IRAN OH IRAN!! SETUJU KE TAK SETUJU?!

Iran dan Yahudi Amerika

Iran dan Yahudi Amerika

Sumber berita Persatuan Berita Arab Saudi pada 13 Januari 2009 melaporkan Kementerian Luar Mesir menyampaikan rasa marah dan kecewa pihaknya terhadap Presiden Iran, Ahmadi Nejad yang menuduh Mesir bekerjasama dengan Yahudi dalam peperangan terhadap Gaza.

Pembantu Menteri Luar Mesir bagi Hal Ehwal Asia, Husein Hureidi menyatakan telah menyampaikan kemarahan dan kekecewaan Mesir itu kepada Husein Rajabi, Ketua Jabatan Kemaslahatan Iran di Kaherah serta menegaskan Mesir bukanlah menentang HAMAS tetapi berusaha mencapai matlamat utama iaitu menghentikan kekejaman Bani Israil serta mengajak pihak Iran berdiri di belakang Mesir dalam usahanya itu.

Huredidi juga menyatakan pihak wakil Iran berjanji akan menyampaikan perasaan Mesir itu kepada pihak Tehran dan menyatakan bahawa terdapat persamaan pendirian antara Iran dan Mesir bahawa perlunya bersegera menghentikan serangan Bani Israil ke atas Gaza.

Ahmadi Nejad pada Sabtu lalu menyelar Mesir dan menuduh Mesir bersekongkol dengan Yahudi. Tindakan Iran itu diikuti oleh Hasan Nasrallah yang turut mengecam Mesir.

Berita ini membuktikan Iran masih sama dengan nenek moyang Syiah mereka yang sentiasa bertaqiyah atau bermuka-muka dalam sesuatu urusan. Iran tidak mempunyai pendirian, dalam masa dia menggesa jangan berdamai dengan Israili dia juga menggesa jangan dilakukan peperangan dengan Israili, jadi mana satukah yang patut kita lakukan? Berpeluk Cium dengan Yahudi seperti Iran kah?!

http://www.spa.gov.sa/popdetails.php?id=625734&catid=4

1 Komen (+add yours?)

  1. scholermann
    Apr 01, 2009 @ 01:17:53

    kalau tengok zaman sekarang ni. Republik Iran merupakan sebuah negara yang paling celupar dan zalim terhadap negara negara islam bersekutu.

    1. melemparkan pelbagai tuduhan kepada negara negara islam seperti Arab saudi,Mesir. kononnnya tidak mahu ikut membantu dalam membebaskan palestine dari cengkaman Israel.malah sanggup bersekongkol dengan A.S

    2. memburukkan reputasi negara negara islam agar masyarakat dunia mengalihkan perhatian mereka kepada Republik Iran. kononnya semua negara islam yang ada sekarang tidak boleh diharapkan.

    kesimpulan
    IRAN cuba menghidupkan api pertelagahan di antara negara negara islam dengan menuduh pelbagai tuduhan dan memburukkan reputasi serta minghilangkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap negara negara islam.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: