BAI’AT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

UNIVERSITI ISLAM MADINAH NABAWIAH

Fitnah Pertama:

Pada bulan Zulhijjah tahun 35 Hijrah, di hari-hari Umat Islam sedang mengerjakan ibadat Haji, Umat Islam dikejutkan dengan peristiwa yang amat dahsyat dan menggerunkan mereka, peristiwa yang akan menjadi sebab berubahnya perjalanan tarikh Umat Islam, peristiwa yang akan terus menjadi noda hitam yang besar di tengah-tengah lembaran putih sejarah Umat Islam; Pembunuh Amirul Mukminin Khalifah al-Rasyid ke-3, Saidina Usman bin ‘Affan r.a.

Walaupun Usman r.a bukanlah Khalifah Islam pertama yang mati terbunuh kerana Khalifah sebelum beliau, Umar bin al-Khattab r.a juga syahid terbunuh, namun bezanya pembunuhan al-Faruq adalah di tangan seorang kafir majusi Abu Lu’Lu’ah Fairuz sedangkan pembunuhan Usman r.a adalah di tangan mereka yang bernama: Muslimin.

Buat pertama kalinya Umat Islam menyaksikan acara Demonstrasi Aman yang dianjurkan oleh lelaki Munafiq Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ namun, demonstrasi yang dikatakan oleh ketua-ketuanya sebagai Aman dan tidak berniat jahat selain hendak mendapatkan penjelasan daripada Khalifah akan beberapa keliruan dan salah faham berakhir dengan tumpahnya darah kekasih ALLAH dan Rasul-Nya, Saidina Usman bin ‘Affan r.a.

Peristiwa yang dahsyat ini menyebabkan jawatan terpenting Umat Islam, Khalifah menjadi kosong dari penyandang dan ini mendedahkan Umat Islam kepada bahaya kerana Khalifah adalah puncak dan pasak kepada Jamaah Kaum Muslimin, maka segeralah para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim mencari akan calon yang paling layak menggantikan tempat Usman r.a sebagaimana juga mereka bersegera bermesyuarat mencari Khalifah Rasulillah s.a.w selepas kewafatan baginda.

Calon yang paling layak setelah Usman r.a tanpa sebarang syak lagi adalah salah seorang Ahli Majlis Syura dan merupakan salah seorang calon Khalifah selepas kewafatan Umar r.a sebelum terpilihnya Usman r.a, menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w, Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah Dalam Masalah Khilafah:

Ahlus Sunnah wal Jamaah –ridwanullahi ‘alaihim- telah bersepakat bahawa Khalifah yang keempat dalam senarai Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w utk kita berpegang dengan Sunnah mereka setelah Sunnah baginda adalah Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu.

Kata Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahumallah:

“Aku bertanya kepada ayahku (Imam Ahmad) berkenaan susunan keutamaan antara Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali? Maka jawab ayahku: Abu Bakar, Umar, Usman, adapun Ali maka beliau adalah Khalifah yang keempat” [Al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad, juz 2, m.s 218]

Kata Imam al-Tahawi r.h dalam Matan Akidah beliau:

وَنُثْبِتُ الْخِلَافَةَ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ أَوَّلًا لِأَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه تفضيلا له وتقديما على جميع الأمة ثُمَّ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ثم لعثمان رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ثُمَّ لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه وهم الخلفاء الراشدون والأئمة المهديون

Maksudnya: “dan kami (Ahlus Sunnah wal Jamaah) menetapkan Khilafah selepas Rasulullah s.a.w yang pertamanya kepada Abu Bakar al-Siddiq r.a sebagai satu keutaman dan pendahuluan atas sekalian umat kemudian kepada Umar bin Al-Khattab r.a kemudian kepada Usman r.a kemudian kepada Ali bin Abi Talib r.a dan mereka inilah para Khalifah al-Rasyidin dan Imam-imam Al-Mahdiyun (yang mendapat petunjuk)”.

Dalil Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam masalah ini adalah hadis berikut:

Daripada Safinah Maula Rasulillah s.a.w-radiallahu ‘anhu- kata beliau:

Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

الخِلافَةُ ثَلاثونَ عَامًا، ثمّ يكونُ بَعْدَ ذلِكَ الملكُ

Maksudnya: “Khilafah (selepasku) adalah selama 30 tahun kemudian akan bertukar kepada (sistem) beraja” [HR Abu Daud, Al-Tarmizi, Al-Nasai]

Kemudian berkata Safinah r.a: “Peganglah (hitunglah); Khilafah Abu Bakar dua tahun, Umar 10 tahun, Usman 12 tahun, dan Ali 6 tahun”.

Kata Imam Al-Ajurry r.h: “Ketahuilah –semoga ALLAH merahmati kami dan kamu- bahawa tiada lagi seseorang selepas (kewafatan) Usman r.a seorang pun yang lebih berhak menyandang jawatan Khalifah selain Ali bin Abi Talib r.a”. [Al-Syari’ah, m.s 512].

Khilafah Ali radiallahu ‘anhu:

Kedudukan Ali r.a sebagai Khalifah kaum Muslimin tsabit dan berlaku melalui pembai’atan para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in setelah syahidnya Saidina Amirul Mukminin Usman bin ‘Affan r.a sebagaimana dalam hadis berikut:

عَنْ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ قَالَ: كُنْتُ مَعَ عَلِيٍّ، وَعُثْمَانُ مَحْصُورٌ، قَالَ: فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ: إِنَّ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَقْتُولٌ، ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: إِنَّ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَقْتُولٌ السَّاعَةَ، قَالَ: فَقَامَ عَلِيٌّ، قَالَ مُحَمَّدٌ: فَأَخَذْتُ بِوَسَطِهِ تَخَوُّفًا عَلَيْهِ، فَقَالَ: خَلِّ لَا أُمَّ لَكَ، قَالَ: فَأَتَى عَلِيٌّ الدَّارَ، وَقَدْ قُتِلَ الرَّجُلُ، فَأَتَى دَارَهُ فَدَخَلَهَا، وَأَغْلَقَ عَلَيْهِ بَابَهُ، فَأَتَاهُ النَّاسُ فَضَرَبُوا عَلَيْهِ الْبَابَ، فَدَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا: إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ قَدْ قُتِلَ وَلَا بُدَّ لِلنَّاسِ مِنْ خَلِيفَةٍ، وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَا مِنْكَ، فَقَالَ لَهُمْ عَلِيٌّ: ” لَا تُرِيدُونِي، فَإِنِّي لَكُمْ وَزِيرٌ خَيْرٌ مِنِّي لَكُمْ أَمِيرٌ، فَقَالُوا: لَا وَاللَّهِ مَا نَعْلَمُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَا مِنْكَ، قَالَ: فَإِنْ أَبَيْتُمْ عَلَيَّ فَإِنَّ بَيْعَتِي لَا تَكُونُ سِرًّا، وَلَكِنْ أَخْرُجُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَمَنْ شَاءَ أَنْ يُبَايِعَنِي بَايَعَنِي، قَالَ: فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَبَايَعَهُ النَّاسُ

Maksudnya: Daripada Muhammad bin al-Hanafiah (Muhammad bin ‘Ali bin Abi Talib r.a) berkata: Aku berada bersama ‘Ali pada waktu Usman dikepung lalu datang kepada beliau (Ali) seorang lelaki berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin (Usman r.a) akan dibunuh”. Kemudian datang pula seorang lagi memberitahu: “Sesungguhnya Amirul Mukminin akan dibunuh sekarang”. Lalu Ali r.a bangun (untuk pergi mempertahankan Usman r.a) kata Muhammad bin al-Hanafiah: Maka aku menghalangnya kerana takut akan keselamatan dirinya. Lalu kata beliau (‘Ali): “Lepaskan, tiada ibu bagimu!”. Kata Muhammad: Lalu beliau mendatangi rumah Usman r.a dan mendapati beliau sudah pun dibunuh lalu beliau kembali ke rumahnya dan menutup pintu lalu manusia datang kepadanya mengetuk pintu dan masuk menemuinya lalu berkata: “Sesungguhnya lelaki ini (yakni Usman bin ‘Affan r.a) sudah dibunuh sedangkan manusia memerlukan Khalifah sedangkan kami tidak tahu ada seorang pun yang lebih berhak akannya selain daripada kamu”. Lalu Ali r.a berkata kepada mereka: “Janganlah kamu mengkehendaki aku, sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir (pembantu Khalifah) lebih baik daripada aku menjadi Ketua”. Lalu kata mereka: “Tidak Demi ALLAH, kami tidak ketahui seorang pun yang lebih berhak akannya daripada kamu”. Kata Ali r.a: “Jika kamu tetap enggan melainkan aku maka hendaklah pembai’atan aku tidak dilakukan secara rahsia tetapi aku akan keluar ke Masjid (Masjid Nabawi) maka barangsiapa yang hendak membai’at aku dia bai’atlah”. Kata Muhammad: “Maka beliau keluar ke Masjid dan manusia pun membai’at beliau”.

Yang dimaksudkan dengan “manusia” yang datang ke rumah Ali r.a hendak membai’at beliau adalah para Sahabat Rasulullah s.a.w sebagaimana dalam lafaz yag lain:

فَأَتَاهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ قَدْ قُتِلَ وَلَا بُدَّ لِلنَّاسِ مِنْ إِمَامٍ، وَلَا نَجِدُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَذَا الْأَمْرِ مِنْكَ، أَقْدَمَ مَشَاهِدًا وَلَا أَقْرَبَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: ” maka datang kepada beliau para Sahabat Rasulillah s.a.w lalu mereka berkata: “Sesungguhnya lelaki ini (Amirul Mukminin Usman r.a) telah dibunuh sedangkan manusia memerlukan Imam (pemimpin) sedangkan kami tidak menemui seorang pun yang lebih berhak memegang urusan ini (khilafah) daripada kamu, orang yang terawal menyaksikan dan paling dekat dengan Rasulullah s.a.w…”

Hadis ini atau riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad r.h dalam kitab beliau: Fadail al-Sahabah no.969 dan al-Khallal dalam al-Sunnah, no. 620, 622, dan 623, Al-Ajurry dalam al-Syari’ah, no; 1215 dan ianya riwayat bermartabat Hasan atau Sahih.

Dalam riwayat di sisi Al-Tabari terdapat tambahan kata-kata Ibn ‘Abbas r.huma:

فَلَقَدْ كَرِهْتُ أَنْ يَأْتِيَ الْمَسْجِدَ مَخَافَةَ أَنْ يَشْغَبَ عَلَيْهِ، وَأَبَى هُوَ إِلا الْمَسْجِدَ، فَلَمَّا دَخَلَ دَخَلَ الْمُهَاجِرُونَ وَالأَنْصَارِ فَبَايَعُوهُ، ثُمَّ بَايَعَهُ النَّاسُ.

Maksudnya: “Adalah aku tidak suka untuk beliau datang ke masjid kerana aku takut akan berlaku huru-hara, tetapi beliau tetap hendak ke Masjid, maka apabila beliau telah masuk, Muhajirun dan Ansar juga masuk lalu mereka (al-Muhajirun dan al-Ansar) membaiat beliau kemudian diikuti orang ramai”. [Tarikh al-Tabari, 4/427].

Riwayat yang sahih ini menunjukkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib r.a dibai’at dengan persetujuan Ahli al-Hilli wal ‘Aqdi daripada kalangan Sahabat ridwanullahi ‘alaihim.

Dalam riwayat lain pula:

عَنْ أَبِي بَشِيرٍ الْعَابِدِيِّ، قَالَ: كُنْتُ بِالْمَدِينَةِ حِينَ قُتِلَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَاجْتَمَعَ الْمُهَاجِرُونَ وَالأَنْصَارُ، فِيهِمْ طَلْحَةُ وَالزُّبَيْرُ، فَأَتَوْا عَلِيًّا فَقَالُوا: يَا أَبَا حَسَنٍ، هَلُمَّ نُبَايِعُكَ، فَقَالَ: لا حَاجَةَ لِي فِي أَمْرِكُمْ، أَنَا مَعَكُمْ فَمَنِ اخْتَرْتُمْ فَقَدْ رَضِيتُ بِهِ، فَاخْتَارُوا وَاللَّهِ فَقَالُوا: مَا نَخْتَارُ غَيْرَكَ، قَالَ: فَاخْتَلَفُوا إِلَيْهِ بَعْدَ مَا قُتِلَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِرَارًا، ثُمَّ أَتَوْهُ فِي آخِرِ ذَلِكَ، فَقَالُوا لَهُ: إِنَّهُ لا يَصْلُحُ النَّاسُ إِلا بِإِمْرَةٍ، وَقَدْ طَالَ الأَمْرُ، فَقَالَ لَهُمْ: إِنَّكُمْ قَدِ اخْتَلَفْتُمْ إِلَيَّ وَأَتَيْتُمْ، وَإِنِّي قَائِلٌ لَكُمْ قَوْلا إِنْ قَبِلْتُمُوهُ قَبِلْتُ أَمْرَكُمْ، وَإِلا فَلا حَاجَةَ لِي فِيهِ قَالُوا: مَا قُلْتَ مِنْ شَيْءٍ قَبِلْنَاهُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.

Maksudnya: Daripada Abu Basyir al-‘Abidi kata beliau: “Aku berada di Madinah ketika terbunuhnya Usman r.a maka berhimpunlah al-Muhajirun dan al-Ansar termasuk dalam kalangan mereka Talhah dan Al-Zubair lalu mereka datang kepada Ali r.a lalu mereka berkata: “Ke marilah kami bai’at kamu (sebagai Khalifah)”. Lalu beliau (Ali) berkata: “Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih maka aku meredainya maka pilihlah (selain aku) demi ALLAH”. Lalu mereka (para Sahabat) berkata: “Kami tidak akan memilih selain kamu”. Kata Abu Basyir: “Mereka datang kepada Ali berkali-kali sehingga yang kali terakhirnya mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Ali kepada mereka: “Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”. Mereka berkata: “Apa sahaja yang kamu katakana kami akan terima insya-ALLAH”.

فَجَاءَ فَصَعِدَ الْمِنْبَرَ، فَاجْتَمَعَ النَّاسُ إِلَيْهِ، فقال: انى قد كُنْتُ كَارِهًا لأَمْرِكُمْ، فَأَبَيْتُمْ إِلا أَنْ أَكُونَ عَلَيْكُمْ، أَلا وَإِنَّهُ لَيْسَ لِي أَمْرٌ دُونَكُمْ، إِلا أَنَّ مَفَاتِيحَ مَالِكُمْ مَعِي، أَلا وَإِنَّهُ لَيْسَ لِي أَنْ آخُذَ مِنْهُ دِرْهَمًا دُونَكُمْ، رَضِيتُمْ؟ قَالُوا:

نَعَمْ، قَالَ: اللَّهُمَّ اشْهَدْ عَلَيْهِمْ، ثُمَّ بَايَعَهُمْ عَلَى ذَلِكَ.

قَالَ أَبُو بَشِيرٍ: وانا يومئذ عند منبر رسول الله ص قَائِمٌ أَسْمَعُ مَا يَقُولُ.

Maksudnya: Maka beliau (Ali r.a) menaiki minbar lalu manusia berkumpul kepada beliau lalu beliau berkata: “Sesungguhnya aku membenci urusan kamu (untuk menjadi pemimpin kamu), namun kamu tetap enggan melainkan untuk aku memimpin kamu, sesungguhnya tiada bagi aku urusan tanpa persetujuan daripada kamu melainkan kuncui-kunci harta kamu berada denganku, sesungguhnya aku tidak akan mengambilnya walaupun se-dirham tanpa pengetahuan kamu, adakah kamu reda akan ini?” Jawab mereka: “Ya”. Kata Ali: “Ya ALLAH Engkau saksikanlah atas mereka”. kemudian beliau menerima bai’at mereka atas dasar itu.

Kata Abu Basyir: “Sedangkan aku ketika itu berada di sisi Minbar Rasulullah s.a.w berdiri mendengar apa yang beliau katakana”. [Tarikh al-Tabari, 4/427-428].

Riwayat ini menjelaskan lagi dan merincikan lagi peristiwa pembai’atan Ali r.a dan isi kandungannya tidak lah lari daripada cerita asas yang terkandung dalam riwayat Sahih daripada Imam Ahmad r.h, maka riwayat seperti ini dalam penilaian ilmu sejarah adalah diterima dan matannya sahih, tiada padanya cerita-cerita yang mencemarkan nama baik Sahabat atau menggambarkan mereka dengan tingkah laku yang tidak layak dengan kedudukan mereka dan tsabitlah melalui riwayat-riwayat ini semuanya bahawa pembai’atan ‘Ali r.a adalah dengan keredaan dan kesepakatan para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in termasuk Talhah bin Ubaidullah r.a dan Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a.

عَنْ عَوْفٍ، قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ الْحَسَنِ، فَكَانَ ثَمَّ رَجُلٌ انْتَقَصَ أَبَا مُوسَى بِاتِّبَاعِهِ عَلِيًّا، فَغَضِبَ الْحَسَنُ ثُمَّ قَالَ: «سُبْحَانَ اللَّهِ، قُتِلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ عُثْمَانُ، فَاجْتَمَعَ النَّاسُ عَلَى خَيْرِهِمْ فَبَايَعُوهُ، أَفَيُلَامُ أَبُو مُوسَى وَأَتْبَاعُهُ»

Maksudnya: “Daripada ‘Auf (‘Auf al-A’rabi) kata beliau: “Aku berada di sisi al-Hasan (al-Basri) r.h dan ada di sana seorang lelaki yang mencela Abu Musa (al-Asy’ari) r.a kerana mengikut Ali r.a lalu al-Hasan menjadi marah kemudian berkata: “Maha Suci ALLAH! Amirul Mukminin Usman dibunuh kemudian manusia (yakni para Sahabat r.hum) berhimpun kepada yang terbaik dalam kalangan mereka lalu mereka membai’atnya, apakah patut dicela Abu Musa dan para pengikutnya?!!”. [HR al-Khallal dalam al-Sunnah]

Dalam riwayat yang lain daripada ‘Auf kata beliau:

كُنْتُ عِنْدَ الْحَسَنِ، فَذَكَرُوا أَصْحَابَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Adalah aku berada di sisi al-Hasan lalu mereka menyebut tentang para Sahabat Rasulullah s.a.w…”[Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad daripada Ayahnya dalam Fadail al-Sahabah].

Hasan al-Basri r.h adalah saksi peristiwa pembunuhan Usman r.a dan beliau berada di Madinah semasa kejadian dan semasa pembai’atan Ali r.a dan beliau adalah antara murid Ali r.a. Maka dengan pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa semua Sahabat yang berada di Madinah membai’at Ali r.a dengan keredaan dan pilihan mereka.

Bai’at Paksa?

Dakwaan bahawa pembai’atan Ali bin Abi Talib r.a dilakukan dengan pemaksaan daripada para pemberontak dan pembunuh Usman bin ‘Affan r.a adalah tidak benar bahkan terdapat riwayat-riwayat yang sahih menunjukkan bahawa para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim tidak tunduk kepada desakan pemberontak; daripada Sallam bin Miskin r.h kata beliau:

سَمِعْتُ الْحَسَنَ قَالَ: لَمَّا كَانَ مِنْ عُثْمَانَ مَا كَانَ، وَاخْتِلَاطِ النَّاسِ أَتَوْا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ فَقَالُوا: أَنْتَ سَيِّدُنَا، وَابْنُ سَيِّدِنَا، اخْرُجْ يُبَايِعْكَ النَّاسُ، وَكُلُّهُمْ بِكَ رَاضٍ، فَقَالَ: «لَا وَاللَّهِ لَا يُهْرَاقُ فِي سَبَبِي مِحْجَمَةٌ مِنْ دَمٍ، مَا كَانَ فِيَّ رُوحٌ» ، ثُمَّ عَادُوا إِلَيْهِ فَخَوَّفُوهُ فَقَالُوا: لَتُخْرُجَنَّ أَوْ لَتُقْتَلَنَّ عَلَى فِرَاشِكَ، فَقَالَ: مِثْلَهَا، فَأَطْمَعُ وَأُخِيفُ، قَالَ: فَوَاللَّهِ مَا اسْتَقَلُّوا مِنْهُ بِشَيْءٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Maksudnya: “Aku mendengar al-Hasan (al-Basri) r.h berkata: “Apabila berlaku kepada Usman apa yang berlaku dan manusia menjadi celaru mereka mendatangi Abdullah bin Umar lalu mereka berkata: “Engkau adalah penghulu kami anak kepada penghulu kami, keluarlah supaya manusia boleh membai’at kamu dan mereka semua pasti akan reda dengan kamu (sebagai Khalifah)”. Maka jawab beliau: “Tidak, demi ALLAH, tidak akan tumpah darah walaupun sebesar jarum bekam disebabkan aku selama mana aku masih bernyawa”. Kemudian mereka kembali kepadanya dan menggertaknya lalu berkata: “Hendaklah kamu keluar atau kamu akan dibunuh di atas hamparanmu”. Lalu beliau berkata seperti sebelumnya maka dia diberi tawaran dan diugut. Kata Al-Hasan al-Basri: “Maka demi ALLAH tidak mereka dapat berbuat apa dengan beliau sehinggalah beliau kembali bertemu dengan ALLAH”. [Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Fadail al-Sahabah dan al-Khallal dalam al-Sunnah dan sanadnya Sahih].

عَنْ قَيْسِ بْنِ عَبَّادٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ الْجَمَلِ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِنْ دَمِ عُثْمَانَ، وَلَقَدْ طَاشَ عَقْلِي يَوْمَ قُتِلَ عُثْمَانُ، وَأَنْكَرَتْ نَفْسِي وجَاءُونِي لِلْبَيْعَةِ، فَقُلْتُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ أَنْ أُبَايِعَ قَوْمًا قَتَلُوا رَجُلًا قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلَا أَسْتَحْيِي مِمَّنْ تَسْتَحْيِي مِنْهُ الْمَلَائِكَةُ» ، وَإِنِّي لَأَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ أَنْ أُبَايِعَ وَعُثْمَانُ قَتِيلٌ عَلَى الْأَرْضِ لَمْ يُدْفَنْ بَعْدُ، فَانْصَرَفُوا، فَلَمَّا دُفِنَ رَجَعَ النَّاسُ فَسَأَلُونِي الْبَيْعَةَ، فَقُلْتُ: اللَّهُمَّ إِنِّي مُشْفِقٌ مِمَّا أَقْدَمُ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَاءَتْ عَزِيمَةٌ فَبَايَعْتُ فَلَقَدْ قَالُوا: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ، فَكَأَنَّمَا صُدِعَ قَلْبِي، وَقُلْتُ: اللَّهُمَّ خُذْ مِنِّي لِعُثْمَانَ حَتَّى تَرْضَى

Maksudnya: Daripada Qais bin ‘Ubadah kata beliau: Aku mendengar Ali r.a berkata pada hari Peristiwa Jamal: “YA ALLAH sesungguhnya aku berlepas diri kepada-Mu daripada terlibat dalam pembunuhan Usman; sesungguhnya akal ku hilang pada hari Usman dibunuh dan aku (seolah-olah) tidak mengenali diriku lagi, lalu mereka datang kepada ku untuk berbai’ah lalu aku berkata: Demi ALLAH sesungguhnya aku malu untuk berbai’at dengan kaum yang telah membunuh seorang lelaki yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda berkenaanya: “Adalah wajar aku berasa malu dengan orang yang Malaikat berasa malu dengannya”. Sesungguhnya aku malu untuk dibai’ah sedangkan Usman terbunuh belum dikebumikan lagi”. Maka mereka pun berlalu pergi. Apabila telah dikebumikan Usman mereka datang kembali dan meminta untuk aku dibai’ah, maka aku berkata: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berasa amat berat untuk melakukan perkara ini”. Kemudian datang rasa kekuatan (pada diriku) maka aku pun berbai’ah. Maka apabila mereka berkata kepadaku: “Wahai Amirul Mukminin!” maka jangtungku seolah-olah disentap dan aku berkata: “Ya ALLAH, Engkau tuntutlah pembalasa bagi pihak ku untuk Usman sehingga Engkau reda”. [Al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 4527, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, kata Imam al-Zahabi r.h: Hadis ini di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim]

عن ابن المسيب، قال: لما قتل عثمان جاء الناس كلهم إلى علي يهرعون أصحاب محمد وغيرهم، كلهم يقول: أمير المؤمنين علي، حتى دخلوا عليه داره، فقالوا: نبايعك فمد يدك، فأنت أحق بها، فقال علي: ليس ذاك إليكم، وإنما ذاك إلى أهل بدر، فمن رضي به أهل بدر فهو خليفة، فلم يبق أحد إلا أتى عليا، فقالوا: ما نرى أحدا أحق بها منك، فمد يدك نبايعك، فقال: أين طلحة والزبير؟ فكان أول من بايعه طلحة بلسانه، وسعد بيده، فلما رأى علي ذلك خرج إلى المسجد، فصعد المنبر، فكان أول من صعد إليه، فبايعه طلحة، وبايعه الزبير، وأصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ورضي عنهم أجمعين

Maksudnya: Daripada Ibn al-Musayyib (Sa’id bin al-Musayyib) r.h kata beliau: “Apabila dibunuhnya Usman r.a maka bergegaslah manusia mendatangi Ali r.a, terdiri daripada para Sahabat Muhammad s.a.w dan selain mereka, kesemua mereka berkata: “Amirul Mukminin Ali”. Sehinggalah mereka masuk ke rumah beliau mereka berkata: “Hulurkan tangan kamu untuk kami bai’at, engkau adalah orang yang paling berhak akannya”. Lalu berkata Ali: “Sesungguhnya urusan ini bukan milik kamu tetapi ia urusan Ahli Badar, barangsiapa yang diredai oleh Ahli Badar maka dialah yang berhak menjadi Khalifah”. Maka tidak tinggal seorang pun (daripada Ahli Badar) melainkan mereka datang kepada Ali r.a seraya berkata: “Kami tidak tahu ada sesiapa lagi yang lebih layak selain daripada kamu maka hulurkan tangan kamu untuk kami bai’ah”. Lalu beliau (Ali) berkata: “Di manakah Talhah dan al-Zubair?” maka orang pertama yang membai’at beliau adalah Talhah dengan lisan beliau diikuti Sa’ad (ibn Abi Waqqas r.a) dengan tangannya. Apabila Ali r.a melihat yang demikian (terdapatnya kesepakatan Ahli Badar) beliau keluar menuju ke Masjid lalu menaiki Minbar maka orang pertama yang menaiki minbar dan membai’at beliau adalah Talhah dan turut membai’at beliau Al-Zubair dan seluruh Sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam wa radiya ‘anhum ajma’ien”. [Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn al-Atsir dalam Usudul Ghabah dengan Sanad yang tidak kurang dari Hasan, no. 1146].

Riwayat-riwayat yang sahih ini menunjukkan bahawa para Sahabat; al-Muhajirun dan al-Ansar ridwanullahi ‘alaihim tidaklah tunduk dengan desakan-desakan daripada pemberontak untuk memilih calon Khalifah, bahkan mereka tidak gentar dengan ugutan bunuh daripada pemberontak.

Saidina Ali r.a sendiri tidak menerima pembai’atan daripada pemberontak bahkan beliau menerimanya setelah disetujui oleh para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang berada di Madinah.

Demikian juga pembai’atan Ali r.a adalah setelah dipersetujui oleh para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim terutama Ahli Badar dan Ali r.a tidak tunduk pada asakan pemberontak dan beliau bertegas hak memilih pemimpin bukanlah milik semua tetapi ia milik Ahli al-Hilli wal ‘Aqdi yang pada masa itu adalah al-Muhajirun wal Ansar yang diketuai oleh Ahli Badar.

Riwayat-riwayat sejarah yang menunjukkan bahawa ada Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in yang tidak berbai’at dengan Amirul Mukminin Ali r.a adalah lemah daripada riwayat Saif bin ‘Umar al-Tamimi dan beliau ini seorang yang da’if dalam Hadis, Sandaran dalam Sejarah sebagaimana dinyatakan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Taqrib al-Tahzib.

Maka riwayat-riwayat Saif boleh diterima dalam sejarah jika ada sokongan dan sandaran, adapun dalam keadaan riwayat-riwayat beliau berlawanan dengan riwayat Ahlul Hadis yang tsiqah dan sahih maka riwayat Ahlul Hadis hendaklah didahulukan daripada riwayat Akhbari (Ahli Riwayat Sejarah) sebagaimana yang diketahui dalam kaedah mentarjihkan riwayat-riwayat sejarah.

Ada juga riwayat-riwayat daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya yang menyatakan ada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak berbai’at kepada Ali r.a namun sebagaimana diketahui Lut bin Yahya adalah seorang Syi’ah Rafidah yang fanatic dengan mazhabnya, tidak diterima sama sekali riwayat-riwayat daripadanya yang mempunyai unsur-unsur celaan kepada para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim.

Talhah dan al-Zubair r.huma:

Demikian juga riwayat yang menunjukkan bahawa Talhah bin Ubaidillah r.a dan Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a dipaksa oleh pemberontak untuk berbai’at kepada Ali r.a dan mereka tidak lah reda menerima perlantikan Ali r.a adalah jelas berlawanan dengan riwayat-riwayat Sahih yang menunjukkan mereka berdua membai’at Ali r.a dengan kerelaan dan sedar akan kelayakan Ali r.a sebagai Khalifah.

 عَنْ عَوْفٍ، قَالَ: أَمَّا أَنَا فَأَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ يَقُولُ: إِنَّ عَلِيًّا جَاءَ فَقَالَ لِطَلْحَةَ: ابْسُطْ يَدَكَ يَا طَلْحَةَ لأُبَايِعَكَ، فقال طلحه: أنت أحق، وأنت أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ، فَابْسُطْ يَدَكَ، قَالَ: فَبَسَطَ عَلِيٌّ يَدَهُ فَبَايَعَهُ.

Maksudnya: Daripada ‘Auf (al-A’rabi) r.h kata beliau: “Adapun aku maka aku bersaksi bahawa aku mendengar Muhammad bin Sirin berkata: “Sesungguhnya Ali telah datang dan berkata kepada Talhah: “Hulurkan tanganmu wahai Talhah untuk aku membai’atmu”. Maka berkata Talhah: “Engkau lebih berhak, engkaulah Amirul Mukminin, maka hlurkan tanganmu”. Kata beliau (Ibn Sirin): “Maka Ali menghulurkan tangan beliau maka beliau (Talhah) membaiatnya”. [Ibn Jarir al-Tabari dalam al-Tarikh dan Al-Balazuri dalam Ansab al-Asyraf dengan sanad yang sahih].

Walaupun riwayat ini mursal daripada Imam Muhammad bin Sirin r.h, namun sudah tentu ianya sahih selari dengan peristiwa pembai’atan yang diriwayatkan dalam riwayat-riwayat yang sahih dan ia menjelaskan dan memperincikan lagi perjalanan peristiwa bai’at di mana Ali r.a cuba mengelak menjadi Khalifah maka apabila datang Ahli Badar beliau memanggil Talhah dan al-Zubair r.huma kemudian Ali r.a mencadangkan Talhah sebagai Khalifah namun Talhah menolak dan menegaskan Ali r.a adalah yang paling berhak lalu Talhah membaiat beliau dan ini menjelaskan dan menyokong Talhah adalah orang pertama yang membai’at Ali r.a sebagaimana dalam riwayat Ibn al-Atsir yang telah lalu.

Demikian juga telah tsabit dengan riwayat yang sahih Al-Zubair bin al-‘Awwam r.a membai’at Amirul Mukminin Ali r.a:

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: رَأَيْتُ الزُّبَيْرَ بَايَعَ عَلِيًّا فِي حَشٍّ مِنْ أَحْشَاشِ الْمَدِينَةِ

Maksudnya: Daripada Al-Hasan (Al-Basri) r.h kata beliau: “Aku melihat Al-Zubair membai’at Ali r.a di sebuah kebun daripada kebun-kebun Madinah” [Al-Balazuri, Ansab al-Asyraf, no. 274, sanadnya Sahih].

Riwayat-riwayat sejarah yang menyatakan bahawa Al-Zubair r.a dan Talhah r.a membai’at Ali r.a dengan dipaksa dalam keadaan pedang terhunus adalah tidak benar namun telah tsabit riwayat juga menunjukkan bahawa mereka berbai’at dalam keadaan terpaksa dan terdapat ugutan antaranya:

Daripada Abu Nadhrah r.h:

أَنَّ رَبِيعَةَ، كَلَّمَتْ طَلْحَةَ فِي مَسْجِدِ بَنِي مَسْلَمَةَ فَقَالُوا: كُنَّا فِي نَحْرِ الْعَدُوِّ حَتَّى جَاءَتْنَا بَيْعَتُكَ هَذَا الرَّجُلَ , ثُمَّ أَنْتَ الْآنَ تُقَاتِلُهُ أَوْ كَمَا قَالُوا , قَالَ: فَقَالَ: إِنِّي أُدْخِلْتُ الْحُشَّ وَوُضِعَ عَلَى عُنُقِي اللُّجُّ , وَقِيلَ: بَايِعْ وَإِلَّا قَاتَلْنَاكَ , قَالَ: فَبَايَعْتُ وَعَرَفْتُ أَنَّهَا بَيْعَةُ ضَلَالَةٍ

Maksudnya: “Bahawa Rabi’ah (bin Abdullah bin al-Hadir al-Taimi –beliau adalah Tabiin Besar dilahirkan di zaman Nabi s.a.w-) bercakap dengan Talhah di Masjid Bani Maslamah lalu mereka berkata: “Adalah kita ini sudah memegang leher para musuh sehinggalah datang berita bai’at kamu terhadap lelaki ini (Ali r.a) kemudian kamu sekarang memeranginya (melawan arahan beliau)” atau seumpama yang mereka ucapkan. Maka berkata Talhah: “Sesungguhnya aku dimasukkan di sebuah kebun kemudian diletakkan pedang di leherku dan dikatakan kepadaku: “Bai’atlah jika tidak kami akan membunuh kamu”. Kata beliau: “Maka aku berbai’at sedangkan aku tahu ianya bai’at yang tidak benar” [Al-Musannaf, Ibn Abi Syaibah, 37775].

عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي قَالَ: بَلَغَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ طَلْحَةَ، يَقُولُ: إِنَّمَا بَايَعْتُ وَاللُّجُّ عَلَى قَفَايَ , قَالَ: فَأَرْسَلَ ابْنَ عَبَّاسٍ فَسَأَلَهُمْ , قَالَ: فَقَالَ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ أَمَّا وَاللُّجُّ عَلَى قَفَاهُ فَلَا أَعْلَمُ وَلَكِنْ قَدْ بَايَعَ وَهُوَ كَارِهٌ

Maksudnya: Daripada Sa’ad bin Ibrahim kata beliau: Aku mendengar daripada ayahku (Ibrahim bin Abdul Rahman bin ‘Auf) berkata: “Telah sampai kepada Ali bin Abu Talib bahawa Talhah berkata: “Sesungguhnya aku berbai’at dalam keadaan pedang berada di tengkuk ku”. Maka Ali mengutuskan Ibn ‘Abbas r.a bertanya mereka, maka berkata Usamah bin Zaid: “Adapun berkenaan pedang berada di kepalanya maka aku tidak tahu namun beliau telah berbai’at dalam keadaan beliau tidak suka” [Al-Musannaf, 37773]

Riwayat-riwayat ini adalah Sahih dan riwayat yang pertama disahihkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari [13/54] dan riwayat kedua juga sanadnya sahih.

Namun, ada pertentangan dengan riwayat Sahih yang lain yang menyatakan mereka mencadangkan supaya Ali r.a dibai’at sebagai Khalifah sebaik sahaja mereka melihat tiada harapan lagi untuk menyelamatkan Usman r.a.

Al-Ahnaf bin Qais r.a menceritakana bahawa beliau bertanya kepada Talhah dan al-Zubair r.huma siapakah yang patut dibai’at jika Usman r.a terbunuh? Maka mereka kedua-duanya menjawab: Ali r.a.

قَالَ الْأَحْنَفُ فَلَقِيتُ طَلْحَةَ وَالزُّبَيْرَ فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَرَى هَذَا الرَّجُلَ يَعْنِي عُثْمَانَ إِلَّا مَقْتُولًا فَمَنْ تَأْمُرَانِي بِهِ قَالَا عَلِيٌّ

Maksudnya: “Berkata al-Ahnaf: Maka aku bertemu dengan Talhah dan al-Zubair maka aku berkata: Sesungguhnya aku tidak ketahui melainkan lelaki ini –yakni Usman r.a- melainkan akan dibunuh (oleh pemberontak) maka siapakah yang kamu berdua perintahkan aku dengannya (untuk dibai’at)?” Jawab kedua mereka: “Ali”. [Fathul Bari, 13/34 dan kata Ibn Hajar r.h: “maka Al-Tabari mengeluarkan dengan sanad yg SAHIH…”]

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan lafaz:

قَالَ الْأَحْنَفُ: فَانْطَلَقْتُ فَأَتَيْتُ طَلْحَةَ , وَالزُّبَيْرَ فَقُلْتُ: مَا تَأْمُرَانِي بِهِ وَمَنْ تَرْضَيَانِهِ لِي , فَإِنِّي لَا أَرَى هَذَا إِلَّا مَقْتُولًا , قَالَا: نَأْمُرُكَ بِعَلِيٍّ , قَالَ: قُلْتُ: تَأْمُرَانِي بِهِ وَتَرْضَيَانِهِ لِي؟ قَالَا: نَعَمْ

Maksudnya: “Berkata Al-Ahnaf: “Maka aku pergi kepada Talhah dan al-Zubair lalu aku berkata: “Apakah yang kamu berdua perintahkan aku dengannya dan kamu redai untuk aku (lakukan)? Sesungguhnya aku tidak melihat melainkan dia (Usman r.a) akan dibunuh”. Kata mereka berdua: “kami memerintahkan kamu dengan Ali (yakni sebagai Khalifah mengganti Usman r.a)”. Aku (al-Ahnaf) berkata: “Kamu berdua menyuruh aku dengan beliau dan kamu reda beliau untuk ku?” Jawab kedua mereka: “Ya”. [Musannaf, no. 37798].

Demikian juga daripada Zaid bin Wahb menceritakan bahawa Ali r.a berkata kepada Talhah dan al-Zubair r.huma pada hari Jamal:

وَقَالَ عَلِيٌّ , لِطَلْحَةَ , وَالزُّبَيْرِ: أَلَمْ تُبَايِعَانِي؟ فَقَالَا: نَطْلُبُ دَمَ عُثْمَانَ ; فَقَالَ عَلِيٌّ: لَيْسَ عِنْدِي دَمُ عُثْمَانَ

Maksudnya: “dan berkata Ali kepada Talhah dan al-Zubair: Bukankah kamu berdua membai’at aku? Maka jawab mereka berdua: “Kami menuntut pembalasan bagi pihak Usman”. Jawab Ali: “Tidak ada di sisi aku apa yang hendak kamu tuntut berkenaan darah Usman”. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no. 37833].

Perbualan ini menjelaskan bahawa tindakan Talhah dan al-Zubair r.huma keluar dalam peristiwa Jamal adalah untuk menuntut penegakan Qisas bagi pembunuh Usman r.a bukan untuk merebut Khilafah dan mencabar Khilafah Ali r.a bahkan mereka tidak ingkar pernayataan Ali r.a bahawa mereka telah membai’at Ali r.a.

Melihat kepada riwayat-riwayat yang bercanggah ini kita dapat simpulkan bahawa Talhah dan al-Zubair r.huma sebenarnya membai’at Ali r.a dalam keadaan “paksa rela”; yakni: mereka tidak ingkar Ali r.a sebagai orang yang berhak menjadi Khalifah selepas Usman r.a dan mereka tidak syak sama sekali Ali r.a adalah orang yang patut dibai’at, maka mereka tidak sama sekali dipaksa mana-mana pihak untuk memilih Ali r.a sebagai Khalifah bahkan memang mereka bersama-sama dengan Ahli Badar yang lain bersetuju Ali r.a adalah Khalifah yang berhak dilantik.

Namun, mereka berdua mempunyai pandangan yang sama dengan Saidina Mu’awiyah r.a bahawa urusan bai’ah Khalifah yang baharu mestilah dilaksanakan setelah para pemberontak ditawan dan Madinah dibebaskan dari cengkaman mereka serta pembunuh Usman r.a ditangkap.

Berdasarkan riwayat-riwayat Sahih yang lalu kita dapat melihat dengan jelas bahawa para pemberontak memaksa para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim untuk memilih Khalifah dengan segera dan mengugut Ibn Umar r.huma dengan ugutan bunuh jika beliau enggan menjadi Khalifah maka tidak jauh jika kita katakana Talhah dan al-Zubair r.huma juga diugut sedemikian rupa oleh para pemberontak.

Untuk mengelak mafsadah yang lebih besar sebelum para pemberontak itu bertindak di luar jangkauan melantik orang yang menjadi boneka mereka sebagai Khalifah dan menyebabkan urusan Khilafah terkeluar dari tangan Sahabat ridwanullahi ‘alaihim dan jatuh ke tangan pemberontak, maka mereka bergegas membai’at Ali r.a walaupun menurut pandangan Talhah dan al-Zubair r.huma sepatutnya pembersihan Madinah dari pemberontak dan pembalasan terhadap pembunuh Usman r.a mestilah didahulukan daripada membai’at Khalifah yang baharu.

Maka inilah yang Talhah r.a maksudkan sebagai mereka membai’at dalam keadaan pedang dihunus di leher mereka dan tengkuk mereka, dalam keadaan mereka masih dalam cengkaman pemberontak menyebabkan mereka terpaksa berundur dari pandangan asal mereka iaitu: Qisas sebelum Bai’at.

Menerusi penghimpunan dua riwayat ini, terjawablah kemusykilan perlawanan antara riwayat-riwayat berkenaan sikap Talhah bin Ubaidillah al-Taimi r.a dan al-Zubair bin al-‘Awwam r.a dalam menghadapi perlantikan Ali bin Abi Talib r.a sebagai Khalifah.

Sikap Mu’awiyah bin Abi Sufian r.huma:

Adapun sikap Mu’awiyah r.a, juga sama dengan pendirian Talhah dan al-Zubair r.huma iaitu: Qisas sebelum Bai’at kerana menurut pandangan Mu’awiyah r.a, selagi mana di dalam kalangan pengikut Ali r.a terdapat mereka yang tertuduh membunuh Usman r.a maka tindakan membai’at Ali r.a dan tunduk kepada kekhilafahan beliau bermaksud tunduk dan menyerah kepada pembunuh Usman r.a.

Hal ini jelas sebagaimana dalam riwayat yang Sahih menyatakan:

عَنْ أَبِي مُسْلِمٍ الْخَوْلَانِيِّ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ أَنْتَ تُنَازِعُ عَلِيًّا فِي الْخِلَافَةِ أَوْ أَنْتَ مِثْلُهُ قَالَ لَا وَإِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّهُ أَفْضَلُ مِنِّي وَأَحَقُّ بِالْأَمْرِ وَلَكِنْ أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّ عُثْمَانَ قُتِلَ مَظْلُومًا وَأَنا بن عَمِّهِ وَوَلِيُّهُ أَطْلُبُ بِدَمِهِ فَأْتُوا عَلِيًّا فَقُولُوا لَهُ يَدْفَعُ لَنَا قَتَلَةَ عُثْمَانَ فَأَتَوْهُ فَكَلَّمُوهُ فَقَالَ يَدْخُلُ فِي الْبَيْعَةِ وَيُحَاكِمُهُمْ إِلَيَّ فَامْتَنَعَ مُعَاوِيَةُ

Maksudnya: Daripada Abu Muslim al-Khaulani r.h bahawa beliau berkata kepada Mu’awiyah r.a: “Adakah anda mencabar Ali dalam masalah Khilafah atau anda ini seumpama dengan beliau?” Kata beliau (Mu’awiyah r.a): “Tidak, sesungguhnya aku mengetahui bahawa beliau (Ali r.a) lebih afdal daripada aku dan lebih berhak dengan perkara ini (Khilafah) tetapi apakah kamu tidak tahu bahawa Usman telah dibunuh secara zalim sedangkan aku adalah sepupu beliau dan wali yang berhak menuntut balas atas darahnya (qisas) maka pergi kepada Ali dan katakana kepadanya: “hendaklah dia memberi kepada kami para pembunuh Usman”. Maka mereka datang kepada beliau (Ali) dan bercakap kepadanya lalu kata beliau: “Hendaklah dia (Mu’awiyah r.a) memberi bai’at dan menyerahkan penghakiman mereka (pembunuh Usman) kepada aku”. Maka Mu’awiyah enggan.” [Fathul Bari, 13/86 dan kata Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h: Sanadnya Jayyid].

Dalam riwayat Ibn ‘Asakir dinyatakan Mu’awiyah r.a berkata:

فائتوه فقولوا له فليدفع إلي قتلة عثمان وأسلم له

Maksudnya: “Pergilah kepada beliau (Ali r.a) dan katakana kepadanya: “Serahkan kepada aku pembunuh Usman maka aku akan menyerah (membai’at) kepadanya”. [Tarikh Dimasyq; Terjemah Mu’awiyah bin Abu Sufyian r.huma].

Riwayat ini menunjukkan bahawa Mu’awiyah r.a tidak sama sekali menafikan bahawa Ali r.a adalah orang yang berhak menjadi Khalifah bahkan Mu’awiyah r.a sedia berbai’at kepada Ali r.a bila-bila masa asalkan setelah qisas dijalankan terlebih dahulu yakni setelah para pembunuh Usman r.a dikenal pasti dan ditangkap.

Kesimpulan:

Hasil meneliti riwayat-riwayat pembai’atan Ali bin Abi Talib r.a ini kita dapat menyimpulkan beberapa perkara penting berkaitan masalah ini dan menyingkap beberapa syubhat kaum sesat seperti Syi’ah Rafidah:

Pertama: Ali bin Abi Talib r.a Tidak memiliki Wasiat daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi Khalifah selepas kewafatan baginda s.a.w seperti yang didakwa Rafidah.

Hal ini terpapar jelas melalui sikap Ali bin Abi Talib r.a yang berkali-kali menolak permintaan supaya menjadi Khalifah bahkan beliau berkata: “Aku menjadi wazir itu lebih baik daripada aku menjadi Amir”.

Jika benar Ali r.a mempunyai wasiat tentulah sebaik sahaja para pemberontak mengepung Usman r.a kemdian membunuhnya Ali r.a akan segera menuntut hak beliau dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Khalifah tambahan pula para pemberontak Mesir memang sedia menyatakan mereka mahukan Ali r.a sebagai Khalifah.

Namun, hakikat semuanya adalah Ali r.a tidak memiliki Wasiat tersebut, ia hanyalah wahyu Syaitan kepada Abdullah bin Saba’ untuk menyesatkan manusia.

Kedua: Ali r.a bebas dari pembunuhan Usman r.a dan beliau tidak berkonspirasi dalam perbuatan zalim tersebut. Bahkan Ali r.a membenci kaum pemberontak yang membunuh Usman r.a walaupun mereka itu menyangka mereka adalah orang yang berwala’ kepada ‘Ali r.a.

Ini terpapar jelas melalui sikap Ali r.a yang enggan menerima Bai’ah daripada pemberontak sebaliknya berkeras dan menegaskan bahawa hak Bai’ah adalah milik para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Ketiga: Batilnya sistem Demokrasi.

Ini sebagaimana jelas melalui sikap Ali r.a yang menyatakan hak melantik pemimpin bukan hak sama rata manusia tetapi hak Ahli Majlis Syura yang terdiri daripada pemuka Umat dan Ulama’ mereka yang ketika itu merupakan para Sahabat Rasulillah s.a.w –ridwanullahi ‘alaihim- yang diketuai Ahli Badar.

Keempat: Kesahihan Khilafah Ali bin Abi Talib r.a dan beliau merupakan Khalifah al-Rasyidin yang keempat dengan sepakat Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Ijmak ini berlaku semenjak zaman Ali r.a lagi kerana setiap Sahabat radiallahu ‘anhum sama ada yang membai’at Ali r.a mahupun yang mengambil sikap berkecuali sewaktu peperangan Jamal dan Siffin ataupun Mu’awiyah r.a yang mengambil sikap enggan membai’at, kesemua mereka ini sepakat dan setuju bahawa Ali r.a adalah yang berhak memengangnya setelah kewafatan Usman r.a.

Kelima: Batilnya dakwaan bahawa Ali r.a dilantik menjadi Khalifah bukan atas keredaan kaum Muslimin atau perlantikan beliau adalah berdasarkan tangan-tangan luar daripada pemberontak. Bahkan jelas menurut riwayat-riwayat yang sahih Para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang memilih beliau dengan Ijmak.

Tekanan hanya berlaku dari segi pemaksaan kaum pemberontak untuk para Sahabat segera membai’at pemimpin dan situasi Bai’at yang berlangsung dalam keadaan Ibu Negara (Madinah) masih tegang dengan pembunuhan Khalifah.

Keenam: Pertelingkahan anatara Sahabat ridwanullahi ‘alaihim bukanlah atas dasar merebut jawatan dan habuan dunia tetapi salah faham dan perbezaan ijtihad dalam keadaan fitnah. Maka wajib atas kita menahan lisan daripada mencela mereka dan mengkritik mereka, bahkan wajib memohon keredaan ALLAH untuk mereka, ridwanullahi ‘alaihim ajma’ien.

Wallahul Muwaffiq.

21 Safar 1433 H/ 15 Jan 2012 M

Al-Madinah Al-Nabawiah, Kerajaan Arab Sa’udi.

Rujukan:

  • ‘Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Dhiya’ al-‘Umari
  • Tarikh al-Khulafa’ al-Rasyidun, Dr. Muhammad Ibrahim Abal Khail
  • Tahqiq Mawaqif al-Sahabah, Dr. Muhammad Amkhozun.
  • Tahqiq Mawaqif al-Sahabiyain Talhah wa Al-Zubair fil Fitnah al-Kubra, Dr. Khalid Kabir ‘Ilal
  • Sahih wa Da’ief Tarikh al-Tabari, Muhammad Tahir al-Barzanji.
  • Asmal Matolib fi Sirah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, Dr. Ali al-Salabi.

PERISTIWA MALIK BIN NUWAIRAH

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Di antara syubhat yang sering dimainkan oleh kaum kafir Rafidah tentang kesucian agama Islam adalah mereka menjadikan sebuah kisah yang masyhur dalam sejarah Islam semasa peperangan Riddah (peperangan memerangi orang-orang murtad) sebagai serampang dua mata untuk menjatuhkan maruah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a, Khalifah Umat Islam yang pertama dan Sahabat Rasulullah s.a.w yang paling baginda cintai serta seafdal-afdal manusia selepas Rasulullah s.a.w dalam umat ini demikian juga mencela kepribadian salah satu daripada Pedang ALLAH yang Dia hunuskan kepada kaum Musyrikin, Saidina Khalid bin al-Walid r.a.

Peristiwa ini dikenali dalam sejarah sebagai peristiwa Pembunuhan Malik bin Nuwairah yang dilakukan oleh Khalid bin al-Walid r.a di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Malik bin Nuwairah adalah petugas yang ditugaskan untuk mengumpul zakat dari kaumnya, Bani Hanzalah, namun apabila wafatnya Rasulullah s.a.w dan muncul gerakan nab-nabi palsu serta murtadnya kabilah-kabilah arab dan ada yang enggan membayar zakat (beranggapan zakat sudah tidak wajib lagi) maka Malik bin Nuwairah termasuk dalam kalangan mereka yang enggan menunaikan zakat.

Saidina Khalid bin al-Walid r.a adalah antara panglima yang diarahkan oleh Khalifah Rasulillah, Abu Bakar al-Siddiq r.a untuk memimpin ekspedisi Jihad menentang mereka yang murtad ini.

Riwayat-riwayat menunjukkan bahawa Malik bin Nuwairah telah ditawan dalam pertempuran dengan mereka yang enggan membayar zakat lalu mereka dibawa kepada Khalid bin al-Walid r.a, kemudian berlaku percanggahan maklumat antara pasukan tentera yang menawan Bani Hanzalah ini, di mana pasukan yang dipimpin Abu Qatadah al-Ansari r.a menyatakan mereka mendapati Bani Hanzalah melaungkan azan dan solat bersama mereka sedangkan kumpulan yang diutuskan Khalid bin al-Walid r.a untuk mengintip Bani Hanzalah menyatakan bahawa mereka tidak melaungkan azan dan tidak pula menunaikan solat.

Lalu Khalid bin al-Walid r.a mengambil laporan yang dilaporkan oleh tentera pengintip kerana boleh jadi sahaja mereka ini menunaikan solat semasa tibanya pasukan Abu Qatadah al-Ansari r.a secara hiprokrit dan munafiq, maka beliau mengarahkan suapaya tawanan Bani Hanzalah ini termasuk Malik bin Nuwairah dihukum bunuh.

Namun, Abu Qatadah al-Ansari r.a tidak berpuas hati lalu segera melaporkannya kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a, lalu Abu Bakar al-Siddiq r.a melihat Khalid bin al-Walid r.a telah melakukan takwil dalam tindakannya ini dan tersalah maka Khalid tidak berhak dihukum namun Abu Bakar al-Siddiq r.a membayar diat dan membebaskan tawanan dan mengekalkan Khalid sebagai panglima kaum muslimin.

Kisah ini dikeluarkan oleh Khalifah bin Khayyat r.h dalam Tarikhnya [m.s 104-106, Darul Qalam-Muassalah al-Risalah] dengan sanad:

Pertama: Kata Khalifah:

وَحَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي زَكَرِيَّا يَحْيَى بْنِ مَعِينٍ الْعَجْلانِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ إِسْحَاقَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ

“Meriwayatkan kepada kami Ali bin Muhammad daripada Abu Zakariah Yahya bin Ma’ien al-‘Ijlani daripada Sa’id bin Ishaq daripada ayahnya daripada Abu Qatadah”.

Pada matannya menceritakan kisah bagaimana Malik bin Nuwairah ditangkap dan berlakunya pertikaian berkenaan kedudukan Malik bin Nuwairah dalam kalangan tentera sehingga membawa kepada pembunuhan Malik bin Nuwairah.

Sanad peristiwa ini terdapat kedaifan kerana Ishaq bin Ka’ab bin ‘Ujrah adalah Majhul Hal dan tidak ada yang men-tsiqahkannya kecuali Ibn Hibban dalam al-Tsiqat.

Adapun Sa’id in Ishaq yang benar namanya Saad, dan dia Tsiqah, demikian Yahya bin Ma’in al-Ijlani adalah Yahya bin Ma’n al-Ansari, seorang yang tsiqah. Ali bin Muhammad pula adalah al-Madaini, Tsiqah dan dipercayai dalam khabar sejarahnya.

Kedua: Kemudian ada riwayat yang kedua dengan sanad:

 وَحَدَّثَنَا بَكْرٌ عَنِ ابْنِ إِسْحَاقَ قَالَ أَخْبَرَنَا طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ

“dan meriwayatkan kepada kami Bakar daripada Ibn Ishaq kata beliau: Memberitahu kepada kami Talhah bin Ubaidillah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar daripada Abu Qatadah”.

Sanad ini para perawninya adalah dipercayai, tetapi Talhah bin Ubaidullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar tidak bertemu dengan Abu Qatadah, maka terdapat irsal padanya.

Maka kedua-dua riwayat ini boleh saling kuat menguatkan yang menunjukkan bahawa punca Khalid bin al-Walid membunuh Malik bin Nuwairah adalah kerana tentera risikan mengesahkan bahawa Bani Hanzalah telah murtad dan tindakan Khalid ini adalah takwil dan ijtihad beliau, bukan membunuh kerana dendam atau kerana tamakkan isteri Malik sebagaimana yang diwar-warkan.

Ketiga: Adapun kisah Abu Qatadah r.a datang berjumpa Abu Bakar al-Siddiq dan melaporkan kejadian ini, Khalifah mengeluarkan dengan sanadnya:

وَحَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنِ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ

“dan meriwayatkan kepada kami Ali bin Muhammad daripada Ibn Abu Zi’b daripada al-Zuhri daripada Salim daripada ayahnya“.

Sanad ini Sahih kerana semua perawinya adalah Tsiqah, Salim adalah Salim bin Abdullah bin Umar dan ayahnya adalah Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.huma.

Tidak dinyatakan dalam riwayat-riwayat yang sahih dan dipercayai ini bahawa:

  • Khalid bin al-Walid r.a mengahwini isteri Malik Bin Nuwairah apatah lagi membunuh Malik kerana hendak berkahwin dengan isterinya.
  • Tidak ada dikhabarkan permintaan bertalu-talu dari Umar bin al-Khattab r.a supaya Abu Bakar r.a memecat Khalid apatah lagi meminta supaya Khalid dihukum Qisas.
  • Tidak ada kisah kononnya Khalid menjadikan kepala Malik bin Nuwairah sebagai tungku untuk diletakkan periuk untuk memasak.

Adapun kisah-kisah yang tersebar luas berkenaan peristiwa ini yang mengandungi 3 riwayat di atas semuanya tidak sahih berlegar riwayatnya pada Saif bin Umar al-Tamimi dan anak muridnya Syu’aib bin Ibrahim al-Kufi. [Tarikh al-Tabari, 3/276-280, Dar al-Turats, Beirut].

Saif bin Umar adalah Da’if walaupun merupakan Sandaran dalam riwayat sejarah. Syu’aib bin Ibrahim pula terdapat padanya Jahalah (kejahilan berkenaan kedudukannya) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Zahabi r.h dalam Mizan al-Iktidal.

Demikian juga riwayat kononnya Umar bin al-Khattab r.a memarahi Khalid bin al-Walid r.a dan menyebutnya sebagai: “Musuh ALLAH” dan menuduh Khalid “merogol” isteri Malik bin Nuwairah serta meminta berkali-kali supaya Abu Bakar r.a memecat Khalid adalah riwayat yang tidak boleh dipakai sama sekali kerana dikeluarkan Ibn Jarir dengan sanad berikut:

حَدَّثَنَا ابْنُ حُمَيْدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سلمة، قال: حدثنا محمد بن إسحاق، عن طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ

Perawi dalam riwayat ini, Ibn Humaid dalah Muhammad bin Humaid bin Hayyan al-Razi, seorang yang da’if dan mempunyai keganjilan dan kata Imam al-Bukhari:

فِي حَدِيْثِهِ نَظَرٌ.

“Pada Hadisnya perlu diteliti”. [Lihat: Tahzib al-Kamal dan Siyar A’lam al-Nubala’].

Perkataan al-Bukhari ini adalah dianggap lafaz Tajrih martabat kedua menunjukkan hadisnya tidak boleh dipakai dan tidak akan menjadi kuat walaupun mempunyai mutaba’ah.

Kata Imam Ibn Khuzaimah r.h berkenaan tindakan Imam Ahmad bin Hanbal r.h memuji Ibn Humaid: “Jika beliau (Imam Ahmad) mengenalinya (Ibn Humaid) seperti mana kami mengenalinya, tentulah beliau tidak akan memujinya sama sekali”. [ibid].

Hasil daripada riwayat-riwayat asli dan tulen berkenaan peristiwa Malik Bin Nuwairah ini, kita dapati bahawa Khalid bin al-Walid r.a memang tidak berhak dihukum Qisas kerana tindakannya dilakukan dengan syubhah dan takwil sama seperti yang berlaku terhadap Usamah bin Zaid r.huma semasa beliau membunuh seorang lelaki yang mengucapkan Syahadah ketika hendak dibunuh kerana menyangka lelaki itu hanya berpura-pura untuk mengelak dibunuh. Rasulullah s.a.w amat memarahi tindakan Usamah r.a namun baginda tidak pula menghukum Usamah.

Peristiwa seperti ini juga berlaku semasa Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin al-Walid kepada Bani Juzaimah, mereka tidak tahu menyebut: “Kami masuk Islam” tetapi mereka berkata: “Kami ini Sabiah” di mana kalimah Sabiah digunakan oleh kaum musyrikin Quraish untuk mengejek Umat Islam.

Khalid bin al-Walid r.a tidak memahami maksud sebenar Bani Juzaimah yang mereka hendak menyatakan mereka masuk Islam tetapi difahami Khalid mereka mengejek Islam, maka Khalid membunuh mereka, apabila perkara ini dibawa kepada Rasulullah s.a.w, baginda menyatakan berlepas diri daripada tindakan Khalid dan membayar diat namun tidak pula menghukum Khalid r.a.

Maka tindakan Abu Bakar al-Siddiq r.a ini adalah sesuai dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w dan keputusan yang telah baginda laksanakan. Ini adalah sikap terpuji Abu Bakar dan termasuk fadilat beliau menunjukkan beliau sangat arif dan mahir akan hukum hakam yang pernah diputuskan Rasulullah s.a.w, maka tidak syak lagi beliau adalah orang paling berhak memegang tampuk Khilafah selepas Rasulullah s.a.w.

Rujukan Tambahan:

  • Sahih wa Da’ief Tarikh al-Tabari, jil 8, Muhammad bin Tahri al-Barzanji, Dar Ibn Katsir.
  • Mukhtasar Minhaj al-Sunnah, Abdullah al-Ghunaiman, Dar al-Siddiq, Yemen.
  • Al-Hijaj al-Dahidoh li Syubuhat al-Rafidah, Abu Khallad al-Azdi, Dar Imam Ahmad, Mesir.

KEDUDUKAN SYI’AH RAFIDAH HARI INI DI SISI SYARI’AT

Berikut adalah penjelasan hukum syarak terhadap Syi’ah Rafidah oleh Syeikh al-Imam Muhammad bin Abdul Latif Al Syeikh –rahimahullah- [wafat: 1368 Hijrah] :

“Adapun hukum Rafidah –pada apa yang telah lalu- maka Syeikhul Islam Ibn Taimiah berkata dalam al-Sarimul Maslul:

‘Barangsiapa yang mencela para Sahabat atau salah seorang daripada mereka dan disertai dengan celaan itu dakwaan Jibril tersalah memberikan risalah (wahyu) maka tidak syak pada kufurnya dia bahkan tidak syak juga pada kufurnya orang yang teragak-agak akan kekufurannya. Barangsiapa yang menuduh ‘Aisyah dengan perkara yang Allah telah bebaskan beliau daripadanya (zina) maka tiada perselisihan pada kufurnya dia –sehingga beliau (Ibn Taimiah r.h) berkata- : Adapun orang yang melaknat dan memburukkan yakni para Sahabat radiallahu’anhum, maka padanya ada khilaf adakah dia dihukum kafir atau fasiq?[1] Imam Ahmad bertawaqquf (mendiamkan diri) daripada mengkafirkannya dan berkata: “Dia dihukum dengan dirotan dan dipenjarakan sehingga dia mati atau sehingga dia bertaubat”.

Beliau berkata lagi (yakni Ibn Taimiah) rahimahullah: Adapun sesiapa yang beriktiqad bahawa para Sahabat telah menjadi murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w kecuali beberapa jumlah yang kecil sahaja daripada mereka (tidak murtad) tidak sampai beberapa belas orang dan bahawa para Sahabat menjadi fasiq (setelah wafatnya Nabi s.a.w) maka tidak ada keraguan lagi pada kufurnya orang yang berkata sebegini bahkan tidak ada syak pada kufurnya orang yang tidak mengkafirkannya”[2]. [selesai perkataan beliau, rahimahullah].

Maka ini adalah asal hukum orang-orang Rafidah, adapun keadaan mereka sekarang ini , maka lebih jelek dan lebih teruk lagi kerana mereka menambah selain daripada itu (mencela Sahabat): Sikap ghuluw (berlebihan) terhadap para Wali dan orang-orang solih daripada Ahli Bait dan selain mereka, mereka beriktiqad bahawa mereka ini (Ahli Bait dan wali-wali) mempunyai kuasa memberi manfaat dan mudarat, dalam keadaan susah dan senang, dan mereka menganggap itu sebagai amalan yang medekatkan mereka kepada Allah dan agama yang mereka berpegang dengannya[3].

Maka barangsiapa yang teragak-agak akan kufurnya mereka dalam keadaan mereka seperti ini dan ragu-ragu (akan kufurnya mereka) maka dia adalah seorang yang jahil akan hakikat agama yang dibawa para Rasul dan turun berkenaannya kitab-kitab,  maka hendaklah dia menyemak semula agama dia sebelum sampai kematiannya….”[4]

Kemudian kata Imam Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah lagi:

“Adapun semata-mata memberi salam kepada Rafidah, bersahabat dengan mereka, dan bergaul dengan mereka beserta iktiqad bahawa mereka adalah kafir dan sesat maka tindakan ini adalah mengundang bahaya yang besar, dosa yang sangat berat, ditakuti atas pelakunya mati hatinya dan menjadi terbalik (kepada kufur)…”[5]

[rujuk: al-Durar al-Saniah fil Ajwibah al-Najdiah, Jil. 8, m.s 450 & 451].

 

Apa yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah ini adalah berdasarkan apa yang telah disepakati Ulama Salaf rahimahumullah bahawa wajib kita berlepas diri daripada Ahli Bidaah dan kaum Kafir.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [Ali ‘Imran: 118].

 

Firman Allah Ta’ala:

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata…” [al-Mumtahanah: 4].

 

Kata Imam Abu Usman al-Shabuni rahimahullah:

“Mereka (Ahlus Sunnah) membenci ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, tidak mencintai dan tidak bersahabat dengan mereka, tidak mendengarkan ucapan-ucapan mereka, tidak duduk di majlis mereka, tidak berdebat serta tidak bertukar fikiran dengan mereka.” [Akidah Salaf Ashabul Hadis].

 

Jika ini sikap para Ulama Salaf terhadap Ahli Bidaah, bagaimana pula mereka dengan kaum musyrikin munafiqin seperti Rafidah??!! Tentulah lebih dahsyat lagi, tidak mungkin kaum Salaf berkasih-sayang dengan kaum Rafidah apatah lagi hendak menjadikan mereka sebagai “pejuang Islam” dan “Khalifah kaum muslimin”.

 

Wallahu Waliyyut Taufiq wal Hidayah.

 

Oleh;

Muhammad Asrie bin Sobri

Uni Islam Madinah al-Nabawiah, KSA.


[1] Yakni mereka yang mencela semata-mata tanpa menjadikannya sebagai agama (tanpa menghalalkannya) dan tidak disertai dakwaan-dakwaan kufur lainnya.

[2] Rafidah yang wujud pada hari ini rata-ratanya beriktiqad semua Sahabat Nabi s.a.w telah kafir kecuali 3 orang!!!

[3] Ini adalah akidah Rafidah Iran dan sekutu-sekutunya yang wujud pada dewasa ini sebagaimana yang tidak terlindung lagi bagi mereka yang berilmu terutama dalam Kasyful Asrar oleh Khomeini-laknatullahi ‘alaih-.

[4] Lihat pernyataan Syeikh Muhammad bin Abdul Latif ini dan bandingkan dengan tindakan kaum Hizbiah yang menyeru kepada bersahabat dgn Rafidah dan menanggap revolusi mereka sebagai “Kebangkitan Islam”.

[5] Di mana kedudukan penyeru Taqrib antara Syi’ah dan Sunnah dengan kenyataan Imam Muhammad bin Abdul Latif ini??? Mereka lebih jauh lagi, bukan sekadar hendak berkawan dgn Rafidah bahkan sampai tahap hendak berajakan Khomeini yang kafir itu dan mengangkatnya sebagai KHALIFAH KAUM MUSLIMIN. Wal ‘iyazubillah.

 

PEMBETULAN ATAS ARTIKEL: “BENARKAH SAHABAT BERSENGKETA?”

Menjadi kewajipan atas sesiapa sahaja untuk mengikuti kebenaran dan membetulkan kesalahan sebagaimana kata Imam Malik bin Anas r.h:

“Setiap daripada kita ini boleh membantah dan dibantah atasnya kecuali Rasulullah s.a.w”.

Maka di sini kami hendak membetulkan beberapa kenyataan yang telah kami buat dalam artikel: Benarkah Sahabat Bersengketa?.

 

Pertama: Imam Ibn Sirin rahimahullah dan peperangan Jamal dan Siffin

Kami berkata dalam artikel terdahulu:

“Imam Muhammad bin Sirin r.h, salah seorang Tabiin yang menyaksikan persengketaan ini dengan dua matanya…”

Pembetulan: Ketika berlakunya perang Jamal dan Siffin Imam Muhammad bin Sirin masih kecil, kerana dia wafat pada tahun 110 Hijrah pada umur 77 tahun, maka lahirnya sekitar tahun 33 Hijrah dan perang Jamal berlaku pada 36 Hijrah.

Namun, Imam Ibn Sirin rahimahullah adalah Tabiin dan telah mengambil Ilmu daripada 30 orang Sahabat Nabi s.a.w. Maka apa yang beliau katakan berkenaan fitnah antara Sahabat tidaklah beliau rekayasa sendiri tetapi sudah tentu didapati daripada para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in juga.

 

Kedua: Hadis Al-Zubir r.a memerangi Ali r.a secara zalim

Ketika berlaku peperangan Jamal ini, Saidina Al-Zubair r.a sebuah hadis Nabi s.a.w kepada beliau ketika Nabi s.a.w menemui beliau sedang duduk bersama Ali r.a lantas Nabi s.a.w bersabda: “Adakah kamu mencintainya wahai Zubair?” Jawab Zubair: “Apakah yang menghalangi aku untuk mencintainya?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Maka bagaimana pula keadaan kamu nanti ketika kamu memeranginya sedangkan kamu berlaku zalim kepadanya?” Apabila beliau teringat akan hadis ini, maka Saidina Zubair r.a segera beredar daripada pertempuran dan bersumpah tidak akan memerangi Ali r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/268-269].

Hadis ini da’if tidak dapat dijadikan sandaran hujah, namun kenyataan Al-Zubair r.a meninggalkan medan peperangan Jamal adalah sahih dan tsabit. Berkata Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h:

وروى بن سعد بإسناد صحيح عن بن عباس أنه قال للزبير يوم الجمل: أجئت تقاتل بن عبد المطلب قال: فرجع الزبير فلقيه بن جرموز فقتله قال: فجاء بن عباس إلى علي فقال: إلى أين يدخل قاتل بن صفية قال: النار.

Maksudnya: “dan telah meriwayatkan Ibn Sa’ad dengan Sanad yang sahih daripada Ibn ‘Abbas bahawa beliau berkata kepada al-Zubair di hari (perang) Jamal: “Adakah kamu datang memerangi anak Abdul Muttalib? Kata nya: Maka al-Zubair pun pulang (meninggalkan peperangan) lalu dia ditemui Ibn Jarmuz lalu dia (Ibn Jarmuz) membunuh beliau. Katanya: Lalu datang Ibn ‘Abbas kepada Ali seraya berkata: “ke mana akan dimasukkan pembunuh Ibn Safiyyah (al-Zubair)?” Kata Ali r.a: “Neraka”. [al-Isabah, 1/380].

Imam Ibn Katsir r.h menyatakan bahawa dikatakan juga antara sebab Al-Zubair r.a keluar meninggalkan medan perang kerana beliau melihat ‘Ammar r.a berada di pihak ‘Ali r.a dan beliau teringat akan hadis Nabi s.a.w kepada ‘Ammar:

تَقْتُلُكَ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ

Maksudnya: “Kamu akan dibunuh oleh kaum yang melampau batas (bughah)” [al-Bukhari&Muslim, lafaz Muslim]. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/269, cet. Ihya’ al-Turats].

 

Maka demikianlah sedikit pembetulan maklumat dalam artikel yang terdahulu, wallahu waliyyut taufiq.

 

 

Ditulis oleh,

Muhammad Asrie bin Sobri

Uni Islam Madinah al-Nabawiah, Arab Saudi.

 

 

BENARKAH SAHABAT BERSENGKETA?

OLEH: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI

Telah masyhur dalam sejarah Islam bahawa selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w dan selepas terbunuhnya Khalifah al-Rasyidin yang ketiga; Usman bin Affan r.h, umat Islam berada dalam keadaan perpecahan dan perbezaan pendapat yang membawa kepada pertumpahan darah.

Sering diwar-warkan di merata ceruk bahawa persengketaan yang berlaku dalam peperangan Jamal dan Siffin adalah persengketaan antara Sahabat-sahabat Rasulullah r.hum dan mereka ini berperang sesama sendiri.

Namun, berapakah jumlah Sahabat yang berperang sesama sendiri ini? Adakah semua Sahabat yang hidup ketika itu terlibat dalam persengekataan sesama sendiri ini? Syiah Rafidah mendakwa semua Sahabat menjadi kafir kecuali beberapa kerat kerana mereka semua terlibat dalam pertumpahan darah ini. Benarkah sedemikian rupa?

Jawapan yang tepat dan tidak teragak-agak adalah dakwaan dan tohmahan jijik Rafidah ini adalah dusta sama sekali kerana para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim majoriti mereka langsung tidak terlibat dalam pertempuran sesama sendiri ini.

Imam Muhammad bin Sirin r.h, salah seorang Tabiin yang menyaksikan persengketaan ini dengan dua matanya berkata:

هاجت الفتنة، وأصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عشرة آلاف، فما حضرها منهم مائة، بل لم يبلغوا ثلاثين

Maksudnya: “Berlaku fitnah sedangkan jumlah para Sahabat Rasulullah s.a.w semuanya (yang masih hidup) ketika itu 10,000 (sepuluh ribu) orang, tidak ikut serta dalam fitnah itu daripada mereka kecuali 100 (seratus) orang bahkan mungkin tidak sampai 30 (tiga puluh) orang sekalipun”. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].

Hal ini juga dapat dilihat dalam kitab-kitab sejarah Islam yang muktabar seperti al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Kasir dan Tarikh al-Islam Imam al-Zahabi. Al-Imam Ibn Kasir r.h ketika menyenarikan nama-nama pembesar Sahabat yang terbunuh semasa peperangan Jamal menyebut hanya dua orang iaitu Talhah r.a dan al-Zubair r.a sedangkan kata Ibn Kasir r.h jumlah keseluruhan yang terbunuh dalam peperangan Jamal adalah 10,000 orang.

Bandingkan jumlah korban keseluruhan dengan jumlah Sahabat yang terkorban dalam peperangan Jamal ini, menunjukkan betapa sedikitnya Sahabat yang terlibat dalam peperangan ini.

Bahkan lebih menarik, Al-Zubair r.a tidaklah dibunuh di medan peperangan namun seorang Rafidah yang terlibat dalam pembunuhan Usman r.a mengekori beliau semasa beliau meninggalkan medan peperangan lalu si celaka ini membunuh beliau secara tipu muslihat ketika beliau sedang tidur reda Allah sebanyak-banyaknya atas beliau-Hawari Rasulillah s.a.w-.

Ketika berlaku peperangan Jamal ini, Saidina Al-Zubair r.a sebuah hadis Nabi s.a.w kepada beliau ketika Nabi s.a.w menemui beliau sedang duduk bersama Ali r.a lantas Nabi s.a.w bersabda: “Adakah kamu mencintainya wahai Zubair?” Jawab Zubair: “Apakah yang menghalangi aku untuk mencintainya?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Maka bagaimana pula keadaan kamu nanti ketika kamu memeranginya sedangkan kamu berlaku zalim kepadanya?”

Apabila beliau teringat akan hadis ini, maka Saidina Zubair r.a segera beredar daripada pertempuran dan bersumpah tidak akan memerangi Ali r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/268-269].

Demikian juga telah tsabit semua Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang terlibat dalam peperangan Jamal ini menyesal dan mengaku mereka bersalah dalam tindakan mereka dan terjadi perdamaian antara mereka sebaik sahaja selesai peperangan.

Imam al-Sya’bi r.h begitu mengingkari ramainya Sahabat yang terlibat dalam peperangan Jamal sehingga beliau berkata:

لم يشهدها إلا علي، وعمار، وطلحة، والزبير من الصحابة

Maksudnya: “Tidak turut serta dalamnya (perang Jamal) melainkan Ali, Ammar, Talhah, dan al-Zubair daripada Sahabat”. [Tarikh al-Islam, 3/484]

Malah riwayat-riwayat sejarah lainnya menyatakan para Sahabat yang turut serta bersama Ali r.a dalam peperangan Jamal ini tidak lebih daripada 1000 sahabat sahaja sedangkan seperti kata Ibn Sirin r.h jumlah Sahabat yang masih hidup ketika itu adalah 10,000 orang. Bayangkan terdapat 9000 lagi sahabat ridwanullahi ‘alaihim tidak menyertai fitnah yang terjadi ini. [Ibid]

Sudahlah bilangan Sahabat yang turut serta ini sedikit, peperangan yang berlaku pula bukan berpunca daripada mereka ridwanullahi ‘alaihim sebagaimana yang ditegaskan para sejarawan Islam. Berkata Imam al-Zahabi r.h menyatakan pendapat para Ahli Sejarah:

اصطف الفريقان، وليس لطلحة ولا لعلي رأسي الفريقين قصد في القتال، بل ليتكلموا في اجتماع الكلمة، فترامى أوباش الطائفتين بالنبل، وشبت نار الحرب، وثارت النفوس

Maksudnya: “Kedua-dua pasukan berada dalam barisan dan tiada niat dalam diri Talhan dan Ali, ketua kedua-dua pasukan untuk berperang bahkan untuk berbincang untuk menyatukan suara lalu sekelompok orang daripada kedua-dua pihak mula melontarkan lembing maka menyala lah api peperangan dan berkobarlah jiwa…”.[Tarikh al-Islam, 3/486].

Jelas kalimah أوباش  menunjukkan yang memulakan peperangan adalah kaum yang tidak diketahui dan bukanlah daripada kalangan Sahabat sendiri bahkan mereka itu sangat berusaha untuk menyatukan kaum muslimin, bahkan Aisyah r.ha Ummul Mukmini sendiri ketika memujuk Kaab bin Sur keluar bersamanya ke Jamal berkata: “Sesungguhnya tujuanku hanyalah untuk memperbaiki antara manusia”.[Ibid]

Bahkan Kaab bin Sur al-Azdi r.h (Abu Nuaim r.h memasukkan beliau dalam kalangan Sahabat) keluar sebagai pemegang tali unta Ummul Mukminin membawa Mushaf dan perisai sahaja dan sepanjang peperangan beliau mengajak manusia supaya berdamai namun dia terbunuh terkena panah sesat (dan kita tidak meragui kemungkinan besar kaum Sabaiah –Rafidah- yang memanah beliau kerana tidak mahu peperangan dihentikan).

Demikian juga Muslim al-Juhani r.h daripada pihak Ali r.a diarahkan oleh Ali r.a untuk mengarak Mushaf dan menyeru supaya mereka berhenti berperang dan kembali kepada hukum al-Quran namun dia juga dibunuh bahkan dikatakan orang pertama yang terbunuh.[ibid, m.s 490].

Lihat, para Sahabat dalam peperangan Jamal ini sentiasa berusaha untuk menghentikan peperangan yang bukan mereka mulakan. Maka Laknat Allah atas tangan-tangan tersembunyi di sebalik kejadian ini yang tidak lain tidak bukan pengikut Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah.

Berpindah pula kepada fitnah yang kedua iaitu peristiwa Siffin yang berlaku antara Saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.

Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Menceritakan kepada kami Umayyah bin Khalid, dikatakan kepada Syu’bah: Ibn Abi Syaibah telah meriwayatkan daripada al-Hakam daripada Abdul Rahman bin Abi Laila berkata: “Turut serta dalam peperangan Siffin daripada Ahli Badar 70 (tujuh puluh) orang”. Berkata Syu’bah: “Abu Syaibah salah, kami telah berdiskusi dengan al-Hakam berkenaan perkara ini dan kami tidak dapati Ahli Badar yang menyertai Siffin kecuali Khuzaimah bin Tsabit[1]”. Dikatakan juga turut serta dalam Siffin daripada Ahli Badar, Sahl bin Hunaif r.a dan Abu Ayyub al-Ansari r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].

Al-Zahabi r.h menukil daripada Khalifah bahawa Sahabat Ahli Badar yang menyertai Siffin bersama Ali r.a adalah: ‘Ammar bin Yasir, Khawat bin Jabir, Sahl bin Hunaif, Abu Saad al-Sa’idi, Abul Yusr, Abu Rifa’ah al-Ansari dan Abu Ayyub al-Ansari.

Sahabat yang bukan Ahli Badar pula adalah: Khuzaimah bin Tsabit[2], Qais bin Saad bin Ubadah, Abu Qatadah, Sahl bin Saad al-Sa’idi, Qurzah bin Kaab, Jabir bin Abdullah, Ibn Abbas, al-Hasan, al-Husein, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Uqbah bin ‘Amir, Abu ‘Ayyash al-Razki, ‘Adi bin Hatim, al-Asy’as bin Qais, Sulaiman bin Surad, Jundub bin Abdullah, dan Jariah bin Qudamah”.

Lihat jumlah Sahabat yang menyertai peperangan Siffin ini boleh dibilang dengan jari sahaja wahai kaum Muslimin sekalian, masih terdapat beribu-ribu Sahabat lain lagi yang tidak turut serta dalam peperangan ini.

Adapun riwayat daripada Abdul Rahman bin Abza r.a:

شهدنا مع علي ثمانمائة ممن بايع بيعة الرضوان، قتل منهم ثلاثة وستون رجلاً، منهم عمار

Maksudnya: “Kami menyertai Ali bersama 800 orang yang berbaiat dalam Baiat al-Ridwan, terbunuh antara mereka 360 lelaki antaranya Ammar”. [Tarikh al-Islam, 3/545].

Riwayat ini munkar kerana perawinya: Yazid bin Abdul Rahman adalah Abu Khalid al-Dalani kerana dia sahaja bernama Yazid bin Abdul Rahman yang mempunyai riwayat yang diriwayatkan oleh Abdul Salam bin Harb.

Yazid ini dihukum Layyin oleh Ibn Adi dalam al-Kamil fid Dhu’afa’ dan cukuplah menjelaskan kedaifannya dengan disenaraikan dalam al-Kamil, kitab yang khusus menceritakan perawi yang daif sahaja dan Syuraik berkata: “Dia seorang Murjiah, kami berlindung dengan Allah daripadanya”. [Lihat al-Kamil, 7/277-278 dan al-Tarikh al-Kabir , al-Bukhari, 8/346-347].

Maka jelas kepada kita jumlah Sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin tidak sampai beberapa kerat sahaja, maka di manakah kesahihan tohmahan Rafidah bahawa ‘SEMUA SAHABAT KECUALI BEBERAPA KERAT’ kafir mereka kerana berperang sesama sendiri??

Kemudian, adakah mereka yang terlibat dalam peperangan Kafir? Demi Allah, sama sekali tidak kerana Nabi s.a.w telah menamakan mereka sebagai MUSLIMIN sebagaimana dalam sabda baginda:

إنَّ ابني هذا سَيِّدٌ ، ولعَلَّ اللهَ أَنْ يُصلِحَ به بَيْنَ فِئتَينِ عَظِيمَتَينِ من المسلمين

Maksudnya: “Sesungguhnya anak ku ini (yakni al-Hasan bin Ali r.hma) adalah Sayyid (penghulu), mudah-mudahan Allah akan membaikkan dengannya dua puak yang besar daripada Muslimin”. [al-Bukhari].

Hadis ini mengisyaratkan islah yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan r.a dengan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah r.a yang dengan itu kaum muslimin berkumpul semula di bawah satu Khilafah dan dinamakan tahun itu sebagai ‘Tahun Jamaah’.

Jelas dan terang lagi bersuluh Nabi s.a.w menamakan kedua-dua kumpulan yang menyokong Ali r.a dan Muawiyah r.a sebagai MUSLIMIN, maka siapakah Rafidah sehingga berani-berani sahaja mengkafirkan para Sahabat Nabi s.a.w. Sungguh rahmat dan reda Allah tidak putus-putus mencurah ke atas para Sahabat Rasulullah s.a.w dan tidak putus-putus pula laknatNya atas kaum Rafidah yang zalim dan fasiq ini.


[1] Kedudukan Khuzaimah bin Tsabit r.a sebagai Ahli Badar terdapat pertikaian.

[2] Atas pendapat beliau bukan Badri

TERIAKAN “LABBAIKA NASRALLAH!” DI MESIR

Akhbar al-Syarqul Awsat pada Isnin, 3 Ramadan 1430 H bersamaan 24 Ogos 2009 melaporkan bahawa semasa pendengaran perbicaraan 26 orang tertuduh yang didakwa terlibat dengan kegiatan pengganas Hizbullah di Mesir termasuk cubaan membunuh para pemimpin Mesir yang berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan Mesir, salah seorang tertuduh telah melaungkan teriakan: “Labbaika Nasrallah!” iaitu laungan perghormatan kepada Hasan Nasrallah, Setiausaha Agung Hizbullah, pertubuhan pengganas yang beragama Syiah Rafidah yang dibela Iran.

Hal ini membuktikan bahawa kesemua tertuduh ini benar-benar datang daripada Hizbullah dan mereka benar-benar merancang aktiviti keganasan di Mesir dan Hasan Nasrallah sendiri telah mengaku pada bulan April yang lalu bahawa salah seorang tertuduh memang anggota kumpulan pimpinannya iaitulah Muhammad Yusuf Mansur yang dikenali sebagai Sami Syihab.

Pendedan hubung kait aktiviti keganasan dengan kumpulan Hizbullah al-Rafidi adalah dalil yang kukuh bahawa kerajaan kafir Iran adalah kerajaan pengganas sama seperti US, Britain, dan lainnya yang sentiasa berusaha untuk menggoncang keamanan dalaman negara-negara Islam untuk tujuan jahat mereka.

 

Sumber: http://www.aawsat.com/details.asp?section=1&issueno=11227&article=533112

‘PAYBACK TIME!’

الله أكبر الله أكبر الله أكبر صدق وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده! لا إله إلا الله وحده لا شريك له!

Apabila mendengar berita rusuhan di Republik Syaitan Iran tercetus di mana rakyatnya bangkit berdemonstrasi menentang kerajaan Iran sendiri yang selama ini mendabik dada bahawa dia adalah kerajaan yang adil dan Islamik, saya begitu bersyukur kepada Allah, sangat-sangat bersyukur kerana sebuah lagi kerajaan kafir telah diberi azab oleh Allah Taala.

Setelah keruntuhan kerajaan Soviet yang sangat-sangat kufur kepada Allah Taala, diikuti keruntuhan empayar ekonomi Kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat sekarang bermulanya keruntuhan empayar Syaitan Akbar yang dibina si taghut Khomaini –Laknatullahi ‘alaih-.

Kerajaan Iran yang menjadikan kebencian kepada para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim dan para Isteri baginda Ummahatul Mukminin ridwanullahi alaihin sebagai tujuan dan matlamat ini memang sepatutnya menerima nasib yang sedang dialaminya sekarang.

Telah menjadi kebiasaan kaum kafir Rafidah ini menghasut pengikut-pengikut ajaran kufur mereka untuk merusuh dan membuat kacau bilau di negera-negara kaum muslimin terutama di Arab Saudi yang menjadi jantung hati kepada Ahlis Sunnah wal Jamaah dan seluruh kaum muslimin.

Pada tahun 1979, musim haji, Khomaini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah ini yang menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah s.a.w).

Pada bulan Februari yang lalu (2009) kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta menginjak-injaknya sebagaimana yang dapat kita saksikan dalam blog saya bertajuk ‘Kebejatan Rafidah’ (boleh juga dilihat di www.youtube.com)

Kemudian di Mesir, kaum Rafidah melalui anak ayam mereka, Hizbullah (dibaca: Hizbul Lata) telah merencana beberapa kegiatan jahat namun busuknya najis mereka ini berjaya dikesan pihak berkuasa Mesir lantas rencana mereka untuk menimbulkan kekacauan di Mesir gagal.

Kesemua maklumat ini telah kami laporkan dalam posting-posting sebelum ini dan jelas menunjukkan bahawa Rafidah yang diketuai Iran sering menjadikan protes dan rusuhan sebagai cara untuk memburukkan negara-negara Islam terutama negara Ahlis Sunnah wal Jamaah.

Lebih dahsyat adalah kaum Rafidah melalui ketua mereka Abdullah bin Saba’ al-Yahudi telah merusuh terhadap pemerintah Islam yang agung, Saidina Usman bin Affan r.a suatu ketika dahulu yang juga berlaku di al-Haram al-Madani (Madinah al-Munawwarah) sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Usman bin Affan r.a.

Semua kejadian yang kami sebutkan ini adalah fakta yang sahih yang tidak akan diingkari mana-mana orang yang berilmu dan berakal waras dan atas dasar inilah kami katakan apa yang berlaku di Iran hari ini adalah balasan Allah Taala atas segala kedurjanaan yang mereka lakukan di Tanah Suci Umat Islam.

Kekejaman kerajaan Iran juga tidak terbatas kepada negara Ahlis Sunnah wal Jamaah dan negara-negara Sunni bahkan Iran juga menjadi dalang di sebalik pemberontakan Hausi di Yemen, sebuah negara Syiah Zaidiah. Ini semua menunjukkan kerajaan Iran memang sebuah kerajaan yang cintakan pemberontakan dan huru hara.

Inilah ajaran yang sangat berkensan di ajar oleh Khomaini kepada rakyat Iran, dia berjaya menjadikan mereka sebagai ‘Pemberontak Profesional’ dan sekarang tibalah masanya ‘toyol makan tuan’. Masa di mana Iran membayar balik segala hutang kacau bilau yang dia timbulkan di negara-negara Islam.

