KENYATAAN MAKKAH AL-MUKARRAMAH BERKENAAN GAZA

Para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di Makkah al-Mukarramah mengeluarkan kenyataan khas berkenaan isu Gaza sebagai berikut :

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:

Sesungguhnya jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi yang ganas terhadap saudara-saudara kita di Gaza, Palestin dan siri-siri keganasan Yahudi yang berterusan semenjak mereka menjajah bumi Palestin diikuti pula dengan sekatan yang zalim menghampiri dua tahun diadakan yang menyekat semua  bentuk bantuan makanan, ubat-ubatan, elektrik, dan semua keperluan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang menyebabkan kematian banyak nyawa yang tidak bersalah menampakkan kepada hakikat tabiat sebenar Yahudi yang bersifat pembenci dan penjenayah serta membenarkan firman Allah s.w.t :

كيف وإن يظهروا عليكم لا يرقبوا فيكم إلاًّ ولا ذمة

Maksudnya: “Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya..” [al-Taubah : 8].

Oleh itu, melihat kepada adanya tarikan kuat kepada khutbah-khutbah dan perasaan tanggungjawab selaku Ulama Negeri al-Haram, Makkah al-Mukarramah, dalam kewajipan syar’i mereka terhadap saudara-saudara kita di Gaza serta menjalankan kewajipan yang diperintahkan Allah kepada para Ulama untuk menyampaikan ilmu, kami ingin menjelaskan hakikat-hakikat berikut :

Pertama : Tindakan Pasukan Pertahanan Islam yang gagah berani yang terdiri daripada Kerjaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat, Harakat Perjuangan HAMAS, dan pergerakan-pergerakan pertahanan Islam yang ada di bumi Palestin yang dijarah melawan Yahudi adalah Jihad Syar’i yang tidak dragui lagi dan membantu mereka sama ada dengan memberi senjata, wang, doa dan semacamnya adalah wajib menurut kemampuan setiap individu. Kewajipan yang besar dalam membentu mereka terletak di atas bahu kerajaan-kerajaan Islam dan segala penghinaan dan komplot untuk membinasakan pejuang-pejuang ini adalah kerugian yang amat besar.

Kedua : Wajib atas setiap kerajaan Islam dan Arab bersegera membantu kerajaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat di bumi Gaza dan seluruh pergerakan pejuang Islam yang ada sama ada secara Politik, Ekonomi, dan Ketenteraan. Demikian juga wajib untuk berusaha menghilangkan segala kekejaman yang berlaku serta terutama pula tanggungjawab ini terhadap kerajaan Mesir untuk bertanggungjawab kepada saudara-saudara kita di Gaza dan membuka sempadan Rafah apabila diperlukan dengan cara berterusan (tanpa sekatan imigresen dan sebagainya).

Ketiga : Hendaklah kerajaan-kerajaan Arab dan Islam bersegera membatalkan semua perjanjian damai dengan kerajaan Yahudi Israeli kerana semua perjanjian ini tidak memberikan sebarang hasil. Kerajaan-kerajaan Islam juga perlu sedar bahawa perjanjian damai adalah fatamorgana sahaja yang tidak mampu membebaskan bumi Palestin dan yang hanya mampu membebaskan bumi Palestin adalah Jihad di Jalan Allah melalui membantu pergerakan perjuangan Islam Palestin terutama HAMAS.

Keempat : Kami berpesan kepada saudara-saudara seperjuangan daripada para Ulama dan Pendakwah untuk menegakkan kalimah haq dalam masalah saudara-saudara kita di Gaza dan sentiasa berqunut (qunut nazilah) sehingga Allah menghilangkan kesusahan mereka serta menjelaskan kepada kaum muslimin sekaliannya pendirian syarak dalam isu-isu musibah seperti ini dan amat baik untuk dikhusukan tajuk ini dalam khutbah Jumaat yang mendatang.

Kelima : Wajib ke atas sekalian kaum muslimin menolong saudara-saudara mereka di Gaza secara kewangan dan doa. Selain itu, mereka juga hendaklah memelihara maruah saudara mereka dan tidak menyebarkan medium-medium yang memburukkan mereka yang disebarkan oleh media-media yang diragui. Telah sahih sebuah hadis Nabi s.a.w :

ما من امرئٍ يخذل مسلمًا في موطن يُنتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا خذله الله في موطنٍ يحب فيه نصرته، وما من امرئٍ ينصر مسلمًا في موطن ينتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا نصره الله في موطنٍ يحب فيه نصرته

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim menghina saudaranya yang muslim ketika saudaranya itu dihina dan dicemar kehormatannya (oleh musuh) melainkan Allah akan menghinakannya ketika dia pula memerlukan pertolongan, dan tidak menolong seorang muslim saudaranya ketika saudaranya dihina dan dicemar kehormatannya melainkan Allah akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan”.

Keenam : Kami berpendapat hendaklah saudara-saudara kami di Gaza bersabar dan tetap dalam perjuangan dan kami berpesan kepada mereka supaya memohon pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya kerana firman Allah s.w.t :

إن الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan berbuat ihsan”.

Kami memohon kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesusahan dan keresahan yang menimpa saudara-saudara kami di Gaza dan semoga Allah memenangkan mereka atas musuh Allah dan musuh mereka, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

 

(Kenyataan ini telah ditandatangai 24 orang Ulama Makkah antaranya Dr. Sulaiman al-Tuwaijiri, Dr. Muhammad bin Samil al-Salami, Ahmad bin Abdullah al-Zahrani yang kesemua ini bekas dekan Universiti Ummul Qura, juga turut serta Syeikh Muhammad bin Saad al-Qahtani, Ahmad al-Ghamidi, dan Khalid al-Syamrani yang kesemuanya bekas pensyarah Universiti Ummul Qura.)

 

Sumber : http://www.dd-sunnah.net/records/view/id/1632/

APABILA TERSINGKAPNYA TABIR TAQIYAH

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Ini lah ucapan yang terdetik di hati penulis apabila membaca akhbar al-Syarqul Awsat pada hari ini yang melaporkan bahawa Hizbullah menafikan senafi-nafinya dia terlibat dengan apa-apa serangan ke atas Israeli dan terdapat satu lagi berita yang mengejutkan daripada Pemimpin Agung Iran sekaligus Mursyidul Am Hizbullah, Ayatullah (baca: Ayat al-Syaitan) Ali Khomeieni melarang sukarelawan-sukarelawan Iran daripada menyertai apa-apa serangan terhadap Yahudi Laknatullahi ‘alaihim.

Subhanallah, bukankah selama ini Hizbullah dan Iran begitu berani dan lantang menyuarakan kepentingan Palestin? Bukankah mereka selama ini menuduh pemimpin Arab yang kebanyakan berfahaman Sunnah membisu dan tidak melakukan apa-apa? Bukankah selama ini mereka melaungkan slogan pembebasan Palestin?

Maka, kenapa apabila tiba harinya yang memerlukan keberanian, Iran dan Hizbullah (yang juga anggota kerajaan Lubnan) menyepikan diri dan turut memeluk tubuh? di manakah senjata-senjata Iran yang mereka pernah gunakan terhadap Iraq dahulu? Bukankah mereka dahulu mencemuh Saddam Husein? Maka kenapa pada hari ini apabila saki baki pengikut Saddam Husein sedang berjuang bersama-sama Hamas mempertahankan Gaza, tiada seorang pun Hizbullah yang menolong? Kenapa pada hari ini apabila Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di Saudi Arabia mengeluarkan fatwa Jihad dan Ulama al-Azhar mengeluarkan fatwa Jihad, Ayatullah Iran yang agung itu melarang rakyat dan penganut agama Syiahnya berjihad?

Ayatullah boleh mengeluarkan kenyataannya sebagai pemimpin agama tidak perlu sebagai pemimpin politik Iran bahkan di mana perginya Maraji’ (ulama-ulama) Syiah yang lain? Kenapa mereka tidak mengeluarkan walau satu huruf fatwa menggesa Jihad?

Ini semua tidak lain tidak bukan berakar kepada akidah Syiah bahawa tidak ada jihad sehinggalah kemunculan al-Qaim al-Mahdi mereka sebagai yang tertera dalam kitab mereka Furu’ al-Kafi :

“Berjihad bersama Imam yang tidak diwajibkan mentaatinya (selain Imam 12) adalah haram seperti haramnya darah, bangkai dan babi”-[Furu’ al-Kafi,1/334, Tahzib al-Ahkam, 2/45, wasail al-Syiah, 11/32].

Oleh itu, saya ingin menyeru sesetengah pihak yang sering tertipu dengan pihak Syiah ini supaya mengkaji dahulu siapakah Syiah, apakah akidah mereka, apakah matlamat mereka dan pandangan mereka yang sebenar terhadap umat Islam sebelum memberi apa-apa darjah kebesaran kepada mereka. Ingatlah peristiwa Perang Mukhayyamat ketika mana tentera Parti Amal Syiah menyembelih umat Islam Palestin di Sabra dan Syatilla, adakah kita masih hendak berharap kepada mereka?Wallahua’lam.

Lihat :

http://www.asharqalawsat.com/details.asp?section=1&issueno=11000&article=502210

Next Newer Entries