168 JUTA RIYAL SAUDI UNTUK GAZA, DI MANA IRAN?

Akhbar al-Syarqul Awsat melaporkan semalam, 8 Januari 2009, Kerajaan Arab Saudi yang sering dituduh sebagai Wahabi oleh Iran dan sekutu-kutu Syiah-nya berjaya mengutip sumbangan daripada rakyat Saudi yang majoritinya adalah salafi yang sering dituduh sebagai anak-anak zina oleh Iran dan najis sebagaimana kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah sebanyak 168 Juta Riyal dalam Kempen Khadimul Haramain untuk Penyelamatan Gaza di bawah seliaan Ma’ali al-Wazir Nayif  Aal Saud Hafizahullah, Menteri Dalam Negeri Saudi.

Selain itu, sejak semalam telah 10 helikopter tiba di al-‘Arish dengan bekalan ubat-ubatan daripada kerajaan Arab Saudi untuk saudara mereka di Gaza. Setakat ini telah 120 tan ubatan-ubatan dan keperluan perubatan dikirim Saudi untuk penduduk Gaza bersama pasukan perubatan di bawah pimpinan Dr. Khalid al-Habsyi.

Daripada peristiwa ini kita ingin bertanya, adakah Saudi seperti yang dituduh Syiah dalam kitab-kitab mereka sebagai kafir, anak zina, perampas Masjidil Haram bahkan sehingga menurut Syiah apabila al-Mahdi mereka keluar dia akan memotong tangan pemerintah Saudi atau adakah Saudi lah yang memberi khidmat kepada Umat dan agama Islam ini?

Di manakah Iran? Di manakah Hizbullah? Di manakah Mahdi mereka yang telah bersembunyi selama 300 tahun lebih masih belum keluar? Jika selama ini Syiah menuduh pemimpin Sunnah menyepi dan membisu dalam masalah Palestin, bagaimana pula dengan al-Mahdi mereka? Bukankah Ayatullah Iran boleh berhubung dengan al-Mahdi, tidak bolehkan dia menyatakan pendapatnya dan nasihatnya berkenaan umat Islam yang sangat genting ini jika benar dia adalah Khalifah Umat Islam?

Soalan-soalan tidak perlu mereka menjawabnya kerana kita sudah pun tahu jawapannya iaitu segala dakwaan dan seruan yang Syiah serukan hanyalah palsu dan dusta. Wallahua’lam.

Rujukan :

http://www.asharqalawsat.com/details.asp?section=4&article=502023&issueno=10999

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: