AL-JAMAAH AL-ISLAMIAH MESIR KECAM SYRIA DAN HIZBULLAH

Pada 6 Januari 2009 yang lalu, Jamaah Islamiah Mesir dan terkenal juga sebagai Jamaah Jihad, mengecam Syria dan Hizbullah dengan mengatakan kedua-dua proksi ini memperjudikan Isu Gaza.

Kenyataan Jamaah Islamiah menyatakan Hizbullah dan Syria saling melelong isu Gaza dan mempermainkannya sedangkan sejarah kedua-dua pihak itu terhadap Palestin sangat buruk.

Kenyataan mereka merujuk kepada pembunuh rakyat Palestin yang dilakukan kerajaan Syria pada tahun 1976 bulan Ogos di Khemah Pelarian Palestin Tel al-Za’tar dan Perang Mukhayyamat yang menyaksikan tentera Harakat Amal Syiah, Parti asal Hizbullah, menyembelih kaum muslimin Palestin di Shabra dan Shatilla pada bulan Ramadan tahun 1405 H bersamaan bulan Mei 1987 M.

Kedua-dua peristiwa itu berlaku dalam usaha pihak Syiah menyekat kaum Sunni Palestin melancarkan serangan terhadap Israel daripada Lubnan. Syria adalah negara berfahaman Syiah Nusairiah manakala Hizbullah adalah sekutu kuat Syria berfahaman Syiah Imamiah Ghulah Rafidah. Kedua-dua fahaman ini dengan ijmak ulama adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.

Kenyataan Jamaah Islamiah ini dikeluarkan oleh Mufti Majlis Syura Jamaah, Usamah Hafiz selaku kecaman balas atas tindakan Hizbullah dan Syria menuduh kerajaan Mesir sebagai pengkhianat dan cuai dalam menjaga Palestin. Kenyataan menyatakan walaupun mungkin Mesir agak lemah dalam membela Palestin namun Mesir tidak pernah menyembelih rakyat Palestin seperti Syria dan Hizbullah.

 

Sumber:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/649/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: