HUKUM ORANG AWAM DARIPADA AL-RAFIDAH AL-GHULAH

Para Ulama ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat bahawa Syiah al-Rafidah Ghulah yang beriktikad Imam-imam mereka melebihi taraf para Nabi dan Malaikat[1], maksum tidak melakukan dosa, menjadikan takfir dan mencela para sahabat sebagai ibadat, beriktikad bahawa al-Qur’an telah diubah dan Nahjul Balaghah[2] adalah Saudara al-Qur’an, mereka ini kafir dengan kufur akbar. Bahkan firqah ini adalah kafir asli terkeluar daripada 72 firqah umat yang sesat[3].

Ulama juga bersetuju bahawa mereka termasuk jenis kufur nifaq yakni munafiq kerana mereka bermuka-muka dengan akidah Taqiyah dan menzahirkan mereka melazimi syiar Islam. Hukum mereka sama seperti Abdullah bin Ubai bin Salul dan munafiqin Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. Berkata al-Allamah Ibn Usaimin r.h :

ومن عقيدة الرافضة : “التقية” وهي أن يظهر خلاف ما يبطن، ولا شك أن هذا نوع من النفاق، يغتر به من يغتر من الناس.

Maksudnya : “Antara akidah al-Rafidah adalah : al-Taqiyah iaitulah mereka menampakkan perkara yang menyalahi batin mereka dan tidak syak lagi bahawa ini termasuk jenis nifaq, tertipu akannya sesiapa yang tertipu”. [Fatawa Ibn Usaimin, 3/57].

Hukum ini tidak syak lagi berlaku pada pemimpin-pemimpin mereka seperti Khomeini, al-Khuie, Ali Khuma-ini dan lain-lain. Maka kekal kemusykilan berkenaan apakah kedudukan orang awam mereka seperti kebanyakan rakyat Iran dan sebahagian rakyat Iraq. Bahkan diketahui bahawa mereka ini dikelilingi dengan syubhat kerana hidup di negeri yang diperintah oleh imam-imam kesesatan.

Dalam fatwa no. 9247 Lajnah Daimah Arab Saudi diajukan masalah ini :

س2: ما حكم عوام الروافض الإمامية الإثني عشرية ؟ وهل هناك فرق بين علماء أي فرقة من الفرق الخارجة عن الملة وبين أتباعها من حيث التكفير أو التفسيق؟

ج2: من شايع من العوام إماما من أئمة الكفر والضلال، وانتصر لسادتهم وكبرائهم بغيا وعدوا – حكم له بحكمهم كفرا وفسقا…

Maksudnya : “Soalan Kedua : Apakah hukum golongan awam al-Rafidah al-Imamiah al-Isna ‘Asyariah? Adakah perbezaan di antara hukum ulama yakni ulama firqah daripada firqah-firqah yang terkeluar daripada Islam dengan pengikutnya dari segi kufur dan fasiq?

Jawapan : Sesiapa yang menyokong daripada kalangan orang awam seorang imam dan imam-imam kufur dan sesat serta membantu pemimpin mereka dan pembesar mereka dalam keadaan mereka itu (yakni para pemimpin itu) melampaui batas (dengan kesesatannya) maka dihukum bagi mereka (awam) sama seperti hukum pemimpin mereka sama ada kufur atau fasiq…” [Fatwa Lajnah Daimah, 2/377].

Antara dalil yang digunakan adalah  firman Allah s.w.t menceritakan keadaan golongan awam musyrikin dalam neraka :

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاَ

Maksudnya : “dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”. [al-ahzab : 67].

Maka, Allah s.w.t menghukum kufur juga kepada kaum awam musyrikin yang menolak dakwah Rasulullah s.a.w kerana mengikut pemimpin mereka semata-mata.

Hukum ini berlaku jika mereka melakukan taqlid secara buta dan tidak mahu mencari dalil dan hujah walaupun mudah mendapatkannya. Mereka dalam kondisi ini tidak diberi uzur kerana kejahilan atau takwil. Berkata Imam Ibn al-Qayyim r.h :

طبقة المقلدين وجهال الكفرة وأتباعهم وحميرهم الذين هم معهم تبعاً لهم يقولون: إنا وجدنا آباءَنا على أُمة، ولنا أُسوة بهم. ومع هذا فهم متاركون لأهل الإسلام غير محاربين لهم، كنساءِ المحاربين وخدمهم وأتباعهم الذين لم ينصبوا أنفسهم لنا نصب له أُولئك أنفسهم من السعى فى إطفاءِ نور الله وهدم دينه وإخماد كلماته، بل هم بمنزلة الدواب.وقد اتفقت الأُمة على أن هذه الطبقة كفار وإن كانوا جهالاً مقلدين لرؤسائهم وأئمتهم

Maksudnya : “Peringkat golongan taklid dan jahil daripada orang-orang kafir dan pengikut mereka, dan yang dungu daripada kalangan mereka yang mengikut ketua-ketua mereka yang berkata : ‘Sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami berada atas ajaran ini dan kami hanya mengikut mereka’; beserta dengan itu mereka meninggalkan ahli Islam, tidak memerangi mereka seperti isteri-isteri kafir harbi, hamba sahaya mereka, dan pengikut-pengikut mereka yang tidak menyertai memerangi kita, telah sepakat umat mereka ini kafir walaupun jahil bertaklid kepada pemimpin-pemimpin mereka dan imam-imam mereka”.[Tariq al-Hijratain, 124].

Adapun kanak-kanak, orang gila dan bodoh, dan seumpama mereka yang tidak mampu mencari hujah namun mereka tidaklah berniat daripada berpaling daripada kebenaran, maka mereka ini juga dihukum sebagai kufur tetapi urusan mereka di akhirat dikembalikan kepada Allah s.w.t, dan sabit dalam asar bahawa mereka akan diuji di akhirat nanti oleh Allah s.w.t. Adapun di dunia maka mereka tidak dianggap muslim bahkan tidak disolatkan jenazahnya dan tidak dikuburkan di perkuburan kaum muslimin. Berkata Imam Ibn Qayyim r.h :

وأما العاجز عن السؤال والعلم الذى لا يتمكن من العلم بوجه فهم قسمان أيضاً أحدهما مريد للهدى مؤثر له محب له، غير قادر عليه ولا على طلبه لعدم من يرشده، فهذا حكمه حكم أرباب الفترات، ومن لم تبلغه الدعوة.

Maksudnya : “Adapun orang yang lemah daripada bertanya dan mencari ilmu yang tidak mungkin mencari ilmu sama sekali maka mereka ini terdapat dua jenis; pertama : mereka yang hendak mencari hidayah dan mencintai hidayah tetapi tidak mampu mendapatinya kerana tiada orang yang boleh menunjukkannya (sebagai misal) maka hukumnya sama dengan hukum ahli fatran dan mereka yang tidak sampai dakwah…”[Tariq al-Hijratain, m.s 127].

Beliau juga menyatakan :

فأطفال الكفار ومجانينهم كفار فى أحكام الدنيا

Maksudnya : “Maka kanak-kanak orang kafir dan yang gila antara mereka adalah kafir juga dalam hukum-hakam di dunia”. [Ibid, 128].

Ini adalah asasnya dalam menetapkan hukum al-Rafidah al-Ghulah kerana mereka termasuk kafir asli bukan Ahli Bidaah yang dikafirkan. Berkata Imam Ibn Qayyim r.h:

وأما غالية الجهمية: فكغلاة الرافضة ليس للطائفتين في الإسلام نصيب.

Maksudnya : “Adapun Pelampau Jahmiah maka mereka seperti Pelampau Rafidah, tidak ada bahagian bagi kedua puak ini dalam Islam”. [Madarij al-Salikin, Bab al-Tazakkur].

Pelampau al-Rafidah ini termasuklah :

  • 1- al-Qaramitah : Kumpulan yang bernisbah kepada Hamdan bin al-Asy’as al-Qarmati. Mereka mencabut Hajarul Aswad daripada Kaabah pada tahun 319 H dan melarikannya ke al-Ahsa selama 20 tahun.
  • 2- Al-Ismailiah : Kumpulan Syiah yang bernasab kepada Ismail bin Jaafar al-Sadiq dan diasakan oleh Abdullah bin Maimun al-Qaddah. Syiah ini terkenal dengan nama al-Fatimiah nisbah kepada kerajaan mereka yang memerintah utara Afrika dan berpusat di Mesir. Mereka adalah pengasas kota Kaherah dan Universiti al-Azhar. Ulama telah ijmak bahawa mereka kufur, atas dasar itu Salahuddin al-Ayyubi menjatuhkan kerajaan mereka melalui tipu daya dan membunuh menteri-menterinya. Ismailiah telah berpecah kepada cabang yang banyak antaranya Makarimah yang terdapat di Najran. Ismailiah Bohrah pula terdapat di Malaysia di daerah Klang[4].
  • 3- Al-Duruz : Kumpulan Syiah yang terhasil daripada Ismailiah diasaskan Nashtakin al-Durzi yang menganggap Allah adalah al-Hakim al-Fatimi, pemerintah kerajaan Fatimiah yang dibunuh pada 411 H. Pada hari ini mereka terdapat di Lubnan, Syria, dan Palestin. Sebahagian mereka menjadi askar kepada Yahudi Laknatullah ‘alaihim.
  • 4- Al-Nusairiah : Puak Syiah yang diasaskan Muhammad bin Nusair al-Namiri (w. 270 H). Mereka meletakkan Imam-imam mereka sama taraf dengan para Nabi. Mereka hari ini berada di Syria kebanyakannya dan Turki serta beberapa kawasan di Albania, Turkistan, dan Iran.

 


[1] Akidah ini jelas dinyatakan Khomeini dalam al-Hukumah al-Islamiah.

[2] Ini adalah perkataan Khomeini dalam al-Nidaa al-Akhir.

[3]Firqah yang mendakwa mereka Islam tetapi tidak dimasukkan dalam senarai 72 firqah yang sesat adalah kufur sebagai kufur asli.

[4] JAKIM, http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: