WILAYATUL FAQIH: KEKUFURAN ATAS KEKUFURAN

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Kepimpinan Ulama menjadi satu isu panas di meja politik negara baru-baru ini berikutan sesetengah golongan dalam PAS mahukan golongan Ulama sahaja yang memegang jawatan tertinggi parti.

Kepimpinan Ulama tidak pernah muncul dalam dunia Islam sehinggalah datangnya Syaitan Akbar, Khomeini, pemimpin Revolusi Iran dan Pope Syiah pertama dalam Republik Syaitan Iran. Khomeini dalam bukunya (di antara kitab-kitab yang terkufur dalam alam ini) al-Hukumah al-Islamiah (dibaca al-Hukumah al-Iblisiah) telah melontorkan idea Wilayatul Faqih atau Kepimpinan Ulama bagi menggantikan pemerintahan Monarki Syah Iran.

Antara bukti yang jelas bahawa Ulama bukanlah syarat untuk menjadi seorang pemimpin adalah firman Allah Taala:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقَاتِلُوا قَالُوا وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ (246) وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (247)

Maksudnya: “tidakkah engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang yang zalim. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.”. [al-Baqarah: 246-247].

Jelas dalam ayat ini, walaupun Bani Israel selepas kewafatan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s mempunyai Nabi yang menjaga mereka dalam urusan agama dan memberikan mereka fatwa dalam ‘Nawazil’ (Perkara Baharu yang tidak dinyatakan secara jelas dalam nas) namun Allah Taala telah melantik Talut seorang lelaki miskin sebagai Raja kepada Bani Israel untuk memimpin mereka berjihad. Jika seorang Nabi pun tidak menjadi syarat untuk menjadi pemimpin apatah lagi seorang ulama yang tidaklah maksum daripada kesalahan dan dosa.

Tidak dinafikan terdapat dalam kalangan Rasul dan Nabi yang menjadi raja, namun perlu difahami bahawa sifat kenabian seorang Nabi atau kerasulan seorang Rasul bukanlah suatu kedudukan yang membolehkannya memonopoli jawatan kepimpinan untuk dirinya.

Dalam Siasah Islam, seorang pemimpin disyaratkan mempunyai pengetahuan dalam perkara hukum hakam syarak yang berkaitan namun tidaklah bermakna dia semestinya seorang pakar dalam bidang syarak sehingga mencapai tahap mujtahid, bahkan cukuplah sekadar dia mengetahui halal dan haram dan wajib atasnya melantik penasihat dalam urusan yang tidak dipakarinya.

Dalam ayat yang lain Allah Taala berfirman:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: “dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” [al-Taubah: 122].

Dalam ayat ini menjelaskan bahawa tugas utama seorang ‘Faqih’ adalah menyebarkan ilmu dan memberi nasihat kepada kaum mereka bukanlah semestinya mereka merebut jawatan kepimpinan untuk diri mereka semata-mata.

Demikian juga telah berlalu dalam kurun yang panjang kita menyaksikan tidak ada Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang mendakwa mereka lebih berhak menjadi Khalifah daripada selain mereka, bahkan Imam Ahmad bin Hanbal langsung tidak mendakwa kepimpinan al-Makmun sebagai tidak sah walaupun al-Makmun bukan sekadar tidak Faqih bahkan seorang yang rosak akidah kerana bidaah. Tidak ada dalam kalangan Imam Mazhab yang empat mahupun selain mereka yang mendakwa bahawa Wilayah Ammah (Kepimpinan Am) merupakan hak mereka.

Oleh itu, telah menjadi Ijmak bahawa Faqih bukanlah seorang yang boleh memonopoli jawatan Kepimpinan Am semata-mata atas tiket dia seorang Faqih atau Alim atau Tok Guru atau Mursyid atau Tok Lebai atau Tok Haji dan sebagainya.

Sejarah Akidah Wilayatul Faqih:

Akidah Wilayatul Faqih berkait rapat dengan akidah Syiah Imamiah bahawa Pemimpin itu hendaklah seorang yang maksum yakni terpelihara daripada dosa atau menurut takrif Syiah sendiri seorang yang mempunyai kekuatan akal untuk mengawal dirinya daripada melakukan perkara-perkara maksiat walaupun pada dirinya ada kemampuan untuk melakukannya.

Mereka telah meletakkan hak Imamah (kepimpinan) itu kepada 12 orang Imam menurut sangkaan mereka bermula daripada Saidina Ali r.a dan berakhir dengan Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah Imam Mahdi yang ditunggu yang menurut mereka menghilangkan diri dan akan muncul semula. Al-Mahdi Syiah ini berbeza 360 darjah dengan Imam Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang kami jelaskan dalam artikel sebelum ini.