Maha Benar Allah Taala yang berfirman:

  وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (50) فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ (51)

Maksudnya: “dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.” [al-Naml: 50 & 51].

Sudah tiba masanya kaum muslimin sedar bahawa sama ada Yahudi, Nasrani, atau Rafidah tidak akan dapat membantu mereka, mereka perlu berdiri sendiri menyelesaikan masalah mereka dengan kembali berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dalam segenap segi kehidupan mereka serta mengikut jejak langkah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a, Umar bin al-Khattab r.a, Usman bin Affan r.a, Ali bin Abi Talib r.a, dan Muawiyah bin Abu Sufian r.hma kerana inilah perintah Nabi s.a.w dalam sabda baginda:

فعليكم بسنّتي وسنّةِ الخلفَاءِ الراشِدينَ المهديِّينَ ، تمسكوا بها ، وعَضُّوا عليها بالنواجِذِ ، وإياكم ومُحدثاتِ الأمورِ ، فإنَّ كلَّ مُحدثَةٍ بدْعةٌ ، وكل بدْعَةٍ ضَلاَلَة

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah al-Rasyidin yang diberi hidayah (oleh Allah), peganglah ia dan gigitlah dengan geraham kamu serta berjaga-jagalah daripada perkara rekaan kerana setiap rekaan (dalam agama) adalah bidaah dan semua bidaah itu menyesatkan”. [Abu Daud, al-Tarmizi, dan Ahmad, hadis sahih].

Kita sangat berharap kepada Allah Taala setelah Iran, akan tiba pula masanya kehancuran saudara mereka, Yahudi yang menempat secara haram di bumi Palestin. Wallahua’lam.

 

Yang Benar,

Muhammad Asrie bin Sobri,

Kuliah Usuluddin dan Dakwah,

Al-Madinah International University.

KISAH AL-SYURA: VERSI SUNNAH vs VERSI SYIAH

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Sejarah perlantikan Saidina Usman bin Affan r.a menjadi salah satu isu besar kaum Rafidah untuk menegakkan omong kosong mereka bahawa Saidina Ali r.a adalah khalifah yang sebenar dan para Sahabat yang lain telah mengkhianati beliau.

Kisah yang menjadi tunjang kepada tohmahan jahat mereka ini adalah sebagaimana yang masyhur dalam sejarah riwayat Abu Mikhnaf yang dikeluarkan Imam al-Tabari r.h dalam Tarikh beliau secara ringkasnya sebagai berikut:

  • Apabila Saidina Umar bin al-Khattab r.a ditikam, beliau telah diminta supaya melantik seorang pengganti untuk jawatan Khalifah. Beliau kemudian menyatakan jika Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a atau Salim Maula Huzaifah masih hidup maka beliau akan melantik salah seorang daripada mereka dengan mendahulukan Abu Ubaidah r.a.
  • Terdapat cadangan supaya beliau melantik Saidina Abdullah bin Umar r.a yakni anak beliau namun beliau enggan bahkan berpesan supaya jangan ada lagi Khalifah daripada keluarga Umar.
  • Umar r.a kemudian menyatakan bahawa beliau ingin sekali melantik seorang yang paling layak untuk memimpin ke arah kebenaran sambil menunjukkan kepada Saidina Ali r.a tetapi beliau tidak mahu memikul tanggungjawab jika melakukan kesalahan dalam meilih.
  • Kemudian Saidina Umar r.a menyerahkan tugas syura kepada 6 orang daripada 10 orang yang dijamin memasuki syurga yang masih berbaki iaitu: Saidina Usman bin Affan r.a, Saidina Ali r.a, Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a, Saidina Saad bin Abil Waqqas r.a, Saidina Talhah r.a, Saidina al-Zubair r.a. Adapun Saidina Said bin Zaid r.a tidak dimasukkan kerana dia termasuk keluarga Umar r.a.
  • Kemudian Umar r.a melantik Abdullah bin Umar r.a anak beliau sebagai pemerhati, dan beliau menyatakan bahawa dia tidak melihat yang akan dipilih melainkan sama ada Usman atau Ali, jika Usman maka beliau seorang yang lemah lembut, jika Ali maka dialah yang paling layak memimbing ke arah kebenaran, dan jika terpilih pula Saad bin Abil Waqqas, maka dia seorang memang layak tetapi jika tidak maka hendaklah Khalifah yang terpilih melantik beliau sebagai Gabenor, adapun Abdul Rahman bin Auf, maka dia seorang yang mempunyai pandangan yang tepat.
  • Ibn Abbas r.a ketika mengetahui Ali r.a dilantik sebagai Ahli Syura maka beliau melarang Ali r.a menyertainya kerana takut berlaku pertikaian.
  • Abu Talhah al-Ansari r.a diberi autoriti sebagai pengawas keadaan sepanjang berlangsungnya Syura bersama dengan 50 Ansar yang dipilih beliau sebagai pembantu. Demikian juga al-Miqadad bin al-Aswad r.a, diberi tugas untuk menempatkan Ahli Syura selepas Umar r.a dikebumikan. Suhaib al-Rumi r.a pula dilantik sebagai pemangku Imam dalam Solat sehingga Khalifah baharu dilantik.
  • Umar r.a memerintahkan jika 5 orang bersepakat melantik seseorang dan enggan seorang lagi hendaklah dipancung yang enggan demikian juga jika bersepakat empat orang dan enggan dua orang dibunuh yang enggan. Jika sama antara yang bersepakat dengan yang enggan bersetuju maka jadikanlah Abdullah bin Umar sebagai pengadil dan jika tidak diterima maka diikuti pendapat Abdul Rahman bin Auf, jika masih enggan hendaklah dibunuh mereka yang masih enggan.
  • Kemudian Ali r.a berjumpa dengan Ibn Abbas r.a dan Ibn Abbas r.a memarahi Saidina Ali r.a kerana tidak mengikut nasihatnya. Ibn Abbas r.a menyatakan bahawa jika Ali menarik diri tentulah Umar r.a akan melantik Ali serta merta. Demikian juga Ali enggan mengikut nasihat Ibn Abbas supaya meminta Rasulullah s.a.w melantik Khalifah sebelum baginda wafat, dan setelah baginda wafat Ali juga enggan bersegera menyertai Syura Saqifah Bani Saidah. Ali r.a menyatakan kegelapan haranpannya untuk menduduki jawatan Khilafah kerana Usman dan Abdul Rahman bin Auf mempunyai ikatan kekeluargaan dan mereka akan saling membantu.
  • Setelah Umar r.a wafat, Ali dan Usman berebut untuk menjadi Imam Solat jenazah dan Abdul Rahman bin Auf memarahi keduanya kerana tamak akan jawatan lantas memerintahkan Suhaib menjadi Imam kerana beliau telah dilantik sebagai pemangku Imam  Solat.
  • Setelah jenazah dikebumikan maka berlangsunglah Syura di rumah Miswar bin Makhramah dan ada menyatakan di rumah Aisyah r.a dan ada menyatakan di rumah Baitul Mal. Mereka semuanya lima orang kerana Talhah r.a berada di luar Madinah (dalam Musafir) dan Amru bin al-As r.a dan al-Mughirah bin Syu’bah r.a datang mendengar perbincangan mereka tetapi dihalau oleh Saad bin Abil Waqqas.
  • Ahli Syura masing-masing berebut untuk mendapatkan jawatan tersebut sehingga Abdul Rahmann bin Auf menarik diri dan memohon persetujuan Ahli Majlis untuk beliau menjadi penentu siapakah Khalifah yang berhak. Saidina Ali r.a bersetuju dengan syarat beliau tidak akan melantik seseorang kerana kerabat dan tidak akan mengkhianati kaum Muslimin.
  • Abdul Rahman bin Auf melakukan tinjauan pendapat dan bertanya kepada Ali: Jika aku tidak melantikmu siapakah yang berhak? Jawab beliau: Usman. Apabila ditanya soalan kepada Usman, beliau menjawab: Ali. Namun, majoriti ketua-ketua kaum, ketua-ketua tentera, dan kaum Ansar dan Muhajirin yang diselidik semuanya menunjukkan persetujuan mereka terhadap Usman r.a.
  • Abdul Rahman bin Auf kemudian menebual Majli Syura dan bersembang rahsia dengan Ali sehingga beliau merasakan beliau lah yang akan dilantik Khalifah kemudian beliau berbincang rahsia pula dengan Usman sehingga subuh. Al-Miqdad bin Aswad dan Ammar bin Yasir bersetuju dengan perlantikan Ali r.a. Selepas solat Subuh, berlaku persidangan yang besar melibatkan Muhajirin dan Ansar sehingga berlaku pertikaman lidah antara Bani Umayyah dengan Bani Hashim.
  • Kemudian Abdul Rahman bin Auf memanggil Ali dan berkata: ‘Atas kamu melaksanakan perintah Allah sesuai dengan KitabNya dan Sunnah NabiNya serta sirah dua khalifah sebelum mu’. Jawab Ali: Aku akan laksanakan sekadar kemampuan ku. Kemudian dipanggil Usman bin Affan dan dinyatakan perkara yang sama lalu Usman menerimanya tanpa sebarang pengecualian bahkan berkata: Ya. Lalu dibaitlah Usman bin Affan r.a.
  • Lantas itu, Saidina Ali r.a menjadi marah dan berkata: Ini bukan kali pertama kamu mengkhianati kami (Ahli Bait). Abdul Rahman bin Auf menenangkan Ali dan mengingatkan beliau jangan menimbulkan fitnah kerana Usman dipilih kesemua kaum Quraish. Al-Miqdad bin al-Aswad r.a pula ingin memberontak kerana tetap menyokong Ali r.a.
  • Ali kemudian membait juga Usman r.a setelah melihat semua orang membaiat beliau dengan rela. [Rujuk: Tarikh al-Tabari, Peristiwa Tahun 23 Hijrah, Kisah al-Syura, Marwiyat Abi Mikhaf, m.s 160-171, al-Hiqbah min al-Tarikh, m.s 111-115].

Demikianlah ringkasan kisah Abu Mikhnaf terhadap periatiwa al-Syura ini dan dapat diperhatikan dalam kisah ini beberapa perkara berikut:

–          Secara dasarnya Saidina Umar r.a mengakui Ali r.a yang paling berhak dan perkara ini diketahui oleh semua Ahli Majlis Syura. Namun, Umar r.a tidak mahu melantik terus Ali kerana takut timbul rasa tidak puas hati.

–          Bani Hashim yang diketuai Ali r.a dan Ibn Abbas r.a telah mencium bau pengkhianatan ke atas mereka dan kurangnya peluang mereka mendapat jawatan Khalifah.

–          Perlantikan Usman r.a pada dasarnya tidak disetujui Bani Hashim bahkan semuanya berlaku kerana pengaruh Bani Umayyah .

–          Umar bin al-Khattab r.a menghalalkan darah para Sahabat ridwanullahi alaihim.

–          Para Sahabat ridwanullahi alaihim adalah kaum yang tamakkan jawatan.

Kesemua ini adalah tohmahan dan tuduhan yang sangat jelek kepada para Sahabat secara halus dan kesannya sangat berbahaya kepada Akidah. Inilah yang dinamakan gerakan mensyiah tanpa sedar yang telah dijalankan semenjak zaman dahulu lagi.

Abu Mikhnaf, empunya kisah ini bernama Lut binYahya al-Kufi merupakan seorang yang daif dan ditinggalkan riwayatnya sebagaimana yang dinyatakan al-Zahabi dalam Siyar [Siyar A’lam al-Nubala’, 7/302]. Dia ini juga merupakan seorang Syiah Imamiah yang sangat taksub dengan mazhabnya dan merupakan Ahli Sejarah Syiah yang terkemuka sehingga riwayat-riwayatnya perlu dijauhi kerana terkenal dalam menyokong Syiah [Rujuk: Rijal al-Najasyi, m.s 320].

Kepalsuan kisah Abu Mikhnaf ini amat jelas sekali jika kita bandingkan kisah al-Syura ini sebagaimana yang diriwayatkan dalam Kitab yang paling Sahih dalam alam ini selepas al-Qur’an iaitulah Sahih al-Bukhari. Imam al-Bukhari r.h telah meriwayatkan kisah al-Syura ini dengan sanad yang sahih dan sebaik-baik penceritaan:

عن عمرو بن ميمون قال: رأيت عمر بن الخطاب رضي الله عنه قبل أن يصاب بأيام المدينة وقف على حذيفة بن اليمان وعثمان بن حنيف قال كيف فعلتما أتخافان أن تكونا قد حملتما الأرض ما لا تطيق ؟ قالا حملناها أمرا هي له مطيقة ما فيها كبير فضل . قال انظر أن تكونا حملتما الأرض ما لا تطيق قال قالا لا فقال عمر لئن سلمني الله لأدعن أرامل أهل العراق لا يحتجن إلى رجل بعدي أبدا قال فما أتت عليه إلا رابعة حتى أصيب قال إني لقائم ما بيني وبينه إلا عبد الله بن عباس غداة أصيب وكان إذ مر بين الصفين قال استووا حتى إذا لم ير فيهم خللا تقدم فكبر وربما قرأ سورة يوسف أو النحل أو نحو ذلك في الركعة الأولى حتى يجتمع الناس فما هو إلا أن كبر فسمعته يقول قتلني – أو أكلني – الكلب حين طعنه فطار العلج بسكين ذات طرفين لا يمر على أحد يمينا ولا شمالا إلا طعنه حتى طعن ثلاثة عشر رجلا مات منهم سبعة فلما رأى ذلك رجل من المسلمين طرح عليه برنسا فلما ظن العلج أنه مأخوذ نحر نفسه وتناول عمر يد عبد الرحمن بن عوف فقدمه فمن يلي عمر فقد رأى الذي أرى وأما نواحي المسجد فإنهم لا يدرون غير أنهم قد فقدوا صوت عمر وهم يقولون سبحان الله سبحان الله فصلى بهم عبد الرحمن صلاة خفيفة فلما انصرفوا قال يا ابن عباس انظر من قتلني فجال ساعة ثم جاء فقال غلام المغيرة قال الصنع ؟ قال نعم قال قاتله الله لقد أمرت به معروفا الحمد لله الذي لم يجعل ميتتي بيد رجل يدعي الإسلام قد كنت أنت وأبوك تحبان أن تكثر العلوج بالمدينة – وكان العباس أكثرهم رقيقا – فقال إن شئت فعلت أي إن شئت قتلنا ؟ قال كذبت بعد ما تكلموا بلسانكم وصلوا قبلتكم وحجوا حجكم . فاحتمل إلى بيته فانطلقنا معه وكأن الناس لم تصبهم مصيبة قبل يومئذ فقائل يقول لا بأس وقائل يقول أخاف عليه فأتي بنبيذ فشربه فخرج من جوفه ثم أتي بلبن فشربه فخرج من جرحه فعلموا أنه ميت فدخلنا عليه وجاء الناس فجعلوا يثنون عليه وجاء رجل شاب فقال أبشر يا أمير المؤمنين ببشرى الله لك من صحبة رسول الله صلى الله عليه و سلم وقدم في الإسلام ما قد علمت ثم وليت فعدلت ثم شهادة . قال وددت أن ذلك كفاف لا علي ولا لي فلما أدبر إذا إزاره يمس الأرض قال ردوا علي الغلام قال ابن أخي ارفع ثوبك فإنه أنقى لثوبك وأتقى لربك . يا عبد الله بن عمر انظر ما علي من الدين فحسبوه فوجدوه ستة وثمانين ألفا أو نحوه قال إن وفى له مال آل عمر فأده من أموالهم وإلا فسل في بني عدي بن كعب فإن لم تف أموالهم فسل في قريش ولا تعدهم إلى غيرهم فأد عني هذا المال . انطلق إلى عائشة أم المؤمنين فقل يقرأ عليك عمر السلام ولا تقل أمير المؤمنين فإني لست اليوم للمؤمنين أميرا وقل يستأذن عمر بن الخطاب أن يدفن مع صاحبيه . فسلم واستأذن ثم دخل عليها فوجدها قاعدة تبكي فقال يقرأ عليك عمر ابن الخطاب السلام ويستأذن أن يدفن مع صاحبيه . فقالت كنت أريده لنفسي ولأوثرن به اليوم على نفسي فلما أقبل قيل هذا عبد الله بن عمر قد جاء قال ارفعوني فأسنده رجل إليه فقال ما لديك ؟ قال الذي تحب يا أمير المؤمنين أذنت قال الحمد لله ما كان من شيء أهم إلي من ذلك فإذا أنا قضيت فاحملوني ثم سلم فقل يستأذن عمر بن الخطاب فإن أذنت لي فادخلوني وإن ردتني ردوني إلى مقابر المسلمين . وجاءت أم المؤمنين حفصة والنساء تسير معها فلما رأيناها قمنا فولجت عليه فبكت عنده ساعة واستأذن الرجال فولجت داخلا لهم فسمعنا بكاءها من الداخل فقالوا أوص يا أمير المؤمنين استخلف قال ما أجد أحدا أحق بهذا الأمر من هؤلاء النفر أو الرهط الذين توفي رسول الله صلى الله عليه و سلم وهو عنهم راض فسمى عليا وعثمان والزبير وطلحة وسعدا وعبد الرحمن وقال يشهدكم عبد الله بن عمر وليس له من الأمر شيء – كهيئة التعزية له – فإن أصابت الإمرة سعدا فهو ذاك وإلا فليستعن به أيكم ما أمر فإني لم أعزله عن عجز ولا خيانة وقال أوصي الخليفة من بعدي بالمهاجرين الأولين أن يعرف لهم حقهم ويحفظ لهم حرمتهم وأوصيه بالأنصار خيرا الذين تبوؤوا الدار والإيمان من قبلهم أن يقبل من محسنهم وأن يعفى عن مسيئهم وأوصيه بأهل الأمصار خيرا فإنهم ردء الإسلام وجباة المال وغيظ العدو وأن لا يؤخذ منهم إلا فضلهم عن رضاهم . وأوصيه بالأعراب خيرا فإنهم أصل العرب ومادة الإسلام أن يؤخذ من حواشي أموالهم ويرد على فقرائهم وأصيه بذمة الله تعالى وذمة رسوله صلى الله عليه و سلم أن يوفى لهم بعهدهم وأن يقاتل من ورائهم ولا يكلفوا إلا طاقتهم فلما قبض خرجنا به فانطلقنا نمشي فسلم عبد الله بن عمر قال يستأذن عمر بن الخطاب قالت أدخلوه فأدخل فوضع هنالك مع صاحبيه فلما فرغ من دفنه اجتمع هؤلاء الرهط فقال عبد الرحمن اجعلوا أمركم إلى ثلاثة منكم فقال الزبير قد جعلت أمري إلى علي فقال طلحة قد جعلت أمري إلى عثمان وقال سعد قد جعلت أمري إلى عبد الرحمن بن عوف . فقال عبد الرحمن أيكما تبرأ من هذا الأمر فنجعله إليه والله عليه والإسلام لينظرن أفضلهم في نفسه ؟ فأسكت الشيخان فقال عبد الرحمن أفتجعلونه إلى الله علي أن لا آلو عن أفضلكم ؟ قالا نعم فأخذ بيد أحدهما فقال لك قرابة من رسول الله صلى الله عليه و سلم والقدم في الإسلام ما قد علمت فالله عليك لئن أمرتك لتعدلن ولئن أمرت عثمان لتسمعن ولتطيعن ثم خلا بالآخر فقال له مثل ذلك فلما أخذ الميثاق قال ارفع يدك يا عثمان فبايعه فبايع له علي وولج أهل الدار فبايعوه

Maksudnya: Daripada Amru bin Maimun kata beliau: Aku melihat Umar bin al-Khattab r.a di Madinah beberapa hari sebelum dia ditikam, beliau berdiri bersama Huzaifah bin al-Yaman dan Usman bin Hanif seraya berkata: Bagaimana kamu berdua telah laksanakan, adakah kamu takut kamu membebankan penduduk bumi (maksud beliau penduduk Iraq kerana beliau mengutus keduanya untuk mengutip Kharaj di sana) di luar kemampuan mereka? Jawab mereka: Kami telah perintahkan mereka dengan bebanan yang mereka mampu dan tiada apa-apa tambahan yang banyak. Umar berkata: Periksalah jika kamu ada membebankan mereka dengan sesuatu di luar kemampuan mereka. Jawab keduanya: Tidak ada. Kata Umar r.a: Jika Allah menyelamatkan aku (memanjangkan umurku) aku akan pastikan tiada lagi janda-janda Iraq yang memerlukan lelaki (tidak lagi perlu berkahwin semula) setelahku (setelah kewafatanku) selama-lamanya. Berkata Amru: Namun, tidak masuk hari keempat setelah itu melainkan beliau telah dibunuh. Kata Amru lagi: Aku berdiri dan tiada antara aku dan beliau (Umar) melainkan Abdullah bin al-Abbas r.a pada subuh hari beliau dibunuh, ketika dia memeriksa saf sambil berkata: ‘Samakan (Saf)’, sehingga pasti tiada lagi kepincangan beliau mara kehadapan dan bertakbir (memulakan solat). Beliau membaca Surah Yususf atau surah al-Nahl atau yang seumpamanya dalam rakaat pertama supaya manusia dapat berkumpul (sempat bersama Imam dalam rakaat pertama) dan sebelum sempat beliau bertakbir (untuk rukuk) aku mendengar beliau menjerit: ‘Seekor anjing telah membunuhku (atau menggigitku)!’, ketika itulah si hamba farsi (Abu Lu’Luah) menikam beliau dan melarikan diri dengan pisau yang mempunyai dua mata sambil menikan orang yang berada di kiri dan kanannya sehingga yang ditikamnya berjumlah 13 orang dan 7 daripada mereka terbunuh. Apabila melihat keadaan itu, seorang lelaki telah mencekup si hamba farsi dengan kain tutup kepalanya sehingga si hamba farsi tadi merasakan dirinya telah tertawan dia lalu membunuh diri. Umar r.a menarik tangan Abdul Rahman bin Auf menggantikan beliau sebagai Imam, mereka yang berada berdekatan Umar r.a melihat kejadian yang berlaku adapun mereka yang berada di sisi masjid tidak mengetahuinya, hanya mereka tidak kedengaran suara Umar dan terus menyebut: Subhanallah!Subhanallah!. Abdul Rahman bin Auf mengimamkan mereka dengan solat yang sederhana dan setelah mereka selesai Umar bertanya: Wahai Ibn Abbas, siapakah yang membunuhku? Ibn Abbas r.a kemudiannya pergi melihat pembunuh tersebut lalu memberitahu Umar: Hamba al-Mughirah. Kata Umar: Si Tukang itukah? Jawab Ibn Abbas: Ya. Kata Umar: Semoga Allah membunuhnya, aku telah melakukan kebaikan kepadanya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang tidak menjadikan kematianku di tangan seorang yang mengaku Islam, adalah kamu (Ibn Abbas r.a) dan bapamu suka meramaikan Uluj (hamba sahaya bukan arab yang kafir) di Madinah-ini kerana al-Abbas r.a adalah antara orang terbanyak memiliki hamba- Kata Ibn Abbas r.a: Jika kamu mahu aku akan lakukan yakni jika kamu mahu kami akan membunuh mereka semua. Jawab Umar r.a: Engkau salah, apakah masih hendak dibunuh mereka setelah mereka bercakap dengan  lisan kamu (mengucap dua kalimah Syahadah), bersolat ke kiblat kamu, dan melaksanakn haji (maka tidak boleh lagi membunuh mereka tanpa hak).Kemudian mereka membawa beliau pulang ke rumahnya dan kami juga mengikutnya. Adalah manusia pada hari itu (amat sedih) seolah-olah mereka tidak pernah mendapat musibah sebelumnya, ada yang berkata: Tiada apa-apa, ada yang berkata: Aku takut beliau akan mati. Dibawa kepada Umar r.a nabiz lalu beliau meminumnya dan mengalir keluar di perutnya (tempat yang ditikam), diberi pula susu dan beliau meminumnya lalu keluar dari perutnya lalu mereka pun tahulah bahawa Umar r.a akan meninggal dunia (kerana seriusnya kecederaan beliau). Maka kami pun masuk bertemu dengan beliau dan manusia mula datang memberikan pujian ke atas beliau (sebagai tanda mengenang jasa pemerintahan beliau) dan datang seorang pemuda berkata: “bergembiralah wahai Amirul Mukminin dengan khabar gembira dari Allah kepada kamu dengan persahabatn kamu dengan Rasulullah s.a.w dan keutamaan dalam Islam sebagaimana yang telah engkau ketahui, kemudian engkau dilantik menjadi Khalifah dan berlaku adil kemudian syahadah (syahid)”. Jawab Umar r.a: Aku sangat berharap semuanya itu cukup baginya, aku reda dengan saksama. Apabila pemuda itu berpaling, kainnya mencecah bumi (isbal) seraya berkata Umar: ‘Panggil kembali pemuda itu’. Kata Umar r.a: ‘Wahai anak saudaraku, angkatlah kainmu kerana itu lebih bersih dan lebih takwa’. Kemudian beliau berkata: ‘Wahai Abdullah bin Umar (anak beliau), berapakah hutangku?’ Mereka kemudian mengiranya dan mendapati jumlah keseluruhan adalah 86000 lebih kurang. Kata Umar r.a: ‘Jika harta keluarga Umar cukup maka bayarlah, jika tidak mencukupi maka mintalah batuan Bani Adi bin Kaab (Umar r.a adalah daripada Bani Adi) dan jika tidak cukup juga maka mintalah pertolongan Quraish dan jangan diminta selepas mereka kepada orang lain, tunaikanlah hutang-hutang itu bagi pihakku. Pergi kau kepada Ummul Mukminin Aisyah r.a dan kata kepadanya: Umar mengirim salam dan jangan kamu sebut Amirul Mukminin kerana aku bukan lagi ketua kaum muslimin pada hari ini, dan beritahu kepadanya Umar bin al-Khattab meminta izin untuk disemadikan bersama dua Sahabatnya (Rasulullah dan Abu Bakar)’. Lalu Abdullah bin Umar pergi memberi salam (kepada Aisyah r.a) dan meminta izin masuk dan mendapati Aisyah sedang duduk menangis. Ibn Umar r.a berkata: ‘Umar bin al-Khattab mengirim salam dan meminta izin untuk disemadikan bersama dua sahabatnya’. Berkata Aisyah r.a: ‘Aku sebenarnya ingin disemadikan ditempat tersebut tetapi tidak mengapa aku akan undurkan diri pada hari ini’. Apabila Abdullah bin Umar r.a pulang diberitahu kepada Umar r.a bahawa Abdullah bin Umar r.a telah pulang lantas Umar berkata: ‘Angkatkan aku’, lalu seorang lelaki memangku beliau. Kata Umar: ‘Berita apa yang kamu bawa?’ Jawab Ibn Umar r.a: ‘Berita yang kamu sukai, kamu telah diizinkan (untuk disemadikan bersama Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a)’. Kata Umar r.a: ‘Alhamdulillah, inilah perkara yang paling penting sekali, maka apabila aku telah wafat (dan selesai semua upacara) maka bawalah aku ke sana dan berilah salam dan katalah: Umar bin al-Khattab meminta izin, jika dia (Aisyah r.a) izinkan maka masuklah dan jika dia menolak maka bawalah aku ke perkuburan kaum muslimin’. Kemudian datang Ummul Mukminin Hafsah r.a bersama-sama dengan kaum wanita lainnya, apabila kami melihat beliau maka kami pun berdiri (beredar) dan beliau masuk menemui Umar (ayahandanya) dan menangis di sisi beliau. Kemudian kaum lelaki memohon untuk masuk, lantas beliau (Hafsah) masuk ke dalam dan kami mendengar tangisan beliau dari dalam. Lalu kaum lelaki berkata: ‘Berwasiatlah wahai Amirul Mukminin, lantiklah penggantimu’. Jawab beliau: ‘Aku tidak melihat ada sesiapa yang lebih berhak selain daripada enam orang ini yang Rasulullah wafat dalam keadaan baginda meredai mereka’, lalu beliau menamkan Ali, Usman, al-Zubair, Talhah, Saad (bin Abi Waqqas), dan Abdul Rahman (bin Auf), dan berkata: ‘Abdullah bin Umar akan menjadi saksi (pemerhati) antara kamu tetapi dia tidak berhak dalam urusan ini (untuk dilantik sebagai Khalifah)-seolah-olah sebagai takziah kepada beliau- dan jika jawatan itu kena pada Saad maka dia memang layak dan jika tidak maka gunakanlah dia oleh kamu (yang menjadi Khalifah) dalam urusan apa yang kamu hendak kerana aku tidak memecat beliau kerana lemah atau khianat’.

Kemudian Umar r.a berkata: ‘Aku berwasiat kepada Khalifah selepasku supaya menjaga kaum Muhajarin yang Utama, hendaklah dia mengenal hak mereka dan menjaga kehormatan mereka, dan aku berwasiat supaya berbuat baik kepada kaum Ansar yang telah menyediakan negeri dan Iman sebelum mereka supaya dia menerima kebaikan mereka dan memaafkan kesalahan mereka dan aku berwasiat supaya dia  menjaga penduduk Amsar (bandar-bandar utama kerajaan) kerana mereka adalah pembela Islam dan pengumpul harta (sumber ekonomi) dan penggerun musuh, janganlah diambil daripada mereka kecuali lebihan harta mereka dengan reda mereka, dan aku berwasiat supaya dia menjaga Arab Badwi kerana mereka adalah asal Arab dan medium Islam, aku berwasiat supaya hanya diambil dari lebihan harta mereka untuk dibahagikan kepada kaum mereka yang faqir, dan aku berwasiat dengan perjanjian Allah dan RasulNya s.a.w supaya dia menyempurnakan janji kepada mereka dan berperang bersama mereka serta jangan dibebankan melebihi kemampuan mereka’.

Apabila Umar r.a telah wafat kami pun (setelah selesai semua upacara pengurusan jenazah) membawa jenazah beliau keluar (ke rumah Aisyah r.a) dan Abdullah bin Umar r.a memberikan salam dan berkata: ‘Umar bin al-Khattab meminta izin’, kata Aisyah r.a: ‘Bawalah dia masuk’, lalu mereka membawa jenazah beliau masuk dan disemadikan bersama dua sahabat beliau. Setelah selesai upacara pengebumian, berkumpul lah enam orang tersebut lalu berkata Abdul Rahman bin Auf: ‘Serahkanlah urusan kamu kepada tiga orang (supaya lebih kecil calonnya)’. Lantas al-Zubair berkata: ‘Aku serahkan urusanku kepada Ali’. Berkata Talhah: ‘Aku serahkan urusanku kepada Usman’. Berkata Saad: ‘Aku serahkan kepada Abdul Rahman bin Auf’. Abdul Rahman bin Auf r.a berkata pula: ‘Siapakah antara kamu berdua (Usman dan Ali) yang hendak menarik diri lalu kami biarkan Allah dan Islam menjadi penjaganya untuk dia memikirkan siapakah yang lebih berhak (menjawat jawatan Khalifah)?’ Lalu keduanya berdiam diri dan berkata Abdul Rahman: ‘Adakah kamu hendak jadikannya kepada aku (yakni sebagai pemilih), Allah menjadi saksiku bahawa aku tidak akan berlaku khianat terhadap yang paling layak antara kamu semua?’ Kata keduanya: ‘Ya’. Lalu Abdul Rahman memegang tangan salah seorang mereka (yakni Ali r.a) seraya berkata: ‘Engkau mempunyai kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w dan keutamaan dalam Islam seperti yang engkau ketahui, maka jika aku melantikmu (sebagai Khalifah) demi Allah, hendaklah kamu berlaku adil dan jika aku melantik Usman maka hendaklah kamu mendengar dan taat’. Kemudian dia melakukannya dengan seorang lagi (Usman) dan setelah diambil perjanjian daripada keduanya berkata Abdul Rahman: ‘Angkatlah tanganmu wahai Usman!’ lantas beliau membaiatnya diikuti Saidina Ali dan kemudiannya seluruh Ahli yang ada. [Sahih al-Bukhari, hadis no. 3497, Kitab Fadail al-Sahabah, Bab Kisah al-Baiah dan Persetujuan atas Usman, cet. Dar Ibn Kasir, 1407b H-1987M].

Dalam riwayat al-Miswar bin Makhramah yang juga dikeluarkan al-Bukhari mempunya perincian lagi:

عن الزهري أن حميد بن عبد الرحمن أخبره أن المسور بن مخرمة أخبره أن الرهط الذين ولاهم عمر اجتمعوا فتشاوروا فقال لهم عبد الرحمن لست بالذي أنافسكم على هذا الأمر ولكنكم إن شئتم اخترت لكم منكم فجعلوا ذلك إلى عبد الرحمن فلما ولوا عبد الرحمن أمرهم فمال الناس على عبد الرحمن حتى ما أرى أحدا من الناس يتبع أولئك الرهط ولا يطأ عقبه ومال الناس على عبد الرحمن يشاورونه تلك الليالي حتى إذا كانت الليلة التي أصبحنا منها فبايعنا عثمان قال المسور طرقني عبد الرحمن بعد هجع من الليل فضرب الباب حتى استيقظت فقال أراك نائما فوالله ما اكتحلت هذه الثلاث بكبير نوم انطلق فادعوا الزبير وسعدا فدعوتهما له فشاورهما ثم دعاني فقال ادع لي عليا فدعوته فناجاه حتى ابهار الليل ثم قام علي من عنده وهو على طمع وقد كان عبد الرحمن يخشى من علي شيئا ثم قال ادع لي عثمان فدعوته فناجاه حتى فرق بينهما المؤذن بالصبح فلما صلى للناس الصبح واجتمع أولئك الرهط عند المنبر فأرسل إلى من كان حاضرا من المهاجرين والأنصار وأرسل إلى أمراء الأجناد وكانوا وافوا تلك الحجة مع عمر فلما اجتمعوا تشهد عبد الرحمن ثم قال أما بعد يا علي إني قد نظرت في أمر الناس فلم أرهم يعدلون بعثمان فلا تجعلن على نفسك سبيلا . فقال أبايعك على سنة الله ورسوله والخليفتين من بعده فبايعه عبد الرحمن وبايعه الناس المهاجرون والأنصار وأمراء الأجناد والمسلمون

Maksudnya: “Daripada al-Zuhri bahawa Humaid bin Abdul Rahman memberitahunya al-Miswar bin Makhramah memberitahunya bahawa mereka yang dilantik Umar telah berkumpul dan bermesyuarat lalu berkata Abdul Rahman bin Auf r.a: ‘Aku tidak akan menyaingi kamu semua tetapi jika kamu mahu aku akan pilih calonnya bagi pihak kamu’. Lalu mereka menyerahkannya kepada Abdul Rahman bin Auf dan semenjak itu para manusia sentiasa mencari Abdul Rahman dan langsung tidak mempedulikan selain beliau (yakni lima orang yang berbali) dan sentiasalah manusia mencari Abdul Rahman, bermesyuarat dengan beliau pada malam-malam tersebut sehinggalah pada malam yang pada paginya kami membaiat Usman. Berkata al-Miswar: ‘Abdul Rahman telah mengejutkan aku di tengah malam lalu berkata: ‘Aku melihat kamu tidur sedangkan aku demi Allah tidaklah tidur dengan lama sepanjang tiga malam ini, maka pergilah kau panggilkan al-Zubair dan Saad’. Lalu aku memanggilm keduanya dan mereka bermesyuarat kemudian beliau memanggilku lagi dan menyuruhku memanggil Ali lalu aku memanggilnya dan mereka berbual berbisik-bisik sehingga pertengahan malam. Kemudian Ali r.a beredar dan beliau kelihatan mempunyai keinginan dalam jawatan tersebut dan Abdul Rahman agak takut dengan keadaan Ali r.a itu (kerana akan menimbulkan fitnah). Kemudian dia menyuruhku memanggil Usman lalu mereka berbual sehinggalah azan Subuh memisahkan mereka. Kemudian setelah beliau (Abdul Rahman) mengimamkan manusia dalam solat Subuh berkumpul lah semua Ahli Syura di sisi Minbar lalu beliau memanggil semua yang hadir daripada Muhajirin dan Ansar dan para pemimpin tentera (iaitulah Muawiyah r.a, Umar bin Saad r.a, al-Mughirah bin Syu’bah r.a, Abu Musa al-Asy’ari r.a, dan Amru bin al-As r.a) yang mana mereka itu menunaikan haji bersama Umar tahun itu (lalu mengikuti beliau pulang ke Madinah). Setelah semuanya berkumpul, Abdul Rahman bertasyahhud (memulakan ucapan) dan berkata: ‘Amma Ba’du, wahai Ali, aku telah mengumpulkan pandangan manusia dalam urusan mereka dan tiada seorang pun yang berpaling daripada Usman, maka jangalah engkau buka jalan kejahatan pada dirimu (dengan tidak bersetuju)’. Maka berkata Abdul Rahman: ‘Aku membaiatmu (yakni Usman) di atas Sunnah Allah dan Sunnah RasulNya dan dua Khalifah selepas baginda’. (lalu menjawab Usman r.a: Ya) lantas Abdul Rahman mebaiat beliau diikuti segala manusia daripada Muhajirin dan Ansar dan ketua-ketua tentera”. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Bagaimana Manusia Membaiat Imam, hadis no. 6781].

Ini adalah kisah yang sahih menunjukkan bahawa perlantikan Usman bin al-Affan ridwanullahi alaih wa ‘ala Ashabi Rasulillahi ajmain adalah berlaku dengan sepakat Ahli al-Hilli wal Aqdi bukan sekadar Ahli Syura sahaja. Bahkan riwayat ini jelas menunjukkan bahawa Ali r.a adalah orang pertama yang membaiat Usman r.a selepas Abdul Rahman bin Auf r.a bukan orang terakhir dan tidak ada sebarang bantahan daripada Ali r.a terhadap perlantikan Usman r.a.

Berkenaan keinginan Ali r.a menjadi Khalifah dan ketakutan Abdul Rahman bin Auf terhadap Ali bermaksud Abdul Rahman bin Auf setelah berbicara dengan Ali r.a kelihatan seolah-olah Ali r.a berharap beliau lah yang akan dipilih maka Abdul Rahman r.a takut jika Ali r.a tersalah faham dan akan tersinggung jika ternyata nanti bukan beliau yang dipilih namun Alhamdulillah, Ali r.a menjadi orang pertama selepas Abdul Rahman membaiat Usman r.a. [Fathul Bari, 13/196].

Dalam kisah ini juga tiada langsung fakta bahawa Talhah r.a tidak hadir dalam Syura bahkan jelas beliau menghadirinya dan mengikuti perbincangan Syura tersebut. Demikian juga tiada kisah penentangan al-Miqdad bin al-Aswad r.a terhadap perlantikan Usman r.a atau pertikaman lidah antara Bani Umayyah dan Bani Hasyim atau perbualan rahsia antara Ali r.a dan Ibn Abbas r.a.

Bahkan tuduhan kononnya Usman r.a dan Abdul Rahman bin Auf r.a mempunyai hubungan kekeluargaan (secara persemendaan) adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas, tiada dijumpai dalam mana-mana riwayat selain riwayat Abu Mikhnaf ini berkenaannya bahkan Abdul Rahman bin Auf r.a lebih hampir kepada Ali r.a kerana beliau daripada Bani Zuhrah iaitu keluarga Ibu Nabi s.a.w maka mereka lebih hampir dengan Bani Hasyim daripada Bani Umayyah, keluarga Usman r.a.[Rujuk penjelasan-penjelasan ini dalam: Marwiyat Abi Mikhnaf, m.s 173-179].

Begitu juga kisah ini tidak menyatakan sama sekali yang Umar r.a memerintahkan Suhaib r.a membunuh para Sahabat yang menjadi Ahli Syura jika mereka berselisih dalam menentukan calon dan tidak kami jumpai riwayat yang dipercayai Umar r.a memerintahkan Suhaib r.a membunuh sesiapa jua dalam peristiwa Syura ini.

Adapun riwayat Ibn Saad dalam Tabaqat beliau [3/342] yang disahihkan oleh Syeikh Yahya al-Yahya dalam Marwiayt Abi Mikhnaf [m.s 176] yang menunjukkan bahawa Umar r.a memerintahkan Suhaib r.a menjadi Imam selama 3 hari dan membunuh mereka yang membantah keputusan Majlis Syura bukan Ahli Majlis Syura, kisah ini juga daif kerana perawinya Ubaidillah bin Musa seorang Syiah Rafidi Siqah tetapi telah menyatakan dalam riwayatnya ini bahawa Umar r.a berkata: ‘Jika mereka melantik  si Ajlah (Ali r.a) maka mereka melalui jalan yang benar’, ini jelas merupakan satu unsur Syiah yang menegakkan bahawa Umar r.a sebenarnya telah melantik Ali r.a dan perawi yang siqah tetapi bidaah tidak diterima riwayatnya yang menyeru kepada bidaahnya.

Dalam riwayat al-Bukhari juga telah jelas bahawa Abdul Rahman bin Auf r.a menjadi Imam semenjak Umar r.a ditikam lagi pada waktu Subuh tersebut demikian juga pada Subuh perlantikan Usman r.a dengan jelas menyatakan yang menjadi Imam adalah Abdul Rahman bin Auf r.a. Maka jelas di sini pemangku Khalifah sepanjang 3 hari Syura adalah Abdul Rahman bin Auf r.a bukan Suhaib al-Rumi r.a kerana Umar r.a tidak akan melanggar sabda Nabi s.a.w: ‘Imam (pemimpin) itu daripada Quraish’.

Khilafah Usman bin Affan r.a adalah sesuatu yang telah dijangka sebagaimana dalam beberapa riwayat  yang sahih:

عن حذيفة رضي الله عنه قال: سألني عمر رضي الله عنه: من ترى قومك مؤمرين بعدي ؟ قلت: رأيت الناس قد أسندوا أمرهم إلى عثمان رضي الله عنه.

Maksudnya: “Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a kata beliau: Umar r.a telah bertanya kepadaku: Siapakah yang kau lihat akan dilantik oleh kaummu selepasku? Jawabku: Aku melihat manusia telah menyerahkan urusan mereka kepada Usman r.a”. [Tarikh al-Madinah, Ibn Syabbah, 3/932, hadis Sahih].

عن خارجة بن مضرب قال: حججت مع عمر رضي الله عنه فسمعت الحادي يحدو: إن الامير بعده ابن عفان. وسمعت الحادي في إمارة عثمان: إن الامير بعده علي – رضي الله عنه.

Maksudnya: “Daripada Kharijah bin Mudrib katanya: Aku menunaikan Haji bersama Umar r.a lalu aku mendengar seorang behuda (melantunkan Syair): ‘Sesungguhnya pemimpin selepas beliau adalah Ibn Affan’ dan aku mendengar seorang berhuda semasa pemerintahan Usman: ‘Sesungguhnya Amir (pemimpin) selepas beliau adalah Ali r.a’.” [Tarikh al-Madinah, 3/932-933].

Riwayat-riwayat ini menunjukkan bahawa memang para manusia telah merasakan bahawa yang paling layak menjadi Khalifah selepas Umar bin al-Khattab r.a adalah Usman bin Affan r.a, tidak lainnya dan inilah yang berlaku sesuai dengan kesepakatan seluruh al-Muhajirin dan al-Ansar.

Demikian juga telah sabit dalam Sabda Nabi s.a.w mengisyaratkan kepada perlantikan Usman r.a selepas Umar r.a antaranya:

عن أبي موسى رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه و سلم دخل حائطا وأمرني بحفظ باب الحائط فجاء رجل يستأذن فقال ( ائذن له وبشره بالجنة ) . فإذا أبو بكر ثم جاء آخر يستأذن فقال ( ائذن له وبشره بالجنة ) . فإذا عمر ثم جاء آخر يستأذن فسكت هنيهة ثم قال ( ائذن له وبشره بالجنة على بلوى ستصيبه ) . فإذا عثمان بن عفان

Maksudnya: “Daripada Abu Musa r.a bahawa Nabi s.a.w memasuki sebuah tembok dan menyuruhku menjaga pintu. Lalu datang seorang lelaki meminta izin masuk maka baginda bersada: ‘Izinkan dia dan beritahu kepadanya khabar gembira dengan syurga (yakni dia termasuk ahli syurga)’. Maka aku dapati orang tersebut Abu Bakar kemudian datang pula seorang lagi meminta izin masuk dan baginda bersabda: ‘Izinkan dia dan berikan khabar gembira dengan syurga’. Maka aku dapati dia adalah Umar kemudian datang pula seorang lagi meminta izin lalu Nabi s.a.w terdiam sebentar seraya bersabda: ‘Izinkan dia dan berikanlah khabar gembira padanya dengan balasan syurga atas musibah yang akan menimpanya’. Maka aku dapati beliau adalah Usman bin Affan”. [al-Bukhari]

Nabi s.a.w dalam hadis ini telah memberitahu kepada Usman bin Affan r.a bahawa beliau akan ditimpa satu musibah dan telah maklum musibah itu adalah al-Fitnah al-Kubra ketika kaum Syiah memberontak dan membunuh beliau secara zalim sehingga beliau syahid. Maka ini secara jelas menunjukkan bahawa beliau akan menjadi Khalifah.

Hadis Ibn Umar r.a kata beliau:

كنا في زمن النبي صلى الله عليه و سلم لا نعدل بأبي بكر أحدا ثم عمر ثم عثمان ثم نترك أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم لا نفاضل بينهم

Maksudnya: “Adalah kami (para Sahabat) di zaman Nabi s.a.w tidak akan menyamakan sesiapa pun dengan Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian kami biarkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w kami tidak melebihkan antara seorang mereka dengan seorang yang lain”. [al-Bukhari].

Hadis ini jelas menyatakan bahawa seafdal-afdal Sahabat selepas Umar bin al-Khattab r.a adalah Usman bin Affan r.a maka secara automatis difahami selepas Umar r.a yang paling layak menjadi Khalifah adalah Usman bin Affan r.a. Inilah yang menyebabkan seluruh kaum Muhajirin dan Ansar bersepakat bahawa Khalifah yang berhak apabila ditanya kepada mereka Abdul Rahman bin Auf r.a semuanya menjawab Usman r.a.

Hasil daripada perbandingan antara dua riwayat berkenaan Kisah al-Syura atau Kisah al-Baiah ini, kita dapati bahawa perlantikan Saidina Usman bin Affan r.a sebagai Khalifah adalah atas persetujuan semua Ahli Syura dan Ahli al-Hilli wal Aqdi  dan seluruh kaum Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah.

Perlantikan Usman r.a ini dilakukan atas kelayakan beliau untuk jawatan tersebut dan tiada sebarang pengaruh atau unsur-unsur jahat di sebalik perlantikan beliau bahkan perlantikan beliau ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri semasa hayat baginda sebagaimana baginda mengisyaratkan perlantikan Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Umar al-Faruq r.a.

Riwayat-riwayat yang menunjukkan Saidina Ali bin Abi Talib r.a seolah-olah tidak berpuas hati dengan perlantikan Usman r.a adalah riwayat-riwayat kaum Rafidah yang tidak boleh dipercayai sama sekali kerana tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepada bidaahnya jika dia seorang siqah maka bagaimana mungkin kita boleh mengambil riwayat Ahli Bidaah yang dihukum daif dan matruk?! Sejarah Islam diriwayatkan dengan bersanad dan tidak lain tidak bukan adalah supaya ia diterima sesuai dengan ilmu hadis.

Jika hadis-hadis Nabi s.a.w bahkan al-Quran sendiri pun perlu diterima dengan sanad yang sahih, apatah lagi sejarah berkenaan orang yang tidak maksum. Maka mereka yang masih enggan menilai ilmu sejarah dengan ilmu hadis perlu bermuhasabah diri mereka dan bersegera membersihkan karangan-karangan sejarah mereka daripada tuduhan dan tohmahan keji terhadap para Sahabat ridwanullahi alaihim yang hanya akan mencemarkan Islam itu sendiri. Wallahua’lam.

KISAH TAHKIM: VERSI SYIAH vs VERSI SUNNI

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina  Muawiyah r.a) mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.

Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihat kaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba’.

Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum muslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkit menentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secara terzalim dan teraniaya.

Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untuk menuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai kerajaan yang baru seperti al-Asytar yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu, Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

Atas pertimbangan ini, Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukan adalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan para pemberontak Usman r.a.

Namun, terdapat sahabat yang berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisas dahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a. Antara mereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan firman Allah Taala:

 وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

Maksudnya: “dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” [al-Israa: 33].

Saidina Muawiyah r.a berpandangan, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaan penuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (waris) Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].

Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatan Khalifah daripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

مَا قَاتَلْت عَلِيًّا إلاَّ فِي أَمْرِ عُثْمَانَ.

Maksudnya: “Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman” [Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].

Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapa orang lagi bertanya kepada beliau: “Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf dengannya?” Jawaba Saidina Muawiyah r.a: “Tidak, demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa Ali itu lebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah berbanding aku, tetapi bukankah kamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim, sedang aku adalah sepupu beliau, maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas), maka pergilah kamu kepada beliau (Ali r.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku pembunuh-pembunuh Usman maka aku akan menyerah kepadanya (berbaiat)”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 3/140]

Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsu bahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.a beliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau dua pahala-insya-Allah-. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].

Riwayat Peristiwa Tahkim:

Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antara Saidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. Semua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-Tabari r.h sebagai berikut:

 “Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersama mereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk juga bersama mereka Abu Musa al-Asy’ari. Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada penduduk Syam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia mengutuskan utusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah bin al-As, adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.a terpaksa didedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini menimbulkan ketidak selesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang setia sedangkan pasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu Yaghus al-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syu’bah al-Saqafi. Umar bin Saad bin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yang menjauhkan diri daripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut dengan harapan mereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas adalah salah seorang Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegas untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asy’ari) bertemu dan Amru cuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatan namun Abu Musa al-Asy’ari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amru mencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musa al-Asyari.

Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujuk Amru bin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru bin al-As enggan mendengar dan menolak.

Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asy’ari melantik Ibn Umar sebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah Ibn Amru sebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan Muawiyah r.a serta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum muslimin.

Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musa berucap dahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya melarang Abu Musa bercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amru namun Abu Musa tetap percaya kepada Amru.

Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan dia membaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy’ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan dia menyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah dan membaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat mereka dan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut melaknat Muawiyah r.a dan Ahli Syam.” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)].

Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal para sejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imam al-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkan beliau telah mendatangkan sanadnya sekali.

Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang banyak meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela dan melaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asy’ari r.a ini. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

Imam Yahya bin Main r.h berkata: “Tidak Siqah”, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu Mikhnaf ini: “Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya)”, dan Imam al-Daruqatni r.h berkata: “Seorang pembawa berita yang daif (lemah)”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 7/302].

Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-A’lam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorang Syiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-A’lam, 5/245, al-Zariah, 1/333-337].

Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepada bidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].

Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayat berkenaan peristiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan cerita Abu Mikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat dijadikan hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim dan Keluarnya Khawarij, 377 dan selepasnya, Darul Riyad].

Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata: “Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguh periwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan keplasuan riwayatnya)..” [al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

Kisah Tahkim yang Sahih:

Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam al-Bukhari secaa ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq [46/175], al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: ‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’. Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’. Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

Demikianlah yang berlaku sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad kecuali Sadina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah radiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usman r.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luar tajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak meneliti kepada sanadnya sekalipun.

Demikian juga kisah yang sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asy’ari r.a berbaiat kepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat sebagai Khalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau menuntut darah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akan membaiat Ali r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan melantik Muawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya’ al-Umari, 474-475].

Hasil:

Hasil daripada penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa:

  • Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia  dan beliau bukanlah seorang penipu atau pengkhianat.
  • Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan lidah dengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.
  • Abu Musa al-Asy’ari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum Syiah bahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum muslimin,
  • Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a dan pihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupun tidak membawa hasil yang diharapkan.
  • Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau berusaha mencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau dengan Abu Musa r.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.
  • Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak dilaknat -Laknat Allah atas Syiah terutama al-Rafidah-.

FATIMAH ITU TUHAN?!!

SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 1
SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 1
SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 2

SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 2

SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 3

SYIAH KAFIR MEMPERTUHAN FATIMAH 3

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pada Garisan Merah tertera kenyataan:
al-Zahra’ (Fatimah r.a) bukanlah wanita biasa bahkan wanita (bersifat) malaikat…”
“…bahkan dia adalah makhluk bersifat malaikat yang zahir dalam wujud ini dalam rupa manusia….bahkan ia adalah kewujudan Tuhan yang Jabarut (Yang Gagah Perkasa) dalam bentuk Wanita”
” Esok adalah hari peringatan kelahiran wujud yang berhimpun padanya sifat maknawi , zahir malaikat, Ilahiyyat (Ketuhanan), Jabarutiah (Kekuasaan Tuhan), Malaikat dan Insan…”
“..daripada martabat tabii kepada martabat ghaib kepada fana’ (lebur) Ilahi (sifat keTuhanan) dan semua makna (sifat) ini terealisasi pada al-Siddiqah al-Zahra’..”
Perkataan ini dinaqal oleh pengarang kitab daripada Khomeini sebagaimana yang dijelaskan dalam nota kaki di dalam gambar di atas iaitu daripada kitab: al-Mar’ah fil Fikri al-Imam al-Khomeini, m.s 23-24.
[Kitab al-Asrar al-Fatimiah karangan Syed Fadil al-Mas’udi].
 
Apa yang mampu saya katakan tidak lain meminjam kata-kata Imam al-Zahabi r.h ketika mengulas Kitab Fusus al-Hikam karangan Ibn Arabi al-Sufi: “Jika ini bukan sesuatu kekufuran maka aku tidak tahu apa lagi yang dinamakan kufur”.
 

Previous Older Entries