TEMBELANG HIZBULLAH

Hizbullah yang selama ini mengaku akan membebaskan Palestin sampai hari ini belum membuat apa-apa tindakan. Bahkan pemimpin-pemimpin Arab yang mereka kecam selama ini jauh lebih baik apabila menghulurkan bantuan berbentuk ubatp-ubatan dan kewangan dan berusaha sedaya mampu menghentikan serangan Yahudi ke atas saudara-saudara se-Islam mereka di Gaza.

Apabila terbit laporan mengatakan ada roket katyusha dilancarkan daripada selatan Lubnan, ramai yang menyangka ia adalah roket  Hizbullah, tetapi nyata ianya silap. Hizbullah dengan rasminya menafikan perkara tersebut dan pihak Yahudi menerima pengakuan Hizbullah itu bahkan lebih teruk menyalahkan sebuah pertubuhan Palestin yang tidak dinamakan.

Ini akan membuka ruang kepada Yahudi untuk meningkatkan serangan ke atas Hamas dan Pasukan Jihad Palestin lainnya yang bersama-sama Hamas.Pada pukul 7.40 malam tadi, seorang wakil Yahudi dengan wawancara bersama al-Jazeera English menyatakan serangan daripada utara Lubnan adalah serangan terasing yang tidak perlu dihiraukan. Dia juga tidak menjawab soalan pemberita al-Jazera sama ada serangan balas Yahudi mengenai sasaran atau tidak.

Tindakan Hizbullah mendiamkan diri dalam kes ini dan terus menghormati perjanjian yang mereka adakan dengan Yahudi bahawa Hizbullah akan menjaga sempadan Lubnan-Israel daripada sebarang ancaman menunjukkan taqiyah Hizbullah telah pecah sekaligus tembelang Iran selama ini kerana Hizbullah berada di bawah naungan kerajaan Iran dan ditadbir langsung oleh Ayatullah Ali Khumainie, pemimpin agung Iran.

Segala kata-kata Hasan Nasrallah bahawa dia sanggup berkorban demi Palestin amat dusta belaka kerana kita sedia maklum Hizbullah mempunyai perjanjian dengan Yahudi bahawa mereka tidak akan menyerang mahupun membiarkan penyerang lain menyerang kawasan Israeli dan sempadannya.

Mereka yang ingin melihat laporan berkenaan ini disilakan ke :

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2009/01/20091855216577820.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: