HAMAS SETUJU DENGAN MESIR

Akhbar al-Ahram hari ini melaporkan bahawa Naib Ketua Jabatan Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuk menyatakan di sana ada peluang untuk pelan gencatan senjata Mesir diterima oleh Hamas.

Wakil Hamas yang diketuai oleh Imad al-Ilmi sedang mengadakan perbincangan hangat dengan pihak Mesir berkenaan Pelan Gencatan senjata tajaannya.

Musa menyatakan setelah dilakukan beberapa ubah suai yang sesuai dengan prinsip Hamas dan rakyat Palestin, pelan itu mesti boleh diterima pihaknya. Kenyataan ini juga sesuai dengan kenyataan diplomasi yang menunjukkan Mesir telah berusaha sebaik mungkin dalam usaha menghentikan serangan Yahudi, lapor al-Ahram.

Pada Jumaat ini, Liga Arab akan mengadakan sidang Tergempar bagi membincangkan isu Gaza di Kuwait bersamaan sidang ekonomi Liga Arab.

 

Sumber :

http://news.maktoob.com/newspaper/?newspaper=http://www.ahram.org.eg/&c=3&sc=6&title=جريدة%20الاهرام

 

2 Komen (+add yours?)

  1. Islam Syiah
    Jan 14, 2009 @ 19:51:06

    Jika musuh berbaju Israel maka sudah jelas dan mudah untuk diperangi. Namun jika musuh berbaju Islam seperti baju yang dikenakan pemimpin Mesir dan Saudi, itu yang repot, karena banyak muslim yang terperdaya dengan tampilan luar mereka….

    Balas

    • mashoori
      Jan 15, 2009 @ 08:23:11

      Jika saudara boleh menuduh Saudi dan Mesir demikian, kita juga boleh mengatakan demikian kepada Hizbullah dan Iran kerana Iran sebagaimana dimaklumi sentiasa menyokong penduduk Yahudi di negaranya walaupun telah jelas dalam hadis Nabi s.a.w mereka itu akan menjadi pengikut Dajjal. Pada tahun 1985 bulan Mei, bukankah Parti Amal Syiah pimpinan Nabih Berri yang pernah dipuji Hasan Nasrallah dan disokong kerajaan Iran bersekongkol dengan Syria dan Israeli menyerang Mukhayyamat Shabra dan Shatilla penduduk Palestin di Lubnan dan membunuh pelarian Palestin di sana? Ariel sharon dalam catatan politiknya memuji tindakan Parti Amal yang merupakan Ibu kandung Hizbullah.
      Jika benar Iran begitu menyokong Palestin kenapakah seorang ulama Syiah yang disokong Iran, Yasir al-Habib mengeluarkan fatwa pejuang-pejuang Hamas masuk neraka jika mereka syahid semata-mata tidak beriman kepada wilayah Ali?
      Kepada penyokong-penyokong Syiah, saya hendak ingatkan juga, ketika tentera Mongol menceroboh Iraq dahulu, Syiah lah yang membuka jalan sehingga terbunuhnya Khalifah al-Musta’sim Billah. Ingatlah juga, Palestin jatuh ke tangan Nasrani pada zaman pemerintahan Syiah Buwaih dan Fatimiah.
      InsyaAllah segala tembelang Syiah ini akan saya dan rakan-rakan bongkar satu demi satu.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: