RAHSIA NUKLEAR IRAN

Kerajaan Syiah Iran hari ini mendedahkan satu lagi rahsia kejahatannya apabila mengumumkan bahawa segala usaha pembuatan tenaga nuklearnya datang daripada pihak Kerajaan Kafir Komunis Rusia.

Kerajaan Rusia yang memang dimaklumi sebagai kerajaan yang sangat memusuhi umat Islam dan kekejaman mereka terhadap Umat Islam tidak akan dapat dilupakan sama sekali. Namun, kerajaan Iran yang selama ini mendakwa mereka selama adalah kerajaan Islam yang akan menyelamatkan Palestin bekerjasama dengan kaum kafir ini.

Iran yang sebelum ini terkenal dengan slogan: “Tidak ke Barat, Tidak ke Timur tetapi Islam”, yang bermaksud Iran tidak akan mengambil apa-apa dasar daripada barat atau timur (yakni Rusia dan Cina) tetapi hanya berpegang kepada Islam mendedahkan bahawa pihak Rusia akan membuka loji nuklear mereka di Iran.

Muhsin Shirazi, Jurucakap Agensi Kuasa Nuklear Iran menyatakan memang loji nuklear Iran dibina oleh pihak Rusia di Bushehr, Iran dan wakil pihak Rusia yang juga ketua Agensi Nuklear Rusia telah datang melawat kawasan pembinaan loji tersebut.

Shirazi turut menyatakan pihak Rusia telah mengadakan kontrak pembinaan loji nuklear ini dengan nilai 1 bilion dolar Amerika dan pembinaan loji itu telah pun siap dan tinggal dalam proses penggabungan kompleks sahaja lagi.

Pendedahan pihak Iran ini amat berbahaya kerana adakah mungkin sebuah negara kafir yang memusuhi Islam ini akan membantu sebuah negara yang mendakwa Islam membina loji nuklear tanpa sebarang faedah kepada mereka?

Memang Islam tidak melarang umatnya menmgambil manfaat daripada orang kafir dalam urusan keduniaan tetapi bukankah Iran boleh memanfaatkan negara-negara Islam yang sudah mempunyai nuklear seperti Pakistan atau negara kafir yang tidak jelas permusuhannya dengan Islam seperti Jepun? Kenapakah Iran memilih Rusia?

Jadi sudah jelas juga kepada kita kenapa Amerika Syarikat dan kuasa barat berat hati membenarkan Iran membina loji nuklear, di mana ia bukanlah berkenaan kerisauan Iran menjadi negara yang kuat tetapi bimbang dengan perkembangan musuh tradisi mereka Rusia, tidak lebih daripada itu.

Maka segala war-war Iran kononnya pihak barat takut terhadap kerajaannya adalah palsu semata-mata dan dakwaan atas angin sahaja. Apa yang dirisaukan pihak barat adalah pengaruh Rusia yang menjadi musuh tradisi mereka.

Lihat: http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2009/02/20092257590823622.html

SIAPAKAH YANG MENJAJAH IRAQ DAN AFGHANISTAN?

Hampir kesemua kita tahu bahawa kerajaan Saddam Husein di Iraq dan kerajaan Taliban di Afghanistan dijajah dan diceroboh oleh kaum kafir yang dilaknat Allah s.w.t iaitu Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Persefahaman antara Yahudi-Nasrani untuk menjajah dan menceroboh tanah-tanah Umat Islam amat dimaklumi kerana permusuhan mereka dengan Islam amat jelas.

Namun, telah datang berita yang menggemparkan bersumber daripada BBC dan dilaporkan juga oleh Middle East Online bahawa pihak kerajaan Iran yang merupakan kerajaan Syiah Imamiah menawarkan kepada pihak penjajah kafir British dan Amerika untuk menghentikan serangan mereka (Iran) ke atas tentera penjajah tersebut jika mereka dibenarkan untuk meneruskan program nuklear mereka.

John Sawers, Wakil Khas British ke PBB menyatakan bahawa pihak berkuasa Iran telah mengaku secara peribadi keterlibatan mereka dalam aktiviti pengeboman jalanan di Iraq dan menawarkan jika pihak Barat sanggup membenarkan aktiviti nuklear Iran, serangan ke atas penjajah kafir itu akan dihentikan di Iraq.

Bagaimapun, cadangan yang dibuat dalam satu majlis minum teh di sebuah hotel di London telah ditolak oleh kerajaan British.

Kenyataan Sawers juga menyerbut bahawa pihak Iran juga telah mengadakan rundingan sulit yang sama dengan pihak Paris (Perancis) dan Berlin (Jerman) kemudian ketiga-tiga pihak barat ini telah mengadakan rundingan sesama mereka.

Dalam pada itu, Hillary Mann, bekas Pegawai Khas Presiden Gearge W. Bush menyatakan bahawa usaha menakluk Afghanistan  mendapat kerjasama erat pihak Tehran pada 2001. Menurut Mann, pihak Iran telah membekalkan kepada Amerika Syarikat maklumat perisikan untuk memudahkan usaha pengeboman kubu-kubu Taliban.

Mann menyatakan juga bahawa pihak Iran telah menyediakan satu peta kepada pihak U.S menunjukkan tempat-tempat utama untuk dilaksanakan serangan terhadap Taliban.

Kemudian Presiden Iran ketika itu, Muhammad Khatami (yang juga seorang alim Syiah) menawarkan bantuan untuk menggulingkan Saddam Husein kerana menurut Khatami, Saddam Husein juga musuh Iran. Namun, pada 2002 hubungan Iran dan U.S menjadi buruk setelah Presiden U.S ketika itu, George W. Bush menyifatkan Iran sebagai Paksi Kejahatan.

Jadi jelas daripada kenyataan pihak barat yang kafir ini bahawa kaum Syiah masih dengan sikap dan perangai lama mereka semenjak peperangan Salib dahulu iaitu sentiasa sanggup membantu kaum kafir untuk memusnahkan kerajaan Umat Islam dan negara mereka. Maka dengan demikian kita juga dapat melihat sejauh mana al-Ikhwan al-Muslimun begitu berusaha untuk memusnahkan Umat Islam  apabila mereka menajdikan Syiah Rafidah ini  sebagai saudara kaum muslimin . Wallahua’lam.

Sumber:

http://www.middle-east-online.com/english/?id=30546

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/750/