PAKATAN IRAN-SYRIA MEMBUNUH PEMIMPIN SUNNAH LUBNAN

Pada 20 Februari 2009, laman web al-Difa’ ‘an al-Sunnah memetik berita daripada laman web Islammemo yang menyatakan bahawa terdapat pakatan antara Hizbullah pimpinan Hasan Nasrallah al-Rafidi (Semoga Allah menghukumnya dengan setimpal), Agen Perisikan Pasukan Revolusi Iran, dan Perisikan Syria di Lubnan telah membentuk kumpulan rahsia untuk menghapuskan pemimpin Sunnah di Lubnan sekurang-kurangnya dengan menangkap dan memenjarakan mereka.

Berita yang memetik sumber daripada Akhbar Siyasi Kuwait menyatakan dalam tempoh 4 bulan yang lalu, pasukan ini telah dibentuk dan mensasarkan kumpulan pengikut Manhaj Salafi di Beirut, Tarablus, Saida, dan kawasan lemba barat. Mereka akan menjejak pergerakan pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah ini dan berusaha sedapat mungkin melenyapkan pemimpin dan tokoh penting pergerakan ini dengan sekurang-kurangnya menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Lubnan (yang merupakan kerajaan Arab Nasrani).

Selain itu, sumber berita menyatakan juga, pemimpin yang utama dalam pergerakan Manhaj Salafi akan diserahkan kepada pihak berkuasa Tehran (Syiah Imamiah) dan Damsyik (Syiah Nusairiah) untuk dijalankan siasatan lebih mendalam.

Pihak berita menyandarkan sumber berita kepada pihak Diplomasi Teluk di Baljik yang mengambil sumber risikan Eropah menyatakan lebih 200 orang perisik Pasukan Revolusi Iran yang bergerak di Iraq, Bahrain, dan UAE telah masuk ke Lubnan melalui Syria pada penghujung bulan Julai tahun lalu dan membentuk pasukan risikan ini yang melibatkan Hizbullah, Amal (Pasukan Syiah yang membunuh pelarian Palestin dalam War of Camps), dan agen-agen risikan Iran dan Syria.

Sumber risikan Eropah turut menyatakan walaupun dikatakan pasukan risikan ini hanya bertujuan menyelidik dan mengintip pergerakan pejuang Sunnah di Lubnan dan Palestin serta sumber kewangan dan senjata mereka tetapi dipercayai terdapat juga cubaan membunuh dan menghapuskan langsung pergerakan pejuang sunnah.

Disamping itu, Ketua Ulama  Salafi Lubnan, Syeikh Syahal menyatakan tindakan Syria yang akhir-akhir ini cuba menuduh pergerakan Salafi dengan amalan-amalan militan dan serangan-serangan di Nahrul Barid dan beberapa kawasan Damsyik merupakan cubaan Syrian menutup kejahatannya di Lubnan terutama penglibatannya dalam pembunuhan Rafiq Hariri, Bekas Perdana Menteri Muslim Lubnan.

Selain itu, Syahal juga melihat tindakan Syria ini adalah cubaan mereka untuk kembali berpengaruh dalam politik Lubnan. Syahal juga tidak menolak kemungkinan amalan membunuh serta beliau menyeru kepada Ahli Sunnah untuk berhati-hati dalam berhadapan dengan rancangan keji pihak Syiah Imamiah dan Nusairiah ini yang terkenal sepanjang sejarah Islam sebagai duri dalam daging.

 

Sumber:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/745/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: