HAMAS TOLAK KEPUTUSAN ALLAH S.W.T?

Bermula pada tengah malam semalam (Sabtu, 17 Januari 2009), pihak Yahudi Laknatullah ‘alaihim mengisytiharkan mereka hendak mengadakan gencatan senjata.

Gencatan senjata ini dilihat banyak pihak sebagai Unilateral atau sebelah pihak. Oleh itu, pihak Hamas mengisytiharkan akan meneruskan peperangan walaupun angka mangsa kekejaman Yahudi ini mencecah 1200 lebih kematian yang kebanyakannya rakyat awam.

Kita tidak menafikan kesungguhan Hamas mempertahankan tanah air Umat Islam dan kita berterima kasih kepada mereka. Kita tidak boleh kata yang Palestin adalah tanah air orang Arab atau orang Palestin kerana Palestin adalah tanah wakaf bagi seluruh umat Islam.

Saya tidak menghalang jika ada pihak yang hendak menghadiahkan bunga kepada Hamas atas kejayaan mereka mempertahankan Gaza dan usaha yang mereka lakukan dan saya juga ingin mengingatkan supaya kita jangan juga lupa kepada pasukan lain yang menolong Hamas seperti Briged Syuhada al-Aqsa iaitu sayap tentera Fatah yang berjuang bersama-sama mempertahankan Gaza walaupun Hamas sering bahkan terus menuduh Fatah bekerjasama dengan Yahudi.

Namun, sebagaimana yang kita tahu, Hamas mendakwa peperangan yang dilakukan terhadap Yahudi adalah Jihad Islam yang disebut Rasulullah s.a.w :

ذروة سنام الاسلام الجهاد

Maksudnya: “Puncak Islam yang paling tinggi adalah Jihad” [Ahmad, Tabrani]

Jadi kita memahami daripada perkataan Hamas, peperangan yang mereka hendak laksanakan itu adalah Jihad Syar’i yang merupakan ibadat dalam Islam.

Semua kita telah maklum, setiap ibadat mempunyai syarat, rukun, dan aturan yang perlu diikuti. Maka demikian juga Jihad fi Sabilillah, mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap muslim yang berjihad. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangalah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka golongan yang melampaui batas”.

Maksud ‘melampaui batas’ adalah melanggar aturan Jihad seperti membunuh wanita yang tidak mengangkat senjata, kanak-kanak, orang tua, mencacatkan mayat dan seumpamanya. [Tafsir al-Muyassar, 1/204].

Antara aturan Jihad juga adalah firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. [al-Anfal: 61].

Imam al-Tabari r.h dalam menyatakan tafsir ayat ini berkata:

وإن مالوا إلى مسالمتك ومتاركتك الحربَ، إما بالدخول في الإسلام، وإما بإعطاء الجزية، وإما بموادعة، ونحو ذلك من أسباب السلم والصلح فمل إليها، وابذل لهم ما مالوا إليه من ذلك وسألوكه

Maksudnya: “dan jika mereka cenderung untuk berdamai dan menghentikan perang sama ada dengan memeluk Islam atau membayar jizyah atau mengadakan perjanjian damai (gencatan senjata) dan seumpamanya daripada sebab-sebab perdamaian maka terimalah dan berusahalah melaksanakan permintaan mereka” [al-Tabari, 14/40]

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan ayat ini adalah muhkamat bukan ayat mansukh sebagaimana pendapat sebahagian mufassirin. [4/83].

Berkata pula Imam al-Tabari r.h :

فأما ما قاله قتادة ومن قال مثل قوله، من أن هذه الآية منسوخة، فقولٌ لا دلالة عليه من كتاب ولا سنة ولا فطرة عقل.

Maksudnya: “Adapun pendapat Qatadah dan yang sependapat dengannya bahawa ayat ini mansukh maka ianya pendapat yang tidak berdalilkan sama sekali daripada al-Qur’an, al-Sunnah, dan fitrah akal”. [al-Tabari, 14/42].

Ulama yang mengatakan ayat ini mansukh kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan ayat Qital (ayat yang memerintahkan memerangi kaum kafir secara keseluruhan) dalam surah al-Taubah. Namun, syarat ayat nasikh adalah tidak dapat sama sekali dipadankan dengan hukum ayat mansukh. Adapun ayat ini masih dapat dipadankan dengan ayat Qital kerana Allah s.w.t menyatakan perintah ini dalam keadaan yang memerlukan maslahah damai. Selain itu, amalan Salaf Soleh mengadakan perjanjian damai dengan beberapa buah negara kafir juga menjadi dalil ayat ini Muhkam.

Oleh itu, jelas Allah s.w.t memerintahkan supaya apabila kaum kafir meminta perdamaian sama ada yang memulakan peperangan itu pihak mereka atau pihak kita, hendaklah kita menerimanya demi maslahah. Jika kita melihat keadaan Gaza sekarang, maslahah yang paling utama adalah berdamai kerana memberi laluan penduduk Gaza yang cedera menerima rawatan, memberi ruang pasukan bantuan ubatan dan makanan membawa bantuan mereka dan menjaga nyawa yang masih berbaki. Imam Abu Bakar Ibn al-‘Arabi r.h berkata:

وَإِنْ كَانَ لِلْمُسْلِمِينَ مَصْلَحَةٌ فِي الصُّلْحِ لِانْتِفَاعٍ يُجْلَبُ بِهِ ، أَوْ ضُرٍّ يَنْدَفِعُ بِسَبَبِهِ فَلَا بَأْسَ أَنْ يَبْتَدِئَ الْمُسْلِمُونَ بِهِ إذَا احْتَاجُوا إلَيْهِ ، وَأَنْ يُجِيبُوا إذَا دُعُوا إلَيْهِ وَقَدْ صَالَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَهْلَ خَيْبَرَ عَلَى شُرُوطٍ نَقَضُوهَا ، فَنَقَضَ صُلْحَهُمْ ، وَقَدْ وَادَعَ الضَّمْرِيُّ ، وَقَدْ صَالَحَ أُكَيْدِرَ دَوْمَةَ ، وَأَهْلَ نَجْرَانَ وَقَدْ هَادَنَ قُرَيْشًا لِعَشَرَةِ أَعْوَامٍ حَتَّى نَقَضُوا عَهْدَهُ ، وَمَا زَالَتْ الْخُلَفَاءُ وَالصَّحَابَةُ عَلَى هَذِهِ السَّبِيلِ الَّتِي شَرَعْنَاهَا سَالِكَةً ، وَبِالْوُجُوهِ الَّتِي شَرَحْنَاهَا عَامِلَةً

Maksudnya: “dan jika bagi kaum muslimin maslahah dalam berdamai kerana ada manfaat yang diperoleh atau dapat menolak mudarat yang besar maka tidak ada salahnya mereka memulakan perjanjian damai (kaum muslimin memohon damai) dan tidak salah juga untuk kaum muslimin menerima pelawaan damai kaum kafir dan Nabi s.a.w telah berdamai dengan Ahli Khaibar (kaum Yahudi) atas syarat-syarat yang mereka mungkiri kemudiannya dan baginda melakukan gencatan senjata dengan al-Damari, Ukaidar Daumah, Ahli Najran (Nasrani) dan berdamai dengan kaum musyrikin Quraish selama sepuluh tahun sehingga mereka (musyrikin) memungkiri janji mereka dan sentiasa pula selepas itu para Khalifah dan Sahabat melakukan hal yang sama (dalam Jihad mereka) yang kita disuruh mengikut mereka pula. Atas pemahaman beginilah pada pandangan kami perlu dilaksanakan”. [Ahkam al-Qur’an, 4/161 dan 162].

Adapun firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 35:

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ

Maksudnya: “(apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (Wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya…”

Berkata al-Jassas r.h :

فَنَهَى عَنْ الْمُسَالَمَةِ عِنْدَ الْقُوَّةِ عَلَى قَهْرِ الْعَدُوِّ وَقَتْلِهِمْ ؛ وَكَذَلِكَ قَالَ أَصْحَابُنَا : إذَا قَدَرَ بَعْضُ أَهْلِ الثُّغُورِ عَلَى قِتَالِ الْعَدُوِّ وَمُقَاوَمَتِهِمْ لَمْ تَجُزْ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ وَلَا يَجُوزُ لَهُمْ إقْرَارُهُمْ عَلَى الْكُفْرِ إلَّا بِالْجِزْيَةِ ، وَإِنْ ضَعُفُوا عَنْ قِتَالِهِمْ جَازَ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ كَمَا سَالَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرًا مِنْ أَصْنَافِ الْكُفَّارِ وَهَادَنَهُمْ عَلَى وَضْعِ الْحَرْبِ بَيْنَهُمْ مِنْ غَيْرِ جِزْيَةٍ أَخَذَهَا مِنْهُمْ

Ertinya: “Maka Allah s.w.t melarang mereka (yakni kaum muslimin) daripada menyerah (berdamai) dalam keadaan mereka kuat untuk mengalahkan musuh dan membunuh mereka; demikianlah pendapat para Ashab kami : Jika mampu bagi Ahli Sugur (tentera sempadan) memerangi musuh tidak boleh mereka meminta damai dan membiarkan kaum musyrikin dalam kekufuran mereka kecuali dengan jizyah, dan jika mereka lemah harus bagi mereka berdamai sepertimana Nabi s.a.w berdamai dengan berbagai-bagai kaum kuffar dan mengadakan gencatan senjata tanpa mengambil jizyah..” [Ahkam al-Qur’an li al-Jassas, 6/419]

Jika kita meniliti keadaan Gaza sekarang, semua orang yang berakal akan berkata kaum muslimin berada dalam keadaan lemah dan mereka perlu berehat mengumpul kekuatan. Jumlah kematian 1200 lebih, jumlah tercedera 4000 menghampiri 5000 orang, inilah hakikat yang perlu disedari oleh Hamas dan pergerakan Jihad Palestin.

Mereka jangan tertipu dengan jolokan Syria dan Iran yang munafiq itu, mereka memang suka jika melihat kaum muslimin menerima musibah yang teruk begini. Bahkan ketika Iran dan Syria bersekongkol dengan Parti Amal Syiah menyerang khemah pelarian Palestin di Lubnan pada tahun 1985, jumlah rakyat Palestin yang mereka bunuh dicatatkan 3100 orang. Lihatlah pada tahun 2006, Iran sendiri apabila mendapati rakyat Syiah Lubnan banyak terkorban dalam peperangan Hizbullah-Yahudi pada tahun itu, mengarahkan Hizbullah berdamai dengan Yahudi.

Hamas sepatutnya peka membaca sejarah dan politik kaum Syiah yang sentiasa berharap supaya kaum muslimin ditimpa musibah.

Jangalah kerana hendak mentaati Iran dan Syria, Hamas menderhaka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Ingatlah, Rasulullah s.a.w dan para Khalifah baginda yang lebih mulia dan lebih hebat daripada Hamas sendiri pernah berdamai dengan kaum kafir dalam usaha mencapai maslahah kaum muslimin.

Mungkin ada antara kita bertanya, bagaimana pula jika permintaan damai itu hanya tipu muslihat kaum musyrikin? Saya enggan menjawab solan ini kerana Allah s.w.t telah pun menjawabnya dalam ayat ke-62 surah al-Anfal:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman”.

Ayat ini adalah sambungan daripada ayat ke-61 surah al-Anfal yang memerintahkah kita berdamai jika kaum kafir meminta perdamaian yang kita sebutkan tadi.

Tafsir ayat ini adalah:

وإن أراد الذين عاهدوك المكر بك فإن الله سيكفيك خداعهم; إنه هو الذي أنزل عليك نصره وقوَّاك بالمؤمنين من المهاجرين والأنصار

Maksudnya: “dan jika mereka yang berdamai dengan kamu (Muhammad s.a.w) ini cuba mengkhianati kamu maka Allah akan mencukupkan bagimu penipuan mereka itu (Allah akan membantu) sesunggunhnya Dialah yang telah menguatkan kamu dengan kaum mukminin daripada al-Muhajirin dan al-Ansar” [Tafsir al-Muyassar, 3/230]

Berkata Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah, Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia tahun 1430H/2009M:

ودلت آية : وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ على حكم من أحكام الصلح ، وهو أنهم إن صالحوا على سبيل المخادعة ، وجب قبول ذلك الصلح لأن الحكم يبنى على الظاهر ، كما يبنى الإيمان على الظاهر.

 “Ayat ini (ayat 62 surah al-Anfal) satu hukum daripada hukum-hukum perdamaian iaitulah jika kaum kafir itu berniat untuk menipu kamu sekalipun dalam permintaan mereka untuk berdamai maka tetap wajib bagi kamu untuk menerima perdamaian mereka kerana hukum di bina atas zahir seperti Iman dibina (hukumnya) atas zahir keadaan”. [Tafsir al-Munir, 10/61]

Jelas daripada penjelasan para Ulama ini, wajib hukumnya menerima perdamaian jika kaum kafir meminta damai walaupun ada kemungkinan mereka hanya hendak menipu. Ini kerana, menurut kaedah Fiqah Ahli Sunnah wal Jamaah; setiap perintah itu membawa hukum wajib sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

Oleh itu,saya menyeru pihak rapat dengan Hamas dan para pejuang di Gaza di Malaysia seperti ISMA dan JIM untuk menasihati mereka supaya menerima perdamaian yang dinyatakan oleh musuh Allah yang paling ketat, Yahudi Laknatullah ‘alaihim. Ingatlah, jika anda menerimanya, tiada kehinaan sedikit pun bagi pihak anda bahkan Allah s.w.t berjanji akan membantu anda. Taatilah perintah Allah s.w.t dan ikutilah Sunnah Rasul-Nya s.a.w serta ikutlah jejak langkah para al-Salaf al-Soleh dalam usaha mereka berjihad di jalan Allah. Wallahua’lam.

 

DITULIS OLEH;

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,

KULIAH USULUDIN & DAKWAH,

AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITI, SHAH ALAM.

Advertisements

LIGA ARAB DI BAWAH BAYANG-BAYANG FARSI

Iran dan YahudiKeputusan Kerajaan Qatar mengadakan sidang tergempar Liga Arab mungkin dilihat sebagai sesuatu yang wajar pada pandangan pertama. Namun, apabila kita melihat adanya kelibat pencerca Allah dan Rasul-Nya, Ahmadi Nejad -semoga Allah menghukumnya- dalam sidang tersebut bersama anak penyembelih umat Islam Palestin, Bashar Asad, Presiden Syria, menjelaskan kenapa Arab Saudi dan Mesir begitu bersungguh-sungguh menolak sidang tersebut.

Khalid Mashal, pemimpin tertinggi Hamas dalam sidang itu mengumumkan penolakannya terhadap Mubadarah (Inisiatif) Mesir dan perkara ini membenarkan laporan berita al-Ahram sebelum ini bahawa Syiah Nusairiah (Syria) dan Syiah Ghulah (Iran) bertanggungjawab menekan Mashal menolak inisiatif ini.

Peranan dua orang munafiq ini, Bashar dan Ahmadi Nejad menunjukkan bahawa negara-negara Arab yang menghadiri sidang ini masih belum dapat menghilangkan perasaan takut mereka terhadap bekas penjajah mereka, bangsa Farsi. Mereka masih lagi mengharap campur tangan golongan kafir seperti Bashar (kekufuran Bashar maklum secara darurat kerana dia Syiah Nusairiah yang telah ijmak ulama akan kekufurannya) dan Ahmadi Nejad (kekufurannya maklum kerana dia Syiah Rafidah). Mereka tidak berasa puas dengan cadangan yang datang daripada saudara se-Islam mereka. Dahulu Hamas dan Fatah sanggup memungkiri perjanjian Makkah yang dibuat di hadapan Kaabah dan sekarang mereka menolak cadangan yang datang daripada negara Sunni (walaupun bukan Ahli Sunnah wal Jamaah) iaitu Mesir serta memilih cadangan daripada kaum munafiqin Syiah.

Apakah Hamas telah lupa bahawa Rasulullah s.a.w pernah membuat perjanjian Hudaibiah bersama kaum musyrikin Mekah jika mereka merasakan cadangan Mesir itu tidak sesuai dengan syariat? Apakah Hamas sudah lupa bahawa dalam perjanjian itu akan membuka ruang selama 15 tahun untuk mereka menyusun strategi dan memberi nafas baru kepada rakyat Palestin.

Kita tidak nafikan bahawa perjanjian itu jika dilihat memang memberi ruang kepada Yahudi untuk mengambil kesempatan, maka apakah mereka lupa perjanjian Hudaibiah juga membuka ruang kepada kaum musyrikin tetapi terdapat maslahah yang lebih besar untuk diraikan maka Nabi s.a.w menerimanya? Apakah mereka lupa Allah s.w.t membenarkan kita membuat perjanjian damai dan dalam masa yang sama Allah menyuruh kita berhati-hati dengan pihak musuh semasa perjanjian itu?Ini menunjukkan setiap perjanjian damai memang akan ada noktah-noktah yang terpaksa kita berikan kelebihan kepada musuh, tetapi bukanlah makna kita menngalah.

Pihak Syiah sama ada Iran atau Syria tidak henti-henti menuduh Mesir bersubahat dengan Yahudi, kemudian kakak tua Hamas, Khalid Mashal mengajuk percakapan mereka ini tanpa henti juga. Kami ingin ingatkan Hamas, siapakah yang melancarkan Perang Tel al-Zaatar yang membunuh rakyat Palestin yang dalam pelarian di Lubnan? Bukankah orang itu tidak lain tidak bukan Hafiz al-Asad, ayah Bashar al-Asad Presiden Syria sekarang. Lupakah Hamas Syria pernah mengancam Yaser Arafat bahawa Palestin adalah milik Syria, tiada hak bagi mana-mana pertubuhan pertahanan Palestin untuk mempertahankan Palestin tanpa restu Syria?

Kemudian kita ingin bertanya, adakah Hamas sudah lupa siapa yang menyembelih rakyat Palestin pada tahun 1985 dalam bulan Ramadan di Shabra dan Shatilla sehingga memekasa rakyat Palestin memakan tikus dan anjing kerana tiada makanan? Lupakah mereka kepada Perang Mukhayyamat? Jika lupa kami ingin ingatkan, mereka yang melakukan itu adalah Harakat Amal Syiah yang dibela oleh Iran dan Syria sampai sekarang.

Pernahkah walau sekali kita mendengar Khomeini-Laknat Allah atasnya- meminta maaf atas kejadian ini atau dia mengutuk Nabih Berri yang mengetuai kekejaman itu? Bahkan Hasan Nasrallah pernah menyatakan Nabih Berri adalah ‘abang’ bagi Hizbullah dan memujinya sebagai bijaksana. Bijaksanakah manusia yang menyembelih dan membunuh pelarian Palestin? Sudahlah mereka dihalau keluar dari tanah air, di negeri jiran pula mereka disembelih!!

Bukankah Yasir al-Habib, pendakwah Syiah di Tanah Arab menyatakan Hamas akan masuk neraka walaupun mati di medan Jihad kerana mereka orang sunnah, maka pernah walau sekali Ali Khomeini menafikan kenyataan Yasir ini? Pernah walau sekali Ahmadi Nejad menafikan kenyataan ini? Jawapannya tidak. Maka kenapa kamu wahai pemimpin yang bijaksana boleh tertipu sebegini rupa?!!

Kita juga ingin ingatkan Hamas, orang yang pertama membebaskan Palestin adalah Saidina Umar bin al-Khattab r.a, dan tokoh pahlawan yang mulia ini, sahabat Rasulullah s.a.w dan khalifah baginda ini telah dihukum kafir oleh Ahmadi Nejad dan negara Syiahnya Iran, mereka menuduh Umar adalah Syaitan, mereka ingin membongkar kubur Umar dan menyalib mayatnya. Maka, orang seperti inikah yang kamu hendak jadikan sekutu membebaskan Palestin?!

Ingatkan wahai Hamas, Salahuddin alp-Ayyubi r.h sebelum dia membebaskan Palestin, dia terlebih dahulu membebaskan bumi-bumi Islam daripada penjajahan Syiah Fatimiah, maka sekarang kamu hendak mengajak keturunan Syiah Batiniah seperti Bashar al-Asad ini membebaskan Palestin?!Tidak, demi Allah, tidak sama sekali Allah akan membantu kamu!!

Saya menyeru kepada kaum muslimin dan muslimat melihat kembali sejarah, siapakah pengkhianat yang sebenarnya. Walaupun kita akui Mesir adalah negara Asyairah, namun mereka bukanlah pengkhianat tidak pula kafir seperti Syiah Iran dan Syria. Janganlah kita cepat menilai tanpa melihat fakta yang sahih. Ukurlah setiap perkara dengan al-Qur’an dan al-Sunnah sesuai dengan Manhaj al-Salaf al-Soleh. Kita tidak akan berjaya membebaskan Palestin selagi kita tidak mengikut cara yang digunakan oleh al-Salaf al-Soleh membebaskan dunia ini daripada kufur dan syirik.

Ingatlah wahai Hamas dan pemimpin Arab, Palestin tidak akan menjadi negara kecuali ia negara Tauhid, kami tidak reda ia menjadi negara Sekular seperti Mesir, Luban dan lain-lain, kami juga tidak mahu ia menjadi negara Penyembah Kubur seperti Iran, kami juga tidak mahu ia menjadi negara Sosialis seperti Syria, kami hanya reda jika ia menjadi Negara Tauhid.

Saya menyeru para pengamal Media dalam usaha mereka melakukan sebarang tahlilat dan kaji selidik terhadap keadaan yang berlaku, jangan belakangkan pandangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dan jangan sama sekali belakangkan isu Agama dalam soal ini.Wallahua’lam.

Muhammad Asrie bin Sobri,           

Al-Madinah International University, Shah Alam.

IRAN DAN SYRIA TEKAN HAMAS

Akhbar al-Riyadh hari ini melaporkan bahawa pergerakan Hamas bersetuju untuk mengkaji pelan gencatan senjata Mesir dan mana-mana pelan lain seperti Turki untuk menghentikan pencerobohan Yahudi yang masuk hari ke 19 hari ini.

Pemimpin pergerakan Hamas daripada Palestin berada di Kaherah untuk berbincang berkenaan pelan Mesir dan mengadakan beberapa ubah suai yang sesuai dengan pihak Palestin dan menghalang apa-apa kepentingan politik kepada Yahudi.

Namun, pemimpin Hamas yang berada di luar Palestin, seperti di Damsyik masih ragu-ragu untuk menerima pelan tersebut. Menurut sumber rasmi Mesir, sehingga semalam pemimpin Hamas yang berada di Kaherah masih menunggu isyarat daripada pemimpin politik mereka di Damsyik terutama Khaled Meshal.

Akhbar al-Riyadh yang memetik daripada laporan al-Ahram semalam menyatakan terdapat tekanan daripada pihak Syiah Nusairiah iaitu Syria dan Syiah Ghulah Rafidah iaitu Iran terhadap pihak Hamas di Damsyik untuk menolak pelan Mesir.

Sebelum ini, pihak Syiah Ghulah mengecam Mesir kerana enggan membuka laluan sempadan Rafah namun  sebab utama keengganan Mesir bebuat demikian terjawab dengan bedilan bom Zionis ke kawasan Rafah dan sempadan Mesir mencederakan beberapa rakyat Mesir di sempadan.

Kita berharap pihak Hamas diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang tepat sama ada mengikut nasihat saudara-saudara se-Islamnya atau pun tunduk di bawah Syria yang pernah membunuh rakyat Palestin dalam tahun 1982 dahulu atau Iran yang menjadi penyokong utama Parti Amal yang membunuh rakyat Palestin pada 1985.

Lihat juga :

http://news.maktoob.com/newspaper/?newspaper=http://www.alriyadh-np.com&c=2&sc=5&title=الرياض

IRAN LARANG PROTES KEKEJAMAN YAHUDI

Laporan daripada Pemerhati Hak Asasi Manusia Ahwaz melaporkan pada  8 Januari 2009,  para penduduk Ahwaz di Iran mengadakan protes terhadap kekejaman Bani Israil terhadap kaum muslimin Gaza.

Ahwaz adalah kawasan yang menjadi penempatan Arab dan golongan yang berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah di Iran. Kawasan ini turut dikenali sebagai Arabstan.

Menurut laporan juga, 37 penunjuk perasaan daripada Arab Sunnah ditahan sehingga tarikh berita dilaporka iaitu 10 Januari 2p009. Mereka mengadakan demonstrasi aman dengan berarak di Dataran Revolusi sehingga Dataran Bani Hashim.

Pada pertengahan perarakan, dengan tidak semena-mena pasukan bersenjata Iran melepaskan tembakan ke udara menyuruh mereka bersurai dan menahan perarakan mereka. Sebahagian besar mereka ditahan dan dilepaskan pada Sabtu namun terdapat 37 orang masih ditahan sehingga tarikh laporan (10 Januari 2009) iaitu :

1. Reza Ahmadi
2. Tehran Ahmadi
3. Hamid Bawi
4. Ahmad Bai-Toruf
5. Naseem Bani-Toruf
6. Muhammad Janadeleh
7. Amin Cheldawi
8. Zalan Cheldawi
9. Yousef Cehledwai
10. Gahier Hamudi
11. Rashid Haidari
12. Fouad Haidari
13. Faisal Haidari
14. Mahmoud Haidari
15. Hamzah Khasraji
16. Mansour Daghagheleh
17. Jaber Sa’duni
18. Ya’ghub Sa’idawi
19. Mansour Sawari
20. Nasrallah Sawari
21. Yasser Sawari
22. Mahdi Taruf
23. Raheem E’badi
24. Dawoood Abiat
25. Ali-Pour-Abiat
26. Muhamamdali Abiat
27. Abulamir-Fazeli
28. Bashir Krushat
29. Amar Kuroshat
30. Hammed Kan’ani
31. Aziz Kan’ani
32. Rasoul Muhammadi
33. Baber Mansouri
34. Ali Musawi
35. Nasse Mahawi
36. Ghazi Naisi
37. Musatafa Naisi

Persatuan Hak Asasi Manusia Ahwaz (AHRO) menyatakan, tindakan ini mendedahkan sikap sebenar Iran terhadap perjuangan Palestin serta menunjukkan Iran mempunyai agenda khas dalam usaha mereka menampakkan mereka menyokong Palestin.

Iran amat bimbang peperangan Yahudi-Hamas akan membangkitkan semangat masyarakat Arab yang akan menghalang pembentukan semula Empayar Parsi idamannya.

Laman Web Membela Sunnah pula melaporkan para pendemenstrasi menyalahkan Iran atas apa yang berlaku di Gaza dan menyeru Hamas dan Fatah menghalang sebarang campur tangan Iran berkenaan Isu Palestin sebelum terlambat.

sumber :

http://www.ahwaz.org.uk/2009/01/iran-security-forces-fire-on-pro.html

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/657/