Apabila Syah Ismail Safawi, Raja Syiah Imamiah pertama Iran berjaya mengalahkan kerjaan Usmaniah di Iran serta memaksa rakyata Iran memeluk agama Syiah dengan pedang, dia mendakwa bahawa dia telah bertemu dengan al-Qaim al-Mahdi dalam sebuah gua dan al-Mahdi telah memerintahkannya menjadi wakil Imam Ghaib untuk mendirikan kerajaan Syiah yang bakal dipimpin oleh al-Mahdi.

Demikian juga Syah dalam usahanya mengukuhkan kerajaan dan kekuasaannya telah pergi ke bukit ‘Amil di Lubnan untuk mendapatkan restu daripada seorang Ulama Syiah, Ali Abdul ‘Aal al-Karki. Proses permohonan restu daripada al-Faqih oleh seorang Raja Syiah ini menggambarkan bahawa pemikiran Wilayatul Faqih memang telah tersedia wujud demikian juga konsep Naib Imam Ghaib jelas tergambar pada dakwaan Syah Islamil Safawi.

Demikianlah bentuk Wilayatul Faqih sebelum Khomeini di mana seorang Faqih tidaklah terjun secara langsung dalam politik tetapi kedudukan Faqih itu memang lebih tinggi daripada Syah itu sendiri. Konsep ini jelas diambil daripada agama Krsitian yang meletakkan Pope atau Kardinal lebih tinggi daripada Maharaja Perancis atau Raja England walaupun tidak melaksanakan pemerintahan secara langsung.

Wilayatul Faqih Versi Khomeini:

Khomeini ketika berada di Najaf lagi dalam usahanya merebut pemerintahan telah melontarkan konsep Wilayatul Faqih yang lebih kehadapan di mana kali ini Faqih akan menjalankan urusan politik secara langsung.

Dalam Perlembagaan Iran No.110 menyatakan:

“Al-Mursyid (Pemegang Jawatan Wilayatul Faqih) adalah pemerintah tertinggi bagi kekuatan ketenteraan dan baginya kekuasaan berikut:

  • Melantik Jawatan Tertinggi Kehakiman
  • Melantik dan Memecat Ketua Tentera
  • Melantik dan Memecat Ketua Pengawal Revolusi
  • Kekuasaan melantik Ahli Pertahanan Kebangsaan
  • Melantik Panglima Tentera Udara, Darat, dan Laut
  • Berkuasa melancarkan perang atau membuat perdamaian
  • Berkuasa menjalankan tugas selaku Presiden
  • Memecat Presiden jika keadaan memerlukan
  • Memberi keampunan kepada pesalah dalam landasan Islam dan cadangan daripada Mahkamah Tinggi”

Maka kita dapati al-Mursyid atau Ruhbar bertindak selaku Ketua Negara tidak ubah seperti Yang di-Pertuan Agong di Malaysia. Kedudukan Wilayatul Faqih seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Syiah Imamiah sebelum ini.

Khomeini menyatakan kedudukan Waliyyul Faqih sebagai berikut setelah mendatangkan beberapa dalil daripada perkataan Imam mereka berkenaan Wilayatul Faqih:

“dan pada riwayat ini menjelaskan seorang Mujtahid itu dianggap sebagai Hakim (Pemerintah) dan menolak hukum Mujtahid adalah menolak Imam dan menolak Imam itu adalah menolak Allah dan menolak Allah itu menjadikan pelakunya syirik kepada Allah”. [Kasyful Asrar, Khomeini, 207,Dar Ammar, Amman, cet pertama].

Dalam al-Hukumah al-Islamiah dia menyatakan:

فقهاء الإسلام اليوم حجة على النّاس كما كان رسول الله – صلّى الله عليه وآله وسلّم – حجة الله، وجميع الأمور بيده، وكل من تخلف عنه تقام الحجة عليه. فالفقهاء حجة على النّاس من قبل الإمام – عليه السّلام – وجميع الأمور، وكل مسائل المسلمين موكولة إليهم. وكل من يتخلف عنهم في أمر الحكومة، وإدارة أمور المسلمين، وأخذ الواردات العامة وصرفها، فسوف يحتج الله تعالى عليه.

Maksudnya: “Fuqaha’ Islam (yakni Ulama Syiah) pada hari ini adalah Hujjah atas manusia seperti mana Rasulullah s.a.w Hujjah Allah dan semua urusan berada pada tangan baginda, sesiapa yang menyalahi perintah baginda maka akan didirkan hujah atasnya (dihukum di akhirat). Demikian juga para Faqih adalah hujjah atas manusia daripada Imam a.s dan semua urusan dan masalah kaum muslimin diserahkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang menyalahi perintah mereka dalam urusan pemerintahan, pentadbiran kaum muslimin, dan urusan sumber am maka Allah akan menegakkan hujah atasnya (di akhirat)”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 125].

Jelas daripada pernyataan-pernyataan kufur Khomeini ini, Khomeini telah meletakkan dirinya dan para Ulama Syiah setaraf dengan Rasulullah s.a.w di mana segala undang-undang yang mereka laksanakan hendaklah ditaati tanpa dibantah, hak Imam Maksum Syiah kini menurut Khomeini telah berpindah kepadanya dan sekutu-sekutunya.

Pandangan Syiah ini amat bertentangan dengan firman Allah Taala:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: “mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai Tuhan-tuhan  selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” [al-Taubah: 31]

Allah Taala menjelaskan bahawa kaum Nasrani itu menjadi kufur kerana mereka meletakkan para Ulama mereka setaraf dengan Allah Taala, mereka mengharamkan apa yang diharamkan Ulama dan menghalalkan apa yang dihalalkan Ulama mereka selain mereka membesarkan Ulama mereka dengan menjadikan kuburan para Paderi dan Rahib itu tempat ibadat. [Tafsir al-Saadi, 1/334].

Demikialah Syiah hari ini, yang menghalalkan apa sahaja yang ulama mereka halalkan dan haramkan apa sahaja yang ulama mereka haramkan walaupun tidak ada dalil sama sekali daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. Antara sebesar-besar maksiat yang mereka halalkan adalah Nikah Mutaah (Khawin Kontrak) yang merupakan perzinaan yang jelas dan nyata bahkan dibolehkan pula Mutaah antara bapa dan anak perempuan hasil Mutaahnya.

Mereka juga menyeru dan berdoa kepada Imam-imam mereka dan bertabaruk (mengambil berkat) daripada para Imam dan Ulama mereka. Sehingga kini tidak pernah lekang para kaum kafir ini menghantar surat kepada kubur Khomeini untuk dipenuhi hajat mereka.

Kedudukan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah:

Ahli Sunnah wal Jamaah tidak pernah mempertuhankan para Ulama mereka bahkan para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah melarang kita bertaklid buta kepada mereka.

Kata Imam Abu Hanifah r.h:

” لا يحل لأحد أن يأخذ بقولنا ؛ ما لم يعلم من أين أخذناه “

Maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang mengikut pendapat kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mendapatnya”. [Lihat Takhrijnya dalam Asal Sifat Solat al-Albani, 1/24].

Kata Imam Malik r.h:

” ليس أحد – بعد النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – إلا ويؤخذ من قوله ويترك ؛ إلا النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “

Maksudnya: “Tidak ada seorang pun selepas Nabi s.a.w melainkan diambil dan dibuang pendapatnya kecuali Nabi s.a.w”. [Ibid, 1/27].

Kata Imam al-Syafii r.h:

” إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؛ فقولوا بسنة رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَدَعُوا ما قلت “

Maksudnya: “Apabila kamu mendapati dalam kitabku sesuatu yang menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w maka ikutlah Sunnah Rasulullah s.a.w dan tinggalkan pendapatku”. [Ibid, 29].

Kata Imam Ahmad r.h:

” لا تقلدني ، ولا تقلد مالكاً ، ولا الشافعي ، ولا الأوزاعي ، ولا الثوري ، وخذ من حيث أخذوا “

Maksudnya: “Janganlah kamu bertaklid kepadaku, Malik, al-Syafii, al-Auzai, dan al-Sauri, tetapi ambil lah dari mana mereka mengambil pendapat mereka” [Ibid, 32].

Demikianlah pendirian Ulama Islam yang sebenar bahawa kedudukan mereka hanyalah sebagai manusia biasa dan mereka buknalah Hujah Allah atas sesiapa bahkan mereka sendiri akan dihujah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Sabda Nabi s.a.w:

أني قد خلفت فيكم ما لن تضلوا بعدهما ما أخذتم بهما أو عملتم بهما كتاب الله وسنتي ولن يفترقا حتى يردا على الحوض

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu apa yang tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang pada keduanya: Kitab Allah dan Sunnahku, keduanya tidak akan terpisah sehingga datang kepada Haud (Kiamat)”. [al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra].

Kesimpulan:

Akidah bahawa Ulama sahaja yang berhak menjadi pemimpin adalah akidah Kristian yang diserap oleh Syiah lalu menjalar dalam sesetengah pemikiran kaum muslimin. Mereka yang berakidah dengan akidah Wilayatul Faqih (Kepimpinan Ulama) secara total menurut pandangan dan fahaman Syiah adalah Kafir.

Umat Islam dalam ghairah mereka berpolitik dan berjuang menegakkan negara Islam hendaklah pandai menapis idea-idea dan pemikiran-pemikiran asing yang dapat menjejaskan akidah kita sebagai seorang muslim. Wallahua’lam.

Rujukan:

1-      Tafsir al-Tabari

2-      Tafsir Ibn Kasir

3-      Tafsir al-Saadi

4-      Al-Hukumah al-Islamiah, Khomeini

5-      Kasyful Asrar, Khomeini

6-      Mausuah al-Radd ‘ala al-Rafidah, Maktabah al-Syamilah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: