAK MAULID!!

Difailkan di bawah: Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, Syubhat-Syubhat — Label:, , , , , , , , , — mashoori @ 10:33 am

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Apabila tibanya bulan Rabiul Awwal terutama 12 Rabiul Awwal, kebanyakan negara Islam dan umatnya akan menyambut perayaan yang mereka warp-warkan sebagai lambang kecintaan mereka kepada Rasul mereka, Muhammad s.a.w iaitulah perayaan Maulid Nabi atau Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Pada hari tersebut ramailah manusia yang bernama muslim akan berarak, berselawat, bahkan ada yang menyanyi dan menari dengan nama cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Namun, apakah erti sebenarnya cinta kepada Rasulullah s.a.w? Bagaimanakah pula hukumnya mereka yang tidak menyambut maulid ini?Adakah mereka kafir atau fasiq kerana tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w ? Maka dalam rangka merungkai persoalan ini kita perlu memahami beberapa perkara berikut:

Pertama: Cinta Rasulullah s.a.w adalah Iman

Sabda Rasulullah s.a.w:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ وَأَهْلِهِ ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya: “Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain sekaliannya”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, kecintaan kepada Rasulullah s.a.w bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan tetapi perlu direalisasikan dengan benar dalam hati dan dizahirkan melalui anggota.

Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dinyatakan para Ulama ada cinta ikhtiari yang diusahakan oleh seorang mukmin melalui mengikut jejak langkah dan sunnah baginda bukan semata-mata cinta tabii kerana jika dapat lihat bagaimana Abu Talib, antara manusia yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w namun dia termasuk ahli neraka. Kenapa? Kerana dia hanya cintakan Rasulullah s.a.w sebagai anak saudaranya dan keluarganya bukan sebagai Rasul (utusan) daripada Allah dan mengikut ajarannya.

Kedua: Cinta Nabi itu Ibadah dan Sahabat adalah Ikutan Terbaik Padanya

Apabila kita telah memahami cinta Nabi itu Iman dan bukan sekadar cinta tabii, maka kita dengan sendirinya faham cinta Nabi itu Ibadah khusus yang diberi ganjaran pahala padanya dan syarak telah menentukan caranya.

Kita perlu juga faham, dalam melaksanakan ibadah, para Sahabat adalah golongan yang paling layak untuk diikuti atas sabda Nabi s.a.w:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah (yang hidup) dalam kurunku, kemudian yang datang selepas mereka, kemudian yang datang selepas mereka, kemudian akan ada kaum yang kesaksian mereka mendahului sumpah mereka, dan sumpah mereka mendahului kesaksian mereka”. [al-Bukhari & Muslim].

Ulama Hadis menyatakan yang dimaksudkan dengan kurun Nabi s.a.w adalah para Sahabat baginda, kemudian yang mengikut mereka adalah Tabiin dan kemudian Tabi Tabiin dan tiga kurun ini dikenali sebagai al-Salaf al-Soleh (Para Pendahulu Yang Baik) sebagaimana dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w bersabda:

يَأْتِي زَمَانٌ يَغْزُو فِئَامٌ مِنْ النَّاسِ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ عَلَيْهِ ثُمَّ يَأْتِي زَمَانٌ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ ثُمَّ يَأْتِي زَمَانٌ فَيُقَالُ فِيكُمْ مَنْ صَحِبَ صَاحِبَ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُقَالُ نَعَمْ فَيُفْتَحُ

Maksudnya: “Akan datang zaman di mana satu kelompok (tentera) berjihad lalu dikatakan kepada mereka: ‘Adakah antara kamu orang yang bersahabat dengan Nabi s.a.w?’ Maka dijawab: Ya; maka diberi kemenangan kepada mereka. Kemudian datang pula zaman di mana (mereka berjihad) lalu dikatakan: ‘Adakah dalam kalangan kamu orang bersahabat dengan sahbat Nabi s.a.w?’ dijawab: Ada. Maka diberi kemenangan kepada mereka. Kemudian datang pula zaman dikatakan kepada mereka: ‘Adakah dalam kalangan kamu orang bersahabat dengan sahabat kepada sahabat Nabi s.a.w?’ maka dijawab: Ada. Maka diberi mereka kemenangan”. [al-Bukhari & Muslim].

Kita diwajibkan untuk mengikut jejak langkah mereka sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya: “Umatku akan berpecah kepada 73 golongan yang semuanya dalam neraka kecuali satu”. Sahabat bertanya: “Siapakah mereka (yang satu terselamat)?” Jawab baginda: “Golongan yang mengikut aku dan para Sahabatku”. [al-Tarmizi, hasan].

Disebabkan Sahabat adalah manusia yang sangat cintakan Nabi s.a.w maka segala tindakan Sahabat adalah lambang kecintaan yang paling sempurna terhadap Rasulullah s.a.w kemudian diikuti Tabiin kemudian Tabi Tabiin.

Amalan yang ikhlas namun tidak terdapat contoh daripada tiga kurun ini dalam urusan akidah dan ibadah serta hukum hakam dianggap bukanlah amalan yang benar dan tidak diterima syariat. Analogi mudahnya, seorang yang sangat rajin beribadah dan mengharap pahala berganda daripada Allah s.w.t lalu dia melakukan solat subuh 4 rakaat dengan sengaja, maka dengan ijmak umat solatnya batal dan tidak sah. Keikhlasan yang ada padanya tidak cukup menjadi alasan untuk dia menambah atau mengurang apa yang telah Allah s.w.t tetapkan.

Ketiga: Sikap Ghuluw Adalah Dilarang

Ghuluw atau melampau dalam melakukan sesuatu urusan agama sehingga terkeluar daripada landasan syariat adalah dilarang. Emosi dan perasaan tidak menjadi salah satu sumber agama Islam. Sebab itu kita jelaskan cinta kepada Rasulullah s.a.w bukanlah cinta emosi seperti anak yang cintakan ibunya atau suami yang cintakan isterinya tetapi ia adalah cinta yang diusahakan menurut lunas-lunas syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu mengagung-agungkan aku seperti mana kaum Nasrani mengagung-agungkan Ibn Maryam (Nabi Isa a.s), sesungguhnya aku adalah hambaNya maka katalah: Hamba Allah dan RasulNya”. [al-Bukhari & Ahmad].

Maka perbuatan kaum Nasrani yang menjadikan Isa a.s sebagai salah satu Unsur Tuhan bukanlah mereka lakukan kerana benci kepada Isa a.s tetapi kerana terlalu sayangkan baginda namun perbuatan melampau mereka ini menjadikan mereka musyrik dan kafir-nauzubillah min zalik- maka kita dilarang bersikap ghuluw atau melampau dalam mencintai Rasulullah s.a.w sehingga kita melakukan perkara yang pada emosi kita adalah tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tetapi pada pandangan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sebagai terkeluar daripada batas syariat.

Antara contoh sikap melampau umat terdahulu yang dilarang syarak sebagaimana firman Allah s.w.t:

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya: “kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka-rekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka”. [al-Hadid: 27].

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menerangkan kepada kita sistem Rahib atau Paderi yang diadakan dalam agama Nasrani bukanlah berasal daripada syariat Nabi Isa a.s tetapi bidaah atau rekaan pengikut selepas baginda atas emosi mereka yang terlalu cintakan Allah s.w.t dan ingin beribadat, namun akhirnya kerana ibadat tersebut bukanlah daripada Allah s.w.t maka mereka gagal mengikut sistem ciptaan mereka sendiri dan menyalah gunakannya.

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan Allah s.w.t mencela kaum Nasrani dalam ayat ini atas dua perkara:

Pertama: Mereka membuat rekaan dan ciptaan dalam urusan ibadat

Kedua: Mereka menyalahgunakan bidaah tersebut yang pada asalnya menurut dakwaan mereka untuk beribadah kepada Allah s.w.t. [Ibn Kasir, 8/29].

Keempat: Apa Yang Nabi s.a.w Tinggalkan Adalah Sunnah Juga Ditinggalkan

Perkara yang perlu kita ketahui juga, sunnah bukan sahaja berlaku dalam perkara yang Nabi s.a.w lakukan, bahkan apa yang baginda dan para Sahabat r.a tinggalkan.  Dalam Usul Fiqah dinyatakan:

ترك النبي صلى الله عليه وسلم لفعل ما مع وجود المقتضي له وانتفاء المانع يدل على أن ترك ذلك الفعل سنة وفعله بدعة

Maksudnya: “Perbuatan Nabi s.a.w meninggalkan sesuatu perbuatan dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bidaah”. [Min Usul al-Fiqh Inda Ahli al-Hadis, 1/82].

Maka, perbuatan yang ada keperluan di zaman Nabi s.a.w seperti azan untuk solat hari raya misalnya ada keperluan untuk dilakukan bagi menyeru manusia ke musolla dan tiada pula yang mengahalang Nabi s.a.w melakukannya namun Nabi s.a.w tidak melakukannya maka difahami azan untuk solat eid tidak disyariatkan bahkan melakukannya adalah dilarang oleh sebab Ulama telah ijmak tidak disyariatkan azan untuk solat eid dan meninggalkan azan sewaktu solat eid itu adalah sunnah yang disebut sebagai Sunnah Tarkiyah.

Perbuatan yang Nabi s.a.w tinggalkan kerana tiada keperluan di zaman baginda seperti mengumpul al-Qur’an dalam mushaf atau kerana ada halangan seperti solat terawih berjemaah kerana ditakuti diwajibkan oleh Allah s.w.t lalu umat akhir zaman akan lemah melakukannya, maka perbuatan ini apabila wujud keperluan selepas zaman baginda atau hilang penghalangnya maka boleh dilakukan dan tidak menjadi bidaah.

Kelima: Perayaan Adalah Tauqifi dan Dilarang Tasyabuh

Perayaan dalam Islam adalah terhad kepada apa yang dinaskan oleh syarak sebagaimana dalam hadis:

عن أنس قال قدم رسول الله صلى الله عليه و سلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ” ما هذان اليومان ” ؟ قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ” إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر “

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a katanya: ‘Rasulullah s.a.w tiba di Madinah dan bagi penduduknya mempunyai dua hari yang mereka berlibur (bersuka ria) padanya’. Sabda Nabi s.a.w: “Apakah dua hari ini?” Jawab mereka: ‘Adalah kami di zaman Jahiliah bersuka ria padanya’. Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu perayaan al-Adha (Korban) dan al-Fitri (Raya Puasa)”. [Abu Daud, Ahmad].

Hadis ini menunjukkan bahawa perayaan dalam Islam adalah hak syariat, tidak boleh seseorang menjadikan apa-apa hari sebagai sambutan yang berulang-ulang terhadap sesuatu perkara melainkan ada nas syarak dan syarak pula telah menghadkan perayaan itu kepada dua sahaja dalam setahun iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa.

Demikian juga Nabi s.a.w melarang kita meniru gaya hidup kaum kafir sama ada ibadat mahupun adat. Sabda Nabi s.a.w:

من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut”. [Abu Daud, Jayyid].

Para Ulama telah ijmak dilarang kaum muslimin meniru gaya hidup kaum kafir dan terutama dalam perayaan mereka. Sebagaimana kami jelaskan dalam risalah sebelum ini, dilarang keras kita menyertai kaum kafir dalam perayaan mereka walaupun sekadar mengucap selamat.

Kedudukan Maulid Nabi s.a.w:

Apabila kita melihat kepada kaedah-kaedah yang kita nyatakan di atas, maka kita dapati perayaan Maulid Nabi s.a.w adalah dilarang dalam syariat dan bukanlah lambang kecintaan kepada Nabi s.a.w yang sebenar.  Ini kerana Maulid Nabi s.a.w bukanlah berasal daripada Umat Islam tetapi ciptaan kaum Ismailiah yang menjajah Mesir suatu ketika dahulu yang dikenali juga sebagai kerajaan Fatimiah. Ulama telah bersepakat Syiah Ismailiah terkeluar daripada Islam yakni kafir.

Demikian juga perayaan Maulid Nabi s.a.w merupakan penambahan terhadap perayaan yang telah ditetapkan dan ini termasuk ghuluw dalam ibadah kerana mereka cipta perayaan tanpa nas yang jelas.

Dakwaan bahaya menyambut perayaan Maulid sebagai tanda kecintaan kepada Nabi s.a.w adalah batil kerana cirip-ciri syar’i cinta kepada Rasulullah s.a.w itu adalah mengikut sunnah baginda bukan menambah dan mereka cipta ibadah yang tidak ada asal daripada syariat. Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mencipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami yang tidak ada asal daripadanya maka amalan itu tertolak”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, ketahuilah bahawa kami, Ahli Sunnah wal Jamaah yang menolak amalan sambutan Maulid Rasulullah s.a.w ini adalah kerana kami terlalu cintakan baginda dan sunnah baginda bukanlah kerana kami benci atau tidak suka tetapi memang kami terlalu benci terhadap amalan yang menyalahi sunnah baginda dan al-Salaf al-Soleh. Wallahua’lam.

Februari 13, 2009

KEDUDUKAN PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W

Difailkan di bawah: Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah — Label:, , , , , , , , , , , , — mashoori @ 3:58 am

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

Takrif Sahabat:

Sahabat adalah jamak (plural) daripada kalimah ’sahib’ (صاحب) yang bermaksud: ‘Kawan rapat, teman baik, dan pengikut setia’.

Dalam istilah usuluddin apabila dikatakan Sahabat Rasulullah s.a.w bermaksud:

هو: الذي لقي الرسول وهو مؤمن به ومات على ذلك

Maksudnya: “Adalah orang yang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan beriman dengan baginda serta mati sebagai seorang muslim”. [Syarah Tahawiah, Soleh al-Fauzan, 1/203].

Maka syarat untuk seseorang diiktiraf sebagai sahabat adalah melihat baginda secara lansung bukan dalam mimpi dan beriman dengan baginda lalu terus dalam iman itu sehinggalah dia meninggal.

Oleh itu, tidak termasuk sahabat seperti al-Najasyi yang hanya beriman tetapi tidak melihat baginda bahkan dia termasuk al-Tabiin, demikian juga tidak termasuk sama sekali Abu Talib, Abu Jahal, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai bin Salul dan seumpama mereka yang berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi tidak beriman dengan baginda.

Kedudukan Sahabat radiallahu’anhum:

Sahabt Rasulullah s.a.w termasuk dalam golongan pertama dalam martabat al-Wala’ yang wajib diberi kesetiaan penuh kepada mereka. Tidak boleh ada walau sebesar zarah sekalipun dalam hati seorang mukmin perasaan benci atau tidak suka kepada Sahabat Rasulullah s.a.w bahkan hendaklah hatinya dipenuhi kecintaan 100% terhadap mereka.

Dalilnya banyak sekali antaranya firman Allah s.w.t:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya” [al-Fath:18].

Ayat ini menjelaskan kedudukan para Sahabat Nabi s.a.w yang telah berbaiat setia dalam peristiwa Hudaibiah sekaligus menunjukkan kepada kita wajibnya kita memerangi kelompok Syiah Rafidah kerana Rasulullah s.a.w telah berbaiat (janji setia) dengan Sahabat baginda untuk memerangi orang kafir Quraish yang disangka menahan Saidina Usman bin Affan r.a maka lebih utama lagi kita memerangi orang yang benar-benar menahan dan mengepung Usman bin Affan r.a seperti Rafidah dan mencaci beliau sepanjang masa.

Firman Allah s.w.t:

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (8) وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (9) وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (10)

Maksudnya: “(pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu”. [al-Hasyr: 8-10].

Dalam ayat ini Allah s.w.t memuji dan menetapkan bahawa para Sahabat Rasulullah s.a.w daripada Muhajirin dan Ansar berhak mendapat bahagian harta Fai (yang diperoleh daripada kafir harbi tanpa peperangan) dan menetapkan bahawa kedua-dua golongan ini benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan ikhlas dan termasuk hamba Allah yang dikasi oleh-Nya. Demikian juga Allah memuji pada ayat ke-10 mereka yang mengikut jejak Muhajirin dan Ansar dan mendoakan kebaikan bagi mereka.

Berdasarkan ayat ini, Imam Malik rahimahullah menetapkan bahawa kaum Rafidah adalah kafir dan tidak berhak mendapat fai. Maka dalam ayat ke-10 ini juga menetapkan kemuliaan Ulama al-Salaf al-Soleh selepas Sahabat iaitu al-Tabiin dan al-Tabi Tabiin.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 100:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: “dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”

Ayat ini menetapkan bahawa para Sahabat dan pengikut mereka daripada Ahli Sunnah wal Jamaah akan selamat di akhirat nanti dan mereka dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t, adapun mereka yang menyimpang seperti Rafidah, Asyairah, dan lainnya adalah golongan tercela. Ini sesuai pula dengan sabda Nabi s.a.w:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya: “dan umatku (Umat Islam) akan berpecah kepada 73 golongan yang semuanya menuju ke neraka kecuali satu sahaja”; Sahabat bertanya: ‘Siapakah dia wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Golongan yang mengikutku dan para sahabatku”. [al-Tarmizi, hasan].

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana jika kamu salah seorang kamu bersedekah emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama (pahalanya) dengan sedekah sahabatku sebanyak secupak dan tidak pula setengahnya”. [al-Bukhari & Muslim].

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Sahabat itu adalah golongan yang dimuliakan dan dipuji mereka itu serta tidak layak sama sekali untuk dicerca dan dihina walaupun ada antara mereka yang melakukan dosa besar seperti Maiz r.a dan Hatib bin Abi Balta’ah r.a bahkan dosa mereka semuanya terampun dengan segera. Sabda Nabi s.a.w apabila Umar r.a ingin menghukum Hatib bin Abu Balta’ah atas kesalahan beliau cuba membocorkan rahsia kedatangn Rasulullah s.a.w ke Mekah dalam peristiwa Fathu Makkah:

إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَكُونَ قَدْ اطَّلَعَ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ فَقَالَ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya dia (Hatib) telah menyertai peperangan Badar dan apa yang dapat memberi tahumu jika mudah-mudahan Allah s.w.t telah melihat Ahli Badar dan berkata: “Buatlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunkan kamu”. [al-Bukhari & Muslim].

Ini menunjukkan kesalahan Sahabat sama ada dosa besar atau kecil adalah diampunkan serta merta dan mereka pasti masuk ke syurga tanpa syak walau sedikit pun. Sesiapa yang mengkafirkan salah seorang sahabat maka dia kufur dengan serta merta seperti Rafidah.

Atas dalil-dalil ulama Ahli Sunnah wal Jamaah telah berijmak bahawa wajibnya ke atas kaum muslimin mencintai para Sahabat Nabi s.a.w tanpa memilih bulu dan atas dasar dalil al-Quran, al-Sunnah, dan Ijmak ini Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan salah satu prisnip Iman mereka adalah:

ونحب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا نفرط في حب أحد منهم، ولا نتبرأ من أحد منهم. ونبغض من يبغضهم، وبغير الخير يذكرهم. ولا نذكرهم إلا بخير. وحبهم دين وإيمان وإحسان، وبغضهم كفر ونفاق وطغيان

Maksudnya: “dan kami (ASWJ) mencintai para Sahabat Rasulullah s.a.w dan kami tidak berlebih-lebihan dalam mencintai mereka dan tidak pula kami berlepas diri walau dari seorang daripada mereka dan kami membenci orang yang membenci mereka dan kami tidak menyebut mereka kecuali dengan kebaikan dan mencintai mereka adalah Islam, Iman, dan Ihsan serta membenci mereka adalah kafir, munafiq, dan taghut”. [Aqidah al-Tahawiah].

Oleh itu, Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan keimanan kita kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya termasuk juga dalamnya mencintai para Sahabat Nabi radiallahu’anhum serta menurut ,manhaj mereka dalam segenap aspek kehidupan sama ada akidah, ibdah, akhlak, muamalah, politik, dan sosial.

Martabat Para Sahabat:

Ahli Sunnah wal Jamaah telah Ijmak bahawa yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar al-Siddiq r.a kemudian Umar r.a berdalilkan hadis:

اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي: أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: “Ikutlah dua orang selepasku: Abu Bakar dan Umar”. [Riwyat Ashab al-Sunan].

Hadis ini juga menunjukkan Khalifah selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian diikuti Umar r.a. Kemudian diikuti Usman r.a dan Ali r.a dan terdapat ikhtilaf dalam menetapkan antara Usman dan Ali siapakah yang lebih utama setelah mereka bersepakat Khalifah selepas Umar adalah Usman kemudian Ali. Pendapat Jumhur adalah Usman lebih utama kemudian Ali berdalilkan hadis daripada Ibn Umar r.a katanya:

كُنَّا نُخَيِّرُ بَيْنَ النَّاسِ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنُخَيِّرُ أَبَا بَكْرٍ ثُمَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ثُمَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ

Makudnya: “Adalah kami (yakni para Sahabat) mengatur manusia yang paling baik di zaman Rasulullah s.a.w maka kami letakkan yang paling baik adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman bin Affan radiallahu’anhum”. [al-Bukhari & Muslim].

Juga berdalikan sabda Nabi s.a.w:

أبو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة في الجنة و الزبير في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة و سعد في الجنة و سعيد في الجنة و أبو عبيدة بن الجراح في الجنة

Maksudnya: “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad dalam syurga, Said dalam syurga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarah dalam syurga”. [al-Tarmizi, sahih].

10 orang sahabat ini dinamakan al-Asyarah al-Mubasyarah bil Jannah (10 orang yang dijamin syurga) dan mereka adalah seafdal-afdal sahabat menurut turutan yang Nabi s.a.w aturkan.

Kemudian diikuti oleh Ahli Badar atas ijmak Sahabat memuliakan Ahli Badar dan hadis terdahulu yang menunjukkan Allah s.w.t mengampunkan Ahli Badar, kemudian Ahli Baiat al-Ridwan kemudian orang yang beriman dan berjihad sebelum Hudaibiah kemudian mereka yang beriman dan berjihad selepas Hudaibiah, kemudian golongan Muhajirin kemudian Ansar secara umum. [Syarah Tahawiah, Syeikh al-Fauzan, 203].

Sahabat Tidak Maksum:

Ahli Sunnah wal Jamaah hanya berkeyakinan Sahabat adalah afdal daripada manusia lain namun mereka tidak maksum bahkan ada antara mereka yang melakukan dosa besar seperti Maiz r.a yang berzina dan Hatib bin Abi Balta’ah r.a yang terdahulu sebutnya namun mereka semua diampunkan Allah s.w.t atas kelebihan yang besar yang mereka lakukan daripada Iman dan Jihad bersama Rasulullah s.a.w. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh Tahawi bahawa kita tidak melampau dalam mencintai Sahabat bermakan kita tidak mengangkat sahabat lebih atas daripada darjat kemanusiaan seperti Syiah Rafidah yang menangkat Ali r.a sebagai Tuhan atau tempat masuknya roh Tuhan-nauzubillah min zalik-.

Kesimpulan:

Oleh itu, kita dapati Ahli Sunnah wal Jamaah adalah golongan yang paling adil dalam menilai para sahabat Nabi s.a.w bahkan mereka termasuk pengikut setia para Sahabat r.a.

Diharap risalah ini dapat membetulkan fahaman kita terhadap para Sahabat r.a terutama dalam keadaan negara kita Malaysia ini dilanda gelombang Tasyayyu’ (Syiah)-semoga Allah memusnahkan Rafidah- dan memupuk semangat mencontohi Sahabat dalam diri kita.

 

 

Januari 18, 2009

HAMAS TOLAK KEPUTUSAN ALLAH S.W.T?

Bermula pada tengah malam semalam (Sabtu, 17 Januari 2009), pihak Yahudi Laknatullah ‘alaihim mengisytiharkan mereka hendak mengadakan gencatan senjata.

Gencatan senjata ini dilihat banyak pihak sebagai Unilateral atau sebelah pihak. Oleh itu, pihak Hamas mengisytiharkan akan meneruskan peperangan walaupun angka mangsa kekejaman Yahudi ini mencecah 1200 lebih kematian yang kebanyakannya rakyat awam.

Kita tidak menafikan kesungguhan Hamas mempertahankan tanah air Umat Islam dan kita berterima kasih kepada mereka. Kita tidak boleh kata yang Palestin adalah tanah air orang Arab atau orang Palestin kerana Palestin adalah tanah wakaf bagi seluruh umat Islam.

Saya tidak menghalang jika ada pihak yang hendak menghadiahkan bunga kepada Hamas atas kejayaan mereka mempertahankan Gaza dan usaha yang mereka lakukan dan saya juga ingin mengingatkan supaya kita jangan juga lupa kepada pasukan lain yang menolong Hamas seperti Briged Syuhada al-Aqsa iaitu sayap tentera Fatah yang berjuang bersama-sama mempertahankan Gaza walaupun Hamas sering bahkan terus menuduh Fatah bekerjasama dengan Yahudi.

Namun, sebagaimana yang kita tahu, Hamas mendakwa peperangan yang dilakukan terhadap Yahudi adalah Jihad Islam yang disebut Rasulullah s.a.w :

ذروة سنام الاسلام الجهاد

Maksudnya: “Puncak Islam yang paling tinggi adalah Jihad” [Ahmad, Tabrani]

Jadi kita memahami daripada perkataan Hamas, peperangan yang mereka hendak laksanakan itu adalah Jihad Syar’i yang merupakan ibadat dalam Islam.

Semua kita telah maklum, setiap ibadat mempunyai syarat, rukun, dan aturan yang perlu diikuti. Maka demikian juga Jihad fi Sabilillah, mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap muslim yang berjihad. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangalah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka golongan yang melampaui batas”.

Maksud ‘melampaui batas’ adalah melanggar aturan Jihad seperti membunuh wanita yang tidak mengangkat senjata, kanak-kanak, orang tua, mencacatkan mayat dan seumpamanya. [Tafsir al-Muyassar, 1/204].

Antara aturan Jihad juga adalah firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. [al-Anfal: 61].

Imam al-Tabari r.h dalam menyatakan tafsir ayat ini berkata:

وإن مالوا إلى مسالمتك ومتاركتك الحربَ، إما بالدخول في الإسلام، وإما بإعطاء الجزية، وإما بموادعة، ونحو ذلك من أسباب السلم والصلح فمل إليها، وابذل لهم ما مالوا إليه من ذلك وسألوكه

Maksudnya: “dan jika mereka cenderung untuk berdamai dan menghentikan perang sama ada dengan memeluk Islam atau membayar jizyah atau mengadakan perjanjian damai (gencatan senjata) dan seumpamanya daripada sebab-sebab perdamaian maka terimalah dan berusahalah melaksanakan permintaan mereka” [al-Tabari, 14/40]

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan ayat ini adalah muhkamat bukan ayat mansukh sebagaimana pendapat sebahagian mufassirin. [4/83].

Berkata pula Imam al-Tabari r.h :

فأما ما قاله قتادة ومن قال مثل قوله، من أن هذه الآية منسوخة، فقولٌ لا دلالة عليه من كتاب ولا سنة ولا فطرة عقل.

Maksudnya: “Adapun pendapat Qatadah dan yang sependapat dengannya bahawa ayat ini mansukh maka ianya pendapat yang tidak berdalilkan sama sekali daripada al-Qur’an, al-Sunnah, dan fitrah akal”. [al-Tabari, 14/42].

Ulama yang mengatakan ayat ini mansukh kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan ayat Qital (ayat yang memerintahkan memerangi kaum kafir secara keseluruhan) dalam surah al-Taubah. Namun, syarat ayat nasikh adalah tidak dapat sama sekali dipadankan dengan hukum ayat mansukh. Adapun ayat ini masih dapat dipadankan dengan ayat Qital kerana Allah s.w.t menyatakan perintah ini dalam keadaan yang memerlukan maslahah damai. Selain itu, amalan Salaf Soleh mengadakan perjanjian damai dengan beberapa buah negara kafir juga menjadi dalil ayat ini Muhkam.

Oleh itu, jelas Allah s.w.t memerintahkan supaya apabila kaum kafir meminta perdamaian sama ada yang memulakan peperangan itu pihak mereka atau pihak kita, hendaklah kita menerimanya demi maslahah. Jika kita melihat keadaan Gaza sekarang, maslahah yang paling utama adalah berdamai kerana memberi laluan penduduk Gaza yang cedera menerima rawatan, memberi ruang pasukan bantuan ubatan dan makanan membawa bantuan mereka dan menjaga nyawa yang masih berbaki. Imam Abu Bakar Ibn al-’Arabi r.h berkata:

وَإِنْ كَانَ لِلْمُسْلِمِينَ مَصْلَحَةٌ فِي الصُّلْحِ لِانْتِفَاعٍ يُجْلَبُ بِهِ ، أَوْ ضُرٍّ يَنْدَفِعُ بِسَبَبِهِ فَلَا بَأْسَ أَنْ يَبْتَدِئَ الْمُسْلِمُونَ بِهِ إذَا احْتَاجُوا إلَيْهِ ، وَأَنْ يُجِيبُوا إذَا دُعُوا إلَيْهِ وَقَدْ صَالَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَهْلَ خَيْبَرَ عَلَى شُرُوطٍ نَقَضُوهَا ، فَنَقَضَ صُلْحَهُمْ ، وَقَدْ وَادَعَ الضَّمْرِيُّ ، وَقَدْ صَالَحَ أُكَيْدِرَ دَوْمَةَ ، وَأَهْلَ نَجْرَانَ وَقَدْ هَادَنَ قُرَيْشًا لِعَشَرَةِ أَعْوَامٍ حَتَّى نَقَضُوا عَهْدَهُ ، وَمَا زَالَتْ الْخُلَفَاءُ وَالصَّحَابَةُ عَلَى هَذِهِ السَّبِيلِ الَّتِي شَرَعْنَاهَا سَالِكَةً ، وَبِالْوُجُوهِ الَّتِي شَرَحْنَاهَا عَامِلَةً

Maksudnya: “dan jika bagi kaum muslimin maslahah dalam berdamai kerana ada manfaat yang diperoleh atau dapat menolak mudarat yang besar maka tidak ada salahnya mereka memulakan perjanjian damai (kaum muslimin memohon damai) dan tidak salah juga untuk kaum muslimin menerima pelawaan damai kaum kafir dan Nabi s.a.w telah berdamai dengan Ahli Khaibar (kaum Yahudi) atas syarat-syarat yang mereka mungkiri kemudiannya dan baginda melakukan gencatan senjata dengan al-Damari, Ukaidar Daumah, Ahli Najran (Nasrani) dan berdamai dengan kaum musyrikin Quraish selama sepuluh tahun sehingga mereka (musyrikin) memungkiri janji mereka dan sentiasa pula selepas itu para Khalifah dan Sahabat melakukan hal yang sama (dalam Jihad mereka) yang kita disuruh mengikut mereka pula. Atas pemahaman beginilah pada pandangan kami perlu dilaksanakan”. [Ahkam al-Qur'an, 4/161 dan 162].

Adapun firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 35:

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ

Maksudnya: “(apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (Wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya…”

Berkata al-Jassas r.h :

فَنَهَى عَنْ الْمُسَالَمَةِ عِنْدَ الْقُوَّةِ عَلَى قَهْرِ الْعَدُوِّ وَقَتْلِهِمْ ؛ وَكَذَلِكَ قَالَ أَصْحَابُنَا : إذَا قَدَرَ بَعْضُ أَهْلِ الثُّغُورِ عَلَى قِتَالِ الْعَدُوِّ وَمُقَاوَمَتِهِمْ لَمْ تَجُزْ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ وَلَا يَجُوزُ لَهُمْ إقْرَارُهُمْ عَلَى الْكُفْرِ إلَّا بِالْجِزْيَةِ ، وَإِنْ ضَعُفُوا عَنْ قِتَالِهِمْ جَازَ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ كَمَا سَالَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرًا مِنْ أَصْنَافِ الْكُفَّارِ وَهَادَنَهُمْ عَلَى وَضْعِ الْحَرْبِ بَيْنَهُمْ مِنْ غَيْرِ جِزْيَةٍ أَخَذَهَا مِنْهُمْ

Ertinya: “Maka Allah s.w.t melarang mereka (yakni kaum muslimin) daripada menyerah (berdamai) dalam keadaan mereka kuat untuk mengalahkan musuh dan membunuh mereka; demikianlah pendapat para Ashab kami : Jika mampu bagi Ahli Sugur (tentera sempadan) memerangi musuh tidak boleh mereka meminta damai dan membiarkan kaum musyrikin dalam kekufuran mereka kecuali dengan jizyah, dan jika mereka lemah harus bagi mereka berdamai sepertimana Nabi s.a.w berdamai dengan berbagai-bagai kaum kuffar dan mengadakan gencatan senjata tanpa mengambil jizyah..” [Ahkam al-Qur'an li al-Jassas, 6/419]

Jika kita meniliti keadaan Gaza sekarang, semua orang yang berakal akan berkata kaum muslimin berada dalam keadaan lemah dan mereka perlu berehat mengumpul kekuatan. Jumlah kematian 1200 lebih, jumlah tercedera 4000 menghampiri 5000 orang, inilah hakikat yang perlu disedari oleh Hamas dan pergerakan Jihad Palestin.

Mereka jangan tertipu dengan jolokan Syria dan Iran yang munafiq itu, mereka memang suka jika melihat kaum muslimin menerima musibah yang teruk begini. Bahkan ketika Iran dan Syria bersekongkol dengan Parti Amal Syiah menyerang khemah pelarian Palestin di Lubnan pada tahun 1985, jumlah rakyat Palestin yang mereka bunuh dicatatkan 3100 orang. Lihatlah pada tahun 2006, Iran sendiri apabila mendapati rakyat Syiah Lubnan banyak terkorban dalam peperangan Hizbullah-Yahudi pada tahun itu, mengarahkan Hizbullah berdamai dengan Yahudi.

Hamas sepatutnya peka membaca sejarah dan politik kaum Syiah yang sentiasa berharap supaya kaum muslimin ditimpa musibah.

Jangalah kerana hendak mentaati Iran dan Syria, Hamas menderhaka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Ingatlah, Rasulullah s.a.w dan para Khalifah baginda yang lebih mulia dan lebih hebat daripada Hamas sendiri pernah berdamai dengan kaum kafir dalam usaha mencapai maslahah kaum muslimin.

Mungkin ada antara kita bertanya, bagaimana pula jika permintaan damai itu hanya tipu muslihat kaum musyrikin? Saya enggan menjawab solan ini kerana Allah s.w.t telah pun menjawabnya dalam ayat ke-62 surah al-Anfal:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman”.

Ayat ini adalah sambungan daripada ayat ke-61 surah al-Anfal yang memerintahkah kita berdamai jika kaum kafir meminta perdamaian yang kita sebutkan tadi.

Tafsir ayat ini adalah:

وإن أراد الذين عاهدوك المكر بك فإن الله سيكفيك خداعهم; إنه هو الذي أنزل عليك نصره وقوَّاك بالمؤمنين من المهاجرين والأنصار

Maksudnya: “dan jika mereka yang berdamai dengan kamu (Muhammad s.a.w) ini cuba mengkhianati kamu maka Allah akan mencukupkan bagimu penipuan mereka itu (Allah akan membantu) sesunggunhnya Dialah yang telah menguatkan kamu dengan kaum mukminin daripada al-Muhajirin dan al-Ansar” [Tafsir al-Muyassar, 3/230]

Berkata Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah, Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia tahun 1430H/2009M:

ودلت آية : وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ على حكم من أحكام الصلح ، وهو أنهم إن صالحوا على سبيل المخادعة ، وجب قبول ذلك الصلح لأن الحكم يبنى على الظاهر ، كما يبنى الإيمان على الظاهر.

 “Ayat ini (ayat 62 surah al-Anfal) satu hukum daripada hukum-hukum perdamaian iaitulah jika kaum kafir itu berniat untuk menipu kamu sekalipun dalam permintaan mereka untuk berdamai maka tetap wajib bagi kamu untuk menerima perdamaian mereka kerana hukum di bina atas zahir seperti Iman dibina (hukumnya) atas zahir keadaan”. [Tafsir al-Munir, 10/61]

Jelas daripada penjelasan para Ulama ini, wajib hukumnya menerima perdamaian jika kaum kafir meminta damai walaupun ada kemungkinan mereka hanya hendak menipu. Ini kerana, menurut kaedah Fiqah Ahli Sunnah wal Jamaah; setiap perintah itu membawa hukum wajib sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

Oleh itu,saya menyeru pihak rapat dengan Hamas dan para pejuang di Gaza di Malaysia seperti ISMA dan JIM untuk menasihati mereka supaya menerima perdamaian yang dinyatakan oleh musuh Allah yang paling ketat, Yahudi Laknatullah ‘alaihim. Ingatlah, jika anda menerimanya, tiada kehinaan sedikit pun bagi pihak anda bahkan Allah s.w.t berjanji akan membantu anda. Taatilah perintah Allah s.w.t dan ikutilah Sunnah Rasul-Nya s.a.w serta ikutlah jejak langkah para al-Salaf al-Soleh dalam usaha mereka berjihad di jalan Allah. Wallahua’lam.

 

DITULIS OLEH;

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,

KULIAH USULUDIN & DAKWAH,

AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITI, SHAH ALAM.

Disember 31, 2008

SYIAH MELAKNAT ABU BAKAR DAN UMAR!!

Difailkan di bawah: Akidah Rafidah — Label:, , , , , , , , , — mashoori @ 8:29 pm

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Tahukah anda bahawa Saidina Abu Bakar al-Sidiq radiallahu’anh dan Saidina Umar bin al-Khattab radiallahu’anh, seafdal-afdal umat ini, Khalifah Rasulullah dan Amirul Mukminin, bapa mentua Rasulullah s.a.w melalui perkahwinan baginda dengan Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu’anha dan Hafsah binti Umar Radiallahu’anha merupakan musuh utama Syiah Rafidah ‘alaihim minallah ma yastahiqqun. Mereka menyamakan Abu Bakar r.a dan Umar r.a dengan berhala Lata dan Uzza.

Anda tidak percaya? Ini buktinya :

Doa Dua Berhala Quraish

 

اللهم صل على محمد و آل محمد و العن صنمي قريش و جبتيها و طاغوتيها

 

و إفكيها و ابنيهما] و ابنتيهما [اللذين خالفا أمرك و أنكرا وحيك و جحدا إنعامك و

 

عصيا رسولك و قلبا دينك و حرفا كتابك و أحبا أعداءك و جحدا آلاءك و عطلا أحكامك و

 

أبطلا فرائضك و ألحدا في آياتك و عاديا أولياءك و واليا أعداءك و خربا بلادك و

 

أفسدا عبادك اللهم العنهما و أتباعهما و أولياءهما و أشياعهما و محبيهما فقد أخربا

 

بيت النبوة و ردما بابه و نقضا سقفه و ألحقا سماءه بأرضه و عاليه بسافله و ظاهره

 

بباطنه و استأصلا أهله و أبادا أنصاره و قتلا أطفاله و أخليا منبره من وصيه و وارث

 

علمه و جحدا إمامته و أشركا بربهما فعظم ذنبهما و خلدهما في سقر و ما أدراك ما سقر

 

لا تبقي و لا تذر اللهم العنهم بعدد كل منكر أتوه و حق أخفوه و منبر علوه و مؤمن

 

أرجوه و منافق ولوه و ولي آذوه و طريد آووه و صادق طردوه و كافر نصروه و إمام قهروه

 

و فرض غيروه و أثر أنكروه و شر آثروه و دم أراقوه و خير بدلوه و كفر نصبوه و إرث

 

غصبوه و فيء اقتطعوه و سحت أكلوه و خمس استحلوه و باطل أسسوه و جور بسطوه و نفاق

 

أسروه و غدر أضمروه و ظل?نشروه و وعد أخلفوه و أمان خانوه و عهد نقضوه و حلال حرموه

 

و حرام أحلوه و بطن فتقوه و جنين أسقطوه و ضلع دقوه و صك مزقوه و شمل بددوه و عزيز

 

أذلوه و ذليل أعزوه و حق منعوه و كذب دلسوه و حكم قلبوه اللهم العنهم بكل آية

 

حرفوها و فريضة تركوها و سنة غيروها و رسوم منعوها و أحكام عطلوها و بيعة نكسوها و

 

دعوى أبطلوها و بينة أنكروها و حيلة أحدثوها و خيانة أوردوها و عقبة ارتقوها و دباب

 

دحرجوها و أزياف لزموها و شهادات كتموها و وصية ضيعوها اللهم العنهما في مكنون السر

 

و ظاهر العلانية لعنا كثيرا أبدا دائما دائبا سرمدا لا انقطاع لأمده و لا نفاد

 

لعدده لعنا يغدو أوله و لا يروح آخره لهم و لأعوانهم و أنصارهم و محبيهم و مواليهم

 

و المسلمين لهم و المائلين إليهم و الناهضين باحتجاجهم و المقتدين بكلامهم و

 

المصدقين بأحكامهم

 

Ya Allah, berikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan laknatlah dua berhala Quraish dan dua Jibti dan Taghut mereka dan dua pembohong mereka, dua anak perempuan keduanya kerana kedua mereka telah menyalahi perintah-Mu dan wahyu-Mu dan mengingkari nikmat-Mu dan menderhaka kepada rasul-Mu dan menukar agama-Mu dan mengubah kitab-Mu, dan mencintai musuh-Mu, mengingkari pemberian-Mu, mengosongkan hukum-hukumMu, membatalkan kewajipan-kewajipan yang Kau tetapkan, menyeleweng dalam ayat-ayatMu, memusuhi wali-wali Mu dan mencintai musuh-musuhMu, memusnhakan negeri-Mu dan memusnahkan hamba-hambaMu, Ya Allah, laknatlah keduanya dan pengikut keduanya dan pendukung keduanya dan puak keduanya dan yang mencintai keduanya.

Sesungguhnya keduanya telah merobohkan rumah Kenabian dan meruntuhkan pintunya, mencabut bumbungnya dan meranapkannya serat membunuh penghuninya dan menghapuskan penolongnya, membunuh anak-anaknya dan mengosongkan mimbarnya daripada wasinya dan pewaris ilmunya dan mengingkari imamahnya dan mensyirikkan Tuhan keduanya. Maka besarkanlah dosa keduanya dan kekalkan keduanya dalam saqar, apakah yang dapat memberitahumu apa iti saqar? Ia tidak meninggalkan bekas sedikit pun (kecuali dibakarnya), Ya Allah, Laknatlah keduanya sebanyak kemungkaran yang mereka lakukan dan kebenaran yang mereka sembunyikan dan mimbar yang mereka injak, dan mukmin yang mereka buang dan munafiq yang mereka bela dan wali yang mereka sakiti, orang terlaknat yang mereka lindungi, juga sebanyak mana sadiq yang mereka jauhkan serta kafir yang mereka lindungkan dan imam yang mereka kalahkan dan kewajipan yang mereka tukar, asar yang mereka ingkar, kejahatan yang mereka tinggalkan, darah yang mereka tumpahkan, khabar yang mereka tukar, kafir yang mereka lantik, pusaka yang mereka rampas[1], fai yang mereka ambil, rasuah yang mereka makan, khumus yang mereka halalkan, kebatilan yang mereka asaskan, kezaliman yang mereka lakukan, kenifakan yang mereka sembunyikan, pengkhianatan yang mereka sembunyikan, kezaliman yang mereka sebarkan, perjanjian yang mereka salahi, kemanan yang mereka khianati, perjanjian yang mereka batalkan, halal yang mereka haramkan, haram yang mereka halalkan, perut yang mereka belah dan janin yang mereka gugurkan[2], rusuk yang mereka pecahkan, sak yang mereka koyakkan, kesatuan yang mereka pecahkan, orang mulia yang mereka hinakan, orang hina yang mereka muliakan, hak yang mereka halang, penipuan yang mereka susupkan, dan hukum yang mereka tukar.

Ya Allah laknatlah mereka sebanyak ayat yang mereka hapuskan, kewajipan yang mereka tinggalkan, sunnah yang mereka tukar, adat yang mereka larang, hukum yang mereka kosongkan, baiat yang mereka mungkir, dakwaan yang mereka gugurkan, bukti yang mereka ingkar, helah yang mereka adakan, khianat yang mereka lakukan, lereng bukit yang mereka panjat[3], batu yang mereka lontar, pemalsuan yang mereka lazimi, saksi-saksi yang mereka sembunyikan, dan wasiat-wasiat yang mereka hilangkan.

Ya Allah, laknatlah keduanya dalam sembunyi dan terang, laknat yang banyak selama-lamanya, tidak putus-putus dan tidak terkira, laknat yang pergi dan tidak akan kembali bagi mereka dan pengikut mereka, penolong mereka, pencinta mereka, yang menerima mereka, yang mengikut pemerintahan mereka, yang mengikut hukum dan perkataan mereka[4]..!!

[al-Misbah oleh al-Kaf'ani yang bertaraf Ayatullah di sisi Rafidah]

Inilah doa yang dibaca Syiah sebagai amal ibadat mereka dan mereka mendakwa doa ini diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a. Ini adalah pendustaan sangat besar terhadap Saidina Ali r.a. Para Ulama Syiah menerima doa ini dan menjadikannya antara doa yang afdal di sis mereka. Lihat sahaja doa ini dibawa oleh al-Kaf’ani yang bertaraf Ayatullah di sisi mereka serta terdapat juga dalam Tuhfah Awam Maqbul. Di syarahkan oleh beberapa ulama mereka dalam kitab-kitab khas. Antaranya Zukhratul ‘Alamin fi Syarhi Doa al-Sanamain. [al-Zariah ila Tasanif al-Syiah].

Kesahihan doa ini tidak perlu dipertikaikan kerana Khomeini sendiri telah mengakuinya dalam Tuhfah Awam Maqbul karangan seorang ulama Syiah Urdu dan diakui juga Yasir al-Habib, seorang pendakyah Syiah terkini di negara-negara Arab dengan katanya :

نعم هو وارد عن المعصوم وهو أمير المؤمنين (صلوات الله وسلامه عليه) حيث كان يقنت به في الصلاة، وثوابه عظيم حيث قال فيه: ”إن الداعي به كالرامي مع النبي صلى الله عليه وآله في بدر وأحد بألف ألف سهم“. وهو دعاء معتبر إذ رواه الكفعمي (قدس سره) في المصباح

Maksudnya : “Ya, doa ini warid daripada al-Maksum iaitulah Amirul Mukminin di mana dia berqunut dalam solatnya dan pahalanya sangat besar dikatakan : sesungguhnya orang yang berdoa dengan doa ini seperti pemanah yang bersama Nabi dalam Badar dan Uhud bersama beribu-ribu anak panah. Dan ia doa muktabar kerana diriwayatkan al-Kaf’ami dalam al-Misbah..” [Lihat fatwanya ini di : http://www.alqatrah.org/question/index.php?id=264 ]

Siapakah itu Sanamain dan siapa pula dua anak perempuan mereka?

Nak tahu siapakah yang dilaknat dalam doa ini oleh Syiah? Mari kita dengar jawapan Agabazrak al-Tehrani yang bertaraf al-Allamah di sisi mereka :

أي صنمي قريش المذكور في ج 8 ص 192 و هما اللات و العزى أبو بكر و عمر

Maksudnya : “yakni dua berhala Quraish yang tersebut dalam jil 8 muka surat 192 (daripada kitab Zukhratul ‘Alamin) iaitulah al-Lat dan al-Uzza Abu Bakar dan Umar..” [al-Zariah ila Tasanif al-Syiah]

 Dan lihat pulak tafsiran Yasir al-Habib seorang Syiah yang bertebar di negeri Arab :

أما شرحنا للدعاء فإليكه: (اللهم العن صنمي قريش) أبا بكر وعمر

 Maksudnya : “adapun berkenaan syarah doa ini ialah : (Ya Allah laknatlah dua berhala Quraish) yakni Abu Bakar dan Umar..” [ Rujuk laman webnya sebagai berikut : http://www.alqatrah.org/question/index.php?id=264 ]

Nah, sekarang terjawab sudah persoalan kedua, iaitu anak perempuan keduanya,  tidak lain, tidak bukan Aisyah dan Hafsah radiallahu’anhuma. Lihat perkataan Yasir al-Habib ‘alaih minallah ma yastahiq :

(وابنتيهما) عائشة وحفصة

Maksudnya : “(dan dua anak perempuannya) yakni Aisyah dan Hafsah..” [Rujuk web yang sama].

Dalam doa ini mereka menuduh Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan dua Ummul Mukminin  sebagai perampas hak Ali r.a, menzalimi ahli bait Nabi s.a.w dan sebagainya daripada tuduhan-tuduhan dusta lalu mereka  mengkafirkan Abu Bakar, Umar, dan semua pengikut keduanya yakni kita sekalin Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan seluruh kaum muslimin kerana hanya Syiah Rafidah sahaja yang tidak mengiktiraf Abu Bakar r.a dan Umar r.a.

Jangan dilupa melihat tempat bergaris kerana di situ terdapat bukti akidah Syiah bahawa Abu Bakar r.a dan Umar r.a mengubah al-Qur’an.

Apa pula Kata Rasulullah s.a.w berkenaan Abu Bakar r.a dan Umar r.a?

Sekarang kita datangkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w berkenaan Abu Bakar r.a dan Umar r.a dan biarlah Rasulullah s.a.w yang menjawab golongan kafir ini :

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَتَتْ امْرَأَةٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَهَا أَنْ تَرْجِعَ إِلَيْهِ قَالَتْ أَرَأَيْتَ إِنْ جِئْتُ وَلَمْ أَجِدْكَ كَأَنَّهَا تَقُولُ الْمَوْتَ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ لَمْ تَجِدِينِي فَأْتِي أَبَا بَكْرٍ

Maksudnya : Daripada Muhammad bin Jubair daripada ayahnya Jubair bin Mutim r.a katanya : Datang seorang wanita kepada Nabi s.a.w kemudian baginda menyuruh wanita itu datang lagi berjumpa baginda. Maka wanita itu bertanya : Bagaimana jika aku datang dan kamu telah tiada? Seolah-olah maksudnya jika Rasulullah telah wafat. Jawab baginda s.a.w : Jika kamu tidak menjumpaiku maka datanglah berjumpa Abu Bakar. [al-Bukhari dan Muslim].

Dalam hadis yang terang bagaikan mentari ini Rasulullah s.a.w menerangkan Abu Bakar adalah pengganti baginda, yang paling berhak ke atas jawatan Khalifah.

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya : Daripada Huzaifah katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w : “Ikutilah dua orang selepasku; Abu Bakar dan Umar”.[al-Tarmizi dan Ahmad, Sahih]

Dalam lafaz yang lain Huzaifah menyatakan :

كنا جلوسا عند النبي صلى الله عليه و سلم فقال إني لا أدري ما بقائي فيكم فاقتدوا باللذين من بعدي وأشار إلى أبي بكر و عمر

Maksudnya : Adalah kami sedang duduk di sisi Nabi s.a.w lalu baginda bersabda : “Sesungguhnya aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan bersama kamu maka (jika aku telah wafat) ikutlah dua orang ini selepasku”; dan baginda menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar”.[al-Tarmizi, Sahih].

Lihatlah hadis-hadis sahih ini, bagaimanakah Syiah hendak menjawab di hadapan Allah s.w.t nanti? Subhanallah betapa kafirnya Syiah!!

Ummul Mukminin Aisyah r.a dan Ummul Mukmini Hafsah r.a pula mereka telah diiktiraf Allah s.w.t dalam al-Qur’an :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا (32) وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)

Maksudnya :  “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)”. [al-Ahzab : 32-33]

Dengan jelas dalam ayat ini, Allah s.w.t menamakan isteri-isteri baginda sebagai Ahlul Bait baginda Nabi s.a.w. Jadi kenapa Syiah yang selama ini mendakwa mereka pembela Ahlul Bait mencerca Aisyah dan Hafsah yang juga Ahlul Bait?!

Aisyah r.a pula mempunyai kedudukan istimewa di sisi Rasulullah s.a.w sehingga baginda bersabda :

فضل عائشة على النساء كفضل الثريد على سائر الطعام

Maksudnya : “Kelebihan Aisyah atas sekalian wanita sama seperti kelebihan Sarid atas sekalian makanan” [al-Bukhari].

Sarid adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dan merupakan antara makanan terbaik di sisi Arab ketika itu. [Fathul Bari, 6/447].

Lebih menyedihkan, bagaimana Syiah sanggup mencela dan melaknat insan yang telah menjaga dan merawat baginda Nabi s.a.w semasa detik-detik akhir baginda dan di pangkuannya baginda Nabi s.a.w menghembuskan nafas terakhir..Jawapannya hanya satu iaitu Syiah adalah kafir sebagaimana kafirnya Yahudi dan Nasrani.

Apakah Hukum Perbuatan Syiah Ini?

Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah menyatakan mereka yang mencela Sahabat ini mempunyai beberapa jenis :

1-     Mereka yang mencela sahabat  lalu bersikap ghuluw terhadap Ali r.a dan menagngkat darjatnya kepada ketuhanan atau mendakwa al-Qur’an diubah atau ada takwilan batin terhadap al-Qur’an, maka mereka ini tidak ada keraguan kufurnya dan kufur juga orang yang meragui kekufuran mereka.

2-     Mereka yang mencela Sahabat dalam perkara yang tidak mencacatkan keadilan mereka seperti mengatakan mereka pengecut, bakhil, tidak zuhud dan seumpamanya maka dia hendaklah dihukum takzir tetapi tidak kafir[5].

3-     Mereka yang mencela dan mencerca sahabat secara mutlak tanpa sikap di atas, maka mereka ini berlaku khilaf dalam mengkafirkan mereka.

4-     Mereka yang berpendapat jumhur sahabat telah murtad dan mereka semua fasiq setelah kewafatan Nabi s.a.w kecuali bilangan yang kecil, maka mereka ini tidak diragui kafirnya dan kafir juga yang meraguinya dan kufurnya tertentu (Kufur ‘Ain).

Jadi Syiah Rafidah hari ini termasuk dalam kategori pertama dan ke-4 sekaligus, maka tidak syak pada kekufuran mereka dan kufur juga mereka yang syak pada kekufuran mereka setelah tegak hujah. Wallahua’lam. [al-Sorim al-Maslul, m/s 586 & 587].

[1] Yakni berkenaan Tanah Fadak

[2] Syiah mendakwa Abu Bakar dan Umar memukul Fatimah sehingga dia keguguran.

[3] Syiah mendakwa Abu Bakar dan Umar cuba membunuh Nabi s.a.w dengan menolak baginda di lereng bukit.

[4] Ini jelas mereka mengkafirkan Ahli Sunnah wal Jamaah dan seluruh kaum muslimin termasuk Zaidiah.

[5] Perbuatan seperti ini banyak terjadi dalam kalangan sejarawan dan penulis dalam bidang Tamadun.


SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI HARAM!!!

Difailkan di bawah: Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah — Label:, , , , , , — mashoori @ 3:20 pm

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .

 

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Blog di WordPress.com.