KEDUDUKAN SYI’AH RAFIDAH HARI INI DI SISI SYARI’AT

Berikut adalah penjelasan hukum syarak terhadap Syi’ah Rafidah oleh Syeikh al-Imam Muhammad bin Abdul Latif Al Syeikh –rahimahullah- [wafat: 1368 Hijrah] :

“Adapun hukum Rafidah –pada apa yang telah lalu- maka Syeikhul Islam Ibn Taimiah berkata dalam al-Sarimul Maslul:

‘Barangsiapa yang mencela para Sahabat atau salah seorang daripada mereka dan disertai dengan celaan itu dakwaan Jibril tersalah memberikan risalah (wahyu) maka tidak syak pada kufurnya dia bahkan tidak syak juga pada kufurnya orang yang teragak-agak akan kekufurannya. Barangsiapa yang menuduh ‘Aisyah dengan perkara yang Allah telah bebaskan beliau daripadanya (zina) maka tiada perselisihan pada kufurnya dia –sehingga beliau (Ibn Taimiah r.h) berkata- : Adapun orang yang melaknat dan memburukkan yakni para Sahabat radiallahu’anhum, maka padanya ada khilaf adakah dia dihukum kafir atau fasiq?[1] Imam Ahmad bertawaqquf (mendiamkan diri) daripada mengkafirkannya dan berkata: “Dia dihukum dengan dirotan dan dipenjarakan sehingga dia mati atau sehingga dia bertaubat”.

Beliau berkata lagi (yakni Ibn Taimiah) rahimahullah: Adapun sesiapa yang beriktiqad bahawa para Sahabat telah menjadi murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w kecuali beberapa jumlah yang kecil sahaja daripada mereka (tidak murtad) tidak sampai beberapa belas orang dan bahawa para Sahabat menjadi fasiq (setelah wafatnya Nabi s.a.w) maka tidak ada keraguan lagi pada kufurnya orang yang berkata sebegini bahkan tidak ada syak pada kufurnya orang yang tidak mengkafirkannya”[2]. [selesai perkataan beliau, rahimahullah].

Maka ini adalah asal hukum orang-orang Rafidah, adapun keadaan mereka sekarang ini , maka lebih jelek dan lebih teruk lagi kerana mereka menambah selain daripada itu (mencela Sahabat): Sikap ghuluw (berlebihan) terhadap para Wali dan orang-orang solih daripada Ahli Bait dan selain mereka, mereka beriktiqad bahawa mereka ini (Ahli Bait dan wali-wali) mempunyai kuasa memberi manfaat dan mudarat, dalam keadaan susah dan senang, dan mereka menganggap itu sebagai amalan yang medekatkan mereka kepada Allah dan agama yang mereka berpegang dengannya[3].

Maka barangsiapa yang teragak-agak akan kufurnya mereka dalam keadaan mereka seperti ini dan ragu-ragu (akan kufurnya mereka) maka dia adalah seorang yang jahil akan hakikat agama yang dibawa para Rasul dan turun berkenaannya kitab-kitab,  maka hendaklah dia menyemak semula agama dia sebelum sampai kematiannya….”[4]

Kemudian kata Imam Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah lagi:

“Adapun semata-mata memberi salam kepada Rafidah, bersahabat dengan mereka, dan bergaul dengan mereka beserta iktiqad bahawa mereka adalah kafir dan sesat maka tindakan ini adalah mengundang bahaya yang besar, dosa yang sangat berat, ditakuti atas pelakunya mati hatinya dan menjadi terbalik (kepada kufur)…”[5]

[rujuk: al-Durar al-Saniah fil Ajwibah al-Najdiah, Jil. 8, m.s 450 & 451].

 

Apa yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah ini adalah berdasarkan apa yang telah disepakati Ulama Salaf rahimahumullah bahawa wajib kita berlepas diri daripada Ahli Bidaah dan kaum Kafir.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [Ali ‘Imran: 118].

 

Firman Allah Ta’ala:

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata…” [al-Mumtahanah: 4].

 

Kata Imam Abu Usman al-Shabuni rahimahullah:

“Mereka (Ahlus Sunnah) membenci ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, tidak mencintai dan tidak bersahabat dengan mereka, tidak mendengarkan ucapan-ucapan mereka, tidak duduk di majlis mereka, tidak berdebat serta tidak bertukar fikiran dengan mereka.” [Akidah Salaf Ashabul Hadis].

 

Jika ini sikap para Ulama Salaf terhadap Ahli Bidaah, bagaimana pula mereka dengan kaum musyrikin munafiqin seperti Rafidah??!! Tentulah lebih dahsyat lagi, tidak mungkin kaum Salaf berkasih-sayang dengan kaum Rafidah apatah lagi hendak menjadikan mereka sebagai “pejuang Islam” dan “Khalifah kaum muslimin”.

 

Wallahu Waliyyut Taufiq wal Hidayah.

 

Oleh;

Muhammad Asrie bin Sobri

Uni Islam Madinah al-Nabawiah, KSA.


[1] Yakni mereka yang mencela semata-mata tanpa menjadikannya sebagai agama (tanpa menghalalkannya) dan tidak disertai dakwaan-dakwaan kufur lainnya.

[2] Rafidah yang wujud pada hari ini rata-ratanya beriktiqad semua Sahabat Nabi s.a.w telah kafir kecuali 3 orang!!!

[3] Ini adalah akidah Rafidah Iran dan sekutu-sekutunya yang wujud pada dewasa ini sebagaimana yang tidak terlindung lagi bagi mereka yang berilmu terutama dalam Kasyful Asrar oleh Khomeini-laknatullahi ‘alaih-.

[4] Lihat pernyataan Syeikh Muhammad bin Abdul Latif ini dan bandingkan dengan tindakan kaum Hizbiah yang menyeru kepada bersahabat dgn Rafidah dan menanggap revolusi mereka sebagai “Kebangkitan Islam”.

[5] Di mana kedudukan penyeru Taqrib antara Syi’ah dan Sunnah dengan kenyataan Imam Muhammad bin Abdul Latif ini??? Mereka lebih jauh lagi, bukan sekadar hendak berkawan dgn Rafidah bahkan sampai tahap hendak berajakan Khomeini yang kafir itu dan mengangkatnya sebagai KHALIFAH KAUM MUSLIMIN. Wal ‘iyazubillah.

 

HUKUM ORANG AWAM DARIPADA AL-RAFIDAH AL-GHULAH

Para Ulama ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat bahawa Syiah al-Rafidah Ghulah yang beriktikad Imam-imam mereka melebihi taraf para Nabi dan Malaikat[1], maksum tidak melakukan dosa, menjadikan takfir dan mencela para sahabat sebagai ibadat, beriktikad bahawa al-Qur’an telah diubah dan Nahjul Balaghah[2] adalah Saudara al-Qur’an, mereka ini kafir dengan kufur akbar. Bahkan firqah ini adalah kafir asli terkeluar daripada 72 firqah umat yang sesat[3].

Ulama juga bersetuju bahawa mereka termasuk jenis kufur nifaq yakni munafiq kerana mereka bermuka-muka dengan akidah Taqiyah dan menzahirkan mereka melazimi syiar Islam. Hukum mereka sama seperti Abdullah bin Ubai bin Salul dan munafiqin Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. Berkata al-Allamah Ibn Usaimin r.h :

ومن عقيدة الرافضة : “التقية” وهي أن يظهر خلاف ما يبطن، ولا شك أن هذا نوع من النفاق، يغتر به من يغتر من الناس.

Maksudnya : “Antara akidah al-Rafidah adalah : al-Taqiyah iaitulah mereka menampakkan perkara yang menyalahi batin mereka dan tidak syak lagi bahawa ini termasuk jenis nifaq, tertipu akannya sesiapa yang tertipu”. [Fatawa Ibn Usaimin, 3/57].

Hukum ini tidak syak lagi berlaku pada pemimpin-pemimpin mereka seperti Khomeini, al-Khuie, Ali Khuma-ini dan lain-lain. Maka kekal kemusykilan berkenaan apakah kedudukan orang awam mereka seperti kebanyakan rakyat Iran dan sebahagian rakyat Iraq. Bahkan diketahui bahawa mereka ini dikelilingi dengan syubhat kerana hidup di negeri yang diperintah oleh imam-imam kesesatan.

Dalam fatwa no. 9247 Lajnah Daimah Arab Saudi diajukan masalah ini :

س2: ما حكم عوام الروافض الإمامية الإثني عشرية ؟ وهل هناك فرق بين علماء أي فرقة من الفرق الخارجة عن الملة وبين أتباعها من حيث التكفير أو التفسيق؟

ج2: من شايع من العوام إماما من أئمة الكفر والضلال، وانتصر لسادتهم وكبرائهم بغيا وعدوا – حكم له بحكمهم كفرا وفسقا…

Maksudnya : “Soalan Kedua : Apakah hukum golongan awam al-Rafidah al-Imamiah al-Isna ‘Asyariah? Adakah perbezaan di antara hukum ulama yakni ulama firqah daripada firqah-firqah yang terkeluar daripada Islam dengan pengikutnya dari segi kufur dan fasiq?

Jawapan : Sesiapa yang menyokong daripada kalangan orang awam seorang imam dan imam-imam kufur dan sesat serta membantu pemimpin mereka dan pembesar mereka dalam keadaan mereka itu (yakni para pemimpin itu) melampaui batas (dengan kesesatannya) maka dihukum bagi mereka (awam) sama seperti hukum pemimpin mereka sama ada kufur atau fasiq…” [Fatwa Lajnah Daimah, 2/377].

Antara dalil yang digunakan adalah  firman Allah s.w.t menceritakan keadaan golongan awam musyrikin dalam neraka :

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاَ

Maksudnya : “dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”. [al-ahzab : 67].

Maka, Allah s.w.t menghukum kufur juga kepada kaum awam musyrikin yang menolak dakwah Rasulullah s.a.w kerana mengikut pemimpin mereka semata-mata.

Hukum ini berlaku jika mereka melakukan taqlid secara buta dan tidak mahu mencari dalil dan hujah walaupun mudah mendapatkannya. Mereka dalam kondisi ini tidak diberi uzur kerana kejahilan atau takwil. Berkata Imam Ibn al-Qayyim r.h :

طبقة المقلدين وجهال الكفرة وأتباعهم وحميرهم الذين هم معهم تبعاً لهم يقولون: إنا وجدنا آباءَنا على أُمة، ولنا أُسوة بهم. ومع هذا فهم متاركون لأهل الإسلام غير محاربين لهم، كنساءِ المحاربين وخدمهم وأتباعهم الذين لم ينصبوا أنفسهم لنا نصب له أُولئك أنفسهم من السعى فى إطفاءِ نور الله وهدم دينه وإخماد كلماته، بل هم بمنزلة الدواب.وقد اتفقت الأُمة على أن هذه الطبقة كفار وإن كانوا جهالاً مقلدين لرؤسائهم وأئمتهم

Maksudnya : “Peringkat golongan taklid dan jahil daripada orang-orang kafir dan pengikut mereka, dan yang dungu daripada kalangan mereka yang mengikut ketua-ketua mereka yang berkata : ‘Sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami berada atas ajaran ini dan kami hanya mengikut mereka’; beserta dengan itu mereka meninggalkan ahli Islam, tidak memerangi mereka seperti isteri-isteri kafir harbi, hamba sahaya mereka, dan pengikut-pengikut mereka yang tidak menyertai memerangi kita, telah sepakat umat mereka ini kafir walaupun jahil bertaklid kepada pemimpin-pemimpin mereka dan imam-imam mereka”.[Tariq al-Hijratain, 124].

Adapun kanak-kanak, orang gila dan bodoh, dan seumpama mereka yang tidak mampu mencari hujah namun mereka tidaklah berniat daripada berpaling daripada kebenaran, maka mereka ini juga dihukum sebagai kufur tetapi urusan mereka di akhirat dikembalikan kepada Allah s.w.t, dan sabit dalam asar bahawa mereka akan diuji di akhirat nanti oleh Allah s.w.t. Adapun di dunia maka mereka tidak dianggap muslim bahkan tidak disolatkan jenazahnya dan tidak dikuburkan di perkuburan kaum muslimin. Berkata Imam Ibn Qayyim r.h :

وأما العاجز عن السؤال والعلم الذى لا يتمكن من العلم بوجه فهم قسمان أيضاً أحدهما مريد للهدى مؤثر له محب له، غير قادر عليه ولا على طلبه لعدم من يرشده، فهذا حكمه حكم أرباب الفترات، ومن لم تبلغه الدعوة.

Maksudnya : “Adapun orang yang lemah daripada bertanya dan mencari ilmu yang tidak mungkin mencari ilmu sama sekali maka mereka ini terdapat dua jenis; pertama : mereka yang hendak mencari hidayah dan mencintai hidayah tetapi tidak mampu mendapatinya kerana tiada orang yang boleh menunjukkannya (sebagai misal) maka hukumnya sama dengan hukum ahli fatran dan mereka yang tidak sampai dakwah…”[Tariq al-Hijratain, m.s 127].

Beliau juga menyatakan :

فأطفال الكفار ومجانينهم كفار فى أحكام الدنيا

Maksudnya : “Maka kanak-kanak orang kafir dan yang gila antara mereka adalah kafir juga dalam hukum-hakam di dunia”. [Ibid, 128].

Ini adalah asasnya dalam menetapkan hukum al-Rafidah al-Ghulah kerana mereka termasuk kafir asli bukan Ahli Bidaah yang dikafirkan. Berkata Imam Ibn Qayyim r.h:

وأما غالية الجهمية: فكغلاة الرافضة ليس للطائفتين في الإسلام نصيب.

Maksudnya : “Adapun Pelampau Jahmiah maka mereka seperti Pelampau Rafidah, tidak ada bahagian bagi kedua puak ini dalam Islam”. [Madarij al-Salikin, Bab al-Tazakkur].

Pelampau al-Rafidah ini termasuklah :

  • 1- al-Qaramitah : Kumpulan yang bernisbah kepada Hamdan bin al-Asy’as al-Qarmati. Mereka mencabut Hajarul Aswad daripada Kaabah pada tahun 319 H dan melarikannya ke al-Ahsa selama 20 tahun.
  • 2- Al-Ismailiah : Kumpulan Syiah yang bernasab kepada Ismail bin Jaafar al-Sadiq dan diasakan oleh Abdullah bin Maimun al-Qaddah. Syiah ini terkenal dengan nama al-Fatimiah nisbah kepada kerajaan mereka yang memerintah utara Afrika dan berpusat di Mesir. Mereka adalah pengasas kota Kaherah dan Universiti al-Azhar. Ulama telah ijmak bahawa mereka kufur, atas dasar itu Salahuddin al-Ayyubi menjatuhkan kerajaan mereka melalui tipu daya dan membunuh menteri-menterinya. Ismailiah telah berpecah kepada cabang yang banyak antaranya Makarimah yang terdapat di Najran. Ismailiah Bohrah pula terdapat di Malaysia di daerah Klang[4].
  • 3- Al-Duruz : Kumpulan Syiah yang terhasil daripada Ismailiah diasaskan Nashtakin al-Durzi yang menganggap Allah adalah al-Hakim al-Fatimi, pemerintah kerajaan Fatimiah yang dibunuh pada 411 H. Pada hari ini mereka terdapat di Lubnan, Syria, dan Palestin. Sebahagian mereka menjadi askar kepada Yahudi Laknatullah ‘alaihim.
  • 4- Al-Nusairiah : Puak Syiah yang diasaskan Muhammad bin Nusair al-Namiri (w. 270 H). Mereka meletakkan Imam-imam mereka sama taraf dengan para Nabi. Mereka hari ini berada di Syria kebanyakannya dan Turki serta beberapa kawasan di Albania, Turkistan, dan Iran.

 


[1] Akidah ini jelas dinyatakan Khomeini dalam al-Hukumah al-Islamiah.

[2] Ini adalah perkataan Khomeini dalam al-Nidaa al-Akhir.

[3]Firqah yang mendakwa mereka Islam tetapi tidak dimasukkan dalam senarai 72 firqah yang sesat adalah kufur sebagai kufur asli.

[4] JAKIM, http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

FATWA ULAMA TERKINI BERKENAAN SYIAH RAFIDAH TERKINI

FATWA SYEIKH SOLEH ALU SYEIKH HAFIZAHULLAH, MENTERI HAL EHWAL AGAMA ISLAM ARAB SAUDI :

س4/ هل الرافضة والجهمية ليستا من الاثنين والسبعين فرقة وكيف؟

ج/ أما الجهمية فأهل السنة جميعا على أنهم ليسوا من الثنتين والسبعين فرقة ليسوا من فرق الأمة.

وأما الرافضة فجمهور أهل السنة على خروجهم من الثنتين والسبعين فرقة، والمقصود من الرافضة الغلاة؛ غلاة الشيعة الذين يلعنون أبا بكر وعمر رضي الله عنهما، والذين يتدينون بسب الصحابة ويُبْغِضُون بعض أمهات المؤمنين ويقذفون عائشة ونحو ذلك، من معتقداتهم المعروفة.

TERJEMAHAN:

SOALAN 4 : Adakah al-Rafidah dan al-Jahmiah tidak termasuk dalam 72 golongan (Ahli Bidaah yang masih diiktiraf Islam) dan bagaimana?

JAWAPAN : Adapun al-Jahmiah maka Ahli Sunnah wal Jamaah sekaliannya berpendapat mereka bukanlah daripada 72 golongan yakni tidak termasuk dalam firqah umat ini (bermakna kafir).

Adapun al-Rafidah, Jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah berpendapat mereka juga terkeluar daripada 72 firqah dan yang dimaksudkan dengan Rafidah adalah puak Ghulah (Pelampau Syiah); Ghulah Syiah adalah mereka yang melaknat Abu Bakar dan Umar radiallahu’anhuma dan yang beragama dengan mencela sahabat dan membenci sebahagian Ummul Mukminin dan menuduh Aisyah berzina dan seumpamanya daripada akidah mereka yang terkenal[1].              

                                                                                    (Syarhu al-Tahawiah, 1/107)

FATWA SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH AL-RAJHI, ULAMA BESAR ARAB SAUDI :

الجواب الخامس: أن الرافضة كفروا، من خالف الأمة يصيبه من الكفر؛ لأنهم يبطنون الكفر ويظهرون الإسلام -والعياذ بالله- وهم مع ذلك يصلون ويصومون ويصلون الجمعة والجماعة، ويؤذنون، فهذا ردّ عليهم في قولهم: نحن نشهد أن لا إله إلا الله، ونقيم الصلاة، ونؤتي الزكاة. إذا فعل الإنسان ناقضًا من نواقضِ الإسلام كفر، ولا ينفعه ما يقيمه من شعائر الإِسلام أو يعتقده.

TERJEMAHAN

“Jawapan Kelima : Bahawa sesungguhnya al-Rafidah adalah kafir, sesiapa yang menyalahi (ijmak) umat telah terkena ke atasnya (hukum) kufur; kerana mereka menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan Islam-wal iyazubillah- dan mereka masih bersolat dan berpuasa, bersolat Jumaat dan Jemaah serta melaungkan azan, maka ini adalah penolakan ke atas perkataan mereka : ‘Kami bersyahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat. Namun, jika seorang manusia melakukan suatu perkara daripada perkara yang membatalkan Islam dia menjadi kafir dan tidak bermanfaat segala syiar Islam yang dia dirikan”. 

                                                                        (Syarah Kasyf al-Syubhat, m/s 122)

FATWA ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB R.H, ANAK SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB R.H :

وإذا كان كذلك فأصول الإيمان تقتضي وجوب الإيمان بالواجبات الظاهرة المتواترة وتحريم المحرمات الظاهرة المتواترة، والجاحد لها كافر، بالاتفاق، مع أن المجتهد في بعضها إذا أخطأ ليس بكافر بالاتفاق، مع أن كثيرا من أهل البدع يوجد فيهم النفاق الأكبر والردة عن الإسلام.فما أكثر ما يوجد في الرافضة والجهمية ونحوهم زنادقة منافقون، فأولئك في الدرك الأسفل من النار.

TERJEMAHAN :

“oleh itu, usul-usul Iman menatapkan wajibnya beriman dengan perkara-perkara wajib yang zahir dan mutawatir dan mengharamkan perkara-perkara haram yang zahir dan mutawatir serta mereka yang ingkar akannya adalah kafir dengan ijmak demikian juga yang tersalah dalam perkara ini dengan ijtihad tidaklah dia kafir dengan ijmak. Demikian juga kebanyakan ahli bidaah terdapat dalam kalangan mereka Nifaq Besar (kufur nifaq) dan murtad daripada Islam. Maka yang terbanyak (daripada nifaq dan riddah ini) dalam kalangan al-Rafidah, Jahmiah dan seumpama mereka di mana mereka ini Zindiq Munafiq maka mereka berada di neraka paling bawah”.

                                                (Majmuah al-Rasail wal Masail al-Najdiah, 1/197)

FATWA SYEIKH ABDUL RAHMAN ABA BATIN R.H, MUFTI NEGERI NAJD (SEBELUM KERAJAAN SAUDI DIDIRIKAN) DAN MURID SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB R.H :

قال الشّيخ: وأمّا مَن جاوز ذلك كَمَن زعم أنّ الصّحابة ارتدّوا بعد موت النَّبِيّ ـ صلّى الله عليه وسلّم ـ إلاّ نفراً قليلاً، يبلغون بضعة عشرة، أو أنّهم فسقوا فلا ريب أيضاً في كفر قائل ذلك، بل مَن شكّ في كفره، فهو كافر.انتهى.

فهذا حكم الرّافضة في الأصل، فأمّا حكم متأخّريهم الآن، فجمعوا يبن الرّفض والشّرك بالله العظيم بالذي يفعلونه عند المشاهد وهم الذين ما بلغهم شرك العرب الذين بعث إليهم رسول الله ـ صلّى الله عليه وسلّم ـ.

TERJEMAHAN :

“Berkata al-Syeikh (Yakni Ibn Taimiah r.h) : ‘adapun mereka (Rafidah) yang melampaui batas dan beranggapan bahawa para sahabat telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali bilangan yang kecil dalam beberapa puluh sahaja atau mengatakan mereka menjadi fasiq maka tidak diragui lagi bahawa yang berkata sedemikian kufur bahkan sesiapa syak pada kekufurannya dia juga kafir’

Maka ini asal hukum Rafidah, adapun Rafidah mutaakhir sekarang mereka menghimpunkan antara al-Rafd (menolak Sahabat) dan Syirik kepada Allah yang Maha Agung dengan tindakan mereka beribadat di masyhad (kuburan) dan mereka itulah yang menyamai syirik arab yang Allah utuskan kepada mereka Rasulullah s.a.w”.

                                                (Majmuah al-Rasail wal Masail al-Najdiah, 1/659)

FATWA SYEIKH ABDUL LATIF ALU SYEIKH R.H, ULAMA BESAR ARAB SAUDI:

ومن أهل البدع: الرافضة الذين يتبرؤون من أبي بكر وعمر، ويدعون موالاة أهل البيت؛ وهم أكذب الخلق وأضلهم، وأبعدهم عن موالاة أهل البيت، وعباد الله الصالحين. وزادوا في رفضهم حتى سبوا أم المؤمنين -رضي الله عنها وأكرمها-، واستباحوا شتم أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عليه وسلمإلا نفرا يسيرا. وأضافوا إلى هذا المذهب الغالية الذين عبدوا المشايخ والأئمة وعظموهم بعبادتهم، وصرفوا لهم ما يستحقه -سبحانه- من التأله والتعظيم، والإنابة والخوف، والرجاء والتوكل، والرغبة والرهبة، وغير ذلك من أنواع العبادات. وغلاتهم يرون أن عليًّا ينزل في آخر الزمان. ومنهم من يقول غلط الأمين، وكانت النبوة لعلي. وهم جهمية في باب صفات الله، زنادقة منافقون في باب أمره وشرعه.

TERJEMAHAN :

“Antara Ahli Bidaah adalah al-Rafidah yang berlepas diri daripada (Khilafah) Abu Bakar dan Umar serta menyeru wala’ (ketaatan) kepada Ahli Bait; mereka adalah makhluk yang paling berdusta dan paling sesat dan paling jauh daripada mentaati Ahli Bait dan hamba-hamba Allah yang soleh. Mereka melampau dalam penolakan mereka (terhadap sahabat) sehingga mencerca dan mencela Ummul Mukminin r.a dan menghalalkan mencela sahabat Rasulullah s.a.w kecuali bilangan kecil daripada mereka dan menambah lagi terhadap mazhab yang melampau ini menyembah imam-imam dan mendewakan mereka dengan ibadat serta memberikan hak-hak Allah daripada peribadatan, pembesaran, inabah, takut, harap, tawakkal, harap dan gerun serta lainnya daripada jenis ibadat kepada imam-imam. Golongan pelampau daripada mereka berpendapat Ali akan kembali di akhir zaman dan ada antara mereka berkata al-Amin (Jibril a.s) tersalah dan Nabi yang sebenarnya adalah Ali. Mereka ini Jahmiah dalam masalah sifat-sifat Allah, zindiq, munafiq dalam perintah dan syarak-Nya”.

                                                (Majumah al-Rasail wal Masail al-Najdiah, 3/211)

FATWA SYEIKH MUHAMMAD BIN SOLEH AL-USAIMIN R.H, ULAMA BESAR ARAB SAUDI :

Syeikh berkata ketika membahaskan masalah keimanan terhadap malaikat :

أمانة جبريل عليه السلام، حيث ينتهي بالوحي إلى حيث أمره الله عزوجل، فيكون فيه رد على الرافضة الكفرة الذين يقولون: بأن جبريل أمر أن يوحي إلى علي فأوحى إلى محمد صلى الله

TERJEMAHAN :

“Sifat Amanah Jibril a.s di mana dia menyampaikan wahyu kepada siapa yang Allah Azza wa Jalla perintahkan maka dalam akidah ini terdapat penolakan terhadap al-Rafidah yang kafir yang berkata : Bahawa Jibril diperintah menyampaikan wahyu kepada Ali lalu dia menyampaikan kepada Muhammad s.a.w”.

                                                                   (al-Qaulul Mufid ‘ala Kitab al-Tauhid, juz 1)

FATWA SYEIKH IBN BAZ R.H, BEKAS MUFTI BESAR ARAB SAUDI :

التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة غير ممكن; لأن العقيدة مختلفة , فعقيدة أهل السنة والجماعة توحيد الله وإخلاص العبادة لله سبحانه وتعالى , وأنه لا يدعى معه أحد لا ملك مقرب ولا نبي مرسل ، وأن الله سبحانه وتعالى هو الذي يعلم الغيب , ومن عقيدة أهل السنة محبة الصحابة رضي الله عنهم جميعا والترضي عنهم والإيمان بأنهم أفضل خلق الله بعد الأنبياء وأن أفضلهم أبو بكر الصديق , ثم عمر , ثم عثمان , ثم علي , رضي الله عن الجميع , والرافضة خلاف ذلك فلا يمكن الجمع بينهما , كما أنه لا يمكن الجمع بين اليهود والنصارى والوثنيين وأهل السنة , فكذلك لا يمكن التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة لاختلاف العقيدة التي أوضحناها .

TERJEMAHAN :

“Mendekatkan di antara al-Rafidah dan Ahli Sunnah tidak mungkin sama sekali kerana akidah keduanya berbeza, akidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mentauhidkan Allah dan mengikhlas ibadah kepada Allah s.w.t, dan tidak diseru bersama dengan Allah malaikat yang dekat mahupun nabi yang diutus dan sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang mengatahui perkara ghaib. Antara akidah Ahli Sunnah juga mencintai para sahabat radiallahu’anhum jami’an serta meredai mereka dan beriktikad bahawa mereka adalah sebaik-baik makhluk selepas para Nabi, dan yang paling afdal antara mereka adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian Ali; Allah meredai mereka semua. Adapun Rafidah, mereka bersalahan dalam masalah-masalah ini maka tidak mungkin menghimpun antara keduanya seperti mana tidak mungkin menghimpun antara Yahudi, Nasrani, dan Penyembah berhala dengan Ahli Sunnah  maka demikian juga tidak mungkin mendekatkan antara Rafidah dan Ahli Sunnah kerana berbezanya akidah seperti yang kami jelaskan”.

                                                                        (Majmuk Fatawa Ibn Baz, 5/156)

FATWA AL-LAJNAH AL-DAIMAH LIL BUHUS AL-ILMIAH WAL IFTA’ (MAJLIS FATWA) ARAB SAUDI :

Soalan diajukan kepada Lajnah Daimah berkenaan golongan Jaafariah (Syiah Rafidah Imamiah) di sekitar Iraq (Syiah Iraq adalah Syiah yang sama di Iran) yang berdoa kepada Husein r.a dan Ali r.a adakah boleh memakan sembelihan mereka?

 إذا كان الأمر كما ذكر السائل من أن الجماعة الذين لديه من الجعفرية يدعون عليا والحسن والحسين وسادتهم فهم مشركون مرتدون عن الإسلام والعياذ بالله، لا يحل الأكل من ذبائحهم؛ لأنها ميتة ولو ذكروا عليها اسم الله.

وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

TERJEMAHAN :

“Jika keadaan seperti apa yang disebut oleh penanya bahawa terdapat kumpulan Jaafariah berdoa menyeru Ali, al-Hasan, al-Husein dan imam-imam mereka maka mereka adalah musyrikin lagi murtad daripada Islam-wal iyazubillah- tidak halal memakan sembelihan mereka kerana ianya bangkai walaupun mereka menyebut nama Allah ketika menyembelihnya”.

                                                                                    (Fatwa Lajnah Daimah, 2/372)

 


[1]Semua akidah ini terdapat pada Syiah Imamiah Iran sekarang.