MENYESAL DAHULU PENDAPATAN…

“Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Gunanya”, inilah pepatah yang sangat sesuai kepada mereka yang enggan mendengar nasihat dan teguran ulama Ahli Sunnah wal Jamaah supaya menjauhi agama Syiah Rafidah dan pengikutnya demikian juga mereka yang tegar atas slogan ‘Taqrib’ atau mendekatkan mazhab antara Sunni dan Syiah.

Pendedahan demi pendedahan berkenaan jenayah Syiah Rafidah terhadap negara-negara Sunni semakin jelas dan para pendakwah Taqrib terutamanya Ikhwanul Muslimin semakin kepanasan dan barangkali sudah terbakar di dalam. Apakan tidak, sejak peristiwa Syiah Saudi menginjak kubur para Sahabat Nabi sallallahu alaihi wa sallam, radiallahu anhum di al-Baqi’ al-Gharqad dan demonstrasi melaknat Saidina Umar bin al-Khattab radiallahu anhu di perkarangan Masjid al-Nabawi, segala akidah Syiah Rafidah yang keji dan najis itu telah tampak sejelas-jelasnya.

Jika dahulu pernah saya bedebat dengan seorang siswa yang terpengaruh dengan akidah Ikhwaniah, dia begitu berani dalam keadaan jahil menyatakan saya memfitnah Syiah bahawa mereka mencela Sahabat Nabi. Ungkapan bahawa ‘saya memfitanh Syiah’ merupakan ucapan yang menggelikan hati mana-mana pelajar jurusan agama yang mempelajari akidah Syiah ini. Demikianlah begitu beraninya seorang jahil ingin menegakkan ‘kebenaran’ menurut sangkaannya-semoga Allah memberinya hidayah-.

Namun, sekarang akidah Syiah sudah terang lagi bersulu, kebanyakan kita mungkin telah melihat sendiri rakaman demonstrasi Syiah di Masjid al-Nabawi dan tindakan mereka menginjak perkuburan Sahabat di al-Baqi’.

Kemaraan Syiah dalam negara Mesir dan Saudi Arabia amat membimbangkan dan negara-negara Islam perlu bersatu hati melawan kerajaan kafir majusi Iran yang telah banyak menyusahkan Umat Islam sejak ditubuhkan pada 1979. Ayat Syaitan Khomeini al-Iblisi memulakan kerajaannya dengan menghantar para pendemonstrasi Syiah yang melakukan pencemaran di al-Baqi’ al-Gharqad pada musim haji tahun tersebut kemudian kali ini demonstrasi datang daripada warga Saudi sendiri.

Apabila perang Gaza meletus, Hizbullah, parti yang dilahirkan secara haram antara Iran dan Syria ini enggan melancarkan walau sebutir peluru ke kawasan Isareli namun sekarang terbongkar rahsianya menyeludup pelbagai bahan letupan ke bumi Mesir untuk melakukan aktiviti kegansan di Sinai (Lembah Sina’).

Laman sesawang Difa’ anis Sunnah melaporkan pada 11 April 2009 bahawa agensi risikan Mesir berjaya menumpaskan aktiviti keganasan Hizbullah dalam Mesir melalui penahanan seorang Syiah Lubnan yang merupakan ahli Hizbullah, Sami Shihab yang telah memasuki negara Mesir menggunakan pas pelancong semenjak November tahun lepas.

Turut ditangkap adalah 6 orang lagi anak didiknya yang kesemuanya menerima latihan untuk melancarkan tindak teroris dalam bumi Mesir yang mensasarkan kapal-kapal dagang di terusan Suez dan kawasan pelancongan. Mereka turut merancang untuk melancarkan serangan pada 29 Januari lalu dan isyarat serangan terkandung dalam ucapan berapi-api pemimpin mereka yang kafir, Hasan Nasrallah, yang mengecam Mesir berhubung isu pembukaan sempadan Rafah.

Ini sekaligus membuktikan bahawa Hizbullah hanya beromong kosong semasa beriya-iya menyatakan sokongan kepada Hamas sedangkan segala senjata digunakan untuk melancarkan serangan ke atas negara Islam Mesir bukan ke atas negara kafir Yahudi.

Apa yang menyedihkan, antara ahli Hizbullah yang ditangkap ini adalah warga Palestin yang mana ketika para pejuang Palestin sedang mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Yahudi mereka pula sibuk merancang serangan ke atas negara Islam Mesir. [lihat berita di:  http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/931/ ].

Laman sesawang yang sama juga melaporkan bahawa Hasan Nasrallah telah mengaku bahawa Sami Shihab memang dihantar oleh beliau untuk kononnya menyeludup bekalan kepada pihak Hamas di Palestin bukan untuk membuat kekacauan dan menyebarkan Syiah. Namun, kenyataan Hasan Nasrallah ini menjadi habuk apabila pihak Hamas menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak Hizbullah Mesir ini.

Pihak al-Ikhwan al-Muslimun melalui Musyrif Am Risalah Ikhwan Mesir, Ibrahim Munir mempertahankan penjenayah-penjenayah Hizbullah ini malah menuduh kerajaan Mesir memaksa mereka membuat pengakuan. Kenyataan yang senada disuarakan Dr. Isam Aryan yang berpendapat tindakan Hizbullah adalah demi Palestin dan keselamatan Mesir.

Namun, jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menafikan Hamas mengetahui apa-apa mengenai perkara ini bahkan mereka hanya mendapat berita melalui media sahaja dan menegaskan Hamas tidak akan melatih tenteranya di luar bumi Palestin. [Lihat:   http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/933/ ].

Pada 12 April 2009, laman sesawang yang sama memetik daripada laman Mufakkiratul Islam bahawa tertuduh yang terlibat dalam rancangan tindak teroris di Mesir mengaku bahawa mereka menerima latihan daripada pegawai yang ada kaitan dengan pihak berkuasa Iran.

Dilaporkan bahawa amalan keganasan yang dirancang juga meliputi membunuh beberapa orang penting dalam kerajaan Mesir dan terdapat dua orang pegawai kerajaan Iran turut terlibat dalam rancangan teroris ini. Kerajaan Iran memang telah sedia dimaklumi merupakan pemilik sebenar Hizbullah kerana pemimpin utama Hizbullah adalah Ayatullah Ali Khamaeni, Pemimpin Tertinggi Iran.

Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrallah dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa Hizbullah adalah rakan karib Iran dan mereka berbangga dengan hubungan tersebut. Hizbullah sebelum ini telah meletakkan garis panduan bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat ‘Wilayatul Faqih’ Iran.

Pihak Diplomasi Mesir turut mengesan keterlibatan pihak Qatar, negara Arab yang menjadi sekutu rapat Iran dan Syria serta tidak dilupakan, Amerika Syarikat, dalam usaha menggugat keamanan Mesir ini berikutan pengesahan bahawa Sami Shihab memasuki Mesir melalui Qatar dan pihak Mesir tidak menolak kemungkinan hubungan diplomatik Mesir dan Qatar akan terputus jika perkara ini benar. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/938/ ].

Pada 15 April 2009, laporan menyatakan bahawa ketua pengganas Hizbullah Mesir, Sami Shihab telah menghantar permohonan maaf kepada Hasan Nasrallah di atas apa yang berlaku dan kebocoran maklumat mengenai kegiatan mereka di Mesir yang membawa kepada kegagalan terhadap segala rancangan.

Sami Shihab melalui peguamnya menyatakan bahawa mereka tetap setia dengan Hizbullah dan meminta maaf kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan serta kesal atas kebocoran maklumat dan pengakuan yang dilakukan. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/950/ ].

Pada 19 April 2009, berita di laman sesawang yang sama memetik daripada Mufakkritul Islam, pihak al-Azhar al-Syarif mengumumkan menghentikan sebarang hubungan dengan Iran dan Hizbullah. Syed Tantawi, Syeikhul Azhar, ketika berucap di hadapan pelajar al-Azhar cawangan Asyut menyeru para pelajar menjauhi sebarang pertubuhan yang hendak menghancurkan Islam mengisyaratkan kepada Hizbullah.

Al-Azhar yang asalnya adalah sebuah Universiti Syiah telah ditukar menjadi institut Sunni oleh kerajaan Ayyubiah semasa Dinasti Abbasiah. Sultan Salahuddin pada permulaan pemerintahan baginda telah menutup al-Azhar kerana menyebar fahaman Syiah.

Syed Tantawi mengumumkan bahawa sebarang aktiviti Taqrib (Mendekatkan) antara Sunni dan Syiah yang dilaksanakan al-Azhar selama ini dihentikan dan sebarang permohonan Masyikhah daripada pihak Iran tidak akan diterima.

Sumber al-Azhar juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana pelajar Iran dalam bidang Master dan Ph.D di al-Azhar kerana dibimbangi mereka akan menjadi perisik bagi kerajaan Iran. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/971/  ].

Pada 27 April 2009, Pihak Ikhwan al-Muslimun tidak dapat lagi menahan bahang kejadian ini lalu Mursyidul Am Ikhwan, Mehdi Akif terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa pandangan daripada pihak anggota Ikhwan yang menyokong Syiah adalah pandangan peribadi demikian juga pandangan yang mengkritik Syiah.

Berlaku polemik hebat antara dua tokoh Ikhwan, Nada dan Ghazlan apabila Nada sebelum ini menyatakan bahawa pemikiran Ikhwani berpendapat Syiah adalah kaum muslimin dan boleh beribadat dengan mazhab Syiah. Ghazlan, tokoh kanan Ikhwan juga mengkritik pandangan Nada ini dan menuduh Nada menyebarkan fahaman Syiah serta menyeru beliau supaya bertaubat.

Nada masih mempertahankan pandangannya dan melihat bahawa mereka yang menolak pandangan beliau terhadap Syiah sebagai orang yang melihat kepada kulit dan pelampau yang enggan memahami maksud sebenarnya.

Timbalan Mursyidul Am, Muhammad Habib pula enggan mengulas berhubung polemik dua tokoh utama parti itu dan menyatakan tidak perlu mengulasnya di media. [   http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/1011/ ].

Demikianlah ringkasan rentetan peristiwa kekacauan yang ditimbulkan pihak kafir Syiah di Mesir. Peristiwa yang penuh hikmah ini membawa rahmat kepada Ahli Sunnah wal Jamaah Salafiah yang selama ini teguh dengan prinsip mereka menolak sebarang bentuk persahabatn dengan pihak Syiah dan Iran.

Lihatlah betapa dua pejuang utama pendekatan antara Sunni dan Syiah, al-Azhar dan Ikhwanul Muslimun menjadi tersepit dalam hal ini kerana kedegilan mereka menerima nasihat daripada Ulama Salafi sebelum ini.

Apa yang dapat kita katakan kepada dua kumpulan ini adalah, Sesal dahulu pendapatn sesal kemudian tiada gunanya. Maka eloklah mereka bertaubat sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan kembalilah kepada Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar sesuai dengan kefahaman al-Salaf al-Soleh.  

Mehdi Akif yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang angkuh bahawa Ikhwan akan terus menyokong kewujudan Iran di Mesir dan menyatakan bahawa Syiah dan Sunni sama-sama menuju ke syurga hari ini telah sesak nafas dengan keadaan yang berlaku.

Mehdi juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa Ikhwan Muslimin semenjak zaman al-Banna tidak pernah berganjak daripada prinsip pendekatan Sunni-Syiah mereka hari ini mula nampak betapa sesatnya manhaj yang dibawa olehnya yang secara tidak langsung akan membawa kehancuran pertubuhan itu sendiri.

Ingatlah firman Allah Taala:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].

Ayat ini jelas melarang kita menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat terutama kaum munafiqin dan Syiah Rafidah merupakan kaum munafiqin yang Allah janjikan kepada mereka neraka yang paling bawah.

Janganlah kita lupa apa yang pernah dilakukan kaum ini sepanjang sejarah terutama pembunuhan Saidina Usman bin Affan radiallahu anhu dan peperanagn Jamal dan Siffin yang semaunya berpunca daripada rencana jahat kaum syaitan ini. Wallahiua’lam.

 

DITULIS OLEH:

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,

4 JUMADI AL-ULA 1430 H, 29 APRIL 2009.

 

 

BENTUK-BENTUK PERSAMAN ANTARA RAFIDAH DAN IKHWANUL MUSLIMUN

BENTUK PERSAMAAN

RAFIDAH

IKHWAN

Menghalang di Jalan Allah

Menyekat manusia daripada mengikut Manhaj Ahli al-Sunnah wal Jamaah

Menyekat para pemuda terutamanya daripada Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah

Melebihkan Kaum Kafir dan Fasiq Atas  Mukmin

Bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah

Bekerjasama dengan kaum Sekular, Sosialis, dan Kafir melawan kerajaan Islam

Hanya Yang Mengikut Mereka Sahaja Betul

Hanya Syiah Rafidah sahaja Islam, adapun selain mereka adalah kafir dan najis

Sesiapa yang berjuang atas nama parti mereka maka orang itu seorang mujahid fi sabilillah walaupun seorang penyembah kubur.

Mensucikan Ulama Mereka

Imam-imam mereka maksum dan tidak ada kesalahan langsung

Hanya fatwa Ulama Ikhwan sahaja yang rajih adapun selain mereka adalah ulama kuno

Taqiyah (Bermuka-muka)

Bermuka-muka di sisi Rafidah adalah 9/10 daripada agama. Mereka menampakkan seolah-olah membela Islam tetapi mencela Sahabat-sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi ‘alaihim.

Menampakkan mereka berjuang untuk Islam tetapi matlamat utama hanyalah dunia dan kekuasaan

Melampau Dalam Cinta dan Benci

Melbihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w

Cinta sesama mereka tetapi benci kepada Ahli Sunnah wal Jamaah

Memperlekeh al-Sunnah

Merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim

Memperlekehkan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dan menggelar Manhaj Salafi sebagai Kuno.

Kuasa Pemerintahan Hanya Utk Mereka

Hanya Imam yang 12 sahaja berhak menjadi pemerintah atau wakilnya

Hanya Ikhwani sahaja yang berhak memerintah walaupun seorang kafir seperti pengiktirafan mereka terhadap Hasan Turabi yang kufur.

Menipu Dalam Dakwah

Menyeru kepada penyembahan kubur dan mencela sahabat dan ummuhatul mukminin

Menyeru kepada demokrasi, pilihanraya, hizbiyyah, dan aqlaniah

Meninggalkan Kitab Allah

Hanya berpegang kepada perkataan Imam dan Marji’ mereka

Hanya percaya kepada pemipin dan ulama mereka walaupun fatwa yang syaz.

Menghalalkan Darah Muslim

Selain Rafidah halal darahnya

Menghalalkan pemberontakan terhadap pemimpin Islam

Kerjasama dengan Musuh

Kerjasama dengan kaum Yahudi, Nasrani, dan Musyrikin seperti kerjasama mereka dengan Amerika Syarikat memerangi Afghanistan dan Iraq

Parti al-Zaatari misalnya bekerjasama dengan sosialis di Yemen

Bidaah

Syiah Rafidah adalah salah satu daripada Usul (akar) bidaah

Mengadakan pelbagai bidaah seperti baiat sirri, doa dan zikir dengan cara yang tidak warid dan sebagainya.

Dayus

Mengahalalkan Mutaan dan sewa faraj wanita

Menghalalkan ikhtilat seperti bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi, wanita bernyanyi, dan musafir tanpa mahram

Mendahulukan Akal atas Syarak

Menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai rujukan sehingga mereka berkata Husein lebih utama dari Nabi s.a.w kerana ibu Nabi s.a.w kafir manakala ibu Husein muslimah iaitu Fatimah

Menolak hadis-hadis yang melarang wanita berpolitik dan menjadi pemimpin dengan syubhat-syubhat akal.

Melakukan Kerosakan

Merosakkan Akidah Umat dengan syirik

Merosakkan akidah umat dengan syirik dan bidaah

Tidak Mencegah Munkar dan Menyuruh kepada Makruf

Tidak menyeru kepada Tauhid bahkan menghalalkan syirik dan zina dengan nama mutaah

Tidak melarang syirik bahkan melantik seorang kuburi sebagai mursyid am

Helah dalam Menghalalkan yang Haram

Menghalalkan zina dengan nama mutaah

Menghalalkan muzik dengan nama nasyid Islam, demokrasi dengan nama syura, dan syirik dengan nama tarbiah ruhiah

Penipuan

Melakukan hadis palsu atas nama Rasulullah s.a.w dan Ahli Bait Nabi s.a.w

Menipu dengan nama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti baru-baru ini menipu tandatangan Syeikh Jamal al-Murakibi untuk mengkafirkan Husni Mubarak

Kurang Adab dengan Rasulullah s.a.w

Tidak kisah melanggar sunnah

Tidak kisah melanggar sunnah

 

SUMBER: AWJUH SYABAH BAINA AL-RAFIDAH WA IKHWAN AL-MUFLISIN, ABU BAKAR MUHAMMAD SAULAN

APABILA AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN MEMBUKA NIQABNYA

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Pergerakan al-Ikhwan al-Muslimun merupakan satu nama yang terkenal dan tersohor dalam kalangan mereka yang aktif dalam politik Islam dan pertubuhan NGO Islam seperti PAS, JIM, ISMA, ABIM dan seumpamanya.

Pertubuhan yang mempunyai cawangan di serata dunia ini memang mendapat tempat yang besar dalam kalangan Hizbiyyun atau mereka yang berpartai dan berorganisasi politik beralas nama Islam kerana manhaj atau kaedah dan metode pergerakan Ikhwan al-Muslimun menjadi metode dan manhaj mereka juga.

Namun, sejauh mana manhaj al-Ikhwan al-Muslimun ini bertepatan dengan Islam yang sebenar yakni Manhaj dan Akidah al-Salaf al-Soleh kita semakin boleh dipertikaikan. Ini berikutan artikel Yusuf  Nida (atau Nada), bekas Pegawai Hubungan Antarabangsa pergerakan tersebut yang menjelaskan bahawa al-Ikhwan al-Muslimun menganggap Syiah Rafidah adalah saudara se-Islam.

Dalam makalah beliau berjudul: “Kita dan Syiah”, menjelaskan bahawa Khilaf antara Sunni dan Syiah adalah sebagai perkara furu’ atau perkara cabang, bukan dalam usul akidah. Boleh diumpamakan Khilaf dalam isu fiqah antara imam-imam yang empat dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Yusuf Nida dalam makalah beliau ini menggariskan manhaj Ikhwan Muslimun dalam bermuamalah (bergaul) dengan kelompok Syiah Rafidah terutama Iran. Antaranya yang dinyatakan beliau adalah harusnya bertabbud (beribadah) menggunakan mazhab Syiah.

Yusuf Nada mengakui bahawa Ikhwan menolak tindakan mengkafirkan Sahabat dan Ummul Mukminin, namun selepas itu menegaskan pula bahawa khilaf antara Sunni dan Syiah hanyalah dalam perkara furu’ atau ranting bukan dalam masalah Usul atau asas Islam. Ini satu keajaipan, Yusuf Nada seolah-olah menjadikan masalah al-Wala’ wal Bara’ sebagai masalah furu’ sehingga dalam hadis Nabi s.a.w baginda bersabda: “Ikatan Iman yang peling teguh adalah cinta dan benci kerana Allah” [Riwayat Ahmad].

Yusuf Nada juga menjadikan masalah fiqah itu sebagai masalah furu’ keseluruhannya sedangkan tidak semua masalah fiqah itu furu’ bahkan ada yang usul seperti solat, puasa, zakat, haji, dan jihad. Ini semua adalah perkara Usul agama bahkan solat, puasa, zakat, dan haji adalah daripada rukun Islam dan jihad pula Nabi s.a.w sifatkan sebagai ‘Puncak Tertinggi Islam’.

Mana mungkin kita boleh beriktikad seperti iktikad Syiah Imamiah bahawa tidak ada Jihad kecuali bersma Imam Maksum yakni Imam 12 mereka. Adakah dengan ini Ikhwan hendak membatalkan kesahihan jihad para Khalifah Bani Umayyah dan Abbasiah? Bahkan Jihad Salahuddin al-Ayyubi menentang Salibiyyin?

Kita juga tahu bahawa Syiah dalam solat mereka sentiasa melaknat Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Saidatina Aisyah, dan Hafsah radiallahu’anhum. Maka adakah Ikhwan ingin mengatakan perbuatan ini sebagai Khilaf Furu’? Sedangkan dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak semua khilaf dalam furu’ itu tidak diiktraf bagaimana pula kita hendak mengiktiraf khilaf dalam masalah akidah?

Yusuf Nada menyatakan juga bahawa Khilaf Syiah hanya sebuah khilaf siasi (politik) iaitu berkenaan Imamah dan Khilafah. Maka jelas dalam manhaj Ikhwan ini mereka berfahaman Sekular atau memisahkan politik daripada agama. Tidak kah beliau sedar bahawa masalah Imamah ini dibincangkan Ulama Ahli Sunnah dalam Usul Iktikad mereka? Bahkan mempertikaikan kesahihan Khilafah Abu Bakar dan Umar r.a adalah melanggar ijmak para Sahabat dan menolak hadis-hadis sahih yang jelas menunjukkan Khilafah yang empat secara urutan.

Yusuf Nada dalam nada lebih jahat telah menyatakan bahawa “Antara yang telah ditetapkan dalam pemikiran Ikhwani adalah Saidina Ali bin Abu Talib lebih baik daripada pengganti beliau yang menukar Khilafah Rasyidah kepada pemerintahan Raja yang sukar (zalim)”. Ini adalah tuduhan celupar kepada Saidina Muawiyah r.a sebagai Raja yang zalim sedangkan dimaklumi bahawa pemerintahan Muawiyah adalah Kerajaan Rahmat.

Atas pendedahana sebenar Ikhwan al-Muslimun ini, kita dapat melihat betapa mereka tidak mempunyai akidah yang jelas bahkan sentiasa mengikut mutasyabihat. Golongan seperti inilah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w daripada kita mengikuti mereka. Amat jelas bahawa manhaj Ikhwani bukanlah manhaj Islam tetapi manhaj batil dan bercampur dengan akidah kufur seperti Rafidah dan Ilmaniyyah (sekular). Wallahua’lam.

Rujukan:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/739/

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=45436&SecID=391