IRAN OH IRAN!! SETUJU KE TAK SETUJU?!

Iran dan Yahudi Amerika

Iran dan Yahudi Amerika

Sumber berita Persatuan Berita Arab Saudi pada 13 Januari 2009 melaporkan Kementerian Luar Mesir menyampaikan rasa marah dan kecewa pihaknya terhadap Presiden Iran, Ahmadi Nejad yang menuduh Mesir bekerjasama dengan Yahudi dalam peperangan terhadap Gaza.

Pembantu Menteri Luar Mesir bagi Hal Ehwal Asia, Husein Hureidi menyatakan telah menyampaikan kemarahan dan kekecewaan Mesir itu kepada Husein Rajabi, Ketua Jabatan Kemaslahatan Iran di Kaherah serta menegaskan Mesir bukanlah menentang HAMAS tetapi berusaha mencapai matlamat utama iaitu menghentikan kekejaman Bani Israil serta mengajak pihak Iran berdiri di belakang Mesir dalam usahanya itu.

Huredidi juga menyatakan pihak wakil Iran berjanji akan menyampaikan perasaan Mesir itu kepada pihak Tehran dan menyatakan bahawa terdapat persamaan pendirian antara Iran dan Mesir bahawa perlunya bersegera menghentikan serangan Bani Israil ke atas Gaza.

Ahmadi Nejad pada Sabtu lalu menyelar Mesir dan menuduh Mesir bersekongkol dengan Yahudi. Tindakan Iran itu diikuti oleh Hasan Nasrallah yang turut mengecam Mesir.

Berita ini membuktikan Iran masih sama dengan nenek moyang Syiah mereka yang sentiasa bertaqiyah atau bermuka-muka dalam sesuatu urusan. Iran tidak mempunyai pendirian, dalam masa dia menggesa jangan berdamai dengan Israili dia juga menggesa jangan dilakukan peperangan dengan Israili, jadi mana satukah yang patut kita lakukan? Berpeluk Cium dengan Yahudi seperti Iran kah?!

http://www.spa.gov.sa/popdetails.php?id=625734&catid=4

AMARAN HEKMATIYAR KEPADA HAMAS

Laman web Membela Sunnah yang berbahasa Arab hari ini, 14 Januari 2009 melaporkan daripada Al-Arabiya, pemimpin Islam Afghanistan, Gulbudin Hekmatiyar yang pernah hidup beberapa tahun di Iran sehingga dia dihalau keluar memberi amaran kepada Hamas supaya jangan tertipu dengan Iran dan janji-janji sokongan mulutnya.

Gulbudin dalam risalahnya menyatakan : “Pejuang-pejuang gagah berani di Gaza, sesungguhnya Tehran sering melaung-laungkan bahawa dia akan melindungi penduduk Palestin dan meneruskan perang mulut terhadap Zionis melalui lidah Hizbullah di Lubnan tetapi pada praktikalnya mereka tidak melakukan apa-apa pun beralasan dihalang negara-negara Arab. Tetapi alasan ini tidak berasas sama sekali, jika benar Iran betul kasihan kepada penduduk Palestin kenapa dia tidak menyuruh Hizbullah menembak roket ke Israeli?Beribu-ribu roket diberi oleh Iran dan Syria (negara Syiah Nusairiah) kepada Hizbullah, bilakah ia akan digunakan? Bilakah akan tiba harinya ia akan digunakan? Jika Iran benar maka suruhlah syiah di Afghanistan dan Iraq untuk bergabung dengan Mujahidin melawan Amerika atau paling kurang jangan bersekongkol dengan Amerika”.

Kemudian beliau mengarahkan perkataannya kepada Hamas : “Janganlah kamu bergantung kepada Iran kerana dia sentiasa berdiri bersama musuh Umat Islam sepanjang sejarahnya, sesungguhnya ia adalah musuh dalam rupa kawan, dan menikam kaum muslimin daripada belakang. Iran juga menyokong Rusia dan Komunis menentang Mujahidin di Afghanistan dan juga menolog tentera salib menawan Afghanistan dan menyokong Amerika menjajah Iraq”.

Beliau juga menyatakan, jumlah penduduk Iraq dan ulama Sunnah Iraq yang dibunuh oleh pengganas-pengganas yang taat kepada Iran melebihi jumlah mereka yang dibunuh oleh Amerika. Mereka melemparkan mayat-mayat Ahli Sunnah dalam balutan hitam di jalan-jalan.

Gulbudin Hekmatiyar merupakan pemimpin al-Hizbul Islami Afghanistan yang melarikan diri ke Iran pada 1996 setelah kemenangan Taliban. Pada 2003 setelah gagal mendapatkan sokongannya, kerajaan Iran menghalaunya keluar daripada Iran. Hekmatiyar menghantar pasukannya untuk membantu Hamas dalam perang Gaza atau Perang al-Furqan yang sedang berlangsung.

Pihak Amerika Syarikat menjajikan hadiah lumayan bagi mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya Gulbudin Hekmatiyar.

sumber : http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/658/

HAMAS SETUJU DENGAN MESIR

Akhbar al-Ahram hari ini melaporkan bahawa Naib Ketua Jabatan Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuk menyatakan di sana ada peluang untuk pelan gencatan senjata Mesir diterima oleh Hamas.

Wakil Hamas yang diketuai oleh Imad al-Ilmi sedang mengadakan perbincangan hangat dengan pihak Mesir berkenaan Pelan Gencatan senjata tajaannya.

Musa menyatakan setelah dilakukan beberapa ubah suai yang sesuai dengan prinsip Hamas dan rakyat Palestin, pelan itu mesti boleh diterima pihaknya. Kenyataan ini juga sesuai dengan kenyataan diplomasi yang menunjukkan Mesir telah berusaha sebaik mungkin dalam usaha menghentikan serangan Yahudi, lapor al-Ahram.

Pada Jumaat ini, Liga Arab akan mengadakan sidang Tergempar bagi membincangkan isu Gaza di Kuwait bersamaan sidang ekonomi Liga Arab.

 

Sumber :

http://news.maktoob.com/newspaper/?newspaper=http://www.ahram.org.eg/&c=3&sc=6&title=جريدة%20الاهرام

 

IRAN DAN SYRIA TEKAN HAMAS

Akhbar al-Riyadh hari ini melaporkan bahawa pergerakan Hamas bersetuju untuk mengkaji pelan gencatan senjata Mesir dan mana-mana pelan lain seperti Turki untuk menghentikan pencerobohan Yahudi yang masuk hari ke 19 hari ini.

Pemimpin pergerakan Hamas daripada Palestin berada di Kaherah untuk berbincang berkenaan pelan Mesir dan mengadakan beberapa ubah suai yang sesuai dengan pihak Palestin dan menghalang apa-apa kepentingan politik kepada Yahudi.

Namun, pemimpin Hamas yang berada di luar Palestin, seperti di Damsyik masih ragu-ragu untuk menerima pelan tersebut. Menurut sumber rasmi Mesir, sehingga semalam pemimpin Hamas yang berada di Kaherah masih menunggu isyarat daripada pemimpin politik mereka di Damsyik terutama Khaled Meshal.

Akhbar al-Riyadh yang memetik daripada laporan al-Ahram semalam menyatakan terdapat tekanan daripada pihak Syiah Nusairiah iaitu Syria dan Syiah Ghulah Rafidah iaitu Iran terhadap pihak Hamas di Damsyik untuk menolak pelan Mesir.

Sebelum ini, pihak Syiah Ghulah mengecam Mesir kerana enggan membuka laluan sempadan Rafah namun  sebab utama keengganan Mesir bebuat demikian terjawab dengan bedilan bom Zionis ke kawasan Rafah dan sempadan Mesir mencederakan beberapa rakyat Mesir di sempadan.

Kita berharap pihak Hamas diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang tepat sama ada mengikut nasihat saudara-saudara se-Islamnya atau pun tunduk di bawah Syria yang pernah membunuh rakyat Palestin dalam tahun 1982 dahulu atau Iran yang menjadi penyokong utama Parti Amal yang membunuh rakyat Palestin pada 1985.

Lihat juga :

http://news.maktoob.com/newspaper/?newspaper=http://www.alriyadh-np.com&c=2&sc=5&title=الرياض