PAKATAN IRAN-SYRIA MEMBUNUH PEMIMPIN SUNNAH LUBNAN

Pada 20 Februari 2009, laman web al-Difa’ ‘an al-Sunnah memetik berita daripada laman web Islammemo yang menyatakan bahawa terdapat pakatan antara Hizbullah pimpinan Hasan Nasrallah al-Rafidi (Semoga Allah menghukumnya dengan setimpal), Agen Perisikan Pasukan Revolusi Iran, dan Perisikan Syria di Lubnan telah membentuk kumpulan rahsia untuk menghapuskan pemimpin Sunnah di Lubnan sekurang-kurangnya dengan menangkap dan memenjarakan mereka.

Berita yang memetik sumber daripada Akhbar Siyasi Kuwait menyatakan dalam tempoh 4 bulan yang lalu, pasukan ini telah dibentuk dan mensasarkan kumpulan pengikut Manhaj Salafi di Beirut, Tarablus, Saida, dan kawasan lemba barat. Mereka akan menjejak pergerakan pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah ini dan berusaha sedapat mungkin melenyapkan pemimpin dan tokoh penting pergerakan ini dengan sekurang-kurangnya menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Lubnan (yang merupakan kerajaan Arab Nasrani).

Selain itu, sumber berita menyatakan juga, pemimpin yang utama dalam pergerakan Manhaj Salafi akan diserahkan kepada pihak berkuasa Tehran (Syiah Imamiah) dan Damsyik (Syiah Nusairiah) untuk dijalankan siasatan lebih mendalam.

Pihak berita menyandarkan sumber berita kepada pihak Diplomasi Teluk di Baljik yang mengambil sumber risikan Eropah menyatakan lebih 200 orang perisik Pasukan Revolusi Iran yang bergerak di Iraq, Bahrain, dan UAE telah masuk ke Lubnan melalui Syria pada penghujung bulan Julai tahun lalu dan membentuk pasukan risikan ini yang melibatkan Hizbullah, Amal (Pasukan Syiah yang membunuh pelarian Palestin dalam War of Camps), dan agen-agen risikan Iran dan Syria.

Sumber risikan Eropah turut menyatakan walaupun dikatakan pasukan risikan ini hanya bertujuan menyelidik dan mengintip pergerakan pejuang Sunnah di Lubnan dan Palestin serta sumber kewangan dan senjata mereka tetapi dipercayai terdapat juga cubaan membunuh dan menghapuskan langsung pergerakan pejuang sunnah.

Disamping itu, Ketua Ulama  Salafi Lubnan, Syeikh Syahal menyatakan tindakan Syria yang akhir-akhir ini cuba menuduh pergerakan Salafi dengan amalan-amalan militan dan serangan-serangan di Nahrul Barid dan beberapa kawasan Damsyik merupakan cubaan Syrian menutup kejahatannya di Lubnan terutama penglibatannya dalam pembunuhan Rafiq Hariri, Bekas Perdana Menteri Muslim Lubnan.

Selain itu, Syahal juga melihat tindakan Syria ini adalah cubaan mereka untuk kembali berpengaruh dalam politik Lubnan. Syahal juga tidak menolak kemungkinan amalan membunuh serta beliau menyeru kepada Ahli Sunnah untuk berhati-hati dalam berhadapan dengan rancangan keji pihak Syiah Imamiah dan Nusairiah ini yang terkenal sepanjang sejarah Islam sebagai duri dalam daging.

 

Sumber:

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/745/

AMARAN HEKMATIYAR KEPADA HAMAS

Laman web Membela Sunnah yang berbahasa Arab hari ini, 14 Januari 2009 melaporkan daripada Al-Arabiya, pemimpin Islam Afghanistan, Gulbudin Hekmatiyar yang pernah hidup beberapa tahun di Iran sehingga dia dihalau keluar memberi amaran kepada Hamas supaya jangan tertipu dengan Iran dan janji-janji sokongan mulutnya.

Gulbudin dalam risalahnya menyatakan : “Pejuang-pejuang gagah berani di Gaza, sesungguhnya Tehran sering melaung-laungkan bahawa dia akan melindungi penduduk Palestin dan meneruskan perang mulut terhadap Zionis melalui lidah Hizbullah di Lubnan tetapi pada praktikalnya mereka tidak melakukan apa-apa pun beralasan dihalang negara-negara Arab. Tetapi alasan ini tidak berasas sama sekali, jika benar Iran betul kasihan kepada penduduk Palestin kenapa dia tidak menyuruh Hizbullah menembak roket ke Israeli?Beribu-ribu roket diberi oleh Iran dan Syria (negara Syiah Nusairiah) kepada Hizbullah, bilakah ia akan digunakan? Bilakah akan tiba harinya ia akan digunakan? Jika Iran benar maka suruhlah syiah di Afghanistan dan Iraq untuk bergabung dengan Mujahidin melawan Amerika atau paling kurang jangan bersekongkol dengan Amerika”.

Kemudian beliau mengarahkan perkataannya kepada Hamas : “Janganlah kamu bergantung kepada Iran kerana dia sentiasa berdiri bersama musuh Umat Islam sepanjang sejarahnya, sesungguhnya ia adalah musuh dalam rupa kawan, dan menikam kaum muslimin daripada belakang. Iran juga menyokong Rusia dan Komunis menentang Mujahidin di Afghanistan dan juga menolog tentera salib menawan Afghanistan dan menyokong Amerika menjajah Iraq”.

Beliau juga menyatakan, jumlah penduduk Iraq dan ulama Sunnah Iraq yang dibunuh oleh pengganas-pengganas yang taat kepada Iran melebihi jumlah mereka yang dibunuh oleh Amerika. Mereka melemparkan mayat-mayat Ahli Sunnah dalam balutan hitam di jalan-jalan.

Gulbudin Hekmatiyar merupakan pemimpin al-Hizbul Islami Afghanistan yang melarikan diri ke Iran pada 1996 setelah kemenangan Taliban. Pada 2003 setelah gagal mendapatkan sokongannya, kerajaan Iran menghalaunya keluar daripada Iran. Hekmatiyar menghantar pasukannya untuk membantu Hamas dalam perang Gaza atau Perang al-Furqan yang sedang berlangsung.

Pihak Amerika Syarikat menjajikan hadiah lumayan bagi mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya Gulbudin Hekmatiyar.

sumber : http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/658/

TERSINGKAPNYA TABIR TAQIYAH II

Pada 9 Januari 2009, Jeneral David Petraeus, Komader Tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan memberi kenyataan bahawa Amerika Syarikat dan Republik Iran mempunyai beberapa kepentingan bersama terutama berkenaan Afghanistan.

dalam kenyataannya, Petraues berkata : “Jelas sekali terdapat beberapa objektif yang tidak akan seorang pun dapat menafikannya bahawa Iran berpandangan serius dalam isu dagangan dadah (di Afghanistan), mereka (Iran) juga tidak mahu golongan pelampau sunni berkuasa semula di Afghanistan”.

Selain itu, Petraues juga menyatakan terdapat kepentingan bersama Iran dan Amerika Syarikat dalam masalah Iraq seperti perdagangan dan penziarahan tempat-tempat suci Syiah di Iraq oleh ulama-ulama Iran.

Petraeus juga menyatakan, dia berkeyakinan Iran dalam tempoh mengkaji semula polisinya terhadap Iraq terutama setelah gagalnya usaha pemeteraian perjanjian baru antara U.S dan Iraq serta kekalahan rangkaian pencerobohan Syiah-nya di Iraq.

Laporan ini menjelaskan bahawa memang terdapat hubung kait antara Iran dan segala kekecohan yang berlaku di Iraq dan Afghanistan serta mensahihkan dakwaan Ahli Sunnah selama ini segala pembunuhan Ahli Sunnah di Iraq oleh Muqtada al-Sadr adalah atas arahan Iran.

Sumber Maklumat diperoileh daripada:

 http://www.voanews.com/english/2009-01-09-voa16.cfm

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/653/